Lawak Ke Der 3 – Dibawakan oleh ESCAPE

logo

ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3.

Baru-baru ini saya telah meluangkan masa untuk pergi menonton pementasan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Sebelum ini hanya menonton secara online sahaja tetapi siri yang ke-3 ini, saya mahu menonton secara live. Kebanyakan pengikut pementasan ini, pasti sudah tahu bahawa pengarahnya ialah Hans Isaac.

Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan perut dengan lawak kental mereka. Selain mereka, turut menghiburkan penonton adalah Nabil dan Harith Iskandar. Dalam siri ke-3 ini, mereka telah memberikan lawak yang terbaik kepada penonton.

Pementasan Lawak Ke Der 3 ini hanya ditayangkan bermula 4 – 8 Disember 2013 sahaja. Bagi mereka yang tidak sempat menonton di Istana Budaya, ataupun kerana kehabisan tiket, anda sebenarnya masih berpeluang menontonnya hanya melalui hujung jari anda.

LKD-blog

Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang untuk saya menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3. Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE, kini anda boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif melalui ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan. Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom. Sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari! Caranya mudah. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE dengan klik link berikut:

https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g

Layari channel tersebut dan tonton setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tidak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan. Nak tahu lebih? Layari laman web ESCAPE dengan klik di sini.

Apa itu ESCAPE?

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Anda boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat. Pilih sahaja yang mana anda mahu seperti memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan.

Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta), termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

ESCAPE adalah teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua

Anda boleh menonton rancangan pilihan anda menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama.

Selain itu, anda juga bebas untuk berhenti dan menyambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Dengan ESCAPE, anda tidak akan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Kelebihan ESCAPE: • Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua

Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *