Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Makluman: JV Ditutup

-Buat masa ini saya tidak lagi menerima sebarang jemputan JV. Harap maklum.-

Semoga makluman ringkas ini menjawab persoalan mereka tertentu yang pernah atau akan menghantar emel jemputan JV kepada saya.

Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan untuk jemputan JV yang dihantar kepada saya itu. Saya menghargainya. Namun, buat masa ini saya tidak akan menerima sebarang bentuk jemputan JV sama ada untuk mempromosikan produk sedia ada atau produk baru.

Pada masa ini, saya mahu fokus kepada produk saya sendiri dan menyelesaikan hal-hal bisnes saya. Selain itu, masih ada beberapa JV terdahulu yang belum saya langsaikan janji-janji saya. Jadi saya perlu selesaikan JV-JV itu terlebih dahulu. Saya juga akan lebih memfokus kepada rakan-rakan JV strategik saya.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah melakukan ‘big launch’, sebaliknya selama ini lebih banyak membantu Internet Marketer lain menjayakan pelancaran produk mereka. Selama ini saya lebih membuka penyertaan Affiliate kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Dengan pengumuman ini, saya berharap tiada lagi jemputan JV dihantar kepada saya. Emel-emel JV tidak akan saya balas kerana saya mewakilkan kenyataan ini sebagai jawapannya.

Terima kasih, harap maklum.

-
Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul

-comment off-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



Comments are closed.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)