Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Langkah Pertama Perniagaan Internet!

Langkah pertama jika anda ingin berkecimpung di dalam perniagaan Internet ialah, anda mesti memiliki kad debit atau kad kredit. Namun, kad debit sudah memadai.

Tujuan kad debit yang utama ialah:

1. Untuk mengaktifkan akaun Paypal

2. Kad debit boleh digunakan untuk membeli sesuatu di Internet seperti Ebook, software, course dan sebagainya.

>> Apa itu Paypal? Ia adalah sebuah pemproses wang secara Online (e-money processor). Sebagai usahawan Internet, anda perlu menerima bayaran daripada pembeli. Jadi, Paypal adalah pihak tengah bagi anda untuk proses penerimaan bayaran tersebut.

Wang yang ada di akaun Paypal boleh dikeluarkan dengan beberapa cara dan yang terkini terus boleh di’transfer’ ke kad debit. Maka sebab itulah WAJIB untuk anda dapatkan kad debit!

Maklumat lanjut mengenai Paypal ini anda bolehlah merujuk di laman web Paypal.com.

Di dalam artikel pada kali ini saya akan terangkan dengan mudah dan ringkas apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk memiliki sebuah akaun Paypal yang berdaftar dan ‘verified’.

Langkah 1:

Daftar dan dapatkan Kad Debit di salah satu Bank berikut:

a. Public Bank (kad debit Visa Electron)

*Sila rujuk di sini:

http://www.pbebank.com.my/en/en_content/personal/cards/content6.html

b. AmBank (kad debit Nex-G)

*Sila rujuk di sini:

http://www.ambg.com.my/personal/promotions/personal/creditcard/nexg/nexg.asp

Cadangan saya:

Saya lebih rekemenkan anda mendapatkan kad debit Public Bank sebab yuran tahunannya lebih murah di samping support yang amat memuaskan.

Sebarang persoalan mengenai kad debit, anda boleh membaca perbincangan di forum wangcyber.com di sini:

>> Perbincangan Mengenai Kad Debit & Paypal

Dan dapatkan juga Ebook Panduan Paypal secara percuma di sini:

http://smartusaha.com/news

Langkah 2:

Daftar akaun Paypal. Saya galakkan anda mendaftar selepas anda mendapat kad debit tersebut. Namun, jika anda ingin mendaftar sekarang (jika belum ada akaun paypal), maka anda boleh berbuat demikian.

>> Daftar akaun Paypal di sini: http://www.paypal.com

Cuma, jika anda mendaftar akaun paypal dan masih belum memiliki kad debit, anda tidak boleh melakukan proses verify (pengesahan) akaun Paypal anda. Malah, akaun paypal anda akan mempunyai had yang tertentu iaitu tidak dapat memasukkan wang ke akaun Paypal anda (tidak dapat Accept).

Untuk dapat ‘accept’ wang yang masuk ke akaun Paypal anda tersebut, anda perlu sahkan akaun Paypal anda iaitu dengan memasukkan maklumat kad debit yang disokong oleh Paypal. Antara kad debit yang disokong atau diterima oleh Paypal adalah seperti yang saya nyatakan di atas (Public Bank dan Ambank).

Persoalan: Kenapa Paypal?

Untuk membuka akaun di Paypal adalah percuma dan caj yang dikenakan untuk setiap transaksi adalah rendah. Ini jawapan mudahnya. Malah kini, anda dan sesiapa sahaja dari Malaysia sudah dapat mengeluarkan wang dari akaun Paypal terus ke kad debit. Wah, seronoknya!

Untuk berita terkini mengenai mengeluarkan duit di Paypal terus ke kad debit, sila ikuti perbincangan di sini:

>> Berita Gembira untuk Usahawan Internet Malaysia

Jika anda mahu menggunakan 2checkout.com atau yang lain-lain, ia berkos tinggi di samping ia kurang sesuai untuk anda sebagai seorang usahawan Internet yang masih baru. Lagipun, untuk satu akaun 2CheckOut, anda hanya boleh letak di satu domain name sahaja. Berbeza dengan Paypal, anda boleh guna di sebanyak mana domain name pun.

Pendek kata, ia sesuailah untuk permulaan. Mungkin di lain masa yang mana anda sudah mempunyai modal yang banyak, maka dicadangkanlah pula untuk menggunakan Worldpay, 2Co dan sebagainya sebab masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Langkah seterusnya…

Setelah anda memiliki akaun Paypal, maka langkah seterusnya ialah memulakan usaha perniagaan Internet anda dengan cara-cara tertentu seperti menjual produk sendiri, produk resell rights atau melakukan program Affiliate.

Ingat, dengan memiliki akaun Paypal, perniagaan dan usaha anda bukan hanya setakat pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya seluruh dunia! Inilah salah satu lagi kelebihan jika anda mempunyai akaun Paypal.

Jika anda masih menangguh untuk memiliki akaun Paypal (Verified Account), anda pasti akan menyesal dan sering kecewa setiap kali melihat orang lain membuat duit dan menerimanya melalui paypal. :)

Rujukan Tambahan:

1. “Saya Tak Ada Kad Kredit La…

2. Kena Caj Oleh Paypal?

Sekian dahulu untuk kali ini.

Wassalam.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Facebook comments:

36 Responses to “Langkah Pertama Perniagaan Internet!”

  1. pyan says:

    :neutral: Zul saya harap siri langkah pertama perniagaan internet ini diteruskan sampai selesai. mungkin ada yang telah ditulis dalam post yang lepas tapi nak mencarinya sukar sikit . Tunggang langgang nanti jadinya. :wink:

    Terima kasih

  2. abdfatah says:

    oh… nampaknya tak dapatlah satu dolar untuk donload dari affiliate… kena buat kad debit dulu laa nampaknya. takpe laa kena study dulu pasal akaun paypal lepas tu bleh laa bergaya dengan debit kad. miahahahaha…

    ada gaya dengan debit kad bukannya kredit kad.

    kalo takleh accept bermakna duit tu takleh masuk dalam akaun paypal ke? atau duit ada tetapi pending untuk bayaran ke akaun paypal?

    eh… manyak tanya laa… baca panduan paypal belum habis lagi… hihiii…

    • smartzul says:

      Duit tu ‘masuk’, tapi ia akan PENDING dan diberi masa selama 30 hari untuk Accept duit tu. Accept di sini bermaksud mcm kita setujulah untuk terima duit tersebut.

      So, dah boleh daftar skrg walau tak ada kad debit. TAPI dalam masa 30 hari selepas terima duit tu, kenalah usaha verifykan akaun paypal tersebut.

      Kalau dalam masa 30 hari tak accept, ia akan dikembalikan kepada orang yg menghantar duit tersebut.

      • Fairuz says:

        Bro…boleh mencelah untuk bertanya tak? Pasal verify akaun paypal. Sebelum dah add debit card Public Bank…tapi ade problem. Try remove dulu card then try add balik kad yang sama…kuar error “This card has been disabled for entry into the PayPal system”. Camne nak buat ek?

  3. switch_image says:

    Artikel ni yang paling menarik, thanx smart zul, kebetulan saya masih dalam proses untuk register paypal dan menghadapi masaalah kad kredit

  4. PakarHowTo says:

    Alhamdulillah, saya telah berjaya memiliki akaun paypal saya sendiri hasil daripada membaca buku panduan asal paypal yang ditulis oleh SmartZul.
    Terima kasih banyak.
    Lepas2 ni boleh la saya mula menjana pendapatan melalui internet.

    Langkah pertama dah selesai.
    Nanti boleh la SmartZul tulis langkah kedua perniagaan internet pula ya.

  5. taza says:

    Paypal boleh sudah boleh diterima diMalaysia pada yang nak settle hutang kredit kad oh ini juga berita baik..tpi kalo nak dapat duit kad debit boleh dijadikan pilihan

  6. Han says:

    slmt pagi zul,
    ni memang berita baik utk IM di malaysia…
    saya dah baca tentang ni di wangcyber.com, sukeri.com dan blog rajaadsense…

    tapi yang malangnya debit kad saya dah apply sebulan…tak sampai2…
    hari dah sebulan 1 hari…hehe…

    han

  7. Rjuna says:

    saya dah ada 1 kad debit Public Banktu, tapi masih bertangguh lagi nak buat akaun paypal, sebab masih belum ada perniagaan internet sendiri yang memerlukan paypal

    • smartzul says:

      Daftar je. Untuk verify akaun paypal, anda hanya akan dicaj sebanyak $1.95 sahaja. Tapi ia akan dipulangkan balik selepas anda buat transaksi pertama.

      Ada akaun paypal, tak bermakna kita kena buat Ebiz. Tapi kita boleh guna paypal untuk buat pembelian di Internet yg mana kebanyakan jualan menggunakan paypal untuk terima bayaran.

      Dalam aspek yg lain, kalau kita dah buka akaun paypal skrg, ia memudahkan kita kelak bila nak start Ebiz.

      • abdfatah says:

        daftar segera akaun paypal tu. ada affiliate tawarkan donload dapat satu dolar setiap yang donlod. daftar jangan tak daftar…

        eh prmote laa pulok sekali lagi…

  8. Han says:

    boleh saya tanya sikit zul,
    kalau kita verify, duit tu dipulang balik tak?
    saya konfius lah…

    han

    • smartzul says:

      Dalam Ebook saya tu ada dijelaskan dengan terperinci. :)

      • Han says:

        saya dah pergi cek kat public bank ada pl satu mslh…
        dia kata kena deposit dulu pl baru dpt kad tu…
        kena tunggu 2 minggu lagi…
        aduh….geram btl sb ari tu dia tak ckp gitu pl…
        isyk…

        han

        • smartzul says:

          Kiranya kad tu dah siap lah Han? :)

          Kena deposit dulu? Ermm, ada polisi baru nampaknya…

          Dulu tak mcm tu seingat saya. Tapi tak apalah, just follow apa yg mereka katakan.

  9. abdfatah says:

    maka akan bermulalah penggunaan akaun paypal hari ini sehingga genap 30 hari untuk beripai akaun paypal tersebut sebelum dia hambik balik duit dolar hanter balik kpd tuannya…

    ohyeah… dah berjaya buat akaun paypal… huhuhihiihahahaa…

    • Han says:

      baru nak buka akaun paypal ke?
      dah verify?
      rugi lah kalau tak verify…
      sebab nanti paypal hantar balik duit tu kepada tuan nya…

      saya dan sebulan lebih buka akaun paypal…
      tapi tak verify…sebab tak de debit kad…
      ni dah sebulan apply…tapi ada pula mslh ia…
      geram betul…
      nampaknya terlepas lah peluang 1usd ni…
      yang sebelum ni ada lebih kurang 20usd sebab tak verify, hilang begitu saja…

      han

      • abdfatah says:

        ahaaa… saya baru daftar akaun paypal, nak try macam mana dia punya potensi yang dikatakan mendapat sambutan ramai orang masa kini…

        • Han says:

          paypal banyak kegunaannya…
          abdfatah boleh guna untuk terima bayar dari pelanggan dengan paypal atau pun kredit kad…
          kos paypal rendah berbanding 2CO…
          paypal boleh guna banyak website…tu kelebihannya…

          abdfatah juga boleh guna duit yang ada dlm tu untuk buat bayaran…
          yang penting kena verify lah dulu…

          saya geram dgn public bank ni…
          hari saya hantar borang tu, dia tak bagi tahu pula yang kena deposit dulu bahkan dia kata dapat kad baru deposit…
          isyk…

          han

  10. NayanMohd says:

    Kita perlu bermula dengan langkah pertama untuk membuat sesuatu perkara termasuklah dalam perniagaan internet. kepada yang belum memiliki debit card, boleh berbuat demikian dengan kadar segera. Tapi jgnlah terlalu terburu-buru. kalau tak faham apa tu debit card, tanya pada yang pakar..(tanya pada pekerja di bank)

    • Han says:

      ni nayanmohd,
      saya geram dengan pekerja bank tu…
      masa saya tanya dia kata kena tunggu kad sampai dulu deposit…
      kelmarin saya gi tanya dia kata kena deposit dulu baru boleh dapat kad…
      apa entah dengan pekerja bank tu…
      dia ni tahu ke tak…

      han

      • smartzul says:

        Tak semua pekerja bank tahu Han. Lebih baik rujuk pada bahagian yg lebih spesifik (Bahagian Kad Kredit). Kalau tanya pada kerani biasa, diaorang tak tahu sangat polisi2 kad ni.

        • Han says:

          yela…
          tu yang saya geram tu…
          menyusahkan betul…
          kalau tahu dulu kena deposit dulu, saya pun deposit terus…
          tak lah kena tunggu lagi…

          han

  11. titan says:

    Haha, biasala tu. Aku tunggu 1 bulan baru full complete dapat debit card tu. Layan jela walaupun adalah 3-4 kali aku gi public bank di Sabah tu. Service 5 bintang siap leh surf internet free lagi tu..

    Dan akhirnya paypalku diverifiedkan..

    PS. Ada cara nak verified paypal dalam 1 jam je..Rasa-rasanya ramai yang dah tau kan?

  12. Han says:

    ada sapa2 tahu debit kad bank apa yang paling cepat siap?
    dan berapa lama yang diperlukan utk siap?
    berapa cas ia?
    sapa2 yang tahu tolong ye…

    han

    • abdfatah says:

      entahlah tak tau nak kata apa sebb belum berurusan dengan public bank. lepas nih kalo jadi camnih tak tau laa nak kata apa.

      kalo bank alliance macam mana pulok? boleh ke untuk kad debit?

  13. reezluv says:

    erm Zul..saya nak verify paypal isnin ni..doakan la berjaya..fuh..dah wat akaun baru lagi tu.. :grin:

  14. SyedHafidz says:

    Sekarang ni paypal dah mula benarkan kita withdrw ni malaysia..
    1 berita baik kepda penggiat bisnes internet di malaysia…
    :smile:
    lepas ni leh la sape2 yg nak masuk pasaran a/bangsa leh test pawer..

  15. SyedHafidz says:

    kredit kad memang menjadi perkara wajib untuk memulakan perniagaan internet…

    takda kat kredit ibarat orang yang tua tak bertongkat..

    • Han says:

      betul tu…
      kad kredit memang sangat diperlukan untuk antarabangsa…

      sama juga kalau penjual menerima kad kredit boleh meningkat jualan hingga 400%…

      han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)