Lihat Saya Guna Teknik Audio..
Saya tak mahu tulis panjang lebar pada hari ni. Tapi saya mahu jemput pembaca semua ke laman web saya berikut:
http://www.bloggingsteps.com/kit
Sebelum itu, pastikan Volume speaker komputer anda jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat. Satu audio iaitu suara saya akan keluar secara automatik tanpa perlu anda tekan butang Play.

*Jika tiada audio yang keluar (tak dengar apa-apa), lakukan perkara berikut:
1. Refresh Browser internet anda. Jika suara tersekat atau berhenti separuh jalan, refresh juga.
2. Jika butang audio berwarna merah di atas tak keluar, anda perlu install Flash Player. Klik di sini untuk download. Download dan install ke komputer anda.
3. Periksa speaker komputer anda.
——————-
Pada awal jualan ebook Kit Blogger dulu (2006), saya ada meletak audio di laman web jualan tersebut. Tapi kemudian saya ‘buang’ untuk sementara. Kini, saya letak kembali untuk melihat kadar ‘conversion rate’ laman web apabila meletak audio.
Setelah saya meletaknya satu hari yang lepas, bilangan jualan ebook bertambah kepada tiga jualan (1:3) daripada biasa. Namun begitu, saya akan kongsikan hasilnya selepas saya menganalisis data untuk satu bulan ini. Baru saya dapat nyatakan keberkesanannya.
Untuk pengetahuan semua, saya ada menulis satu ‘report’ mudah tip membuat audio sebegitu. Tip ini adalah teknik, dan bukan cara-cara nak buat audio (record suara, edit HTML, dan lain-lain), tapi ia adalah teknik bagaimana nak buat ayat yang berkesan dan menarik.
Report ini ada diedarkan secara percuma kepada mereka yang tertentu dan buat masa ni, saya tidak akan mengedarnya kepada umum lagi sebab saya mahu mengemaskininya menjadi sebuah ebook yang ‘lengkap’ mengenai teknik audio.
Baiklah, mungkin anda ada komen terhadap teknik audio ini. Jika anda ada persoalan yang berkaitan, silakan bertanya. Saya akan jawab selagi saya tahu untuk menjawabnya.
ps. Saya akan lancarkan satu produk ‘brand new’ dalam masa terdekat ini yang berkaitan dengan blog. Tengah tunggu ecover siap. Dan yang menarik untuk anda, saya akan buka peluang resell rights kepada 50 orang (buat masa sekarang, kelak tak pasti lagi). Harga untuk hak jualan ni tak lebih daripada RM100.00. Sepatutnya tinggi lagi sebab ia adalah video (bukan ebook). Tapi saya mahu kongsi peluang perniagaan dengan yang berminat. Harap maklum.









Zul, menarik produk yang bakal dilancarkan ini. Ada sedikit perkaitan dengan task yang akan saya hasilkan juga kelak. hehe.
semakin maju zul skg nampaknya..nanti jgn lupa btau saya bila produk tu da kuar ek..he3
semakin maju zul skg nampaknya..nanti jgn lupa btau saya bila produk tu da kuar ek..he3…
Ehem..baru perasan la header blog ni dah bertukar..
Bukan bertukar wanwma, saya buang header imej tu buat sementara.
syukran!…dapat ilmu baru dari otai kita nie…
Ha. Kali pertama saya dengar suara Zul.
Ia ke? Hehe.. Tu belum tengok tuan dia secara live lagi. Hehe..
hmmm…
macho gak suara bro SmartZul ni….hehe
Macho? Tak adalah. Suara saya jenis ‘kecil’ macam Irfan Khairi. Tapi nak seribu daya.
Apapun, suara ni kita boleh ‘ubah’ guna software bagi bunyi lebih macho. Hehe..
saya hanya guna video dalam blog. tak de suara ……hanya bunyi yang dicipta dengan keyboard. baru bermula.
Rs mcm kat TV Pendidikan pulak.. Hehehe.. Rsnya ini salah satu teknik mcm menonton TV Pendidikan..
Teknik yang bagus dari Zul..selamat maju jaya
Mungkin Bent perasan dulu saya ada letak audio kan? Bent pun ada bagi audio testimoni. Maybe saya akan letak balik audio Bent tersebut.
Ok suara Zul dalam audio ni. Kalau saya tentu nak kene buat skrip apa yan g nak dicakapkkan.
Yup, memang guna skrip. Tu pun berkali-kali juga ulang.