Layanan Pelanggan Bertahap Super

gunting-rambut

Pada hari Khamis lepas, saya pergi bergunting rambut di kedai gunting mamak. Saya dilayan oleh tukang gunting yang sama walaupun di sana ada ramai tukang gunting. Seperti sudah ditakdirkan saya mendapat tukang gunting tersebut (termasuk kerusi yang sama) setiap kali ke kedai itu. Kali ini adalah kali ketiga sebenarnya.

Kata tukang gunting itu kepada saya, “Sudah lama tidak nampak?”

Saya membalas, “Ya, sudah sebulan lebih.”

Dalam hati saya berkata, “Aku baru dua kali datang ke sini, dia sudah ingat muka aku. Kalau di kedai gunting lain, mereka akan ingatkah?”

Sebab itu perniagaan orang-orang mamak maju. Layanan mereka terhadap pelanggan adalah bertahap Super. Belum masuk kedai pun mereka sudah senyum dari jauh. Padahal mereka belum pasti pun saya mahu gunting rambut atau sekadar berhenti di hadapan kedai mereka.

Saya bukanlah mahu memperlekehkan kedai gunting bangsa lain. Malah saya tidak dapat apa-apa pun daripada perlekehan tersebut. Lagipun, bapa saudara saya juga seorang tukang gunting. Jadi buat saya mengutuk bangsa sendiri?

Namun, jika 10 buah kedai gunting saya pergi selama ini, 8/10 daripadanya amat tidak memuaskan hati layanannya. Saya pernah dimarah-marah. Saya pernah dikasari dengan kata-kata. Mengapa jadi begitu? Akibatnya, kedai-kedai gunting itu tidak akan saya jejaki kaki lagi…. Kini saya mula ‘bermanja-manja’ dengan kedai gunting mamak pula.

Tetapi saya tidak nafikan, ada kedai gunting orang Melayu yang bagus layanannya. Cuma, sedikit sukar untuk menemuinya. Mungkin ini hanya dari segi perspektif dan di persekitaran saya sahaja dan bukan di tempat lain.

Ini sebenarnya bukan masalah bangsa. Tetapi masalah individu. Tidak kisahlah apa pekerjaan kita, jika kita berusaha untuk melakukan secara profesional walaupun simple, insyaAllah orang akan suka.

Jangan sebab nila setitik, habis disalahkan satu bangsa. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti di dalam layanan terhadap para pelanggan kita.

*Gambar yang ditunjukkan di atas adalah gambar hiasan sahaja.
Kredit: http://www.sxc.hu/photo/728818

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

23 thoughts on “Layanan Pelanggan Bertahap Super

  1. Saya suka kenyataan “ini bukan masalah bangsa”Ya,sememangnya ia adalah masalah individu.Tapi,kebanyakkan mamak nie memang dah penuh ilmu customer service di dada baru mereka bukak perniagaan.Jangan sampai orang lain nak berniaga kita pun nak berniaga..tapi,malas nak belajar ilmu perniagaan…

    1. Mereka ada sistem. Dari awal hingga akhir, mereka tahu apa perlu dibuat. Kalau terjadi sesuatu, mereka tahu apa perlu dilakukan atau dikatakan. Mereka ada manual dan mereka hanya ikut dan buat. Saya rasa, itulah kelemahan yang tiada pada kedai gunting yang lain. Tiada manual, tiada sistem (operation procedure).

  2. Salam Tuan Zul,

    Ada tukang gunting melayu yang kini saya jadi pelanggan tetapnya adalah kerana layanan seperti seorang rakan dan yang best tu ada urutan dengan balsem cap lang.. wuihhh.. bestnyer… 🙂

    Saya pernah di beritahu oleh rakan saya kerana beliau hanya bertanya berapa harga.. Malangnya penjual itu hanya masam dengan perli dia berkata.. “Tak nampak ke harga yang saya dah tulis tu..” (perghhh… nampaknya sekali je la datang..)

    Paling tidak pun cukup sekadar senyuman seperti ini.. 🙂

    1. Sebelum saya pindah ke bandar JB, saya selalu ke kedai gunting di Taman U, Skudai. Dua buah kedai gunting Melayu. Kedua-duanya bagus. Layanan memang baik dan ke situlah saya pergi tanpa menjejak kaki di kedai lain.

      Tapi setelah pindah, saya tidak yakin lagi di kedai yang lain akibat daripada beberapa peristiwa. Saya seperti ‘fobia’ dengan kedai-kedai gunting orang Melayu. Dari jauh pun sudah seperti mahu makan orang. Susah sangatkah mahu senyum?

  3. Salam semua..

    Heheh..thread ni saya dah komen dekat FB. Tapi takpe komen jugak lah,

    Salah satu saya respek orang luat trutama Bangladesh dan seangkatan denganya adalah sikap kerja mereka.

    Mereka ni sume sanggup kerja berat sehingga 12 jam tanpa rasa penat. Mereka mempunyai satu tenaga yang mampu menanggung kerja mereka.

    Kalau nak di perhatikan, kerja di kedai mamak mempunyai 2 shif saja dan setiap shif adalah 12 jam. Dan..mereka tiada cuti, maknanya mereka kerja 12 jam sehari, setiap hari.

    Tu buat saya respek sama mereka ini. hehe. Saya pernah kerja max 19 jam setengah tapi sekali dalam setahun kot.ehehhe

    1. Kita boleh tiru budaya kerja mereka. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang menyatakan kepelbagaian bangsa itu agar kita saling kenal mengenali (termasuk belajar) di antara satu sama lain.

  4. Setuju. Layanan dan budaya kerja mereka(mamak) bagus dan cepat. Tapi tak semualah. Ada gak yang poyo juga. Yang bagus tu, memang bagus. Servis tip top. Tak kiralah cuma jual surat khabar ke kedai makan atau kedai gunting.So far, diorang berusaha bersungguh-sungguh untuk sesuap nasi.

    Diorang tahu, diorang hidup susah. Sebatu depa kerja sungguh-sungguh dan depa tahu rahsia untuk berjaya.

    Kat Banting ni, memang satu kedai mamak tu selalu aku lepak. Dari aku kecil, sampai la aku dah besar ni, mesti aku gi sana walaupun tukang gunting tu dah bertukar lebih 5-6 kali..

  5. memang benar 2.. tapi orang cina pun k juga layanannya, sebab saya ni seorang peniaga.. dan saya tengok orang selalu datang ramai kat kita jika mulut kita manis dan pandai kata2. dan orang cina memang pandai sangt bab ni.. saya harap orang kita kalau berniaga tu ringan2 la sikit mulut tu dengan senyumn dan pandai la sikit main ayat.. tak rugi pun.. lagi untung adalah..

    http://www.ikonmentorjutawan.com

  6. Salam Smartzul.
    Pendapat saya kedai gunting mamak ni mementingkan kualiti dan pelanggan. servis mereka adalah cepat dan mengikut citarasa pelanggan. Ini menjadikan pelanggan tersebut akan datang semula ke kedai mereka. Bangsa lain seperti kedai gunting Cina juga bagus dari segi layanan dan kualiti yang diberikan. Masuk kedai dah di sambut dengan senyuman. First impression ada pada diri mereka. Senyum mesti ikhlas:)

  7. Yups.. Kwn sendiri potong botak layan kat kedai mamak sebulan @ 2 bulan sekali di Alor Gajah,MELAKA..

    Naper..

    1- Murah dari di K.L ( Putrajaya.. )
    2- LAyanan Best
    3- Taukey kenai kita..
    4- Talak sombong…

  8. sokong. Banyak kedai-kedai mamak ni yang mesra ngan pelanggan. Kadang2 kita baru nak masuk kedai dia dah senyum dan tanya khabar. Ni yang buat pelanggan rasa cam dihargai. Hasilnya, pelanggan akan slalu la datang. Mungkin boleh cakap kedai mamak nie tak menjual produk, tetapi pengalaman dan kemesraan yang banyak kedai-kedai lain x de.
    Sekadar pendapat. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *