Liku-Liku Penulis Blog + Panduan

Apa khabar para pembaca blog smartusaha? Hmm, sudah agak lama sikit saya tak update blog ini. Amat sibuk sedikit dengan tanggungjawab dan kerja lain. Inilah cabaran kepada pemilik blog di mana mereka sebenarnya memikul satu ‘tanggungjawab’ untuk memberikan informasi terutama kepada pembaca mereka yang setia. Blog umpama akhbar harian yang akan dibaca oleh pembaca yg sama, namun jika tiada berita atau info terkini, pembaca tadi sudah tentu kecewa.

Bermula Julai tahun lepas (2005), saya mula menulis blog dengan menggunakan blog yg percuma di tblog.com. Sedikit demi sedikit saya mempelajari bagaimana menggunakan blog yang dikatakan boleh dibuat duit itu. Hehe, buat masa sekarang saya tak buat duit lagi dengan blog saya. Tapi dalam ke arah sana, insyaAllah. Jika anda ingin membaca tulisan2 awal saya yg mungkin macam budak baru belajar di tblog tu, boleh download pakej ebook percuma di http://blog.smartusaha.com/download-ebook-percuma.html. Dalam tu ada satu ebook yang bertajuk smartbiz blog. Saya masukkan semua entry dari tblog tu ke dalam satu dokumen untuk memudahkan anda membaca.

Jadi kepada anda yang mahu menjadi penulis blog, pastikan anda mempersiapkan diri dengan dua perkara penting:

1. Tahu menguruskan hal teknikal blog (install, skrip, config, dan lain-lain)

2. Ada niche dan fokus sendiri

Bagi perkara 1, memang anda boleh meminta bantuan orang lain, tapi dalam masa yang sama cuba pelajari dan kuasai. Kelak nanti mudah jika ada masalah seperti error atau ingin menambah sesuatu seperti kod dan menambah fungsi.

Perkara 2, niche atau fokus bermaksud, anda ada topik yang tidak terlalu meluas. Bukan tidak boleh membicarakan semua benda, tapi anda tidak akan ada arah dan tujuan. Lagipun, sudah banyak mereka yang menulis blog aneka perkara. Dari bangun pagi gosok gigi, berbalah dengan kawan, keluhan perasaan, ekonomi, politik dan macam-macam lagi.

Blog saya ni macam mana pula? Ia fokus semua perkara mengenai ebiz. Tidak ada fokus pada satu aspek. Saya akan bincang semua benda berkaitan ebiz. πŸ™‚ Itulah fokus saya walau ia agak besar. Tapi yg pasti, blog ini antara yang ter-awal membincng mengenai perniagaan internet. Jadi persaingan agak kurang.

Jadi jika anda ingin membuat blog mengenai ebiz, apa kata fokus kepada satu atau dua topik sahaja. Contoh: Blog yang membincangkan tips dan triks program affiliate atau tips SEO. FOKUS… Apa kelebihan fokus? Salah satunya orang akan tahu blog mana yang patut dirujuk jika ingin membaca mengenai SEO atau affiliate. Sudah jelas maksud saya?

Blog saya di sini adalah ingin memudahkan orang ramai merujuk mengenai apa sahaja pasal ebiz. Dan kemudian mereka melakukan sendiri. Contoh: Anda baca posting ini dan anda bina blog sendiri yang ada fokus dan niche. Datang pula sorang ni, dia baca posting saya mengenai affiliate, dia pun buat program affiliate sendiri (next topic). Itu antara tujuan blog ini iaitu membantu mengenai pelbagai perkara dan memenuhi kehendak orang ramai yang berbeza untuk ebiz. Tapi bagi anda, buat dengan fokus dan unik.

Akhir kata, nak setup blog itu beberapa minit saja (kalau anda tahu-lah). Tapi untuk menjadi penulis blog yang berpanjangan dan serius, adalah satu cabaran. Pesan saya, jangan bina blog hanya melepas batuk di tangga. Ingat analogi saya, blog umpama akhbar harian. Sekali orang anggap blog kita tak terjaga dan tak menarik, amat sukar nak suruh mereka datang lagi.

InsyaAllah saya akan sentuh lagi mengenai blog di lain masa nanti.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Liku-Liku Penulis Blog + Panduan

  1. Post yang agak menarik πŸ™‚ saya juga sering menghadapi masalah untuk menulis di dalam blog2 saya. Kesibukkan bukan menjadi masalah yang besar tetapi bagi saya kekeringan idea merupakan masalah yang paling besar…..biasanya ia dikenali sebagai “Blogger block” πŸ™‚ saya kena mencari jalan segera untuk megatasi sindrom Blogger block ini

  2. setuju dengan post u. akak pun dah start kekeringan idea dan ketandusan masa untuk memastikan blog akak sentiasa up-to-date. memang fokus dan ilmu berkaitan teknikal juga penting.. proses belajar tak akan berhenti sebab teknologi internet semakin pantas berkembang.

    semoga berjaya!

  3. Idzuan dan kak Wati.. Betul tu.. Idea yang fresh serta penulisan yang ‘sedap dibaca’ amat penting. Pada pendapat saya, menulis blog adalah satu seni. Seni penulisan itu sendiri dan juga seni perhubungan dengan manusia. Tulisan kita adalah satu komunikasi kita dengan para pembaca. Dan dengan penulisan yang baik, jelas dan berfakta, orang akan suka..

    Salah satu cara untuk mengatasi masalah kekeringan idea adalah menggariskan atau merancang apakah topik atau tajuk yang seterusnya yang akan ditulis.. Perancangan ini lebih mudah jika kita fokus kepada topik blog kita.

    Kepada blogger, teruskan penulisan anda dan pastikan blog kita dapat memberi manfaat dan juga ilmu kepada semua pembaca.. InsyaAllah.

  4. he.. he..he.. sebab itulah saya tidak menulis blog. Masalah kering idea ini pasti akan melanda, once kita mengalami masalah ini, pembaca2 akan mula surut..visitor.. akan mula surut… sekali gus.. semangat untuk menulis akan surut juga… jadi.. perkara ini perlu diatasi segera. Jika tidak.. memang susah nak dapatkan visitor semula.

    apa-apa pun.. good luck zul… teruskan menulis

  5. hehehehehe, shuth, panjangnya ketawa.. πŸ™‚ Gurau jer.. Thanks shuth..

    Yup, itulah liku-liku penulis blog. Nak wat camner.. Sekali langkah ke depan, kita kenalah hadapinya tul tak? Takleh nak undur-undur lagi.

    Jadi, wahai penulis blog, jom sama-sama kita menyelesaikan masalah ini dengan sebaik dan sepantas mungkin.

    Masalah kekeringan idea ini bagi saya merupakan satu proses pembelajaran bagi blogger agar terus berusaha untuk mencari satu solusi dan ‘formula’ bagi menyelesaikan masalah ini. Masalah adalah satu peluang.. Masalah bagi penulis blog pasti akan mematangkan mereka dan seterusnya menjadikan mereka seorang blogger yg profesional dan berpengalaman kelak.

    Seperkara lagi adalah, penulisan blog tidak semestinya setiap hari. Sebab itu amat penting kita buat perjanjian dengan pembaca yg kita akan menulis atau mem-publish pada sekian hari yg tertentu.. Contoh, 4 kali seminggu, isnin, rabu, jumaat dan ahad. Hari2 lain boleh juga dimasukkan tulisan sebagai tambahan.

    Apapun, syabas kepada penulis blog semua yang mengambil cabaran ini. Pastikan anda menjadi penulis blog yang berjaya.. InsyaAllah.

  6. Hmm.. maybe kena lepaskan idea sikit2 untuk masa akan datang πŸ™‚ Tulis blog yang lebih ringkas dan tak terlalu banyak point pada sesuatu masa. Orang pun senang baca dan kita pun senang nak tulis. Pandangan peribadi je.. hehehe jugak

  7. saya pun nak share jugak πŸ˜‰ eloknya tema/fokus/niche yang kita pilih itu ialah berkenaan dengan perkara yang memang kita minat. memang dalam kepala kita asyik fikir benda tu aje kalau tak 24 jam pun dalam 2~3 jam sehari kita asyik pikir benda tu aje. mesti ada idea insyaallah

  8. makasih… banyak lagi nak tiru nih… tiru orang yang berjaya dengan mengikut panduan yang sebenarnya… tiru yang tak baik tak mau laaa

  9. 😐 saya tak tau menulis blog. yang saya tau seni bela diri dan seni lukis je πŸ™‚ Boleh ke buat blog….atau menulis di blog πŸ˜₯

  10. saya cadang nak tulis blog juga ,tapi bukan sekarang…..
    nak belajar dulu selok belok,teknikal dll.
    Kalau blog tips pemanduan dan keselamatan jln raya ,boleh tak zul?

  11. itulah dia cabarannya mereka yang akan membuat blog dan mulakan kerjaya berblog. anda boleh mulakannya secara sambilan atau spenuh masa mengikut pilihan hati anda. bukan sembarangan kalo nak berblog. namun hakikatnya berblog bukan boleh naik mendadak sehari dua… ia memakan masa yang lama untuk terus bertapak dan maju jaya ke hadapan…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  12. wahahahaaa… entry zaman bila lagi nih…? tahun lepas punya laaa time saya nak download ebook percuma dari zul. hihiiii…

    jangan lupa pakai tali pinggang keledar…

    sekian terima kasih… 😯

  13. “Pesan saya, jangan bina blog hanya melepas batuk di tangga. Ingat analogi saya, blog umpama akhbar harian. Sekali orang anggap blog kita tak terjaga dan tak menarik, amat sukar nak suruh mereka datang lagi.”

    itulah dia cabarannya nak suruh mereka datang dan datang berkunjung setiap hari bukannya mudah… kalo dah hilang kunjungan kena bina kembali laaa blog anda tersebut… hihiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *