Learn How To KISS – Make You Feel……

Apa… Jangan salah faham dengan tajuk tulisan ini ok. 🙂

Apa yang saya nak cerita pada hari ni, bukan pasal kiss yang tu, tapi yang ni KISS lain.. 😉

Keep It Simple.

Saya selalu berpesan kepada diri saya, “zul, keep it simple..”. Tatkala saya melakukan sesuatu kerja dan kalau terlajak lebih, saya akan kembali kepada prinsip asas yang amat ampuh ini. KISS! Prinsip ini terbukti dan memang amat berkesan dalam kerja seharian kita terutama di dalam perniagaan, lebih-lebih lagi kepada seorang usahawan. Eh, ada beza ke peniaga dan usahawan zul? Jauh bezanya.. Lain kali kita bincang pasal ni..

Konsep KISS ini selalu saya pegang dan kalau saya nak kongsi pengalaman saya dengan anda, memang anda tak larat membacanya. Begitu banyak pengalaman yang telah saya lalui dalam bidang keusahawanan internet ini. Saya banyak belajar daripada pengalaman, dan saya bukan pelajar jurusan perniagaan, tetapi saya banyak mencuba dan mengasah dari asas (zero). Dan sudah tentu, banyak juga pelajaran yang diambil buat bekal di hari-hari yang seterusnya.

Apabila anda ingin melakukan sesuatu projek perniagaan internet, keep it simple. Salah satu sebab kenapa sesuatu projek itu lambat siap adalah kerana kita terlalu berfikir besar. Nak buat itu, nak tambah itu, nak letak ini dan nak buat macam-macam. Asal ideanya hanya satu perkara sahaja, tetapi lepas fikir itu dan ini, ia semakin besar dan besar, dan akhirnya ia tertangguh, malah mungkin terbengkanglai tak jadi.

Oklah, mungkin anda kurang faham lagi. Satu contoh mudah ialah laman web terutama bahagian sales letter (ayat memujuk pembaca agar membeli). Sales letter amat penting agar pembaca timbul keinginan untuk membeli produk yang ditawarkan, namun kita tidak boleh menghasilkan sales letter atau laman web yang umpphh dengan sekali buat sahaja. Dalam perniagaan, kita mesti buat ‘test & track’, perlu kemaskini dan perbaiki laman web sedikit demi sedikit. Anda TIDAK BOLEH tumpu pada kerja laman web 90% daripada masa dan usaha anda. Sebaliknya 90% itu perlu ditumpukan kepada usaha promosi dan pemasaran..

Inilah bergunanya konsep dan prinsip KISS. Kita buat kerja sikit-sikit tetapi berbaloi dan memberi kesan. InsyaAllah, dengan konsistennya kerja kita walau secara sikit-sikit, kita akan dapat perasaan yang tenang dan tidak tertekan. Relaks, tarik nafas, sabar dan jangan putus-asa serta JANGAN hanya fikir duit duit dan duit. Buat kerja baik-baik dan insyaAllah duit (income) itu akan masuk juga jika kena usaha, strategi dan teknik yang kita gunakan.

Oklah para pembaca semua, saya ingin umumkan bahawa, pelancaran pakej kit blogger pada hari ini ditangguhkan dahulu dan akan dilancar selewat-lewatnya esok (selasa). InsyaAllah Saya nak pastikan semuanya berjalan lancar apabila Pakej Kit Blogger versi re-launch ini dilakukan. Saya nak test sistem dahulu agar tiada masalah yang berlaku. Harap anda semua bersabar. 🙂

Sebagai penyedap mata anda, saya paparkan box cover terbaru untuk pakej ini:

boxsmall.jpg

“Don’t judge this package by its cover..”. 😉 Tunggu masa pelancaran semula (re-launch) dan kepada bakal pembeli, saya jamin anda berpuas-hati, insyaAllah.

Ingat, Keep It Simple. Sabar, usaha kuat tapi biar smart. InsyaAllah kita akan berjaya.

Untuk mencapai satu tahap kejayaan, banyak sebenarnya rintangan dan pengalaman yang akan kita lalui. Begitu juga mereka yang telah berjaya, ada cerita di sebalik cerita kejayaan mereka itu. Jika ada emel mengatakan mereka membuat USD10,000 dalam masa 7 hari atau 24 jam melalui perniagaan internet, jangan buka emel itu dan delete dari inbox anda. Ikhlas saya nyatakan, ia tidak semudah itu. Full stop.

Wassalam.

irfankhairismartusaha.jpg

PS. Saya nak berjaya macam orang kat sebelah tu. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Learn How To KISS – Make You Feel……

  1. Selewat-lewatnya esok.. Lewatlah saya dapat produk SmartZul nie 🙂 . Sok keje sampai lewat malam. Nasib baik dah book kat SmartZul produk tu 😉 .

  2. 90% itu perlu ditumpukan kepada usaha promosi dan pemasaran..said zul;

    teringat masa tolong ibubapa saya berniaga sate pd thn 1985 yg dulu;
    hampir setahun diperlukan utk buat promosi;
    then thn ke-2; apabila satu bandar sg petani tahu produk ibubapa saya;
    maka jualan sate itu pun hebat dan mencecah RM3500 sebulan ketika itu.

    PS. Saya nak berjaya macam orang kat sebelah tu. 🙂

    kita serupa; jika diizinkanNya; kita akan capainya, ok zul?
    ni yg nak tunjuk gambar saya bersama irfan ni.(jeles kat zul) 🙂

  3. zul, we share the same idol, Irfan Khairi..memang saya kagum, amat kagum dengan kerajinan dan passion dia pada bisnes internet..bukan fanatik tau! tapi kagum..saya tak pernah jumpa dia, sebab saya jauh di kota kinabalu..

    bertuah kawan2 lain yang pernah berjumpa & bercakap dengan Irfan..asal bangun pagi saya simpan matlamat satu hari nanti dapat berjabat tangan dengannya dan duduk semeja dengan Irfan dan Zul..kalau ada 10 orang macam Zul, memang amat meriah bisnes internet di Malaysia ni, sebab Zul banyak bagi informasi dan motivasi to newbies yang baru berjinak-jinak dalam bisnes online…

  4. KISS – memang ni panduan yg elok utk usahawan yg ingin baru melangkah. Yang penting langkah pertama tu sebab lepas langkah pertama akan datanglah langkah yang kedua. Tanpa langkah pertama yg mudah lagi simple, pasti langkah-langkah seterusnya akan sumbang…hehehe 😉

  5. kat mana boleh dapat pakej ni ? lunch kat sini ke? atau kat maner? Sy sejak petang td lg tak tutup pc ni sb takut terlewat dpt pakej ni…harap dapat maklumkan ….terima kaseeeehhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *