Kuasa Minda: Membina diri yang hebat

Kuasa minda. Ia sering diperkatakan oleh sesiapa pun. Kuasa minda bukan bermaksud minda itu mempunyai kuasa, tetapi ia boleh diprogramkan dan diperkasakan agar kita boleh hidup dengan baik.

Minda kita adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia umpama sebuah perisian. Sebelum mula berusaha dengan gigih untuk meraih sesuatu sasaran/matlamat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita hapuskan virus-virus dalam perisian (minda) kita.

Di antara virus-virus itu adalah:

1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.

Sebaliknya, kita install (isi) minda kita dengan pemikiran:

1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.

Kita boleh mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:

  1. Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
  2. Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
  3. Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
  4. “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
  5. Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.

Tidak dinafikan, membangunkan (develop) sebuah minda yang “hebat” mempunyai cabaran tersendiri. Malah, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

Sebenarnya, cabaran itulah yang akan mematangkan minda dan diri kita. Hayati dan selami setiap ujian yang dihadapi agar kita dapat pelajari sesuatu dan ubah diri dan minda kita sedikit demi sedikit (konsisten).

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *