‘List’ BUKAN Lagi Emas Jika…

Kita sering berbincang, mendengar dan membaca mengenai kepentingan LIST (senarai nama dan emel). The list is gold, the money is in the list dan macam-macam lagi lah. Namun, satu perkara yang ramai orang ambil remeh dan tidak pandang serius ialah jenis autoresponder yang digunakan untuk menyimpan “emas” tersebut.

Senarai emel adalah emas. Tempat sesuai untuk menyimpan emas ialah di bank. Analogi ini bermaksud, kalau anda mahu menyimpan emas (senarai emel), simpanlah dengan menggunakan autoresponder yang reliable (bank). Sebaliknya, bukan menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau pasang sendiri di Hosting. Selain ia kurang reliable, ia juga cerewet untuk diuruskan.

Menggunakan autoresponder yang tidak bagus umpama menyimpan emas di tempat yang tidak sepatutnya. Bila-bila masa boleh hilang. Dalam kes terbaru, En. Zamri Nanyan kita telah kehilangan banyak data (senarai emel) kerana menggunakan sistem autoresponder yang kurang reliable. Satu pelajaran yang terbaik untuk anda teladani.

Kepada anda yang baru mahu mula membina list, jangan kedekut dan takut untuk keluarkan modal bagi membeli autoresponder berbayar! Setiap satu sen yang anda keluarkan akan terbalas berkali-kali dan berlipat-kali ganda apa yang anda bayar itu. Lihat perkiraan berikut:

Katakan anda membayar sebanyak $199.00 setahun untuk autoresponder berbayar. Sekali tengok amat mahal, NAMUN anda boleh menghasilkan $1000.00 setiap bulan dengan menjual apa-apa produk kepada LIST anda. Jika dikira setahun, anda akan mendapat sekitar $12,000.00!

Lihat, modal untuk autoresponder tadi yang sebanyak $199.00 sudah anda dapat kembali berkali-kali ganda. Itupun jika anda serius di dalam berniaga dan ada strategi yang betul. Tiada lagi perkara yang mustahil untuk buat duit dalam jumlah tersebut.

Pengalaman saya? Pada tahun lepas sahaja saya telah mendapat lebih daripada 20 kali ganda pendapatan bersih setelah menolak kos untuk autoresponder yang telah saya bayar untuk setahun. Ya, jumlah tersebut saya dapat 100% daripada ‘list’ tanpa lain-lain cara pemasaran. Dan pada tahun 2008 ini saya mahu mendapat pendapatan lebih daripada itu. Tidak rugi mengeluarkan kos untuk kesenangan anda.

Beli –> Siap Sedia untuk Diguna –> Buat Duit Berkali-kali Ganda

Kesimpulan:

1. LIST adalah EMAS
2. Mesti simpan emas itu di tempat sepatutnya
3. Mesti tahu guna emas tersebut sebaik-baiknya

Jika anda faham dan amalkan tiga petua di atas, insyaAllah anda boleh kaya-raya melalui internet. Ia bukan lagi perkara yang mustahil sebab ia telah terbukti.

Nota Tambahan:

1# Seorang sahabat kita sekarang sedang giat membina mailing list beliau sendiri. Dan saya akan membantu beliau untuk mendapatkan RM1000.00 paling lama dalam masa satu minggu. Dan yang patut anda pelajari daripada beliau ialah, beliau sanggup mengeluarkan MODAL untuk membeli autoresponder berbayar.

2# Cukuplah pelajaran demi pelajaran yang telah usahawan internet lain alami. Tapi jika anda masih menyenaraikan 1001 alasan untuk tidak menggunakan autoresponder berbayar, bermakna anda akan mencipta sejarah kekecewaan seperti mana yang mereka hadapi. Tepuk dada tanya selera.

3# Usah terpengaruh dengan tipu daya mereka yang menjual skrip autoresponder yang mana mereka mengatakan anda tidak perlu bayar bulanan dengan memasang sendiri sistem autoresponder di hosting sendiri. Hakikatnya, tiada satu pun skrip yang akan bertahan lama. Sampai masanya, ia tidak akan lagi berfungsi dengan baik.

Mahu satu satu pelajaran terbaik daripada saya? Projek RM20.00 saya yang lepas menghadapi masalah gara-gara menggunakan skrip sistem autoresponder yang dipasang sendiri. Pada mulanya berfungsi, tetapi kemudian ia menjadi seperti enjin kereta yang rosak secara tiba-tiba. Kesannya, saya GAGAL menghubungi bakal pembeli dengan baik.

Jika sistem autoresponder yang dipasang sendiri itu mampu menghantar emel kepada ratusan orang, tetapi apabila senarai telah mencecah ribuan orang, maka biasanya ia tidak akan berfungsi dengan baik lagi atau terus tidak berfungsi.

4# Jika anda bertanya sistem autoresponder berbayar mana yang paling bagus, pendapat saya ialah Aweber. Saya dapati ia mempunyai beberapa fungsi yang tiada pada Getresponse yang sedang saya gunakan sekarang.

aweber

Akhir kata, autoresponder berbayar adalah sebuah bank yang terbaik untuk anda menyimpan emas yang amat bernilai. Fikirkan masa depan perniagaan anda, sebaliknya bukan hanya untuk jangka masa pendek sahaja.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

39 thoughts on “‘List’ BUKAN Lagi Emas Jika…

  1. Zul, saya memang bercadang untuk menggunakan autoresponder berbayar dalam masa terdekat ini tetapi modal masih belum cukup..

    Sekarang ini saya masih menggunakan autoresponder yang dipasang sendiri. Takut juga kalau2 kehilangan list tersebut..

    1. Tak salah guna yg pasang sendiri En Dlie. Saya dulu pun bermula dengan yg free & pasang sendiri. Cuma terlalu banyak kisah kecewa berbanding kisah gembira guna yg pasang sendiri ni.

      Tapi kalau dah tak ada modal lagi, buatlah strategi. Ini cadangan saya:

      1. Pasang sendiri autoresponder.

      2. Dapatkan subscribers sekitar 100 orang.

      3. Dekati mereka sebaik-baiknya.

      4. “Jual” sesuatu kepada mereka. Katakan jual satu produk berharga RM10.00. Kalau 50 orang beli, means kita dapat RM500.00.

      5. So, gunalah pendapatan tadi untuk beli autoresponder berbayar. Kalau Getresponse, sekitar RM65.00 untuk satu bulan. Tapi better beli untuk 1/2 tahun atau setahun terus. Banyak jimatnya.

      RM65 x 6 bulan = RM390.00

      So, RM500 tu dah cukup untuk bayar untuk 6 bulan sekaligus.

      Bila dah beli yg berbayar tu, import subscribers dari yg kita pasang sendiri tu ke yg berbayar punya. Jangan tangguh ‘part’ ni sehingga saiz list membesar (di autoresponder yg dipsg sendiri).

      Apapun, strategi di atas hanya contoh sahaja. Nak seribu daya. 🙂

  2. biasanya cpanel hanya membenarkan 300-500 email dalam masa 1 jam..kalo lebih akan error la..

    kalo list bawah 500 tu boleh la..kalo lebih…

    saya sekarang tak boleh guna email dari domain rajaadsense sebab spam terterlalu banyak ke email payment & dia ada autoreply.. begitu jugak dengan forum phbBB yang kena spam..entah bila dia nak update tah..lama benor dah versi tu..

    email support pun tak leh guna sebab robot spam forum & autoreply.. pihak hosting dah up saya punye dari 300 email 1 jam kepada 500..still tak leh guna jugak..

    terpaksa guna email dari domain lain untuk support..susah betul la spam ni.

    1. Sham, sebab tu digalakkan guna yg berbayar sebab untuk problem ISP ni, mereka ada kekuatan. Means, mereka ada deal dengan pihak2 ISP di dunia ni. Berbeza dengan domain sendiri, kita tiada “autoriti”.

  3. Delima usahawan internet – email bisnes di spam

    Rasanya dah bertahun2 dah usahawan internet membuat “jelajah” di seluruh laman web, blog & forum mengenai kesalahan SPAM ini, tapi tahap kesedaran “penjenayah x makan saman ini” masih lagi berleluasa..

    Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia…!!

  4. Saya juga telah kehilangan lebih 2 ribu list dengan autoresponder berbayar yang kurang dikenali. Kini saya juga menggunakan aweber. Bayar lebih sikit tak apa asalkan selamat dan berkualiti.

    Memang betul modal buat bayar AR tu boleh dapat balik dari list kita. Sesekali ada produk yang murah macam RM10 kalau dapat 100 orang saja beli, confirm dah balik modal. Lepas tu kutip untung aje la.

    1. Satu point yg lupa untuk saya nyatakan. Thanks Sukeri sebab kongsi pengalaman tu. Apapun, atas planet bumi ni, hanya 3 ni sahaja yg diakui autoritinya:

      1. Aweber
      2. Getresponse
      3. EmailAces

      Namun yg lain-lain tu, saya tak sangkal kehebatan mereka seperti prosender, 1shoppingcart dan byk lagi. Cuma yg 3 atas tu lebih banyak pengalaman.

      Cuma bagi saya, kita ikut je lah orang berjaya. Peratusan besar IM di dunia ni guna Aweber. Apa yg dapat saya katakan, Aweber lebih menarik berbanding Getresponse. 🙂

      1. 1shoppingcart ni hebat juga sebab ia ada banyak fungsi atau feature termasuk dapat mengendalikan sistem affiliate sehingga peringkat kedua (2-tier)

        Tapi cakap pasal mesra pengguna, saya lebih sukakan Aweber. 1shoppingcart ni masalah sikit kerana fungsinya banyak dan kurang sesuai untuk mereka yang baru mula nak buat bisnes internet ni.

        1. Ehem, kalau tak salah saya lah, Stephen Pierce pakai 1shoppingcart kan? Saja2 je tanya, Raymond kan anak murid dia. 😀

          *Saya guna Getresponse. Aweber tu saya test yg orang lain punya. Dan maybe saya akan beli juga yg Aweber punya. So, ada dua lah nanti.

        2. Ya, Stephen Pierce pakai 1sc dan saya ialah anak muridnya (tapi bukanlah yang terbaik. Cuma yang teraktif dalam forumnya) Syarikat yang lain seperti Success Resources juga pakai 1sc.

          Tapi untuk orang yang tak tahu kod php dan html agak sukar sikit kerana kadang-kadang masalah kecil yang timbul pun tidak dapat selesaikan sendiri. Stress pula nanti.

          Kalau nak buat sistem affiliate sendiri, 1sc memang baguslah sebab kita tak perlu bayar Clickbank, Paypal, paydotcom ataupun 2CO.

          Kalau sales banyak, ia boleh mambawa keuntungan yang banyak daripada penjimatan tersebut.

  5. Em… 😐 Memang nak guna autoresponder berbayar, tapi belum ada bajet la. Maybe tgu BONUS dapat kot 😛

    Tapi nak tau la, senang ke nak guna autoresponder ni? Ada mcm guna emel x function dia? Ye la takut gak byr mahal2 tp xtau nak guna… 🙁

    Atau ada sape yang ada ebook cara guna autoresponder ni? Ble la share… TQ

    1. Emet, semua cara guna, tips, panduan, support akan diberikan kepada kita. 🙂 Hanya perlu bayar (guna kad kredit/kad debit) dan lepas terus boleh guna tanpa tunggu seminit pun.

      Guna autoresponder ni mudah je. Nak tahu macam mana? Macam guna emel! 🙂 Kalau tahu guna emel, insyaallah mudah lah nak guna autoresponder.

      TAIP –> Klik Button Send –> Selesai

      1. akum..tapi zul macam mana nak buat borang kat ruang website……..sesiapa boleh tolong saya …….tak paham lagi kawe ni..

    2. Aweber ada menyediakan banyak video tutorial untuk membantu newbie memasang sistem mereka.

      Tapi buat masa ini, belum ada video versi Bahasa Malayu lagi.

      Jika Emet faham bahasa putih, then ok lah.

        1. wow 😀 tq2… kalau dah orang berpengalaman cakap mcm ni berkobar2 plak nk guna autoresponder berbayar 🙂 Company Autoresponder takde wat Affiliate ke? Kalau ada lagi ramai ble promote produk dorang, takde la promote kosong jekn? 😉 macam skang ni, smartzul promote AWEBER… Anyway thanks so much, untuk raymond juga 🙂

    3. Yup.. memang senang giler.. taip jer apa info yang kita nak hantar, siap jer klikl SEND.. automatik terus hantar kat semua list.. 😛

  6. Hohoho..bagusnya post ni. Saya baru bercadang nak buat mailing list, tp x tau pulak macam mana nak buat. kalu dah Smartzul bagi cadangan camtu saya ikut jer. Tp saya mmg tak tahu menahu pun pasal autoresponder sebelum ni…budak baru belajar la katakan..soal modal mmg masalah sikit, tp bagi saya tiada alasan untuk kejayaan. Saya akan dapatkannya secepat mungkin!! lepas ni bleh la sapa2 yang pandai tu ajar saya ek!! 😛

  7. kalau nak berjaya..kenalah ikut nasihat dan pendapat orang yang dah berjaya… :mrgreen:

    Aweber….saya mesti pilih… 🙂

  8. Zul…Terima kasih kerana sebelum ni telah beri penerangan kepada saya tentang kelebihan autoresponder percuma dan berbayar secara detail. Saya amat-amat berpuas hati setelah guna Aweber.

    Cayalah Zul… ‘Line Clear’!… 🙂

  9. Yup guna autorespone berbayar ni banyak kelebihannya. Yang free saya try guna dulu, pening kepala nak uruskan mail list. La ni guna getrespone tak pening lagi, semua boleh saya susun mengikut kempen masing-masing.

    Ramai IM yang gunakan aweber ni. Sebab tu tak boleh sangkal kehebatannya. Mungkin satu masa nanti kena fikir nak guna aweber juga. La ni guna autorespone je.. pun ok juga. Mudah n simple nak guna. 😆

    1. Jebat, Getresponse ni bagi saya ia guna konsep “wizard” 1-2-3. Berbeza dgn Aweber, dia takbanyak sangat klik-klik. Kalau tak salah, aweber guna ‘teknologi’ AJAX. Means, tak byk klik utk ke page lain. Ia reload in one page.

      Apapun, jika anda newbie, Getresponse is the best utk anda. Sebab ia mudah untuk digunakan, tak kompleks mcm Aweber.

      Walaupun aweber adalah terbaik, namun Getresponse pun hebat juga.

  10. Saya ingat lagi, hari tu masa Zul buat post pasal galakan guna autoresponder berbayar, saya ada cakap yang saya tengh kumpul duit untuk guna yang berbayar.

    Alhamdulillah, Berkat untung sedikit sebanyak di internet sekarang ni, saya dah guna autoresponder berbayar! Mudah, senang & selamat. 🙂

    Tq atas tunjuk ajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *