Home » Keusahawanan » Melatih Disiplin Diri Cara Islami

Ingin jadi usahawan berjaya? Sesiapa pun mahu. Anda, saya dan ramai orang mahu jadi berjaya. Tetapi, ada satu syarat penting, iaitu DISIPLIN DIRI.

Tanpa disiplin, kita begitu mudah untuk tidak mematuhi waktu. Janji terabai, projek tertangguh dan banyak urusan tidak berjalan lancar. Disiplin yang tinggi akan menentukan kita berjaya ataupun tidak.

Beberapa cara yang boleh digunakan untuk melatih disiplin diri cara Islami adalah seperti berikut:

  1. Fokus mendengar azan dan jawab dengan sedar. Fahami maksud azan dan jawapan yang diberikan itu. Sebaiknya kita diam. Tidak lama untuk menghormati azan. Hanya beberapa minit sahaja. Indahnya azan, terkandung satu khasiat di sini iaitu melatih kita untuk berehat menenangkan jiwa buat sebentar.
  2. Solat pada awal waktu. Bagi lelaki, digalakkan solat berjemaah sama ada di masjid ataupun di tempat kerja.
  3. Bangun di 1/3 terakhir malam untuk solat tahajud.
  4. Bangun awal pagi dan bersedia untuk solat subuh (sebaiknya berjemaah di majid/surau atau bersama keluarga). Bangun awal pagi juga adalah satu sunnah yang terpuji.
  5. Tidur awal. Tidur awal adalah sunnah Rasulullah SAW. Malah tidak disarankan berada di luar rumah seperti lepak dan berborak kosong sampai larut malam. Allah telah mengingatkan bahawa dijadikan malam itu untuk beristirahat dan siang pula untuk bekerja/mencari rezeki.

Itulah beberapa cara yang boleh dilakukan. Tidak perlu banyak. Jika diamalkan perkara-perkara di atas, insyaAllah ia boleh membentuk diri kita menjadi seorang yang berdisiplin. Setiap amalan ibadat dan sunnah terkandung pelajaran yang tersirat.

Indahnya Islam. Maka benarlah dikatakan “Islam itu adalah cara hidup”. Allah SWT telah menyediakan satu pakej sistem hidup yang lengkap dan sempurna untuk umatnya. Hanya perlu diikuti dan dilakukan sahaja tanpa perlu berpenat-penat mencipta sistem hidup sendiri menggunakan akal yang terbatas.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

5 thoughts on “Melatih Disiplin Diri Cara Islami

  1. Mastura says:

    Perkongsian yang amat menarik.Selain itu, amalkan membaca Al-Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat.Sebaiknya biar yang ada terjemahan agar kita fahami apa yang dibaca.InsyaAllah ianya juga akan dapat membentuk diri kita menjadi seorang yang berdisplin.

  2. sham says:

    Islam itu cukup indah jika dihayati.

  3. sepul says:

    Islam Hanya Layak Bagi Org Yang PERCAYA sahaja dan sentiasa ALERT terhadap apa yang berlaku sehari-hari. Amin.

  4. Rahimah al-Idrus says:

    Salam,

    Terima kasih atas peringatan. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.