Mahu Merubah Hidup?

Mahu merubah hidup? Belajarlah pengucapan awam dan lakukannya berulang-ulang kali di khalayak ramai…

Dikatakan, Warren Buffet sebelum menjadi seorang yang hebat, beliau adalah seorang budak remaja yang amat pemalu untuk bercakap di khalayak ramai. Tetapi dirinya berubah secara mendadak ke arah kejayaan apabila beliau menyertai satu kursus pengucapan awam yang dilatih oleh Dale Carnegie. Kata beliau, itulah pelaburan paling bermakna yang pernah dilakukannya.

Bukan hanya itu, beliau juga membaca berulang-ulang kali buku ‘How To Win Friends and Influence People’, tulisan Dale Carnegie. Bukan sekadar membacanya, tetapi mencatat perkara-perkara penting daripada buku tersebut.

Daripada dua perkara tersebut, maka kita dapat katakan, pentingnya belajar daripada orang berjaya (pakar, mentor, …) dan merujuk buku sebagai nilai tambah.

Ada satu kata-kata yang sering disebut di sana sini: “Berucap di hadapan orang ramai boleh mengubah hidup kita.”

Motivasi: Salah satu cara untuk mendapat tiket ‘flight’ percuma pergi-balik dan penginapan ditaja adalah dengan menguasai ‘public speaking’ dan dijemput berucap di merata tempat. Ini impian saya sejak dahulu dan ia telah dicapai walaupun bilangannya masih terlalu kecil, tetapi ia satu permulaan yang baik. Alhamdulillah. Tetapi kini berhenti seketika sebelum kembali beraksi.

Diri kita akan merasa amat bernilai apabila diberi kepercayaan oleh orang lain walaupun sekadar ‘melantunkan’ suara dan kata-kata sahaja. Ini bukan soal bayaran, pujian atau tiket dan penginapan percuma, tetapi ia mengenai hebatnya manusia ciptaan ALLAH dan juga kuasaNYA. Kita semua mampu menjadi manusia yang bernilai tinggi, JIKA KITA MAHU. Pilihan di tangan kita.

Saya ini dahulu asalnya seorang yang amat pendiam, ‘self esteem’ (percaya diri) yang amat rendah dan suka bersendiri, tetapi tekad mahu berubah bermula sekitar tahun 2004. Peluang bercakap di hadapan orang sentiasa saya rebut. Allah Maha Kaya, pada ketika itu menghadirkan seorang mentor usahawan yang sentiasa memberikan saya pelbagai peluang. Jalan keusahawanan mula terbentang luas.

Masih teringat pertama kali memberi ucapan ringkas sebagai wakil sekolah di hadapan lebih kurang 200 orang, pada tahun 1999 (SPM). Lutut seperti tercabut dan kaki seperti tidak terpijak di bumi. Namun itulah keputusan terbaik pernah dilakukan untuk memecah ‘tembok’ di hadapan.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini dan mendatang? Pilihan di tangan kita.

Adly Mukhtar (Labanon) memberikan 5 Tip Mudah Memberi Ceramah di blog beliau.

Buku Saranan: Rahsia Pengurusan Warren Buffett

Rahsia Pengurusan Warren Buffett

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Mahu Merubah Hidup?

  1. Jika saya, dan anda yang lain membaca artikel ini. Tetapi tidak melaksanakan apa yang ditulis, tidak mustahil anda akan gagal dalam kehidupan…

    Cuba bayangkan, jika nabi Muhammad seorang yang pemalu. Adakah agama Islam akan berkembang seperti sekarang?

  2. Kursus-kursus pengucapan awam di Malaysia masih kurang diadakan, tidak seperti di negara luar. Perlukah kursus untuk memberanikan diri dan memahirkan diri, bercakap di depan khalayak ramai? atau pandai-pandai sendiri cari peluang untuk bercakap depan orang?

    1. Ahmadyani,saya merasakan kursus untuk memberikan motivasi bercakap dihadapan orang ramai adalah perlu.Sebab bukan semua orang boleh pandai-pandai atau cari peluang.

      Lagi pun bercakap dihadapan orang juga perlu caranya,kalau tak mungkin apa yang kita ucapkan tidak sampai kepada apa yang kita target.

    2. Tuan Ahmadyani dan Tuan Abdullah,

      Benar, sudah semestinya perlu belajar terlebih dahulu. Perlu ada sekurang-kurangnya asas, tetapi tidak perlu menunggu sehingga menjadi pakar atau rasa sempurna. Sempurna adalah amat subjektif dan tiada ukurannya. Kadang-kadang ada orang yang boleh bercakap, tetapi sering beralasan tidak tahu dan tidak pandai.

      Langkah pertama adalah, ajak beberapa orang kawan dan berikan ‘talk’ selama 30-60 minit dan minta mereka komen. Banyakkan juga membaca buku berkaitan pengucapan awam. Buku sebegini telah banyak di pasaran, termasuk berbahasa Melayu. Kita juga boleh ke mana-mana program ceramah, kursus dan sebagainya, dan lihat penyampai beraksi. Belajar dari situ.

    1. Secara logiknya, kalau kita sudah berani bercakap depan orang ramai, maka kita pasti akan berani buat “apa sahaja”. Itulah maksud public speaking boleh ubah hidup kita. Ia melatih kita mengawal/menguasai takut (fear).

  3. betul saya setuju.. kadang-kadang perkara yang susah untuk kita lakukan,jika dapat diatasi..kita pasti akan merasa kenikmatannya… masa tu baru kita sedar sejauh mana kemampuan kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *