Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Salah Tafsir Terhadap Erti Pasaran Global?

Artikel saya ini boleh dikatakan kepada usaha untuk mentafsirkan semula pandangan yang kita terima faham selama ini mengenai pasaran global VS pasaran tempatan melalui perniagaan internet.

Ada orang bahagikan perniagaan internet kepada dua jenis pasaran:

1. Global
2. Tempatan

Adakah tanggapan begini tepat? Bagi saya, ia kurang tepat. Ini kerana apabila kita menyebut internet, maka internet itu sendiri adalah dunia tanpa sempadan. Maka secara automatik ia adalah GLOBAL. Internet adalah satu dunia tersendiri sepertimana dunia nyata.

Jika kita katakan kita telah melakukan perniagaan internet di pasaran global dengan alasan telah melakukannya di dalam bahasa Inggeris, ia memang betul. Tapi takrifan kendiri sebegini kurang tepat. Logiknya amat mudah iaitu bagaimana pula dengan pasaran China yang dikatakan antara pasaran internet terbesar terutama di Asia?

Pasaran Internet China mempunyai enjin carian tersendiri yang sebanding dengan Google iaitu baidu.com (berbahasa cina). Dan pasaran ini dikatakan antara sasaran pihak luar. Tatkala kita menyasar pasaran US, UK dan lain-lain, pihak lain pula menumpu pasaran China termasuklah Asia sendiri. Dan tidak kira lagi bahasa-bahasa lain terutama yang peratusan besar rakyatnya tidak tahu berbahasa Inggeris yang mungkin mempunyai potensi yang besar juga sebanding dengan pasaran bahasa Inggeris.

Jelas di sini bahawa tidak kisah apa yang kita lakukan, jika ia dilakukan di internet, maka kita telah dan sedang memasuki satu pasaran global tanpa sempadan.

Kemudian, laman web berbahasa Melayu tidak semestinya dilayari hanya oleh mereka yang berada di Malaysia sahaja kerana mereka berada di merata dunia ini (di pelbagai negara). Ada yang bekerja dan ada yang belajar. Jadi semakin jelas di sini bahawa, walaupun kita melakukan perniagaan internet di dalam bahasa Melayu, ia tetap pasaran global kerana sesebuah laman web dilayari bukan hanya dari sebuah negara sahaja.

Pelanggan saya sendiri sebahagiannya bukan hanya berada di Malaysia walaupun mereka orang Malaysia kerana mereka berada di pelbagai negara seperti Jordan, Jepun, Arab Saudi, Singapura dan lain-lain lagi.

Malah bagi saya juga, katakan saya sekarang berada di Johor, tapi pelanggan saya adalah dari pelbagai negeri di Malaysia, ia juga adalah global kerana istilah tempatan adalah spesifik kepada kawasan persekitaran saya dan bukan kawasan yang jauh seperti pelanggan dari Sabah atau Perlis. Ia berada di luar daripada kawalan dan jangkauan saya.

Satu lagi logik yang boleh kita renungkan di sini, andaikata kita berada di US, maka apakah maksud pasaran global jika kita katakan market global adalah market berbahasa Inggeris? Sebaliknya orang-orang di US akan menganggap pasaran di Asia adalah pasaran luar/global bagi mereka. Jadi jelas, syarat penggunaan bahasa untuk menentukan market global atau tidak hanyalah satu ‘ilusi’ semata-mata.

Maksud global adalah sangat subjektif. Terserah kepada anda mahu mentafsirnya bagaimana. Bagi saya adalah seperti tanggapan saya di atas iaitu internet adalah global tanpa perlu membahagikan kepada jenis-jenis tertentu. Bermaksud, tidak kisah apa yang dilakukan, jika di internet, maka ia adalah global.

Maka sebab itu saya tidak kalut di dalam memilih pasaran kerana internet itu sendiri bermaksud global. Maka saya telah melakukan pasaran global walaupun di dalam bahasa Melayu. Target saya adalah untuk mereka yang memahami bahasa Melayu tidak kisah mereka sedang berada di mana ceruk rantau bumi ini.

Malah apabila kita melakukan bisnes, kita hanya perlu pilih siapa sasaran kita, dalam bahasa apa, negara yang anda mahu fokus (jika perlu) dan laksanakan sahaja. Mahu lakukan apa dan bagaimana, itu terserah. Masing-masing ada matlamat dan hala tuju sendiri. Cara saya mudah sahaja: Kenalpasti apa yang perlu dibuat, tetapkan sasaran pencapaian dan just do it. Tidak kisahlah dalam bahasa apa, penduduk negara mana, itu semua adalah normal dalam bisnes dan tidak perlu dikalutkan. Itulah dikatakan perancangan dan perlaksanaan.

Saya menulis artikel ini kerana saya melihat sejak dahulu sehingga sekarang, ‘perdebatan’ mengenai market luar VS market tempatan sering berlaku. Bagi saya tiada istilah market luar atau tempatan, yang ada hanya INTERNET (global). Yang spesifiknya hanya negara dan bahasa untuk lebih fokus bergantung kepada tujuan akhir produk yang dijual.

Kesimpulan: Internet = GLOBAL. Dunia internet tidak boleh disama-banding dengan dunia offline. Ia adalah dunia tersendiri (dunia maya). Apabila kita memasuki/mengakses internet, kita telah memasuki sebuah dunia global tanpa sempadan. Inilah yang dikatakan sebagai DUNIA GLOBALISASI.

Salam maju jaya.

Sekian.

“Wujudkan sifir dan perkiraan anda sendiri. Elakkan terpengaruh dengan kira-kira orang lain yang mungkin hanya sesuai untuk mereka. Binalah hala tuju anda sendiri. Master your own destiny.”

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • maksud pasaran
  • maksud pasaran global
  • maksud pemasaran
  • maksud global
  • maksud perniagaan maya
  • maksud pasaran global nestle
  • maksud pemasaran antarabangsa
  • pasaran (market) bermaksud
  • maksud pemasaran secara global
  • maksud perkampungan global


23 Responses to “Salah Tafsir Terhadap Erti Pasaran Global?”

  1. KampungBoy says:

    Artikel kali ini bagus Zul
    betul tu, kadang2 bila saya surfing terbawa-bawa juga dunia offline
    hehe…
    walhal market online tak sama…..

  2. DjSenja says:

    Salam Zul…

    Selamat berpuasa. Anda telah memperjelaskan isu yg sering buat kita jadi keliru atau dikelirukan.

    Moga penjelasan ini akan membuka mata kepada mereka yg melihat isu ini menerusi 2 tanggapan yg berbeza. Hakikatnya kalau menyebut internet marketing, asasnya sama cuma bahasa penyampaiannya yang berbeza..

  3. Sememangnya pada pendapat saya pun sama. Seperti saya juga, pelanggan saya juga terdiri dari negara-negara luar tetapi mereka adalah golongan yang tahu berbahasa melayu. Maknanya ia sudah dikira pasaran global juga

  4. zanuara says:

    Sangat setuju dengan pendapat saudara Zul (Internet = Global), saya sendiri telah membeli ebook Kit Blogger ketika berada di luar negara, secara tak langsung ini dh dikira pasaran global.

  5. taukey says:

    lain orang akan mempunyai lain pandangan. hehehehee. Sebab itu wujudnya perkataan pasaran global dan pasaran tempatan.

    kemungkinan bila disebut pasaran tempatan tersebut, sesuatu produk (produk digital)tersebut hanya sesuai untuk golongan dari sama kampung, daerah, bahagian, negeri ataupun negara. Tak kira di mana dia berada sekarang. Ini terutama sekali dari segi bahasa pengantar.

    manakala untuk pasaran global adalah lebih kepada produk bahasa inggeris (jika kita bercakap mengenai ebook dan produk digitalyang lain). Ini kerana bahasa inggeris adalah bahasa pengantar antarabangsa. Jadi disini bukan rakyat Malaysia sahaja dapat membacanya tapi seluruh dunia.

    p/s : jgn tembak saya bos, ini pandangan saya sahaja. ekekekek. kalau salah mohon tunjuk ajar. :D

  6. Saya amat bersetuju dengan saudara zul,

    bila dillihat banyak yang salah anggapan tentang maksud global. bahasa bukan satu penghalang. contohnya, bahasa melayu sendiri bukan hanya rakyat malaysia sahaja yang tahu. Rakyat Indonesia, Singapura dan Brunei banyak yang tahu. dari bahasa sahaja kita dah tahu ianya global. Malah ada pusat pengajian tinggi di negara lain yang membuat pengajian dalam bahasa melayu.. think big!

    Betul tak Saudara zul? ;-)

  7. Sangat details perkongsian bro Zul kali ini..Ia menyentuh kefahaman dan kesilapan anggapan kita.. Apa pun, dengan perkongsian dari bro akan membantu lebih ramai utk terus bergiat di arena ini..

  8. Faisal Reza says:

    great article Bro Zul… lama x nmpk kat FB… bz banget nih.. heheh

  9. Zahrul Azua says:

    tulah kan…. kadang2 persepsi tu yang buat kita keliru. Global bermaksud tanpa sempadan… dan tepulang pada kita sampai mana kita nak pasarkan perniagaan kita kan…

  10. Saya setuju dan sokong bro 100%.

  11. Akhirnya blog ini telah beroperasi semula

  12. Thinkerich says:

    Ya, tepat sekali Zul…

    Sebaik kita mengaktifkan diri kita dalam dunia pemasaran dan perniagaan internet secara tidak langsung kita sudah berada dalam pasaran global..

    Kita boleh lihat sendiri dari mana trafik yang datang ke blog dan web jualan kita, bukan setakat dalam Malaysia bahkan seluruh dunia walau pun hanya menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu…

    Itu bermakna mereka yang datang singgah pada blog dan web jualan kita adalah mereka yang memahami dan berminat dengan apa yang kita perkatakan..

  13. aizat kamal says:

    saya setuju dengan bro Zul…

    mungkin sesetengah Internet Marketer maksudkan pasaran tempatan
    kepada pengkhususan jualan kpd rakyat tempatan atas penggunaan bahasa tempatan dalam produk mereka…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Business plan for hotel? | Non Profit Business Plan

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)