Tiga Tanda Orang Yang Berjaya
Artikel pertama saya pada tahun 2005 ialah mengenai “kuasa fokus”. Artikel itu boleh anda baca di sini:
http://www.ebizmalaysia.com/artikel/kuasafokus-perniagaan-internet.html
Di dalam artikel itu, saya hanya menyentuh mengenai perkara asas sahaja mengenai FOKUS terutama kepentingannya.
Kali ini, saya ingin menulis lagi mengenai “kuasa fokus” ini tetapi hanya disentuh sebahagian sahaja di dalam artikel kali ini. Teruskan membaca…
3 Tanda Orang Yang Berjaya
Tanda Pertama: Fokus
Usahawan Internet yang sentiasa fokus kepada usahanya adalah tanda mereka akan berjaya di dalam perniagaan yang dibina. Mereka tidak menyusahkan diri mereka untuk bersibuk-sibuk melayan mereka yang tidak suka akan usahanya atau tidak membazirkan masa untuk menguntungkan orang lain semata-mata.
Bersibuk-sibuk yang mereka selalu elakkan:
1. Mengkaji berlebih-lebihan produk pesaing sehingga mereka rasa hilang akal, pertimbangan dan akhirnya lemah semangat.
2. Mengkaji-kaji kelemahan pesaing sehingga mereka lupa akan kelemahan mereka sendiri.
3. Dengki dengan kejayaan orang lain. Usahawan yang baik adalah mereka ada prinsip “kejayaan adalah hak milik individu”, maka setiap orang perlu memiliki kejayaan sendiri dan tidak perlu dengki dengan orang lain.
4. Mereka tidak bersibuk-sibuk memikirkan idea baru selagi idea yang sedang dilakukan belum siap dan mendatangkan hasil!
5. Mereka tidak suka memikirkan mengenai kekurangan yang mereka ada tetapi sebaliknya mereka menghabiskan masa untuk meningkatkan prestasi diri mereka.
6. Tidak bersibuk-sibuk mencari musuh, tetapi mereka sentiasa berbaik-sangka dengan rakan niaga, pesaing, sahabat seperniagaan dan pembeli.
7. Mereka tidak membazirkan masa memikirkan masalah, tetapi mereka mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.
Tanda Kedua: Serius
Buat duit di Internet ada bezanya dengan Perniagaan Internet (walau sama tapi tak serupa). Apabila menyebut mengenai perniagaan, maka seorang usahawan Internet yang bakal berjaya dan bertahan lama biasanya ada perancangan, strategi, sistem dan begitu serius dalam usahanya.
Masa 24 jam yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dan orang-orang sebegini biasanya akan menyesal walau sedikit masanya dibazirkan begitu sahaja tanpa ada sebarang keuntungan untuknya.
Pendek kata, jiwanya adalah jiwa usahawan yang unggul. Tidak gentar, berani menanggung risiko, bertanggungjawab apa yang dikatakan dan buat apa yang perlu sahaja.
Tanda Ketiga: Komitmen
Tidak cukup dengan hanya serius dan fokus, seorang usahawan Internet yang berjaya biasanya menganggap apa yang dilakukan adalah bisnes, bukan hobi. Hobi adalah satu perbuatan yang jika dibuat tak apa, tak dibuat pun tak apa. Itu hobi. Berlainan dengan bisnes, jika tidak dibuat dengan baik, maka sudah pasti tiada pendapatan yang masuk.
Jadi, seorang usahawan Internet yang berjaya mereka tidak sama sekali menyamakan bisnes yang mereka lakukan adalah satu hobi, ia berbeza. Jadi disebabkan dengan pegangan ini (bisnes adalah bisnes), beliau sudah pasti perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap perniagaan yang dibina.
GAGAL…
Banyak lagi aspek-aspek lain yang akan menentukan seseorang usahawan Internet itu berjaya atau gagal. Cukup saya kongsi 3 sahaja dahulu seperti di atas. Jika anda mahu berjaya, pastikan anda memiliki ciri-ciri yang positif.
Bagaimana jika anda gagal?
Ada tiga kategori orang yang gagal :
1. Orang yang gagal selepas usahanya. Gagal ini gagal yang mulia kerana mereka sudah berusaha dengan sedaya upaya. Mereka tidak dikategorikan sebagai orang yang gagal sepenuhnya JIKA mereka bangkit dan terus mencuba.
Mereka ni umpama seorang perwira yang berjuang di medan perang, tetapi kalah di dalam peperangan itu. Walau kalah, tapi masih ada masa dan ruang untuk menyerang kembali.
2. Belum mencuba sudah menyerah kalah. Jenis ini amat teruk. Langsung tiada usaha, tapi yang ada hanya perasaan tidak yakin.
3. Kategori gagal yang ketiga ialah setelah berusaha dan mereka gagal, kemudian mereka terus berputus-asa tidak mahu mencuba lagi.
Jika anda tergolong dalam kategori yang pertama, syabas. Anda dalam proses ke arah kejayaan. Jika anda tergolong dalam kategori kedua dan ketiga, awas, anda susah untuk merasai nikmat kejayaan.
Akhir kata, pastikan anda fokus, serius dan ada komitmen untuk PERNIAGAAN INTERNET anda.
Sekian.
SideNote: Bina Blog dot com anda sendiri. Klik di sini.









slmt pagi zul dan rakan2,
artikel yang menarik!!!
sesiapa yang baru nak meceburi dalam e-biz, mesti kena baca artikel ni…
kalau tidak,,,hehe…nanti menyesal kemudian…
igt!! fokus,,fokus,,fokus!!
dan jgn lupa dgn serius dalam apa jua kerja…
berkomitmenlah dalam usaha anda…
anda mesti berjaya…
han
tgh memfokuskan diri…abg zul dah lama menyatakan demikian.
FOCUS!
SERIUS!
COMMITMENT!
bunyi macam senang nak buat.
tapi pada saya, untuk membolehkah kita fokus, serius dan komitmen pada apa yang kita buat memang agak sukar.
untuk melakukannya memerlukan keazaman dan pengorbanan/mujahadah.
saudara Zul,
terima kasih atas input yang sangat memberikan peringatan ini.
Sebenarnya untuk berjaya dalam perniagaan internet ini tidak susah.Apabila kita benar-benar hendak berjaya,kita sendiri akan berusaha untuk mencapainya.
Namun,halangan yang paling sukar untuk dihadapi ialah diri sendiri.Halangan itulah yang ramai orang kalah..
saya nak tambah satu lagi faktor…………………… solat . Jangan lupa Tuhan, kerana kita perlukan keberkatan.
Salam Hormat Zul,
Molek idea tu zul , tanpa FOKAS – celaru , tiada SERIOUS – haru
tak ada COMITTMENT – tak tau malu
Jadilah yang terbaik antara yang terbaik
Fokaslah semuga berjaya antara yang berjaya
Seriouslah untuk mendapat hasil yang cemerlang dunia & akhirat
Sekian
Yap. Fokus itu sangat penting. Bukan sahaja dalam perniagaan, dalam macam-macam benda la. Kalau lumba lari nak kena fokus..apatah lagi nak bisnes kan?
Pernah juga tergolong dalam golonga orang yang gagal sebelum mencuba ;-p Tapi lama kelamaan memikirkan sampai bila nak mengaku kalah sebelum berjuang? Sekurang-kurangnya bila gagal sekalipun, gagal itu bermaruah. Paling penting ialah BELAJAR DARI KESILAPAN
sudah tentunya kesilapan itu akan mengajar kita menjadi lebih berpengalaman dari biasa dan terus memperbaikinya untuk terus maju ke hadapan…
belajar dari kesilapan adalah penting…
jangan belum cuba dah mengalah…
tu kan bacor orang panggil…
biar lah kalah dalam gelangang jangan kalah di luar gelangan…
kita mesti cuba buat apa yang kita nak…
kalau tidak sampai mati pun tak berjaya…
kalau gagal, cuba lagi…
satu hari mesti berjaya…
han
fokus, serius dan komitmen… itu memang penting kalo nak berjaya. sekiranya nak periksa pmr, spm, stpm juga jangan buat sambil lewa. kena ada fokus untuk belajar, serius memberikan fokus, penuh komitmen dengan keseriusan yang ada…
macam mana nak berjaya kalo semua kerjanya sekdar sambil lewa sahaja. rumah yang disiapkan sambil lewa dah pastinya akan ranap ataupun kalo siap sekali akan ada yang tak kena sana sini…
sebagaimana menyiapkan sebuah perahu yang akan bocor bertampal sana sini… tanpa kualiti yang bagus…
enjin dah ada, namun sampannya pulak jadi mangsa sambil lewa kita…
sekian terima kasih…
saya tertarik dengan 3 perkara ini iaitu fokus, serius dan komitmen. memang betul 3 perkara ini penting untuk kejayaan. 3 perkara nih boleh dipanggil sebagai Formula FSK.
saya suka dengan apa yang abdfatah katakan…
pmr, spm dan stpm kalau buat sambil lewa tak boleh dapat apa yang di sasarkan…
saya ada juga menyesal sedikit sebab masa spm buat sambil lewa je…
tahu jelah…masa sekolah dulu tahu nak main je…hehe…
nasib baik result tu ok juga…
kalau tak, gelap masa depan ni…hehe…
han
gagal dalam spm memang rasa teruk sangat kalo terpaksa mengulang semua subjek. itu untuk zaman dulu laa… sekarang nih hambik subjek yang gagal aje. itu lebih fokus laa sedikit…
gagal tanpa usaha memang teruk sakan laa… kena usaha dulu baru tahu apa itu namanya kegagalan dan kejayaan dalam kehidupan…
fokus memang sangat penting. ramai sekarang ni gagal sebab takde fokus. semua dia nak buat. bukannya nak fokus untuk sesuatu perkara sahaja.