Lawak Usahawan Internet (IM) dan Sahabatnya

Sebelum kita ketawa sikit pada hari ni, sama-samalah kita lupakan kisah-kisah sedih pada hari-hari yang lepas. Yang penting sekarang adalah hari ini dan hari mendatang. Yang lepas kalau difikir, bukannya boleh diulang kembali. Do the best for this day and for your future…

Sebelum anda membaca lawak jenaka di bawah, biarlah saya katakan, saya ni bukannya pandai buat-buat lawak. So, kalau anda tak ketawa tu, minta maaf lah.

Lawak ini sebenarnya diinspirasikan oleh satu idea dialog yang saya dah lupa tajuknya, iaitu perbualan lucu di antara seorang sahabat dengan seorang programmer. So, saya ambil that idea untuk diaplikasikan bagi lawak Internet Marketing ini. Layan je lah yer… 😉

Sahabat: Kau tahu tak macam mana nak ngurat awek tu?

IM: Hmm, guna ayat yang catchy lah.

Sahabat: Macam mana tu?

IM: Copywriting.

Sahabat: Apa tu?

IM: Diguna untuk Sales Letter dan iklan.

Sahabat: Alahai, aku bukan nak buat bisnes, aku nak ngurat dia tu…

IM: Fokus, Sabar…

Sahabat: Tak sabar dah ni!

IM: Tak sabar, tak berjaya Ebiz.

Sahabat: Ya la, ya la…

IM: Tak cukup sekadar ya, kena belajar, bertindak.

Sahabat:
Apa kena kau ni?

IM: Conversion Rate rendah…

Sahabat: Adoi, kau ni tak cukup tidur ke?

IM: Cukup. Cuma sales menurun minggu ni.

Sahabat:
Kenapa plak?

IM: Server asyik down. Uptime rendah, downtime tinggi…

Sahabat:
Tak faham lah.

IM:
Hosting.

Sahabat:
Apa tu?

IM: Tanyalah pakcik Google!

Sekian.

==========================================
Lawati http://blog.smartusaha.com untuk membina
perniagaan Internet anda sendiri dan mendapatkan
berita-berita Internet Marketing terkini.
==========================================

PS. Anda boleh forwardkan ke emel kawan2 anda atau subscriber anda, atau letak siri lawak IM ini di laman web/blog anda. Dengan syarat, tidak mengubah mana-mana ayat dan juga tidak membuang infobox di atas. Hakcipta milik SmartUsaha.com.

PPS. Saper yang ada bakat melukis atau membuat simple video, saya persilakan anda convert lawak di atas kepada video dan boleh upload ke YouTube ke. Tapi ehem, jangan lupa sertakan hakcipta skrip di atas adalah milik SmartUsaha.com. 😉

Dapatkan tips, panduan & berita perniagaan Internet terus ke emel anda. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Lawak Usahawan Internet (IM) dan Sahabatnya

  1. heheheh….Nak menjadi IM yang berjaya kena jadi mcm IM di atas….

    Senantiasa memikirkan internet biznesnya 24 jam… Kalau dah jadi sedemikian, insyallah boleh berjaya! 🙂

  2. slmt pagi zul,,
    lawak ni buat saya ketawa sorang-sorang…hehe..
    pandai juga zul buat lawak ye…

    nanti saya sambung cerita ni..
    sahabat: pakcik google, apa tu hosting?
    pakcik google: hosting pun ko tak tahu…kalau tak tahu belajar…
    sahabat: ni nak belajar lah ni…sebab tu tanya pakcik google ni…
    pakcik google: kanapa tanya saya?
    sahabat: kawan IM saya yang suruh…
    pakcik google: kalau macam tu, ko pergi beri tahu kawan IM ko tu yang saya juga tahu… 😳

    han

  3. Han, tahu ke tak tahu tu? 🙂

    ‘Tanya pakcik Google’ actually means, cari di google dgn menaip seperti what is hosting. Maka pakcik Google akan senaraikan jawapan… hehe..

    Sekali sekala, kita ketawa lah sket2, ni nak serius jer. Org nak dekat pun takut…

    Helmi, 24 jam fikir pasal IM? Hehe.. Dahsyat… Bukan takat berjaya, boleh jadi multi dollar billionaire tu. 😉

  4. yela… tahu tu zul,,,saja je nak panjangkan cite lawak zul tu… 😀

    memanglah kalau selalu serius orang tengok pun takut…hehe…

    kalau betul Helmi 24jam fikir IM,,, bukan setakat berjaya atau multi dollar billionaire tp memang multi multi multi dollar billionaire…hehehe 😆

      1. serius buat lawak bahaya tu…
        nanti berbalah…
        parnah sekali saya tengok kawan saya..
        mula2 mereka buat lawak lepas tu bergaduh…
        isk…apa lah mereka ni…

        han

  5. 😛 😛 😛 😛 😛 😛 😛 😛

    Lawak lah!

    IM tu nampaknya makan IM, tidur IM dan minum IM.

    Tak habis-habis dengan bahasa-bahasa IM

  6. Satu perkara yang meragukan saya.

    Convertion rate tu merujuk kepada convertion awek tu jadi gf dia atau convertion pada Ebiz IM tersebut. 😛

    1. macam satu citer programmer dengan bininya tatkala bertanyakan suaminya yang pulang lewat… hihiii…

      tanya lain jawab lain. namun kira okeh la tu jawapannya semacam lebih kurang sama aje dengan cakap biasa laaa… cuma nak kena faham betul baru faham…

      1. macam pernah baca je cerita ni…
        kalau tak salah saya isteri dia dalam keghairahan bukan?

        kalau tak salah saya lah…

        memang kelakar cerita tu…
        isteri tanya benda lain, suami jawab benda lain…

        han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *