[Ulasan Buku] Make Money Online by Blogging – Alan Tan

Setakat pengetahuan saya, didapati tidak begitu banyak buku mengenai dunia blogging yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit buku di Malaysia. Atas sebab itu, saya perhatikan ada pihak yang mula memfokus pada topik ini terutama oleh para blogger kita di Malaysia.

Alan Tan adalah salah seorang kenalan online saya. Setakat yang saya kenali beliau, blognya sentiasa dikemas kini secara konsisten dan mempunyai sumber pendapatan tersendiri melalui blogging. Sudah semestinya beliau menulis buku ini hasil pengalaman beberapa tahun beliau dalam blogging.

Kini, beliau telah mempunyai buku yang kedua (diterbitkan oleh Truewealth), selepas buku pertamanya mengenai buat duit dengan CPA. Buku kedua beliau yang saya maksudkan adalah seperti tajuk blog ini, iaitu “Make Money Online By Blogging” (berbahasa Inggeris). Anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku utama atau terus melalui laman web penerbit.

Secara ringkas, buku ini boleh saya bahagikan kepada 4 elemen, iaitu:

  • Teori dan konsep asas blogging.
  • Teknikal, seperti cara pasang blog.
  • Cara buat duit dengan blog.
  • Temubual bersama beberapa orang blogger tempatan dan luar negara, termasuk Smartzul (saya lah tu..). 😉

Ketebalan buku ini adalah sebanyak 235 muka surat.

buat duit dengan blog

Terdapat 4 bab dalam buku ini yang meliputi asas blog, mindset kejayaan dalam blogging, kajian pasaran (keyword), pemasangan blog WordPress, promosi & trafik dan akhir sekali beberapa cara menjana pendapatan melalui blog.

Daripada kandungan buku ini, dapat saya katakan ia sesuai untuk mereka yang baru bermula dan juga tahap pertengahan. Malah bagi mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia blogging, membaca buku ini akan menajamkan lagi pengetahuan dan kemahiran blogging.

Antara eleman yang paling saya suka dalam buku ini adalah himpunan para blogger yang mempunyai pengalaman tersendiri. Lain orang, lain seni ‘blogging’nya. Ada yang dapat kita guna pakai dan ada yang dapat kita jadikan penilaian untuk mengukur sejauh mana pencapaian diri kita sebagai seorang blogger.

Dua perkara yang saya suka petik daripada buku ini adalah:

  • Jadikan blogging sebagai satu usaha bisnes.
  • Berhenti mencari formula ajaib untuk berjaya.

Dapatkan buku ini di kedai-kedai terkemuka seperti MPH dan Popular, ataupun terus membuat pembelian melalui laman web penerbit buku ini (Truewealth). Anda juga boleh terus hubungi penulis buku ini sendiri melalui blog beliau, AlanTanBlog.com, atau terus melalui laman web utama buku ini: www.BloggingSutra.com.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “[Ulasan Buku] Make Money Online by Blogging – Alan Tan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *