Maybank sasar kad debit cecah RM3b tahun depan

2010/05/22
MAYBANK menyasarkan nilai urus niaga kad debit keluarannya iaitu Maybankard Visa Debit akan mencecah sehingga RM3 bilion tahun depan, meningkat lebih tinggi berbanding RM2.5 bilion dicatatkan ketika ini. Naib Presiden Eksekutif Kanan Ketua Perbankan Penggunanya, Lim Hong Tat, berkata sasaran itu tidak mustahil kerana Maybank peneraju pasaran kad debit di Malaysia ketika ini dengan menguasai 82 peratus pasaran.

Malah, katanya, nilai urus niaga Maybankard Visa Debit ketika ini pada purata RM220 juta sebulan dan pihaknya menjangka nilainya akan meningkat antara RM250 juta dan RM300 juta sebulan akhir tahun. “Kami yakin kad debit Maybankard Visa Debit yang kini mencecah dua juta pemegang dalam tempoh dua tahun selepas dilancarkan akan mencatat pertumbuhan 60 peratus dari segi jumlah Disember 2011.

“Justeru, kami menggerakkan beberapa inisiatif mendorong pertumbuhannya dengan memperkenalkan dua kemudahan baru membolehkan pengguna membayar secara e-dagang untuk membeli-belah dan pembayaran online,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kad debit Maybankard Visa Debit yang kedua juta di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama ialah Pengurus Negara Kumpulan Asia Tenggara Visa International, Peter Maher; Ketua Debit Pengguna, Brian McGrory; Pengurus Negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson serta Ketua Kad dan Pembayaran Perbankan Pengguna, Ashraf Ali Kadir.

Lim berkata, orang ramai yang ingin menggunakan kad Maybankard Visa Debit perlu mendaftarkan kad mereka dengan Maybankard Secure On-line Shopping (MSOS) menerusi Maybank2u.com.

Sumber berita: Harian Metro

Pendapat SmartUsaha.com:

1. Bukalah akaun simpanan di Maybank, tetapi pilih akaun yang Islamik. Pada pendaftaran, pastikan memilih untuk menggunakan kad debit ini (yang juga sebagai kad ATM). Semoga kad debit itu tidak terlibat dengan riba.

Kad debit sama sahaja dengan kad ATM jenis lama, di mana ia sebagai alat untuk mengeluarkan wang daripada akaun bank sama ada melalui mesin ATM atau semasa pembelian. Di dalam kad itu tiada sebarang nilai. Jadi, jika akaun simpanan anda adalah Islamik, maka kad debit itu secara automatik bebas daripada riba.

AKAUN BANK >>> KAD DEBIT VISA MAYBANK

Mengenai akaun simpanan Islamik, lebih mudah jika berurusan terus di mana-mana cawangan Maybank Islamic. Jika berurusan di cawangan biasa, pastikan memilih jenis akaun yang Islamik. Saya pernah melalui situasi di sebuah bank, staf yang bertugas (bukan berAgama Islam) tidak mengendahkan saya yang mahu memilih akaun Islamik. Jadi berhati-hati. Elakkan terlibat dengan riba.

Saya sarankan anda membuka akaun semasa peribadi (net Current Account-i) dengan memerlukan deposit sebanyak RM500 sahaja. Dengan akaun ini, anda juga akan mendapat buku cek. Deposit itu boleh dikeluarkan terus jika mahu, selepas siap membuka akaun.

Akaun semasa amat sesuai untuk perniagaan. Malah boleh asingkan duit bisnes dengan duit peribadi. Kelak apabila sudah ada modal yang banyak, mungkin boleh membuka akaun semasa perniagaan pula (deposit: RM2000).

2. Dengan mempunyai kad debit, kita mampu melakukan pembelian secara Online. Dan kad debit Maybank ini juga boleh digunakan untuk pengesahan akaun Paypal. Yang bagusnya, jika terus dapat melihat statement penggunaan kad di akaun Maybank2u.

Amaran: Elakkan menggunakan kad debit ini di pam minyak kerana ia secara automatik akan menolak RM200 daripada kad anda. Ia hanya akan dipulangkan kembali dalam masa tujuh hari. Pihak Maybank tidak mengwar-warkan perkara ini secara umum. Ramai yang terkejut dan kecewa. Dua tempat lagi yang dikatakan akan dicaj RM200 adalah hospital dan hotel. Caj RM200 ini adalah sebagai jaminan.

Jika digunakan untuk shopping offline atau Online, tiada caj sebegini.

Kemaskini: Baca di laman web Maybank mengenai perkara ini.

Caj RM150-200 ini adalah normal sahaja sebenarnya. Bukan Maybank sahaja, tapi kad-kad oleh bank lain pun. Jika mahu isi minyak, jangan bayar di pam, tapi bayar di kaunter (perlu tandatangan). dengan cara ini, kad hanya dicaj jumlah harga minyak yang diisi sahaja.

3. Saya amat sarankan anda memiliki akaun simpanan di Maybank dan juga kad debitnya. Cara kad debit ini berfungsi adalah ia terus menggunakan wang di akaun simpanan kita. Tetapi kita boleh tentukan jumlah maksimum belanja yang boleh dilakukan melalui kad debit. Jadi tiada isu tidak selamat di sini.

4. Statistik menunjukkan, sebahagian besar pembeli melalui Internet di pasaran Malaysia menggunakan akaun simpanan Maybank (melalui Maybank2u Online). Jadi rugi jika anda tidak memiliki akaun Maybank.

5. Dapatkan kad debit Visa Maybank ini dengan segera jika anda masih menggunakan kad yang lama (Maybankard). Untuk melakukannya amat mudah. Pergi ke mana-mana cawangan dan minta borang tukar kad. Isi dan kemudian pergi ke kaunter berkaitan.

Caj menukar kad ATM lama kepada kad baru (Maybank Visa Debit) adalah RM12.00 dan staf yang menguruskan permohonan anda itu akan terus menolak sejumlah RM12 daripada akaun simpanan anda. Jadi pastikan ada wang yang mencukupi di dalam akaun sebelum pergi tukar kad.

6. Usahawan internet wajib mempunyai sekurang-kurang satu kad debit. Kalau tidak ada, memang susah! 😀

PS. Ebook Panduan Paypal mampu mengurangkan sakit kepala anda. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. wah, bagus betul artikel ni! saya memang tercari-cari info berkaitan kad debit maybank. Terima kasih atas perkongsian.

    Sekarang ini, saya sudah ada kad debit maybank. Akaun simpanan al-wadiah. Adakah ini termasuk dlm kategori maybank islamic?

    Sebab saya buka di cawangan maybank biasa dulu. Pastu, saya tengok web maybank, ada disebut pasal “Wadiah Yad Dhamanah” je. Adakah sama dengan akaun simpanan al-wadiah saya?

    Maaf jika soalan ini sgt basic. Sy masih baru dlm dunia online banking dan e-commerce ini.

    Harap saudara smartzul dpt memberikan penerangan.

    Terima kasih.

    • Terima kasih.

      Sebenarnya, akaun simpanan Islamik dapat dibuka di mana-mana cawangan Maybank termasuk yang konvensional. Saya dulu pun buka akaun pertama di Maybank di cawangan kovensional, tapi pilih akaun jenis Islamik iaitu Al-Wadiah. Akaun ini adalah Islamik. Saya telah tanya sendiri pegawai bank.

      “Wadiah Yad Dhamanah” saya kurang pasti. Tapi kalau bunyi Arab tu, sudah pasti Islamik lah kan? 🙂 Atau kalau mahu mudah kepastian, masa isi borang dulu, kita perlu tick jenis akaun apa. Kalau mahu kepastian 100%, rujuk terus pihak bank.

  2. Salam Tuan Zul.

    Betul tu Tuan Zul. Perlu ada sekurang-kurangnya satu kad debit. Saya pun masih belum tukar lagi.

    P/S: Lebih baik kad debit dari kad kredit… 🙂

    • Salam.

      Kad debit amat penting untuk usahawan internet. Tak cukup syarat kalau tak ada. 😀

      Selagi boleh bertahan, lebih baik pakai kad debit sahaja berbanding kad kredit.

  3. terima kasih atas artikel yang informatif ini. sekarang masih gunakan tune card sebagai card debit utama. namun , untuk maybank debit card, saya masih gunakan secara sampingan. cuma masalahnya, pernah berlaku kepada kawan saya, maybank support kurang tahu tentang paypal. contohnya sekiranya masalah verify. mereka tak tahu untuk selesaikan masalah tersebut 😀

    • Hal ini pernah berlaku kepada mana-mana bank yang baru mengeluarkan kad debit yang support Paypal. InsyaAllah, semoga pihak mereka semakin memahami apa itu Paypal, lagi-lagi akan dibuka cawangan Paypal di sini.

  4. Mengapa perlu caj rm200 kalau guna kad debit di tempat macam stesen petrol dan hotel? Menyusahkan orang yang bayar dengan wang mereka yang sedia ada. Kalau guna kad kredit yang bayar kemudian, tiada apa-apa syarat atau jaminan yang diperlukan. Kalau untuk mengatasi frod, patut tidak menyusahkan pengguna.

  5. emm..memang kena ada kad debit. Dan semua bank yang terlibat dengan paypal, kean faham tentang paypal dengan lebih mendalam.

  6. Alhamdulillah. Saya dahpun tukar kad lame ke kad baru. satu lagi kelebihan kad baru, dah takde lagi cas kalau withdram duit lebih 5 kali..berape kalipun tak kisah..

    terima kasih Zul atas perkongsian ini.

  7. Pingback: Mengapa Perlu Akaun Paypal? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  8. Thanks smartzul atas informasi berguna ni…. Memang benar… Lebih baik pakai kad debit berbanding kad kredit. Pasal kad kredit ni diibaratkan “kad gantung diri”. Semain banyak anda memiliki kad kredit, semakin tinggi risiko anda muflis dek tak bayar hutang
    ( untuk makluman anda semua, faedah yang dikenakan kad kredit adalah 18% setahun ).Sebaliknya kad debit ni pula diibaratkan “kad penyokong diri”. Semakin banyak anda memiliki kad debit bermakna, semakin kukuh kewangan anda. Yelah… Konsep kad debit ni mudah jer. Ada duit dalam akaun baru boleh beli apa yang anda nak. Tak ada duit dalam akaun, duduk diam-diam jer lah. Ho..ho..ho… Yosh !

  9. zul, saya baru dapatkan kad debit maybank. terima kasih atas info yang diberikan. masalahnya sekarang saya tak boleh nak add card di paypal. boleh bantu?

    ==> This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.

  10. Tuan,
    mau tanya ni, saya ada akaun maybank lama (konvensional). Bolehker convert jadi islamik tanpa buka akaun baru? Masalahnya gaji masuk akaun ni, kalau bukak akaun baru, takut gaji lambat masuk! kes naya ni! Lepas settle ni baru saya nak buat kad debit…

    • Tuan,

      Setahu saya, perlu buka akaun baru. Sebab walaupun bank sama, tapi Konvensional dan Islamik adalah dua entiti dan pengurusan yang berbeza. Namun begitu, hubungi dahulu pihak Maybank untuk kepastian.