Lesen hak jualan VS Hakcipta

Apabila kita membeli sesebuah produk hak jualan seperti Master Resell Rights (MRR), Resell Rights (RR) dan juga Private Label Rights (PLR), ia tidak bermaksud kita telah memiliki hakciptanya. Sebaliknya, kita hanya berhak menjualnya sahaja, di samping beberapa perkara berkaitan.

Lesen hak jualan adalah berbeza dengan jual beli hakcipta. Melainkan apabila dinyatakan dalam transaksi itu bahawa ia adalah proses pertukaran hakcipta, maka barulah kita boleh menyatakan kita memiliki hakcipta ke atas produk itu.

Jadi, untuk kesemua produk jualan saya sebelum ini sama ada yang disertakan dengan RR, MRR ataupun PLR, ia hanyalah lesen hak jualan sahaja, dan bukan jual beli hakcipta. Hakcipta asal adalah tetap milik saya / smartusaha.com.

Bagi produk PLR, andaikata anda telah mengubah kandungannya sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan asal, anda boleh ‘claim’ hakcipta produk itu di atas nama anda.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Lesen hak jualan VS Hakcipta

  1. Sekalipun pemilik hakcipta memberi izin kita memakai nama kita untuk produk mereka, saya tetap menganggap tidak ada rasa seronok dan bangga di situ. Orang lain ada pegangan sendiri tentang hal ini.

    1. Terima kasih Tuan. Saya setuju. Saya melihat juga pada situasi. Kalau saya beli PLR, seboleh mungkin saya ubahsuai habis-habisan. Kesilapan pertama PLR adalah kita jual ia dalam bentuk ‘as-is’ iaitu sama seperti semasa kita membelinya.

      Dan saya akui, walau meletak nama sendiri pada tulisan orang lain, ia bukan satu kepuasan yang muktamad. PLR dan apa jua kaedah lain hanyalah alternatif.

  2. Saya setuju dengan pendapat saudara ahmadyani. Walau bagaimanapun, sebagai permulaan, dengan hak jualan sekurang-kurangnya prospek mudah untuk membeli kerana kredibiliti pemilik produk asal. Sekurang-kurangnya jualan lebih mudah terhasil. Akan tetapi, prestasi jualan juga bergantung pada faktor-faktor lain seperti medium promosi, kredibiliti kita sendiri,usaha promosi, teknik promosi sama ada soft-selling atau hard selling,rakan jv dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *