Lebih Baik Tidak Jual Dari Jual (Produk Fizikal)

Artikel ini ditulis oleh Sabri SaifulSham sebagai penulis jemputan di blog saya ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

========================

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya kerap kali berjumpa dengan orang yang berminat untuk menjual di Internet. Ada di antara mereka yang cenderung untuk menjual information product, dan ada juga yang berminat untuk menjual produk fizikal. Saya yakin, kebanyakan pembaca blog ini adalah dari salah satu golongan di atas bukan? πŸ™‚

Sebenarnya sudah banyak informasi yang baik-baik di Internet mengenai panduan menjual dan menghasilkan produk digital, tetapi tidak banyak rahsia mengenai penjualan produk fizikal yang dihebahkan kepada umum.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, itu lumrah. Berbeza dengan produk digital yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi (sehingga lebih 95%), margin keuntungan produk fizikal adalah cukup rendah sekali secara relatif (kurang 25%). Itu belum ditolak dengan “Safety Net” yang sangat-sangat diperlukan untuk menampan penipuan yang menjadi salah satu risiko penjualan produk fizikal di Internet.

Dalam keadaan margin yang rendah ini, segala rahsia yang dikongsi akan mengakibatkan persaingan yang “brutal” sehingga menyebabkan anda tidak untung dan boleh kerugian. Sebab itulah kebanyakan penjual produk fizikal di Internet tidak banyak cakap dan low profile, terutama mengenai pasaran mereka dan supplier mereka. Jadi nasihat saya, jika anda terjumpa apa-apa rahsia yang bagus dalam aspek penjual produk fizikal, catat dan simpan baik-baik. Good informations hard to come by. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi itu adalah realiti… πŸ™‚

“Ok, apakah rahsia yang anda ingin kongsi sekarang? Jika tidak ada rahsia saya malas baca”.

Baik, baik… Pertamanya, saya tidak akan cakap bahawa apa yang saya akan kongsi ini rahsia. Tetapi ia relatif dan fundamental penting. Anda perlu tahu sebelum menjual apa-apa produk fizikal di Internet.

Apabila anda ingin menjual produk fizikal, faktor anda mendapat produk pada harga yang murah tidak sepenting kualiti produk yang anda jual.

Ramai orang excited ingin menjual “product ABC” kerana beliau mendapat harga murah dari pasaran. Dan mereka memasuki dunia produk fizikal di Internet dengan mindset tersebut tanpa boleh diubah atau mahu berubah untuk menjual produk lain.

Pap! Jika anda berbuat demikian, ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah memasuki perangkap tikus.

Contoh yang saya berikan, pemain MP3.

Pemain MP3 ini ada banyak julat harga, dari yang murah sehinggalah yang mahal. Yang murah adalah seperti pemain MP3 generic yang boleh didapati pada harga RM 80 di Low Yat, dan yang mahal adalah seperti jenama Ipod, Zune dan Creative Vision yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Jadi, jika anda mendapat supplier MP3 pada harga RM 40 seunit, anda jangan cepat melompat untuk menjual MP3 player tersebut. Itu belum tentu menguntungkan anda untuk jangka masa panjang dan bijak untuk dilakukan.

**********************************

Adakah anda ingin membina kedai online sendiri? Jangan buat apa-apa
sebelum menonton video 40 minit PERCUMA ini dahulu
.

**********************************

Pertama, pernahkah anda menggunakan MP3 player tersebut? Kebanyakan penjual mewar-warkan hakikat bahawa MP3 player (ada yang look alike pun), sama seperti produk berjenama yang lain. Cuma yang berbeza adalah yang ini murah sebab tiada brand.

Sebenarnya tidak begitu. Dari pengalaman saya sendiri, MP3 player yang berjenama bukan sahaja menang dari gaya dan jenama, tetapi juga dari kualiti. Saya pernah membeli MP3 player murah dari beberapa jenis semata-mata kerana harganya murah. Semuanya saya pakai tidak lebih 3 bulan.

Kualiti bunyinya yang terlalu banyak “noise”, earphone yang tidak selesa dan ketiadaan beberapa fungsi penting yang tidak diappresiasi selagi tidak digunakan (playlist, equalizer).

Setelah fed up dengan jenama-jenama murah ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk membeli jenama yang lebih mahal dan established (Creative). Adushh! Saya mengetuk-ngetuk kepala. Saya memberitahu rakan-rakan saya, barulah saya tahu kenapa orang memilih jenama! Bunyinya lebih sedap, jelas di telinga dan tidak sakit gegendang di buatnya.

Selepas dari itu saya bertekad tidak berminat (dan sekaligus tidak menjual) produk elektronik yang tidak berjenama lagi. (Btw, ini hanya satu kisah, kualiti vs harga, saya ada banyak lagi…). Kualitinya dengan produk berjenama seperti langit dan bumi. Satu hakikat biasanya yang tidak mahu diakui penjual barangan tersebut. Tetapi anda sebagai pengguna, boleh sahaja bezakan. Cuba try sendiri produk berjenama lawan kepada produk tanpa jenama tersebut (produk elektronik ya, bukan pakaian).

Apa yang terjadi apabila anda menjual produk murah dengan kualiti kurang ini? (bukan tiada, tetapi kurang). Akhirnya, anda akan mencipta brand murah di minda pelanggan anda. Anda akan terpaksa berterusan bersaing pada harga, ambil satu shipment demi satu shipment (tidak berterusan kerana anda tidak pasti demand) dan sentiasa berada di bawah tekanan kerana anda tidak pasti sales anda bagaimana.

Respons customer, repeat customer? Negative!

Apabila pelanggan anda tidak berpuas hati dengan produk anda, maka sampai bila-bila pun penjual akan mengalami masalah untuk menjana pendapatan tetap di Internet kerana anda kena sentiasa mengulang dengan intensif promosi untuk menarik pelanggan baru. Pelanggan lama? Mereka tidak mahu kerana produk anda berkualiti.

Dan akhir sekali, siapa kata anda tidak boleh menjual produk berjenama yang berkualiti pada harga murah?

Macam mana anda tanya?

Waduh… bukankah saya katakan tadi, bukan semua rahsia boleh dibongkar! πŸ˜€ Tetapi sekadar untuk berkongsi, adalah lebih baik untuk untung RM200 dari jualan produk berjenama yang berkualiti dari RM40 untuk 5 unit produk yang tidak berkualiti. (walaupun jumlah jualan berkurang, keuntungan masih sama, itu yang jelas. Keuntungan yang tidak jelas, itu lebih lagi). πŸ™‚

Kesimpulannya, untuk mula menjual di Internet, produk fizikal mahupun digital, anda perlukan ilmu perniagaan “long term” nya. Tidak semestinya anda mendapat sumber yang bagus pada harga yang bagus, anda telah berjaya. There’s more to it that what meet the eyes kata pujangga orang putih.

Oh ya, jika anda mahu menonton sebuah lagi video sepanjang 40 minit yang membicarakan mengenai satu lagi aspek penjualan produk fizikal, iaitu pembinaan kedai online (video PERCUMA), klik di sini.

=====================================================
Sabri H. A adalah pengasas bersama SaifulSham Consultants
(www.SaifulSham.com), portal keusahawanan #1 Malaysia dan
juga penulis buku bestseller Rahsia Buat Duit Dengan Internet.
=====================================================

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Lebih Baik Tidak Jual Dari Jual (Produk Fizikal)

  1. Bergantung kepada keadaan.

    Pada pendapat saya, jika jual produk fizikal sebagai affiliate. Ianya tidak menyusahkan langsung.

    Tak payah beli stok, hantar, customer servis dan sebagainya.

    Kadang-kadang, produk fizikal boleh mendapat untung yang banyak.

  2. Artikel ni banyak wat saya berfikir , kebetulan sekang ni tengah giat membangunkan web utk produk fizikal..
    Walaupun saya tau produk ni berkualiti n estatik, tp saya kena wat pertimbangan lain mcm artikel ni sbutkan..
    thanks..
    πŸ™‚

  3. Terima kasih kerana artikel yang diberikan. Apa benda nak dijual memang ada risiko. Barang rosak, pelanggan lari, yang bijak seperti kata Raymond Chua jual barang fizikal affiliate lebih menguntungkan dan tak payah fikir risiko. Apa pun kalau dalam Malaysia rasanya boleh jual.Kalau dapat barang dari orang terdesak nak pakai duit yg jual tu kira rezeki.

  4. Saya pun pernah juga jual barang fizikal.. saje2 jer la.. memang agak sukar juga sebab byk persaingan dari segi harga dan kualiti..

    p/s : dok tgh tonton video ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *