Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Lagi Mengenai Pendapatan Affiliate Saya..

Adakah anda masih ingat satu artikel saya sebulan yang lepas? Artikel itu ialah bertajuk Pendapatan Affiliate – Hanya Sampingan.

Pada artikel kali ini, saya hanya sekadar ingin berkongsi sekali lagi pendapatan atau komisen yang telah saya perolehi tetapi khusus untuk dua produk Sham RajaAdsense iaitu Ebook Panduan RajaAdsense dan juga Panduan Penulis Ebook.

Seperti yang saya maklumi, saya belum benar-benar memecut untuk program affiliate ini kerana saya hanya lebih menumpu kepada penulisan blog ini. Trafik datang, membaca review saya mengenai produk dan kemudian ke laman web produk. Kalau mereka beli produk itu, maka saya akan dapat komisen.

Saya belum-belum benar optimizekan promosi affiliate dengan teknik dan strategi yang tersusun lagi sebab saya lebih utamakan kepada produk sendiri. InsyaAllah, di tahun hadapan saya akan optimizekan lagi pendapatan dengan hanya blog ini. Ya, buat duit dengan blog. :D

Komisen November Vs Disember

Berikut adalah pendapatan atau komisen yang saya perolehi untuk kedua-dua produk yang saya nyatakan di atas:

November 2007 : RM195.00

Disember 2007 : RM220.00

Screenshot Pembayaran Komisen

komisen affiliate

RM120 – Komisen Panduan Panduan RajaAdsense

komisen panduan adsense bahasa melayu

RM100 – Komisen Panduan Penulis Ebook

Untuk perbandingan, saya telah sediakan graf yang simple berikut:

buat duit affiliate

Tidak banyak beza untuk kedua-dua bulan tersebut iaitu hanya berbeza RM25.00 sahaja. Apapun, ada sedikit peningkatan dan saya perlu berusaha lagi untuk meningkatkan pendapatan / komisen bagi produk ini.

Strategi atau teknik apa yang Zul guna?

Saya telah menulis beberapa tip atau panduan untuk program affiliate. Anda boleh baca di artikel-artikel yang lepas. Namun secara mudah, antara teknik yang saya gunakan ialah:

1. Sebarkan ebook percuma yang ada link affiliate produk

2. Membuat review di blog ini (ulasan mengenai produk)

3. Joint Venture antara saya dan Sham (kami ada buat JV bukan untuk promote each others sahaja, tapi ada lagi teknik JV yang kami buat).

4. Teknik dalaman. Apakah teknik ini? Haha… Saya akan bongkarkan kelak! ;)

5. ‘Curi’ teknik orang lain. Saya belum buat lagi cara yang saya ‘curi’ ni. Tapi dah ada dalam senarai saya teknik-teknik yang ‘mencengkam jiwa’. Saya sebenarnya banyak juga membuat perhatian dan ‘spy’ usaha-usaha orang lain.

Mereka yang berjaya ni biasanya simpan elok-elok ‘rahsia’ mereka. Tak apalah nak simpan, kita boleh usaha cari sendiri teknik mereka. Dah jumpa ‘lubuk’nya, kita galilah dalam-dalam. :D

Hakikatnya seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya belum betul-betul ‘optimize’kan lagi usaha saya untuk program affiliate ini. Sebenarnya, teknik-teknik untuk ‘men-double-triple-kan’ pendapatan dalam arena affiliate ini mudah sahaja. Tak banyak rahsia pun.

Saya teramat banyak kerja lain untuk produk saya sendiri sehingga menganak-tirikan program affiliate ini. Sebab itulah hasilnya tidak banyak sangat. Lagipun, pasaran Malaysia ini tidaklah seperti pasaran luar sana. Amat beza sekali ‘kuasa beli’ di Internet. Namun begitu, seperti yang saya katakan, ia hanya pendapatan sampingan sahaja. Bolehlah guna untuk apa yang perlu. ;)

Semoga artikel kali ini memberikan kita motivasi untuk sama-sama melakukan yang terbaik. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu sahaja.

Sekian.

ps. Di kesempatan ini, saya ingin umumkan satu lagi produk terbaru. Anda semua dijemput ke laman web berikut:

www.PasaranLumayan.com

.

KEMASKINI TERKINI:

1. Seperti bulan lepas, bulan Disember ini juga saya mendapat RM60.00 daripada program affiliate SistemRahsia.com.

2. Saya juga telah mendapat komisen sebanyak RM273.60 daripada Amirol untuk Pakej Web Jualannya. Lepas ni nak target lebih daripada tu. :D

komisen affiliate

Sumber imej: mohdamirol.com

Facebook comments:

12 Responses to “Lagi Mengenai Pendapatan Affiliate Saya..”

  1. Encik Dlie says:

    Tak pe zul,

    Walaupun sedikit (sebab belum betul2 “memecut”) dapatlah juga income :wink:

    Kalaulah sekrang ni usaha zul wat promosi dalam sekitar 30% = RM200++ sebulan, kalau “pecut” boleh dapat RM1,000 – RM2,000 ni.. :razz:

    Dr Irfan ada cakap, 1 promosi mungkin menghasilkan 10 pelanggan, tapi kalau 2 promosi ia tidak menghasilkan 20 pelanggan, tetapi ia lebih dari itu.. kalau 10 promosi?

    p/s : agak2 bila zul nak bongkarkan rahsia teknik dalaman yer..

  2. Raymond says:

    Tahniah atas kejayaan yang dicapai oleh SmartZul.

    Menjana pendapatan melalui affiliate ini sebenarnya bukan susah sangat tetapi ramai orang yang masih belum dapat sesen lagi pun dalam internet ini.

    Bukan pasal tak boleh dapat tapi pasal tak nak kerjakan usaha yang diperlukan. (pendapat saya sahaja) :neutral:

    • smartzul says:

      Raymond, ramai yg bermula dgn yg susah2. Sebab tu tak dapat2 walau 1 sen kat internet.

      Mulakan ‘buat duit’ dgn cara yg simple2 dulu, then baru sikit2 go to the advances.

      Saya amat yakin, semua IM yg berjaya skrg ni bermula dgn perkara yg amat simple.

      • Raymond says:

        Betul tu,

        Ada ramai orang yang minta saya ajar mereka macam mana nak letak plugin itu dan ini dengan semua widget itu sekali.

        Tapi niche pun mereka belum tentukan. Idea nak tulis apa pun belum ada lagi.

        Mestilah saya tak nak ajarkan sebab apa yang mereka mahukan bukan perkara yang penting. Dulu saya ada ajar beberapa kawan buat widget dan plugin itu semua. Lepas tu, sampai masa tulis blog, mereka give up. Buang masa saya sahaja.

        Perkara yang penting ialah buat market research dan tulis blog dahulu walaupun hanya dengan template default. Kalau saya dah nampak komitmen itu, barulah saya ajarkan cara-cara yang lain.

        Saya ada seorang kawan yang banyak buat sales dengan template default sahaja sebab contentnya bagus. Submit satu artikel ke direktori artikel sahaja boleh dapat 6600 visitors.

        Ini merupakan salah satu contoh mengapa ramai orang gagal. Kerena mereka fokuskan kepada benda-benda yang salah.

        Mereka sukakan benda-benda yang menarik dan cantik daripada benda-benda yang penting. :smile:

      • saya fikir faktor penting adalah strategi ni konsistensi..
        ni la yang membuatkan mereka2 yang berjaya terus berjaya..
        :cool:

  3. Han says:

    slmt pg zul,
    meningkat lagi komisen affiliate tu…

    betul kata raymond tu,
    bukan tak dpt tapi tak nak usaha…hehe

    han

  4. Encik Dlie says:

    Ada “pengeras” pun x pe. Janji dibongkar.. :grin:

    Saya ada juga dapat komisyen dari affiliate ni, tapi tak la kencang mana.. & tak konsisten.. mungkin zul boleh muatkan dalam “teknik dalaman” tu, mcm mana nak konsistenkan income dari affiliate..

    Mksud konsisten ni ialah jumlah minumum @ target income yang hendak di capai tiap2 bulan.. :wink:

  5. sham says:

    Tahniah Zul..Rasanya ada 2 bulan je zul tak jadi top affiliate rajaadsense..naem diariadsense sekali..

    • naem says:

      :mrgreen: hoho, nama saya pun en sham sebut gak ek.Maaf la,buat masa ni tak kencang plak cara saya.InsyaAllah,banyak saya nak kena belajar dari abg zul ngan en sham.

      oh ya, abg zul..sale paling banyak datang dari blog ke atau dari mailing list. ke dari secret recipe? :mrgreen:

      trimas untk komisen terbaru.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)