Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kunci UTAMA pemasaran media sosial

Media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya mempunyai satu kunci utama jika kita ingin menggunakannya sebagai medan pemasaran perniagaan. Jika kunci itu diabaikan, maka lebih baik kita tidak melakukan pemasaran melalui media sosial tersebut.

Apakah kunci utama itu?

Ia adalah KONSISTENSI. Sejauh mana kita mampu konsisten dalam mengemaskini maklumat dan informasi di Fan Page Facebook bisnes kita? Sejauh mana kita akan konsisten menulis di blog? Sejauh mana kita mampu dan rela berinteraksi bersama bakal pelanggan, pembaca dan ‘fans’?

Saya baru sahaja selesai me”remove”kan diri dari puluhan buah FB Group yang tidak aktif dan terbiar sepi. Mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah pemilik FB Group itu TIDAK KONSISTEN dalam mengemaskini group atau page mereka.

Bagaimana meraih konsisten yang berpanjangan?

Beberapa faktor yang memainkan peranan adalah:

  • Perancangan yang rapi.
  • Pelan tindakan yang jelas.
  • Menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.
  • Menetapkan pengisian yang akan dilakukan.

Dalam bisnes, segala apa yang dibelanjakan (termasuk masa) seharusnya memberi pulangan (ROI) yang setimpal, atau sekurang-kurangnya sekali ganda. Jika lebih banyak, maka ia lebih bagus.

Apa sahaja aktiviti bisnes yang kita lakukan terutama aktiviti pemasaran, ia seharusnya memberikan hasil sama ada cepat atau lambat. Kita melakukan bisnes bukan sekadar untuk bersuka-suka. Jadi perlu jelas hasil yang perlu kita dapatkan.

“Kejayaan kita pada hari ini bukan penentu kejayaan untuk hari esok.”

.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • AKTIVITI PEMASARAN
  • apakah sosial media
  • keusahawanan media
  • kunci berniaga
  • media sosial merupakan medan ilmu
  • pemasaran perniagaan menggunakan media sosial
  • persatuan internet marketing malaysia
  • sebab kejatuhan syarikat kodak

2 Responses to “Kunci UTAMA pemasaran media sosial”

  1. AlimAriff says:

    Setuju dgn kata2 sifu Zul ..
    “kejayaan hari ini bukan jaminan untuk kejayaan hari esok”
    Oleh itu, ilmu mesti dikemaskinikan. Knowledge is POWER, hack this planet… =)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)