Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Meja Saya :)

Mulakan dengan apa yang anda ada. Tak perlu keluarkan ribuan ringgit, atau membeli sesuatu yang baru (alatan terpakai sudah memadai) untuk anda memulakan perniagaan Internet.

Fakta Komputer Saya:

1. Monitor CRT yang saya gunakan sudah berusia 7 tahun lebih. Saya masih menggunakannya sehingga sekarang.

2. Komputer yang anda lihat di bawah sudah berusia 7 tahun lebih juga sehingga saya tidak menggunakannya lagi sejak tahun lepas (akan diberikan kepada saudara saya).

3. Saya biasanya akan guna sesuatu barang sampai rosak. Kalau dah tak boleh guna baru beli yang baru. Atau cara lain kalau nak beli baru, yang lama akan saya berikan kepada ahli keluarga atau saudara mara.

perniagaan internet smartzul

Di sinilah SmartZul mengemaskini blognya, menulis ebook, melayan para pelanggannya dan segala kerja yang lain. Malah di sinilah tempat makan dan minumnya… ;)

Gambar di atas adalah pada tahun 2006 semasa saya di rumah sewa yang kedua. Sekarang saya berada di rumah sewa ke-3. Penggunaan meja masih sama, tapi tambah satu lagi meja komputer (lihat gambar di bawah). Dan komputer pula saya dah upgrade kepada yang baru + sebuah laptop Compaq + Printer 3 dalam 1 (beli setahun yang lepas).

meja perniagaan internet

Gambar ini diambil pada Mei 2007 (di rumah sewa terkini). Berselerak tak? ;)

Al-maklum, rumah sewa. Jadi ruang sedikit sempit (satu bilik dua orang). Namun nak seribu daya. Sempit pun sempitlah, janji boleh buat duit dan perniagaan berjalan dengan baik. Ada modal dan ruang lebih, upgrade lagi. Lepas ni monitor CRT tu saya tak guna dah. Nak guna yang LCD pula (beli baru).

Update: Seperti yang dinyatakan, saya telah pun membeli skrin LCD. Jenama yang saya beli ialah Philips 170S8, 17 inci. Harga yang saya beli ni RM595.00 (jaminan 3 tahun). First impression lepas guna, memang ada kelainan dengan monitor CRT. Harap-harap produktiviti saya meningkatlah sikit lepas ni. :)

philips 170S8

Kesimpulan

Tidak kisah komputer yang anda gunakan ‘buruk’ atau ketinggalan zaman, selagi ia boleh mengakses Internet dan menyiapkan kerja, memadailah untuk permulaan. Ada duit lebih kelak, belilah yang baru agar kerja anda lebih produktif dan maju ke hadapan. Bagi saya sendiri, semuanya saya beli sikit-sikit, bukan sekaligus.

Lain orang, lain cara dan corak perilaku kerjanya. Anda mahu meniarap, bersandar atau apa sahaja cara, lakukan sahaja selagi ia tidak merugikan anda. Lakukan mengikut kesesuaian diri anda sendiri.

Mempunyai pelbagai peralatan dan suasana kerja yang selesa belum tentu boleh menjadikan anda berjaya, malah mungkin akan melekakan. Yang penting adalah usaha, fokus dan tindakan anda.

Mulakan sesuatu yang simple, mudah dan bermodal kecil. InsyaAllah berjaya.

ps. Saya dalam proses perancangan untuk membantu ibu saudara saya melakukan bisnes Internetnya sendiri. Dia banyak terdedah dengan promosi skim cepat kaya/piramid. Jadi sebagai salah satu cara promosi ebiz yang betul kepada khalayak ramai, saya akan bantu dia dari segi teknikal dan nasihat. Bila dia dapat duit, insyaAllah mereka yang buat skim piramid tu akan bukak mata luas-luas dengan ebiz sebenar. :)

pps. Saya akan guna khidmat Celcom Broadband pula selepas ni. Akaun Streamyx sekarang ni akan dibatalkan sebab nak pindah rumah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

45 Responses to “Meja Saya :)”

  1. titan says:

    ehm..not bad apa. komputer aku dulu. lagila teruk. Hehe. tapi janji leh masuk internet. Pernah tak korang dengar monitor brand VAST? aku pun tak penah dengar. Tapi itula jenama monitor aku skrg..

    Skrg dah pakai laptop. Okla..

    Not bad apa zul punye soho tu..

    • smartzul says:

      VAST? Tak pernah dengar. :p

      Tak apalah jenama apa pun, janji ebiz jalan.

      Saya pakai laptop kalau nak buat kerja sambil tengok TV atau sambil duduk (cara santai) atau bawa masa keluar travel.

      Guna desktop tu pula kebanyakannya untuk kerja-kerja yang berat macam recording video/audio.

      • titan says:

        Monitor vast tu dah lebih 10 tahun dipakai kat rumah aku. Memang monitor jenis lama punye..seingat aku. Aku main game pac-man pakai monitor nih la. Tak penah tukau..

        skrg dah ada laptop. senang sikit nk bawak sana sini. yap. untuk keje berat pakai PC je. senang sikit..

        • emet says:

          OT:
          Titan pakai laptop Fujitsu baru :P

          ***************************************************************
          Tak sangka “tempat kerja” smrtzul simple jer… :)

          Betul la Zul, kita guna jer apa yang ada dulu asalkan boleh online. Jangan suke bagi alasan jer, tunggu ada komputer canggih la, itulah, inilah…

          Last2 tak jadi apa pon, yang penting bertindak dulu. Keperluan tu akan bertambah apabila kita betul2 memerlukannya.

        • emet says:

          OT:
          Titan pakai laptop Fujitsu baru :P

          ********************************************
          Tak sangka “tempat kerja” smrtzul simple jer… :)

          Betul la Zul, kita guna jer apa yang ada dulu asalkan boleh online. Jangan suke bagi alasan jer, tunggu ada komputer canggih la, itulah, inilah…

          Last2 tak jadi apa pon, yang penting bertindak dulu. Keperluan tu akan bertambah apabila kita betul2 memerlukannya.

        • titan says:

          hehe. laptop tu alat perang baru. kiranye cam aku dapat ak-47 la..:D

        • Raymond Chua says:

          Alat perang bukan terletak pada laptop tetapi pada jasad kelabu di antara telinga kita. :)

        • emet says:

          Jasad kelabu? :)

          Otak ke? hehe

        • titan says:

          erk..mende alat kelabu.

        • Raymond Chua says:

          Jasad kelabu, bukan alat kelabu.

          Otak lah, tu.

        • titan says:

          samala tu. dua2 alat perang gak..

  2. Cikgu Azleen says:

    CELCOM broadband? Huhu.. Masa praktikum ni, guna celcom broadband.. Tapi buat sakit hati aje.. Lebih suka balik rumah dan guna streamyx.. :D

  3. starline says:

    Salam Zul,

    Komputer aku pun ketinggalan zaman jugak.Paling lama dan lambat.Malu ngan member lain tapi bangga sebab buat bisnes internet :)

    Alhamdulillah,pelan2 kayuh,janji boleh akses internet.Yang penting tak buat hal sudah la :)

  4. wanwma says:

    Hari ni aku baru jer siap baiki satu komputer buruk kawan ayah aku. So, bleh la aku pakai buat sementara waktu. Komputer aku dah rosak teruk dah. tak bleh repair lagi dah..huhuhu..dah 5 hari kerja aku terbantut pasal masalah ni. nak buat desgn pn susah!

  5. wanwma says:

    Soal pakai komputer buruk tu tak jadi masalah, tapi yang aku sedihnya, ramai org2 muda sekrang suka mghabiskan wang kepada perkara yg tak de faedah. Komputer yg bleh wak duit ni tak diupgrednye, tapi sibuk dok beli pakain mahal 100-200 ringgit sehelai. Pastu dok membazir duit main sms cht dgn awek perkara2 yg tak de pekdah..simpan la skit perkara yg nak disembang tu untuk cakap lepas kawin nanti! Kalau tak, dah kawin nanti mula la bosan tak tau nak cakap ape! huhuhuhuhuu…

  6. Zul.. kerusi Zul tu sama dengan kerusi saya :-) . Hari tu beli berapa? Nak tahu harga kat JB murah atau kat melaka murah? he..he.. Saya beli RM90. Zul nak guna celcom broadband tu yer? Nanti Zul cite sikit mengenai celcom broadband tu ok or tak? Saya ada niat nak pakai gak ni.. Kalo ok mungkin dah tiba masa nanti nak guna juga :-) .

  7. NayanMohd says:

    Soal komputer baru atau lama tu tak menjadi masalah…asalkan tau jaga komputer tu sudahla.

    CelCom Broadband? Tempat saya tak dapat pun..guna streamyx je

  8. zam says:

    kerusi cam sama jer :) apa pun walau kita tidak bergerak atau mula melangkah kita tidak akan kemana.. :)

  9. En Dlie says:

    Setakat ni saya masih guna komputer yang nak kata lama, tak lah.. tapi ada la 3 tahun pakai.. Alhamdulillah, semua ok walaupun pernah diserang virus, mujur cepat ambil tindakan “membanteras” dan “membunuh” virus tu.. heheh..

    Suasana kerja saya di meja komputer, hampir sama dengan zul. Bezanya meja saya lagi bersepah la.. sebab byk buku2 panduan letak sebelah komputer.. meja kecik jer..

  10. sham says:

    Saya ada 2 desktop kat rumah.Ada 2 sebab satu kena sambar petir,pastu saya beli&pasang yang baru.Kemudian saya repair yang rosak & bagi kat adik guna untuk main games.

    Laptop untuk kegunaan saya sekarang kat mana sahaja.Desktop maybe akan bawa ke KL kot nanti.

    Laptop ni ok gak la sebab sekarang ram 2512 Mb. Laju la sebab saya dah deupgrade kepada windows xp balik.

  11. Han says:

    slmt pg zul,
    zul nak pakai celcom broandband pula ke?
    modem dia mahal juga tu…

    • smartzul says:

      Modem? 3G card ke? Kita ada banyak pilihan. Start dari harga RM250++ sampailah RM800++. Saya mungkin akan beli 3G card Sierra 875. Harga dalam RM350++.

  12. beduz says:

    kagum3!…oh, pasal celcom broadband saya pakai. saya ambil pakej free contract. modem dia cam usb dan boleh dibawa kemana2. bayar bulan2 untuk 7.6 Mbps hanya rm98..kelajuan memang puas hati..

  13. zool says:

    Best ke Celcom Broadband nie??? Cam nak try je….
    Almaklumlah belum pakai apa2 broadband lagi..
    7.6Mbps?? Pergh laju tu…

    Saya pun pakai komputer lama.. 3 tahun lepas punya.. Itu pun berhutang ngan AEON.. Dah selesai dan masih bertahan.. Masih terkial2 nak carik duit online lagi…

  14. Raymond Chua says:

    Ha, dengan adanya broadband, Zul bolehlah dating sambil blogging kat taman. :)

  15. amirol says:

    kerusi kita sama ler zul.. hehe.. nice soho. =D

  16. Tok Ayah says:

    Betul tu cara Zul. Yg penting ialah isi bukan peralatannya. Usahawan yg baik, akan tambah peluang niaga tanpa tambah pelaburan. Teringat fakta buku Rich Dad Poor Dad. Konsep beli barang guna duit org lain. Ini yg kit semua patut buat.

  17. AbuSyurahbil says:

    Uhh..uh..huu, koi(saya – orang Temerloh sebut koi ) terharu..
    Pada koi inilah langkah-langkah orang yang bakal berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang! ..
    Berhemah berbelanja, bermisi dan mempunyai visi.
    Koi ingatkan koi jeer yang pakai komputer gitu.Hiii…

  18. Din Beramboi says:

    Aku pulak dalam masa 2 Tahun, dah berjaya beli 3 komputer…hehehe. Bukan sekaligus…tapi tukar2. Pada tahun 2005, aku beli dekstop. Mahal jgk la..siap tambah mcm2. Main game pun best..pastu tak sampai setahun, aku jual dan beli Laptop Apple yg berharga RM4000..

    Tahun lepas aku terdesak sebab terpengaruh dengan MLM. So, aku jual Laptop Apple tu utk buat modal MLM…tapi menyecewakan. Bisness MLM tu x berjaya dgn cemerlang…Modal MLM tu RM2000 tapi income aku dpt dlm RM1500 jer.

    Skang ni aku pakai dekstop balik…tak mampu nak beli Laptop dah. Huhu. Insya-Allah dlm masa terdekat ni klu dpt rezeki lebih, aku nak dptkan blk Apple tu…syg sgt kat dia. Skang baru sedar yg ianya begitu bermakna. Chewah… :)

  19. Din Beramboi says:

    Aku lak pakai Maxis broadband…mcm selalu masalah la skang ni..Biasanya dlm kul 3 pagi hingga subuh, mesti disconnected…hampeh tul. Tp kekadang jer la…murah jer, aku pakai yg starter package RM68 sebulan. :)

  20. Assalamualaikum Zul,

    huhu … kemas betul meja Zul.
    Meja Kak G penuh dengan wayar lak…
    Sekarang saya pun guna 1 komputer desktop dan 1 laptop.

    Kak G guna streamyx lagi tapi pernah cuba Maxis Broadband adik saya selama hampir seminggu.
    Malangnya sangat slow dan masa saya ke Penang sekejap, taliannya asyik terputus-putus.
    Memang hampeh sebab dah le slow, nak upload memang payah dan susah nak update blog sebab terputus.

    Rasanya kalau Celcom Broadband lagi stable kot.

    So buat masa ni, saya pakai streamyx je lah. Cuma streamyx saya pun slow-melow sikit semenjak musim mengundi nih …
    :p

  21. dekan says:

    Monitor CRT dulu ada satu kt rumah. Beli tahun 1997, buang tahun 2006. Huhu lama sungguh guna. Komputer tu pentium 1, ayah guna utk pakai untuk kerja-kerja menaip aja. Pastu tukar sebab selalu rosak dengan kos pembaikian sama seperti komputer baru. Lama tuh, 9 tahun.. Rekod. :p

    Sekarang komputer barulah. Pentium 4. Satu kat rumah, satu kat utm. Tapi pakai crt gak. Pasni nak bli laptop lah senang. :)

  22. morizna says:

    Seronok jugak cakap pasal komputer ni. Orang kata 3 tahun adalah jangka hayat sebuah komputer. Kalu lebih tu kira subsidi. :)
    Komputer yang selalu digunakan lebih tahan lasak berbanding komputer yang jarang2 diguna. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak dengan komputer terlalu taksub dengan perkakasan terkini sedangkan ilmu tak cukup untuk mengendalikannya. Saya sokong 100% apa yang smartzul katakan.

    • smartzul says:

      Kita kena anggap komputer macam body manusia juga. Guna tu, jangan tahu guna je. Kena jaga elok-elok & guna baik-baik. Kalau tak, memang tak akan tahan lama.

      Bab tak pandai guna tu, saya setuju. Belilah peralatan yang kita perlu sahaja dan mesti tahu menggunanya sebaik mungkin.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)