Kursus 3dalam1 : Padat, Ringkas dan Mudah Difahami

osman affan 3dalam1Tidak terlambat untuk saya menulis sedikit review bagi bengkel milik Osman Affan dan Irfan Khairi ini, 3dalam1.com.

Pada 19 Ogos 06 lepas, saya telah ke bengkel ini dan menyertai dari awal sampai akhir. Sebelum saya menulis sedikit review, ringkasan untuk bengkel itu adalah, ia memang asas dan memang SESUAI untuk mereka yang tersangat blurr sangat-sangat. hehe..

* Gambar: Osman Affan sedang menyampaikan isi pelajaran bengkel kepada para peserta

Di dalam bengkel ini, saya jamin anda tidak akan mengantuk. Ya, saya rasa inilah bengkel ini bengkel pertama yang saya tak mengantuk walaupun saya berjalan jauh dari JB. 🙂 Mengapa? Kerana bengkel ini begitu interaktif dan berlakunya komunikasi dua-hala di antara speaker dan peserta.

Selain itu, terdapat sesi aktiviti berkumpulan dan ini bukan sahaja dapat menjana idea perniagaan internet, malah merapatkan perkenalan antara para peserta sendiri.

Di dalam penyampaian Osman, beliau memang seorang pakar. Kekuatannya adalah mengawal semua peserta agar memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang disampaikan olehnya.

Mengenai isi pelajaran, ia memang padat dan ringkas. Hanya 3 langkah seperti yang dinyatakan pada laman web 3dalam1.com:

1. Mencari Produk atau Perkhidmatan

2. Membina Laman Web yang berkesan (teori)

3. Membina Komuniti Pelawat

ketiga-tiga topik tersebut diulas dengan begitu mudah oleh Osman agar para peserta yang zero kefahaman dia mengenai perniagaan internet akan dapat memahami. Pelbagai tip yang mantap dan berguna sudah semestinya ada di dalam bengkel ini.

smartusaha irfan khairi

Irfan Khairi sedang memberikan tips berkesan hampir 1 jam

Bengkel ini bagi saya teramat asas kerana menurut kata Osman sendiri, ia adalah jambatan kepada bengkel jutawan internet Irfan Khairi. Bengkel 3dalam1 ini diwujudkan agar mereka yang “zero” dapat memahami perkara-perkara yang asas dahulu tanpa perlu memeningkan kepala. 🙂 Walaupun asas, kata Osman sendiri, sudah ada antara bekas peserta bengkel ini melancarkan laman web niaga sendiri tidak kurang dari 1 bulan.

Antara kelebihan bengkel ini adalah, anda sebagai peserta akan diberikan beberapa bonus seperti email coaching (personal) selama satu tahun.

Kepakaran Osman adalah pada penyampaiannya, penggunaan masa yang tepat dan interaktif.

Mesti anda tertanya, mengapa Osman Affan? Apa ebisnes beliau? Ramai yang tidak tahu konsep asas bengkel 3dalam1 ini, iaitu Dr Irfan Khairi merupakan ‘coach peribadi’ kepada Osman sendiri sudah hampir dua tahun lebih (jika tidak silap saya). Maka, sudah pasti seorang pelatih yang dilatih oleh seorang pakar, akan memahami sesuatu ilmu itu bukan? Osman juga menyatakan, beliau dan Irfan sentiasa duduk semeja untuk menghasilkan perniagaan internet bersama di dalam tempoh beliau bersama Dr Irfan.

Seperti yang saya katakan, konsep asas bengkel ini adalah penyampaian yang jelas dan mudah difahami. Mengapa Dr Irfan begitu yakin terhadap Osman, kerana Osman memiliki kepakaran tersendiri di dalam motivasi dan penyampaian seperti yang saya nyatakan di atas. Jadi kesimpulan asas bengkel ini adalah:

1. Untuk merungkai keserabutan pemikiran mereka yang newbie. Maka, Osman dengan kepakarannya insyaAllah mampu menguruskan keserabutan peserta tadi. 😉

2. Osman mampu menyampaikan isi pelajaran dengan mudah difahami. Ia jarang dan susah dimiliki oleh ramai orang. Maka sebab itulah Irfan begitu yakin dengan Osman. Jika anda seorang yang expert dalam ebiz, tidak semestinya anda pandai mengajar orang lain bukan? Buat boleh, tapi untuk menulis, bagi talk, punyalah susah.. Setuju? 🙂

3. Bengkel ini merupakan jambatan kepada workshop jutawan internet Irfan Khairi. Ehem, siapa yang jadi peserta 3dalam1, dia akan dapat ‘something’ untuk ke bengkel Irfan. 😉

4. Bestnya bengkel ini, anda akan berpeluang mendengar beberapa tip dan teknik daripada Irfan Khairi sendiri.

5. Mendapat bonus seperti ebook Corey Rudl

6. Email Coaching selama setahun

7. Makan minum 4 kali kot. 😆

8. Sijil diberikan

Rasanya cukup sampai di sini sahaja review saya. Mungkin anda berkata, “alah zul ni, mesti kroni Irfan ni.. Semuanya cakap yang baik-baik jer..”.

Oh tidak, saya bukan kroni mereka. hehe.. Ikhlas saya katakan dengan sejujurnya, cakaplah mana bengkel dan seminar atas muka bumi ni, berikan saya SATU sahaja bengkel/seminar yang 100% sempurna! Boleh? Saya yakin tak ada kan? Bahkan seminar Robert Kiyosaki pun ramai yang komen -ve, inikan pula kita yang tak setahap dia.

Ketahuilah, kita manusia biasa, dan kita jangan hanya melihat pada aspek yang kurang sahaja. Kadang-kadang yang kurang itu hanya 5% sahaja, tapi sebab kita TERLAMPAU melihat dan tidak puas hati dengan yang 5% tu, maka 95% yang baik dilupai dan tidak di-maksimakan penggunaannya. Jangan jadikan ia satu habit atau sikap kita seharian. Sikit-sikit nak tengok dan nak tahu kekurangan. Apa anda dapat? Hanya alasan yang anda dapat bukan?

Harga? RM297.00. Wahh, mahal nya. Saya no komen. Kadang-kadang geli telinga saya mendengar alasan begini. Maaf saya berleter sikit, orang kita kebanyakkannya kalau untuk hiburan atau untuk benda yang sekejap jer nikmat dia rela dan tak mempersoalkan wang yang dihabiskan untuk itu. Tapi untuk menuntut ilmu, berkira sakan sangat-sangat. Kenapa yer? Mudah jer jawapan dia, orang kita tak pandai menilai erti ilmu itu sendiri dan tidak meletak ilmu sebagai satu harta yang begitu bernilai pada diri mereka. Setuju?

Saya mempunyai beberapa kawan yang ringan jer tangan melabur beribu-ribu untuk satu skim pelaburan yang tidak tahu hujung pangkalnya nanti, tapi dia asyik kata: “mahal giler bengkel seminar diaorang tu..”. Apa komen anda terhadap kawan-kawan saya ni? 😉

“Takder duit la zul, bukan tak nak pergi”. Alasan ni boleh diterima lagi. Tapi nak seribu daya. Bengkel 3dalam1 menyediakan program affiliate di laman webnya. Satu peserta berdaftar melalui link affiliate anda, komisen RM30 anda dapat. 10 orang berdaftar melalui anda, RM300 anda dapat. Dengan komisen berkumpul tu anda bolehlah guna untuk ke bengkel ini. So? Usaha! Jangan hanya memberikan alasan. Banyak cara boleh anda dapatkan wang untuk ke bengkel sebegini bukan?

Awas kepada yang dah expert, saya bukan tak galakkan anda pergi, takut anda banyak mencemuh jer nanti. 🙂 Tapi bagi saya tak salah nak sertai sebagai percambahan ilmu. Nasihat saya, pergilah ke bengkel atau seminar mana, tinggalkan ilmu yang ada pada anda kat rumah dulu, jangan bawa sekali ke bengkel. 😉 Menuntut ilmu pun ada adab dia.
Oklah, sebagai penutup, anda boleh mendaftar bengkel asas perniagaan internet 3dalam1 ini dengan klik link di bawah ini:

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Kursus 3dalam1 : Padat, Ringkas dan Mudah Difahami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *