Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)

*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan. 

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah. 

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal?? 😉

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk – Wajib Baca ;)

  1. a,kum+ salam sejahtera…
    dalam banyak hal apabila saja anda temui ‘lubuk emas’ ini buat perancangan dengan teliti dan susun strategi dengan betul supaya anda tidak jadi kelam kabut untuk menangani…untuk mengaut emas dari ‘lubuk emas’ ini!

    yang penting mereka yang ‘lapar’ ini. (termasuk aku sekali :)) akan kenyang dan akan datang lagi untuk makan bila musim kenyang sudah habis! Ketelitian perancangan akan membuatkan mereka datang dan datang lagi untuk makan! Jangan sampai dek kerana kelam kabut untuk mengaut emas….hanya akan mengundang mereka untuk makan sekali saja!

    Pendek ceritanya…setiap website anda pastikan kualiti bagi stiap satu…bukan hanya banyak dari segi kuantiti! Aku sudah alami ini dulu!!! Jangan diulang lagi! Selamat bersahur! selamat berpuasa! Selamat berjaya! 🙂

  2. Pada pendapat saya kalau tengok permintaan di Malaysia tak banyak,cuba tengok permintaan antarabangsa.Kekadang tu permintaan antarabangsa lebih dari Malaysia.Lagi bagus,market pun lebih luas.Dah tentu lebih $$ anda dapat. Macam mana nak tau banyak permintaan?cuba cari keyword di nichebot atau yang seumpama dengannya.

    Salam Usahawan! 🙂

  3. Assalamualaikum.

    Wah…macam ni lah ciri-ciri usahawan yang berjaya.sentiasa nampak di mana ada peluang. tak pernah pulak saya terfikir nak usha kat forum untuk cari idea produk yang byk permintaan.

    Semoga success selalu.

    Wassalam.

  4. Sembang bab “Lubuk Emas” ni memang dah jadi HOT TOPICS dengan saudara-mara serta rakan karib saya….
    Anda boleh fikir serta cuba selesaikan masalah orang lain…create product anda sendiri dengan problem insan lain.
    Kita selalu dengar orang disekeliling kita mengeluh….
    Kalaulah ada benda macam………
    Kalaulah ada bahan macam……..
    Dan sebagainya……
    so disinilah mesin cetak wang anda !!!!!!!
    Salah satu roll modelnya boleh lihat contoh produk saya di http://www.mytrebest.cjb.net.
    he…he…he….bukan nak suruh korang beli !
    Tak perlu beli…..ni info yang dapat bantu anda sedikit sebanyak
    May be anda ada yang lebih baik….info saya tau !

    pancasinar2u@yahoo.com

  5. Assalaamualaikum wrt.wbt.

    Tapi den rasa sebelum kita adakan product untuk menyelesaikan masalah pengguna, terlebih dahulu kita kena educate orang ramai tentang penggunaan kredit kad.

    Masalah yang sering den dengar ialah mereka kebanyakkan tidak yakin menggunakan kredit kad melalui Internet. “Boleh percaya ke?”, kata mereka.

    Den rasa kita perlukan banyak Laman Web yang mengandungi infomasi mengenai penggunaan kredit kad.

    Ni hanya pendapat den. Saudara Zul lebih mengetahui dari den yang baru nak belajar ni.

    Wassallam.

  6. kalau pasal lubuk emas bukan main susah nak cari, kalau lubuk hantu…. senang cari !!! kat hutan pun ada… hahahaha,pasal buat duit,lubuk emas yang terbesar tu ada dalam bank …. hehehe, kita hanya kurik saja….ambil tapi lama-lama boleh habis… tu yang mo ditambah dan diisini tu…. kita buatlah biz sama-sama.. mudah-mudahan berjaya… : )

  7. lubuk emas yang zul cakap tu, aku ada perasan gak.. tak sangka zul namakan lubuk emas.. tapi masalah aku adalah………………… suka bertangguh 🙁

  8. Ye, nak cari lubuk emas ni kita kena juga cari diluar sempadan Malaysia. Kalo nak harap Malaysian market sahaja, maknanya kita menghadkan pelanggan kita. Kalo boleh, produk kita boleh dijual bukan sahaja kepada local market tetapi boleh dijual kepada orang luar negara. Yelah, di Malaysia masih ramai ragu2 nak beli barangan di internet, masih ragu nak nak beli e-book kerana ia bersifat ‘virtual’ dan bukan fizikal macam buku di kedai buku, masih ragu-ragu untuk bayar yuran bulanan kepada membership site dan sebagainya. Tapi bukan bermakna kita tak boleh mencuba untuk berniaga di internet untuk pasaran Malaysia. Boleh. Yang pentingnya, kita cuba. Test market. Kenalpasti apa yang orang ramai mahu (macam Zul kata tentang Demand). InsyaAllah boleh berjaya.

  9. jom kita jenguk lubuk emas dan peluang untuk membuat duit dengan masalah orang ramai. lebih2 lagi yang mendapat pemintaan yang tinggi di kalangan masyarakat. apa masalah mereka yang membolehkah anda mencari duit tambahan sebagaimana yang telah diterangkan oleh zul panjang melebar tersebut…

    jangan nanti ada masalah lain yang tidak boleh dibantu dijadikan peluang pulok. itu dinamakan ambik kesempatan atas kesusahan orang lain…

    yang ini dinamakan peluang utk menyelesaikan masalah kepada orang ramai dn bukannya menimbulkan masalah kpd ramai orang apatah menyusahkan diri sendiri…

  10. lubuk emas!
    meh kita sama2 pancing emas di lubuk ni…
    bukan lombong eh…tapi lubuk…
    dengan baik2 tu…

    ni topik selesai masalah orang la ni…
    cari masalah orang dan selesaikan …
    mesti banyak permintaan…
    jadi rajin2 lah masuk ke forum…

    han

  11. Begitulah hebatnya internet, ia lubuk duit kalau kita pandai explore niche market yg tinggi pasarannya. Boleh transformasi informasi dalam berbagai bentuk spt e-book, video , e-kelas dsbnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *