Luasnya Ilmu Allah Ini & Tak Salah Berubah!

Saya yakin, anda juga berperasaan seperti saya.

Semakin kita menggali ilmu dalam apa-apa bidang, dalam kes ini ilmu perniagaan Internet, maka semakin akan kita rasa semakin banyak lagi yang belum kita ketahui.

Daripada perasaan itu, maka akan terbentuklah dua golongan iaitu yang terus bersemangat untuk belajar dan mengkaji dan satu lagi terus lemah semangatnya dan berputus-asa kerana menganggap diri mereka telah ketinggalan jauh berbanding orang lain.

Saudara, jika saya katakan TIDAK untuk andaian ketinggalan itu, apa perasaan anda? Anda perlu tahu, sesiapa sahaja akan ketinggalan tatkala mereka bermalas-malasan untuk menambah ilmu di dada dan tiada usaha seperti tidak mempromosikan perniagaan secara progresif. Hal ini akan melanda siapa sahaja sama ada yang dah lama mula atau baru bermula…

Saya memerhatikan, ramai usahawan Internet yang baru begitu berjaya berbanding mereka yang telah mula lama atau yang telah tahu lama kerana mereka begitu kuat dan rajin berusaha dan terus menerus belajar dan mengkaji.

Apabila anda sudah berada di dalam satu keadaan yang merasakan begitu nikmatnya ilmu-ilmu perniagaan Internet seperti teknik pemasaran, maka anda terus lagi mengkaji dan mengkaji sehinggalah anda mempunyai strategi tersendiri. Hasilnya, anda akan berjaya dalam bidang anda berbanding mereka yang berusaha ala-kadar.

Saya hanya akan memfokus kepada beberapa ‘perkara’ sahaja dulu dalam bidang perniagaan dan pemasaran Internet ini agar saya dapat mendalami ‘topik’ tersebut dengan lebih fokus dan lebih baik. Tujuannya agar saya dapat meningkatkan lagi hasil perniagaan Internet yang saya lakukan dan juga berkongsikan ilmu yang saya miliki dengan orang lain. Menguasai 1 perkara dengan sedalam-dalamnya adalah lebih baik berbanding mengetahui 1000 perkara tetapi tidak memahirinya.

Dengan itu, perasaan ketinggalan itu patut anda jauhkan dari kotak pemikiran anda. Begitu banyak bidang dalam perniagaan Internet ini dan begitu banyak teknik juga yang boleh anda terokai dan mendalaminya. Kemudian, anda jadikan diri anda pakar mengenai hal itu yang mana orang lain tidak tahu banyak. Mudah ceritanya, anda mesti FOKUS.
Anda pilih satu model perniagaan Internet dan pilih satu beberapa teknik Internet Marketing dan kuasainya agar anda mempunyai kekuatan dan nilai tersendiri.

Anda juga perlu tahu, jika anda pakar perkara A, saya pula tahu lebih perkara B dan usahawan lain amat pakar dalam perkara C, maka di sinilah pentingnya berkongsi ilmu. Sebagai contoh, blog saya lebih kepada motivasi dan strategi keusahawanan, blog SaifulSham pula mengenai teknik-teknik perniagaan Internet dan blog lain pula lain topiknya. Maka, tak perlulah saya menyusahkan diri menulis semua perkara kerana di blog lain sudah menulisnya. 🙂

Perancangan & Perubahan Bukan Hanya di Awal Tahun!

Sudah menjadi adat, azam baru, cita-cita baru dan perancangan baru kebanyakan orang hanya dilakukan di awal tahun baru. 🙂 Tapi, tidak salah untuk kita berubah daripada jalan yang sedang kita lakukan atau ‘menyeleweng’ daripada perancangan asal di awal tahun itu jika ada jalan yang lebih baik dan lebih sesuai kepada diri kita.

Katakan kita rancang untuk buat A beberapa bulan yang lepas dan kita telah ikrarkan pada diri dan jiwa kita untuk berjaya melakukannya. Tetapi, dalam perjalanan demi perjalanan, kita telah ‘terserempak’ dengan sesuatu yang telah mengubah sepenuhnya atau sebahagian persepsi atau pegangan kita sebelum ini. Dari itu, segalanya telah berubah. Dari A, kita telah berubah kepada B, C atau apa sahaja yang kita ‘terserempak’ itu. Mungkin dari A, kita terus berubah kepada Z!

Ia tidak salah, malah amat wajib jika ia lebih baik. Dah nama pun perancangan, maka ia boleh berubah bila-bila masa. Bagi kita seorang muslim, kita percaya kita hanya merancang, tetapi yang menentukan HANYALAH ALLAH sahaja. Jadi yang terbaik adalah, kita merancang, berdoa dan bertawakkal. Jika merasakan ada sesuatu yang lebih baik, pohonlah padaNYA agar menunjukkan mana yang lebih baik dan jika hati lebih berat kepada perubahan yang baru (terkini), maka ikutlah jalan itu dengan perancangan yang baru. Usahalah sebaik mungkin sehingga berjaya.

Saya telah melihat dan memerhatikan, ada kawan-kawan saya yang sebelum ini merancang dan berikrar akan melakukan A, tetapi sekarang mereka telah jauh ‘menyeleweng’ kepada B. Apa yang terjadi? Mereka lebih berjaya dan ceria dengan B itu. 🙂 Rupanya, A adalah hanya persinggahan yang sementara dan sebaliknya B adalah lebih sesuai dan padan dengan mereka.

Contohnya, jika sebelum ini anda mahu melakukan program Google Adsense, perancangan pun sudah dibuat, usaha pun sudah dilakukan. Tetapi, dalam usaha yang dilakukan itu, tiba-tiba anda didatangi dengan satu ‘perasaan’ yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata bahawa ada yang lebih baik daripada Google Adsense untuk anda iaitu menjual produk digital. Terbukti selepas itu katakan, jika dibandingkan dengan usaha Google Adsense anda, menjual produk digital anda sendiri adalah lebih berjaya!

Contoh lain adalah, katakan anda membuat satu blog. Mulanya anda menulis satu topik berkaitan dengan bisnes. Tetapi kemudian anda merasakan, kekuatan dan kepakaran anda adalah dalam bidang pembangunan diri, malah anda amat suka dan gembira mengenainya. Maka dari topik bisnes untuk blog itu, anda telah bertukar kepada bidang pembangunan diri yang mungkin lebih fokus kepada keusahawanan sebagai contohnya.

Maka kesimpulan di sini adalah, JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH! Dengan syarat, anda melakukan perancangan rapi dan membuat keputusan dengan sebaik-baiknya. Anda perlu bezakan antara tiada fokus dengan perubahan yang baik. Tiada fokus adalah melakukan sesuatu tanpa pertimbangan, tetapi berubah dengan baik adalah ada perancangan dan telah difikirkan semasak-masaknya.

Saya menyatakan hal ini kerana kini saya juga sedang menimbang-nimbangkan sesuatu yang begitu ‘menyeleweng’ daripada beberapa perancangan sebelum ini. Saya perlu melakukan peracangan dan keputusan yang baru agar saya lebih jauh ke hadapan dan lebih berjaya.

“Perubahan demi perubahan, akan menjadikan kita lebih berpengalaman dan membawa kita kepada sesuatu yang sepatutnya kita lakukan iaitu sesuatu yang lebih sesuai dengan diri dan jiwa kita”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Luasnya Ilmu Allah Ini & Tak Salah Berubah!

  1. ye, tak perlu TAKUT untuk berubah kalau perubahan itu menguntungkan diri kita sendiri. Perkataan TAKUT mungkin kerana kita dihantui apa pandangan orang lain…apa orang akan kata dan TAKUT orang mengata….

    Nampaknya, selain dari bidang perniagaan internet nampaknya zul makin bijak dan pandai memberi motivasi 😆

    Sememangnya dalam konsep mencari ilmu, kita diwajibkan menuntut ilmu…tapi janganlah sampai tamak sehingga tak tahu mana satu nak digapai. Betul kata zul, kalau saifulsham dah tulis pasal tu, tak payah nak tulis lagi kan…baik cari sesuatu yang lain dari itu dan jadikan kepakaran kita sendiri.Berkongsi ilmu…

    Saya pun dalam proses peralihan. Daripada offline ke online…masih baru. Walaupun belum nampak hasil dari segi $$$$ tapi hasil dari segi kepuasan saya kecapi dan rasai bila tengok blog saya dah online.

  2. Betul apa yang Zul kata, tidak semestinya kita hanya terus menerus membuat benda yang sama, walaupun benda ini yang kita mulakan dulu. Semakin banyaknya persaingan, apa kata gunakan peluang lain yang masih terbuka luas tu, ini juga merupakan salah satu dari strategi.. Betul tak?

    Ya Zul dah mula menunjukkan ciri-ciri seorang pakar motivasi. Sikit masa nanti adalah blog tentang motivasi nie kot 🙂 . Bukan mudah sebenarnya untuk sesebuah penulisan motivasi ini, lebih-lebih lagi dengan usia semuda Zul.. perlu ada banyak ilmu juga pembacaan. Namun Zul buktikan usia bukan penghalang.. Syabas Zul 😉

  3. 😈 Berubah ke arah kebaikan, apa salahnya? Kadang-kadang kita tak perasan yang sesuatu tuh adalah kekuatan kita sehinggalah ada orang tunjuk.. tak gitu? Apapun hidup ini adalah untuk belajar.. Dan dalam proses pembelajaran tuh kita memerlukan perubahan..

  4. Ilmu Allah di pelajari untuk di amalkan. Bukan setakat beramal sahaja tetapi kembangkan ilmu tersebut. Dari situ, akan ada perubahan secara tidak sedar. Tidak salah berubah dan memang tidak salah jika perubahan itu membawa kebaikan yang lebih baik daripada dulu.. 🙂

  5. Saya setuju apa yg Jebat Mesranet kata tu, Zul ni memang menunjukkan ciri2 seorang pakar motivasi. Mungkin satu hari keluar blog yg lebih fokus kearah tu lak.

    Ya memang betul luasnya ilmu allah ini. Dan sebagai umat islam, menuntut ilmu ini adalah menjadi perkara yang wajib. Dan ilmu yang dituntut pula perlu dipraktikkan(diamalkan pula). Dan yg terakhirnya ilmu itu pula wajib di dakwahkan(disampaikan/sebarkan). Dan kerana itu kenapa umat islam begitu cemerlang selama 1300 tahun . DAn zalam kegemilangannya hanya jatuh pd tahun 1924 selepas umat islam itu sendiri telah lalai dan mengabaikan ilmu sebagai budaya hidupnya.

    Dan tak salah pulak utk kita berubah asalkan perubahan itu kearah kebaikan.

  6. asmkm Zul, pekaba? shueqry here..

    Artikel yang memberi semangat dari Zul.. bagi saya dalam kita mengejar kecemerlangan, perubahan memang perlu, jika tidak kita akan jadi statik.. biasanya dengan pertambahan ilmu dan kemahiran, akan ada perubahan secara berkala, step by step..

    jika perubahan tu diiringi dengan Attitute positif dan mahu bersaing secara sihat, tak mustahil orang yang masih baru sebegini mampu berdiri setanding dengan yang lama, tumpukan sesuatu bidang dan kuasainya sehabis baik..

    thaks Zul, very inspiring article 🙂

    – shueqry –

  7. slmt mlm zul,

    mmg btl tu zul…kalu kita tukar perancangan asal ke perancangan yang lebih adalah lebih baik berbanding kita teruskan yg asal…
    kalu kita teruskan yg asal tak sebaik yg baru baik berubah keadaan sebelum jd lebih teruk..

    btl zul???

  8. haha… macam citer burung unta buat alasan dia burung, lain hari dia buat alasan dia adalah unta untuk mengelak dari berubah,

    satu lagi citer helang dalam masyarakat ayam,

    satu lagi citer gajah yang dirantai sejak kecil.

  9. kenapa perlu berubah? tak berubah tak boleh ke? kalo member berhijrah ke bandar dan balik semula ke kampung tatkala tengok member2 sekampung yang masih ditakuk lama dah tentu rasa sedih sekali… tiada perubahan langsung untuk bertahun2… lama tu… bertahun2 lamanya..?

    perubahan ke arah kebaikan untuk memajukan diri sendiri. bukan untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk keluarga dan masyarakat dan bahkan kepada agama…. terus maju ke hadapan…

  10. hidup kita ni bukan tak boleh tak berubah…
    kadang2 ia berubah sendiri je tanpa disedari oleh kita sendiri…
    mungkin hala ke baik dan mungkin hala ke buruk…
    tu semua bergantung pada kita sendiri…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *