Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kenali Kumpulan Pengguna Facebook

Kita sedia maklum, manusia mempunyai pelbagai kumpulan atau kelompok. Jadi, untuk memastikan proses marketing di Facebook (FB) mencapai matlamatnya, kita perlu mengenali sasaran atau setiap kelompok tersebut yang menyertai kita di FB.

Berikut adalah sebahagian kumpulan atau kelompok (jenis) pengguna-pengguna Facebook. Dekati setiap kumpulan dengan cara yang sesuai dengan mereka:

1. Pembeli
Mereka ini telah membeli produk kita, dan mempunyai potensi besar untuk terus membeli produk-produk kita. Bagi anda yang telah lama berniaga atau mempunyai senarai pelanggan sendiri, pastikan pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Facebook, menyertai anda di Facebook.

2. Usahawan
Mereka ini memiliki tiga kegunaan untuk kita. Satu, sebagai kenalan usahawan untuk bertukar-tukar idea, pengetahuan dan pengalaman. Kedua, memberi perkhidmatan atau membekalkan produk kepada mereka. Ketiga, bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang disepakati bersama.

3. Rakan Seperniagaan
Mereka ini sudah pasti tidak akan menjadi pelanggan anda. Peranan mereka adalah bersama-sama mempromosikan perniagaan yang dibina bersama. Mereka adalah satu kumpulan dengan anda.

4. Pesaing
Pesaing adalah pihak yang dapat kita pelajari sesuatu daripada mereka seperti ‘mengintai’ strategi yang mereka gunakan di Facebook. Namun dalam keadaan tertentu, mereka juga boleh dijadikan sebagai rakan kerjasama.

5. Mentor
Di Facebook, ramai usahawan-usahawan atau mereka yang berpengalaman dalam bidang tertentu. Mereka boleh dijadikan sebagai mentor atau guru kita. Atau paling kurang, kita merujuk mereka apabila terdapat perkara yang memerlukan pandangan orang yang lebih tahu.

6. “Pemberi Peluang”
Mereka ini akan memberikan kita sesuatu peluang setelah mereka menyedari potensi dan kebolehan kita. Contohnya, pihak penerbit buku akan menghubungi kita jika kita ada kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkaitan bidang tertentu.

Pengalaman Saya:

1. Sebuah penerbit buku menawarkan saya untuk menulis dan menerbitkan buku tulisan saya bersama mereka.

2. Mendapat tawaran sebagai penulis bagi sebuah majalah tempatan.

7. Kenalan dan Keluarga
Mereka ini tidak berpotensi besar menjadi pelanggan kita. Namun, mereka biasanya akan menjadi penyokong utama kita di dalam segala usaha yang kita lakukan.

8. Pengkritik
Walaupun tidak ramai yang suka mengkritik orang lain di FB, namun ada juga segelintir. Mereka biasanya akan mengkritik di ruangan komen FB kita. Saya biasanya akan Remove individu begini jika kritikan mereka melampaui batas. Saya hanya mahu orang-orang yang positif sahaja yang berada di senarai Friend FB saya.

FB adalah tempat berkenalan dan saling memberikan semangat di antara satu sama lain. Bukan tempat mengkritik atau melemahkan semangat orang lain.

9. Suka-Suka
Golongan ini biasanya menyertai Facebook sekadar suka-suka, menambah kawan dan mengisi masa untuk bermain aplikasi di FB seperti Games dan Kuiz. Jadi mereka juga kurang berpotensi untuk menjadi seorang pembeli, malah mereka juga biasanya terlalu pesimis dan berpandangan negatif terhadap mesej-mesej yang berbentuk bisnes atau promosi.

10. Penyokong

Mereka biasanya tidak terlibat dengan bisnes. Mungkin juga orang-orang biasa. Mungkin juga ‘secret admire’ kita. :D Mereka adalah sesiapa sahaja yang mana kebarangkalian untuk menjadi pelanggan kita adalah 0.00000%.

Mereka menjadikan kita sebagai kenalan di FB atas dasar benar-benar mahu berkawan dan berkenalan, bukan kerana bisnes atau ada udang di sebalik mee goreng. Mereka biasanya adalah pendengar setia. Topik perbualan dengan mereka terbaik adalah mengenai hal-hal lain selain bisnes.

Tidak semestinya rakan-rakan yang kita ‘Add’ atau yang menyertai PAGE FB kita adalah orang yang perlu membeli atau menjadi pelanggan. Kita juga perlukan ‘kumpulan’ atau individu yang akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dalam apa jua keadaan. Kebiasaannya, orang yang tidak tahu apa-apa mengenai bisnes, mereka adalah seorang pendengar yang terbaik.

Strategi Cadangan

1. Setiap kumpulan memerlukan pendekatan yang berbeza. Contohnya, jika kita berkomunikasi dengan mana-mana pihak perniagaan atau individu yang lebih tinggi kedudukannya berbanding kita, sudah pasti kita perlu lakukan secara profesional.

2. Bina Group atau Fan Page untuk memudahkan kita menghubungi bakal pelanggan dengan mudah. Gunakan profile peribadi untuk berkenal-kenalan; dan Group atau Page pula digunakan untuk promosi produk atau bisnes.

3. Wujudkan juga Group atau Fan Page KHAS untuk pembeli sahaja. Contohnya, jika kita mempunyai buku tulisan sendiri, wujudkan satu group atau Fan Page untuk pembeli-pembeli buku tersebut.

4. Gunakan akaun profile peribadi untuk menggerakkan laman Group atau Fan Page yang dibina. Kita adalah nadi utama sebuah bisnes. Lagipun, laman Group dan Fan Page di FB tidak boleh digerakkan dengan sendirinya seperti mana akaun peribadi. Jemput Friend di akaun utama (personal) untuk menyertai Group atau Fan Page.

5. Kenalpasti statistik Friends seperti jantina, umur dan pekerjaan mereka. Maklumat sebegini boleh membantu kita menentukan produk yang sesuai untuk ditawarkan kepada mereka. Jika kita menggunakan akaun personal, kita perlu menyemak secara manual satu persatu. Tetapi jika kita menggunakan Fan Page, kita boleh menggunakan fungsi Insight untuk melihat statistik seperti Demografi.

insight-fb

*Menu Insight berada di bahagian sidebar utama Fan Page.

6. Facebook adalah sebuah laman web sosial. Menggunakan kaedah direct marketing biasanya kurang berkesan. Contoh:

Direct Marketing: “Belilah produk ini, RM10.00 sahaja! Cepat, cepat!”

Social Marketing: “Semalam saya pening kepala. Lalu saya minum segelas Jus Pak Ali. Alhamdulillah, dalam masa 15 minit pening beransur hilang sedikit demi sedikit. Saya tidak suka makan ubat, jadi minuman sebegini amat sesuai untuk saya. ~ [Letak link ke laman web jualan]

Di laman web sosial seperti Facebook, orang yang menyertai Facebook bukan kerana masuk untuk mencari dan membeli barang. Sebaliknya, mereka mempunyai pelbagai sebab lain seperti mengisi masa lapang, ‘bersosial’ seperti menegur sapa dan berkongsi-kongsi cerita.

Berbeza dengan laman web seperti Ebay dan laman iklan, kebanyakan yang memasuki laman web tersebut adalah mereka yang mahu membeli sesuatu. Maka menggunakan ayat-ayat iklan adalah amat sesuai.

Jadi untuk di FB, kita perlu menggunakan kaedah yang berbentuk promosi yang tidak nampak ia sebagai satu promosi. Bak kata pepatah, “umpama menarik rambut dalam tepung”.

Sebagai penutup artikel ini, saya memetik satu tip yang saya tulis di ruangan FB saya:

“Kelebihan Facebook adalah jika para pelanggan kita juga mempunyai akaun Facebook, kita boleh mengetahui lebih lanjut mengenai diri mereka seperti kerjaya mereka, status (bujang atau sudah berkeluarga), tahap pendidikan, minat mereka dan beberapa maklumat lain.”

Sekian.

Artikel Lain Berkaitan Facebook:

1. 7 Cara Mudah Membuat Rakan Facebook Suka Dan Selesa Dengan Kita

2. 7 Cara Promosi di Facebook

3. Nota Pemasaran Facebook

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



34 Responses to “Kenali Kumpulan Pengguna Facebook”

  1. titan says:

    setuju. memang boleh bukak banyak peluang.

  2. Salam Motivasi/Berkenalan.

    laman sosial nie byk manfaat yang kita boleh gunakan tidak untuk peribadi ataupun perniagaan.

    Saya setuju dgn segala entry yang ditulis oleh saudara.

    Sekian,
    Tq
    (Gaya Hebat Disukai Ramai)

  3. Amir Azros says:

    Assalamua’laikum wbt Dan Salam Sejahtera,

    Facebook merupakan suatu landasan atau platform yang asas kepada IM untuk mengenali IM lain, pelanggan dan juga sesiapa saja di dunia ini. Seperti yang dinyatakan oleh Saudara Zul, saya sangat bersetuju bahawa, bukan semua orang boleh kita anggap sebagai pelanggan. Kerana, hampir separuh daripada pengguna FB adalah untuk membina perhubungan. Jadi, dengan cara yang betul, kita dapat menjadikan rakan kepada pelanggan.

    Amir Azros
    http://www.facebook.com/amirazros

  4. arman says:

    Salam perpaduan,
    Artikel yang sangat baik untuk menyedarkan pengguna web sosial tentang kepentingan laman sosial. Ini kerana ada segelintir ahli yang hanya hantar iklan sahaja hingga kita menyampah.
    Terima kasih Zul..

  5. marketing straight to the heart antara istilah terbaru dlm social marketing..

  6. Aziz Rahmat says:

    tima kasih tuan…

  7. Thx for the tips..
    Aku rasa aku drpd golongan no. 2,3,6 & 7…
    Tp insya allah…yang lain mgkn juga akan tergolong juga..
    FaceBook ni banyak potensinya selain drpd social network…yg penting tahu cara bagaimana mengguna secara optimum sebaik mungkin

  8. penuh, priceless value info

  9. memang padat dan satu panduan yang amat berguna.. thanks tuan zul..

  10. Hebat ! Two Thumbs UP

  11. Bertuah dpt org mcm ni… jadi anak pun jadilah.

  12. Terima kasih di atas panduan berguna FB yang dikongsikan bersama.

  13. terima kasih dgn info ini, kini saya tahu siapa saya!!

  14. masrizal says:

    tip yg bagus. kita blh tahu golongan user dlm fb.

  15. Tips yg amat menarik…syabas
    FB adalah laman sosial no. satu sekarang dengan jumlah ahli 200 million.
    so kita mesti tahu tips berkesan untuk mendekati mereka bagi meraih peluang2 buat duit.

  16. Hidier says:

    wah…mcm mana ye nak kasi boleh komen melalui FB tu?

  17. blalang says:

    Saya termasuk dalam golongan suka-suka dan sesekali desperate IM :)

  18. hafizi zain says:

    Wahh!! Artikel yang menarik..!! Thanks zul!

  19. yazyaakob says:

    Bagus maklumat yang diberikan..banyak membantu saya. Tips yang sangat berkesan. Saya akan praktik cara ini.

  20. yaz says:

    Tips yang sangat berkesan.Saya akan praktikkan cara ini pada fb saya.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Usahawan Profesional di Facebook | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)