Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kredibiliti VS Duit

Di dalam perniagaan, yang mana satukah paling penting? Kredibiliti atau duit?

Orang kata, habis duit, ia boleh dicari. Tapi kalau sekali kita buat orang kecewa dan tertipu, mereka boleh memaafkan, tapi yang pasti mereka tetap ada kesangsian. Mengapa kredibiliti boleh hilang? Antara sebabnya:

1. Menipu

2. Tidak menepati janji

3. Janji lebih, tapi indah khabar dari rupa (over promise!)

4. Tidak amanah

*Maksud kredibiliti – Rasa hormat & percaya orang lain terhadap kita.

Bisnes.. Ia melibatkan hubungan sesama manusia. Kalau kita rakus dan hanya mahukan duit mereka, kita tidak akan kekal lama di dalam bisnes. Kejujuran dan keikhlasan perlu ada agar kita terus dapat bertahan kerana pelanggan-pelanggan kita akan menyokong segala usaha baik kita. Di sinilah pentingnya mempunyai supporter.

Soalnya, bagaimana untuk mempunyai supporter (penyokong)? Mudah sahaja. Bantu mereka sebaik mungkin, secara jujur dan ikhlas. Ini tidak bermakna dengan hanya memberikan ebook percuma semata-mata, malah dengan cara berbayar juga.

Walau anda caj mereka ribuan ringgit, tapi jika bantuan/produk/servis anda benar-benar membantu mereka, sudah pasti mereka akan berterima-kasih kepada anda, mengenang jasa anda dan akan pastikan orang lain juga mendapatkan produk/khidmat anda tersebut.

Duit memang penting. Tanpa duit perniagaan tidak akan berjalan dengan sempurna malah akan berakhir. Tetapi keupayaan kredibiliti lebih kuat dan amat berkuasa. Ia dapat mengalirkan wang dengan lebih mudah seolah-olah seperti hanya ‘memetik jari’. Tak percaya? Anda akan percaya jika anda sudah ada kredibiliti.

“Habis duit boleh dicari ganti. Hilang kredibiliti orang akan tetap sangsi.”

Facebook comments:

9 Responses to “Kredibiliti VS Duit”

  1. titan says:

    setuju. dah ramai yg IM kita yang terlepas pandang dan ambil lewa benda tu. Sebab tu ramai yang suam-suam aje sekarang..

  2. XploR says:

    hilang kredibiliti juga boleh menyebabkan kita hilang ‘kawan’ atau lebih tepat lagi dalam dunia bisnes ini ialah hilang rakan JV.

  3. ismanjb says:

    Kejujuran tu penting … hilang kejujuran maka hilanglah kredibiliti dan hilanglah duit… ” kawan ” pun takut nak rapat.

  4. ijamidayu says:

    Salam bro,

    Betol la. Kekadang kita terlalu leka dan terlepas pandang benda nie. Hope aku tidak terlepas pandang benda nie kelak..

    Salam usahawan IM.. Salam kecerian dan salam kejayaan buat semua..

  5. skyseven says:

    Assalamualaikum.. Kredibliti boleh dikatakan berkait rapat dengan service. Kerana Semua jenis perniagaan melibatkan service bukan?. Jika sesorang peniaga memberikan service yang baik, maka akan majulah perniagaannya dan di sebaliknya. =D

  6. eyeman says:

    dua-dua penting. tapi kredibiliti semestinya nombor 1.

  7. mirlme says:

    yang penting networking..
    so kerjasama tu..
    yg selalu akan membuah hasil..bila sikap tolong menolong wujud

  8. ayuAhmad says:

    kreadibiliti ni sama gak kepercayaan org kat kita.
    cth mcm nama toshiba, sesetengah orag kalu nk beli brg elektrik mesti cari nm terkenal dulu baru fikir kos sbb nama dah melambangkan
    kreadibiliti. tul tak….. :)

  9. dins says:

    tu lah…kredibiliti tu yg utama…duit akan datang selepas tuh.kredibiliti yg hilang sukar nak dikembalikan.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)