Apakah beza Majlis Daerah dan SSM?

Soalan: “Saya nak tanya, adakah sekarang SSM masih ada lesen untuk perniagaan melalui internet? Saya nak menjual barang cosmetic di internet, adakah susah nak memohon lesen?? Hari ini saya ada pergi majlis daerah untuk pertanyaan menggenai lesen ini, tapi pekerja sana beritahu saya lesen ini sudah tiada.

Adakah majlis daerah sama dengan SSM?

Terima kasih kerana menjawab soalan saya.”

Jawapan:

1. Untuk jual produk kosmetik atau apa jua produk yang tidak salah di sisi undang-undang, melalui Internet, tidak perlu ada lesen. Kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja di SSM. Pada borang pendaftaran itu, tulis aktiviti bisnes seperti “Menjual produk kosmetik” dan lain-lain jika ada. Tidak perlu beritahu bahawa kita menjualnya di internet. Cukup beritahu begitu sahaja.

2. Lesen di Majlis Daerah hanya untuk mereka yang ada premis sahaja seperti kedai, warung dan sebagainya.

3. Majlis daerah dan SSM adalah tidak sama. Majlis daerah menguruskan perniagaan yang ada premis khas untuk perniagaan sahaja. Bisnes kecil-kecilan yang dilakukan dari rumah tidak memerlukan kita mendaftar bersama mereka. Manakala SSM pula tempat untuk kita mendaftar perniagaan sahaja. Mereka tidak akan bertanya sama ada kita berniaga dari rumah ataupun di kedai. Tugas mereka hanya mendaftarkan perniagaan kita sahaja.

Baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Pendaftaran Perniagaan Internet di SSM

Dapatkan buku saya, “Urus Sendiri SOHO Anda” untuk memahami konsep bisnes dari rumah.

Layari dan Like page Facebook saya di bawah untuk tip-tip terkini terus di Facebook.

Terima kasih.

SmartZul
http://www.facebook.com/MohdZulfadli.IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. salam nk tanya, di dalam borang pendaftaran perniagaan baru di SSM, untuk ruang NO KELULUSAN NAMA ini kita kena tulis apa ya? dan form ni kita kena submit kat mana? tq.

    • Salam..

      1. No. kelulusan: Abaikan (kosongkan) saja.
      2. Form perlu disubmit di mana-mana cawangan SSM berdekatan. Perlu ambil no. giliran dan serahkan di kaunter. Bayaran juga dilakukan di kaunter yang sama.

  2. Sy nak berniaga makan kecilan… Sy x perlukan premis cuma beredar dr satu tempat ke tempat lain. Prlukaah saya mendpatkan lesen sah perniagaan. dan berapakab kadarnya

  3. klau sy niage jual hasil prtanian. hntar ke kedai2 yg nak dan ade beberapa hari tu jual kt pasar mlm dan jual air tebu kt psr perlu daftar niage x kt ssm.. sblum ni sy tkde ape2 lesen niage..

  4. Hai selamat malam .. nama saya angie dari sabah ..
    Saya mahu tanya borang ssm mahu dapat dari mana .. & saya mahu buat pinjaman dari tekun .. tapi mereka mahu yang ada lesen perniagaan saja boleh memohon .. jadi kalau yang menjual secara online saja atau di rumah .. saya perlu buat lesen ssm atu lesen majlis daerah ????