Lagi Kesilapan Di dalam Perniagaan Internet

Pada artikel sebelum ini, saya menyatakan 18 kesilapan yang perlu dielakkan di dalam perniagaan internet. 18 kesilapan itu bukan rekaan atau teori, sebaliknya ia dialami sendiri oleh diri saya dan juga kebanyakan orang.

Pada kali ini, saya dedahkan lima lagi kesilapan yang amat wajar dielakkan oleh usahawan internet di dalam melakukan perniagaan internet:

1. Tidak menjual dengan agresif

Salah satu sebab perkara ini berlaku kerana perasaan takut. Takut ditolak, takut dikritik, takut gagal dan sebagainya. Contohnya, terlalu banyak memberi secara percuma tanpa ada sedikit pun mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tidak perlu takut, malu atau risau. Sudah tugas kita sebagai peniaga, usahawan atau pemasar Internet untuk mempromosikan sesuatu. Memberi secara percuma (seperti ebook percuma) adalah salah satu strategi, tapi adalah satu kerugian jika tidak melakukan promosi atau jualan.

Antara sebab lain tidak menjual dengan agresif adalah kerana mahu menjaga hati prospek. Contohnya, katakan seorang usahawan internet mempunyai seramai 5000 orang subscriber di dalam mailing list-nya. Namun, disebabkan beliau mahu menjaga hati subscriber, maka tidak dipromosikan apa-apa produk kepada mereka, termasuk tidak kerap menghantar emel. Tidak menghubungi subscriber dengan konsisten akan menyebabkan mereka akan menjadi ‘sejuk’ (cold list).

Tindakan ini ada betulnya, namun ia juga salah satu kesilapan yang amat merugikan. Beritahu awal-awal kepada subscriber (seperti di laman squeeze page), salah satu bentuk emel yang akan dihantar adalah promosi produk. Soalkan diri. Kita bina blog bayar domain hosting, bayar autoresponder, itu semua untuk apa? Untuk marketing (buat duit), atau saja suka-suka?

Begitu juga di blog, tidak perlu takut atau malu-malu untuk menjual. Mudah sahaja sebabnya. Blog yang kita bina adalah milik kita 100%. Jadi hak kita untuk lakukan promosi atau buat apa sahaja. Kita yang bayar domain, hosting, mengurusnya, menulis artikel dan sebagainya. Jadi orang lain tidak ada hak untuk pertikaikan apa yang kita lakukan sepeti menjual di blog. Kalau mereka tidak mahu lagi masuk ke blog kita, tidak mengapa. Satu pergi, 10 datang.

Menjadi orang yang baik itu bagus, tetapi kalau terlalu baik sehingga merugikan diri sendiri, itu menzalimi diri sendiri namanya.

2. Terlalu mencari kesempurnaan

Walaupun kita digalakkan menjadi insan yang sempurna, ketahuilah, tiada mana-mana makhluk yang sempurna di dunia ini. Yang ada hanyalah proses pembaikan dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan produk yang dijual.

Diri kita, perniagaan, cara promosi dan juga produk yang dijual tidak semestinya perlu sesempurna mungkin. Jika tunggu sempurna 100% dahulu, jawabnya sampai ke tualah menunggunya. Cuma mari kita soalkan di sini, apakah ukuran kesempurnaan 100% itu? Bagaimana untuk mengetahui ia telah sempurna? Tiada bukan?

Cuma yang perlu kita lakukan adalah buat yang terbaik setakat yang mampu pada masa ini, dan kemudian pertingkatkan lagi sedikit demi sedikit.

Ada juga mereka yang menjadikan alasan mahu sempurna bukan sebab mereka mahu sempurna, tetapi disebabkan mereka takut. Sempurna hanya alasan sahaja untuk menutup sifat takut mereka itu.

3. Terlalu sibuk dengan aspek teknikal dan mengabaikan promosi

Apa guna mempunyai website yang baik, surat jualan yang memukau dan produk yang bagus jika tiada TRAFIK? Di dalam perniagaan internet, trafik adalah nyawa utama. Tiada trafik, tiada pendapatan. Ada trafik, insyaAllah akan ada pembeli.

Kita tidak perlu terlalu sibuk dengan hal-hal teknikal seperti laman web, blog dan sebagainya. Itu semua boleh dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Elakkan meluangkan masa seharian atau masa yang banyak semata-mata untuk hal teknikal sahaja. Mungkin 30 minit sehari sudah memadai untuk ‘improve’ laman web atau blog.

Cara promosi begitu banyak sekali. Namun utamakan cara yang terbukti berkesan seperti penggunaan email marketing, forum, blog dan juga pengiklanan berbayar.

4. Tidak mempunyai sistem / aturan proses

Sistem yang dimaksudkan di sini adalah dokumentasi, aliran atau aturan proses. Sebagai contohnya, jika ingin melakukan promosi di forum, apakah langkah demi langkahnya, bila masanya termasuk kekerapan, apa bentuk promosi dan juga tempoh setiap kali promosi.

Contoh lain adalah, jika ingin melakukan pengiklanan di Internet, apakah yang perlu dilakukan? Apakah laman web-laman web untuk diletak iklan? Jika menggunakan PPC seperti Google Adwords, apakah prosesnya, teknik yang perlu digunakan, dan sediakan template teks iklan yang perlu diubahsuai sahaja. Dokumentasi proses akan menjimatkan masa.

Begitu juga di dalam promosi produk affiliate katakan, apakah teknik-teknik yang akan digunakan dan bagi setiap teknik itu, apakah langkah demi langkahnya? Kita juga boleh memanggil semua ini sebagai ‘cetak biru’ (blueprint).

Jadi dengan adanya aturan proses bagi setiap sesuatu perkara, kita tidak perlu terkial-kial dan membazir masa setiap kali melakukannya. Sebaliknya, kita perlu rujuk dan mengikut aturan prosesnya sahaja. Malah yang hebatnya, dengan adanya aturan proses sebegitu, orang lain (seperti staf) mampu melakukannya untuk kita.

5. Pengurusan masa

Masalah pengurusan masa adalah normal bagi kebanyakan manusia. Silap di dalam percaturan masa, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada individu seperti kesihatan terjejas, perniagaan merosot dan hubungan kekeluargaan juga boleh turut terjejas.

Bagi yang sedang menghadapi situasi sebegini (pengurusan masa yang tidak teratur), usah risau. Ini kerana pengurusan masa adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai. Cuma sahaja kita perlu konsisten di dalam melakukan sesuatu secara berterusan sehingga ia menjadi darah daging kita. Kelak, ia tidak perlu dipaksa-paksa lagi kerana ia telah menjadi rutin.

Pengurusan masa bagi setiap individu adalah amat berbeza. Contohnya bagi orang bujang, mereka tiada komitmen anak-anak dan isteri-isteri. Orang bujang lebih fleksibel makan minum, tidurnya, geraknya dan sebagainya. Tetapi yang sudah berumahtangga, lain pula aktviti seharian, mingguan dan bulanannya.

Begitu juga bagi para usahawan internet, pengurusan masa bagi setiap orang atau perniagaan adalah berbeza mengikut bentuk bisnes yang dilakukan. Bisnes Affiliate berbeza dengan bisnes di Ebay. Pengurusan masa untuk bisnes produk fizikal mungkin berbeza dengan perniagaan produk digital.

Luangkan masa seketika untuk mengatur hidup dan bisnes sebaik mungkin. Perjalanan masa teramat pantas dan kita akan ketinggalan dalam kerugian jika menangguh-menangguh atau melambat-lambatkan sesuatu yang baik.

IKLAN: Panduan Pengurusan Masa

Salah satu ebook yang ada di pasaran khas untuk usahawan internet adalah ebook Pengurusan Masa tulisan saudara Shukor Subahir.

ebook pengurusan masa

Klik di sini berikut untuk maklumat lanjut.

Selain tidak mengurus masa, tidak cukup masa juga salah satu perkara sampingan. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk “Mencari Masa Tambahan.”

Penutup

Semoga kita mengurangkan kesilapan di dalam usaha perniagaan. Walaupun kita tidak mampu mengelak kesilapan, tetapi kita diberi peluang kedua untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah dilakukan. Pilihan di tangan kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Lagi Kesilapan Di dalam Perniagaan Internet

  1. Saya teringat seorang klien saya. Saya recommend dia hantar emel setiap hari. Tidak semestinya untuk jual tapi sekurang-kurangnya untuk build relationship.

    Dia ignore nasihat saya.

    Dia kata dia nak jaga list.

    Bukan ke kalau build relationship tu maksudnya jaga list?

    Kalaulah dibiarkan begitu sahaja, responsif list itu kepada tawaran kita akan kurang.

    Kalau kurang, tak kira berapa bazilion pun list kita, kalau dia tak hiraukan apa kita cakap, tak guna gak.

    Hantar emel yang memberi motivasi hampir setiap hari, kemungkin letak lah link ke produk yang kita jual kan senang?

    Tak memaksa tetapi mengajak. Kan senang?

    Heh, orang macam-macam. Takut pun macam-macam.

      1. Hem… how about bagi surprise?

        Video ke?

        Series of e-mails ke?

        Something beneficial.

        Orang kan suka surprise? 😀

        Sambil-sambil tu plug lah URL kita kat bawah nama. Kot-kot dia tak ingat kita, suruh dia ingat balik siapa kita 😉

        btw, link ke pasaranlumayan.com dah mati. Kat bahagian produk cadangan.

  2. Salam zul,

    Saya tertarik no 4, thanks kerana share point ni
    Organisasi besar selalu mengutamakan pasal quality control dan kita yang home business pun tak salah mengamalkannya. Saya yakin memang banyak masa dapat dijimatkan.

  3. Salam zul,

    Saya tertarik no 4, thanks kerana share point ni
    Organisasi besar selalu mengutamakan pasal quality control dan kita yang home business pun tak salah mengamalkannya. Saya yakin memang banyak masa dapat dijimatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *