Maafkan Saya Jika…

Sekadar catatan… Tulisan ini bukan untuk riak, tapi ingin menyatakan sesuatu.

Apabila saya menulis atau ‘mengajar’ sama ada melalui ebook (produk) berbayar atau percuma, blog atau forum (temasuk forum support), saya bukan hanya mengajar (teach), malah saya juga mendidik (educate).

Orang boleh terima dengan senyuman jika kita hanya mengajar mereka. Sebab, mereka hanya perlu ikut apa panduan kita dan apa yang kita ajar. Malah, mereka juga boleh bertanya kita apa sahaja soalan. Lebih-lebih lagi jika mereka pelanggan kita. Pada mereka, sebab mereka bayar, maka ikut suka hati merekalah nak besar kepala pun dengan penjual. Kononnya begitu. :)
Namun, tak semua orang boleh dan mahu dididik. Ajar dan didik, ia dua perkara yang berbeza. Saya suka ‘mengajar’ orang dan juga saya suka mendidik. Contoh mengajar adalah, “ok, nak buat ini, ini langkahnya…”. Mendidik pula, “anda kalau nak berjaya, janganlah gopoh, bersabarlah”, “buat satu-satu yer, jangan skip-skip”. Itu contoh mudah, bukan contoh berat. Atau contoh lain, “sebelum bertanya, berusahalah untuk membaca dan merujuk sumber-sumber yang ada”,”nak berjaya, awak jangan berharap kat orang 100%, usaha sendiri tu tetap kena ada”.

Mendidik, ia lebih kepada membetulkan sikap atau sifat seseorang. Dan sebab itulah ia sedikit sukar untuk diterima, sebab manusia itu ada sifat ego. Semua manusia ada ego, cuma yang beza adalah, ego itu terkawal atau tidak. Termasuklah saya, yang mana saya juga ada ego, tapi saya dapat mengawal ego saya.

Ini terbukti, berdasarkan pengalaman saya. Ada yang setelah ditegur, mereka terus berubah. Ada yang ditegur, tapi terus tunjuk perangai sebab “aku tak boleh ditegur”, ada juga yang mengambil masa untuk berubah dan ada yang tegur sedikit pertama kali, terus menyepi diri kerana merajuk. Tak tegur salah, tegur pun salah. Habis, mana yang tak salah?

Mendidik, memerlukan masa. Hasilnya kadang-kadang cepat, kadang-kadang memerlukan masa. Jadi, si pendidik tadi kadang-kadang akan dimarahi, dibenci atau dimaki. Jika saya, saya tidak kisah dibenci kerana saya telah menyatakan kebenaran. Bagi saya, saya telah melaksanakan tanggungjawab, ia satu perkara yang baik, maka tidak perlu saya risau jika saya dibenci. Yang benar, maka ia tetap benar.

Jika anda pembeli ebook saya, atau ‘anak didik’ saya, saya mohon maaf awal-awal jika ada kata-kata saya yang mungkin ‘tegas’, atau strict (taklah strict mana pun) atau yang tak bertapis. Kadang-kadang, apabila saya melihat seseorang itu sudah tergelincir dari ‘landasan yang lurus’, maka saya tak perlu simpan di dalam hati lagi. Saya MESTI menasihatnya secara berterus-terang (bukan memburukkan maruahnya). Saya tak kisah jika saya dibenci, tapi saya gembira kerana saya telah cuba membantu agar dia tidak terus alpa, lalai atau terus melakukan sesuatu yang tidak patut.

Maafkan saya jika saya dilihat tegas, mungkin dalam penulisan, mungkin dalam soal jawab atau juga di forum. Saya tak mahu hanya mengajar seperti seorang pensyarah yang hanya perlu mengajar mahasiswa dan mahasiswi, tetapi para pelajarnya tidak boleh sangat untuk ditegur atau dinasihati (mendidik). Sebab siswa dan siswi tadi membayar, apalah hak pensyarah untuk menegur…

Tapi saya tidak, tidak kira seseorang itu pembeli (pelanggan) saya atau bukan, saya akan berterus-terang jika keadaan memerlukan. Saya juga tak mahu saya dan pembeli saya berhubungan hanya sekadar antara penjual dan pembeli semata-mata, iaitu saya bagi, mereka terima. Tiada hubungan. Tapi, saya anggap pembeli-pembeli saya lebih daripada itu. Saya sentiasa memikirkan, apakah yang boleh membantu mereka? Cuma, saya perlukan masa untuk membantu, tapi saya tak perlu masa untuk menegur. :)

JUGA, saya sentiasa berlapang dada jika ada sesiapa yang mahu menegur saya. Itu lebih baik daripada anda menyimpan dalam hati. Saya juga manusia biasa, sama-samalah kita nasihat-menasihati kerana itulah yang terkandung dalam surah Al-‘Ashr:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran“. (Al-‘Ashr:1-4).

Nasihat, jika tidak dapat diterima, maka hayatilah firman Allah di surah Al-‘Ashr tersebut. Maka, jika anda dinasihati, jangan marah, benci atau tidak suka kepada mereka yang memberi nasihat tersebut, kerana mereka berada di landasan yang betul. Lainlah jika nasihat mereka itu kerana ingin melihat anda susah, gagal atau kerana mereka benci atau dengki. Sebaliknya, jika nasihat itu ikhlas dan baik untuk kita, lapangkanlah hati anda untuk menerimanya dengan sebaik mungkin. Fikirkanlah, nasihat itu adalah untuk kebaikan kita, bukan kerana kepentingan peribadi mereka. Juga, kawallah ego kita.

Kenapa Perlu Menasihati atau Tak Perlu Takut Menasihat?

Sudah jadi sikap manusia. Semuanya salah orang lain. :) Kalau kita tak nasihat awal-awal, maka mereka akan kata, “laa, kenapa kau tak bagitahu dulu-dulu??”. Mereka menyalahkan kita. Sebaliknya, jika kita menasihati awal-awal, maka kita pula akan berkata, “tu laa, kan aku dah kata”. Atau mereka juga akan berkata, “Hmm, rupanya betullah apa yang dia tegur tu, aku jer yang ego nak mampus &%$#@^%!”. :razz:

Maka, nasihatlah selagi ada ruang dan peluang. Jangan kelak mereka akan menuding 10 jari mereka kepada anda kerana kononnya anda tidak memberitahu perkara sebenar. Inilah putaran sikap manusia sampai bila-bila. Sebab itu, saya akan terus menasihati untuk kebaikan mereka sebelum mereka terkena sesuatu yang tidak baik.

Akhir kata, maafkan saya jika anda adalah ‘mangsa’ teguran saya. Saya ikhlas dalam menegur, agar kita sama-sama memperolehi manfaat dan kebaikannya. Saya menasihati atau menegur bukan bertujuan memusnahkan, tetapi untuk kebaikan. Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita semua. Yang ditegur itu, lapangkanlah dada anda.

PS. Saya gembira melihat seorang anak muda yang dahulu sering saya tegur tanpa berkias, berterus-terang dan tak bersulam kata-kata manis, kini sudah mula nampak kejayaannya. Dahulu beliau ‘blurr’, sering give-up, kini sudah nampak matlamat dan tujuannya. Ahaa, yang tak dapat saya lupa, beliau pernah ‘memarahi’ saya balik, tapi saya berjaya menyejukkannya. Semoga beliau terus fokus dan tidak berputus-asa. Tak perlu saya beritahu siapa dia, tapi anda kenal beliau.

PPS. Betul ke saya ni tegas, ego dan sombong? Tak kenal, maka tak tahu. Siapa yang rapat dengan saya, mereka tahu saya yang sebenar. Sekali lagi, jika saya bagi nasihat, maka saya IKHLAS, saya mahu membantu & bukan saja-saja nak tegur. Apabila saya ‘menegur’, maka ia tidak berhenti di situ. Saya akan fikirkan bersama apa yang perlu dibuat oleh yang ditegur tadi atau berikan sesuatu yang dapat membantu mereka.
* Apa kata baca cerita ‘best’ member kita kat sini (klik pada link) :

http://www.jimieray.com/blog

Wassalam.

usahawan internet

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Maafkan Saya Jika…

  1. tegur jer zul. aku pon pernah ditegur dan menegur. memang susah nak hadam la bila diri sendiri ditegur. kena terus berlatih terima teguran.

    faqulil haq, walau kaana murran.

  2. xdala zul..zul ni tegas bertempat..walauapa pun sy akan slalu sokong zul..susah nak cari orang yg ikhlas tolong bangsa sendiri.. :razz:

  3. Hem.. betul kata Zul dan Aku. Kita kena belajar menerima teguran pula, ni tidak asyik nak tegur orang je pandai.. he2.

    P/S: Hem.. saya tahu siapa anak muda tu.. Faikan? :lol:

  4. salam, zul..

    pada saya lagi ramai orang macam zul ni lagi baik..memang susah untuk mengubah seseorang melainkan diri sendiri yang nak berubah.

    biarkan apa orang nak kata asalkan niat kita baik. Bak kata Dr Fadillah Kamsah, orang baling najis kita baling BUNGA. Lambat laun, orang tersebut akan baling BUNGA semula kat kita. :grin:

  5. Jika kita dikomen atau diberi suatu kritikan xkisah lah apa2 pun perkara cara apabila berhadapan dengan keadaan ini sebenarnya senang aje nk atasi…’buang yang keruh ambil yg jernih’..itu sj….mudah bukan….xperlu lah kita nk perbesarkan suatu keadaan tu daripada keadaan yg jernih pada awal nya dan akhirnya akan menjadi keruh di akhirnya nnt….kita terima dgn hati yg terbuka dan minda yg positif…namun jika andai kita terima suatu teguran yg kurang baik itu kita abaikan dan jgn lah kita tambahkan lagi keadaan tu menjadi tidak baik….yg baik jd kan tauladan dan yng buruk kita jdkan sempadan..bukan kah kita manusia ni tidak lari daripda kesilapan..nobody is perrfect..klu ada apa2 yang myb kita xlbh terima tu kita abaikan dan jika teguran itu kita dpat terima jdkan ia sbg input dan panduan..xperlu kita perbesar2kan keadaan sedia ada…yg penting kita berfikiran terbuka menerima segala teguran2 yg bersesuaian..igt pepatah itu ye hihi…dan budaya tegur2 ni pn sgt baik kepada kita kerana dalam pada kita memberi segala teguran atau ape2 perkara ia secara tidak langsung akan mengingatkan diri kita juga..betul lah kata dr mahathir sebelum ini iaitu “melayu mudah lupa” hihi…tp myb ada segelintir kita xlbh terima yerlah xkan melayu aje kan..tp kita jgn mudah melenting pula..sebenarnya statement itu bukan lah menuduh melayu semata2 tp kita kene berfikiran jauh…statement itu sbnrnye utk mengigtkan kita agar jgn lah kita ni mudah lupa diri apabila kita telah berada dlm keadaan status yg lebih baik…kita manusia ni boleh berubah dlm sekelip mata..percayalah hidup ini spt roda…so apa2 perkara kita jgn cepat melenting xtentu psl tp kita ‘twist’ kan balik kpd satu cabaran dan satu nasihat yg bersesuaian dgn kita…igtlah kita hidup ni tiada manusia yg perfect k dan setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing..apa2 pun kita jdlah diri kita ni sbg satu aset yg penting pada hari2 yg mendatang….ikutkan rsnye pnjg lagi klu nk smbg tp cukuplah smpi cni aje..utk kita sama fikir2kan dan renung2kan….

    Adiosssssss!!!!

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.