Pemasaran, pasaran & memasarkan

Pemasaran, pasaran dan memasarkan

Pemasaran banyak ditulis oleh kebanyakan orang. Ia adalah asas perniagaan.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, berikut adalah maksud pasaran, pemasaran dan memasarkan.

Pasaran

1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll);

Pemasaran

perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian;

Memasarkan

1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran;

apa itu pemasaran

Pengertian pemasaran, pasaran dan memasarkan di atas adalah dari segi maksud, belum lagi dari segi istilah yang lebih meluas huraiannya. Ada banyak pengertian oleh kebanyakan pakar. Bagi saya, ambil mana yang mudah. Tidak perlu berdebat dalam perkara yang remeh ini. Yang penting, bisnes jalan dan duit masuk. Lama-kelamaan, kita akan faham apa itu pemasaran.

UPDATE: Apakah maksud promosi?

Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan.

Kamus Pelajar Edisi Kedua: segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb) atau utk memperkenalkan album lagu, filem dsb supaya laris jualannya: ~ barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran. mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu.

Bagi saya, tidak perlu peningkan kepala. Selagi promosi, usaha dan pengurusan perniagaan dilakukan dengan betul dan terkawal, itu sudah memadai. Serahkan kepeningan kepala mengenai terminalogi sebegini kepada pakar-pakar bahasa dan pemasaran. Lama-kelamaan kita akan faham dengan sendirinya.

.

Rujukan: Kamus Dewan Online — Pemasaran & Promosi

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *