Penghantaran Lebih Mudah: PosLaju Prabayar

Bidang perniagaan Internet di Malaysia semakin berkembang. Satu demi satu perkembangan berlaku, terutama kemudahan yang disediakan oleh kebanyakan syarikat besar.

Kali ini, pihak Poslaju menyediakan kemudahan yang dipanggil sebagai Kotak Prabayar dan Sampul Prabayar. Kata pihak Poslaju, mereka sediakan kemudahan ini setelah melihat perkembangan dan permintaan pesar dalam urus niaga online di kalangan untuk peniaga di Internet.

Bagaimana Ia Berfungsi

Biasanya, untuk menghantar barang kepada pelanggan melalui Poslaju, kita akan bungkus dahulu barang, timbang beratnya, buat bayaran dan kemudian baru hantar.

Tetapi dengan kemudahan kotak/sampul prabayar, kita hanya perlu beli sampul/kotak yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu kirimkan, masukkan barang, isi borang dan kemudian serahkan kepada pihak Poslaju (pejabat pos).

Beli sampul/kotak > Masukkan barang + Isi borang > Hantar

Dimudahkan cerita, konsepnya sama seperti Pos Ekspress (beli sampul, masukkan dokumen, tulis alamat dan masukkan dalam peti kuning). Cuma untuk kotak/sampul prabayar ini, ia dikendalikan oleh pihak Poslaju.

Keterhadan perkhidmatan ini adalah, buat masa ini ia boleh digunakan untuk menghantar barang dalam semenanjung Malaysia sahaja. Selain itu, ia sesuai untuk produk yang beratnya maksimum 10kg sahaja (pada masa post ini ditulis).

Harga Sampul dan Kotak

Harga sampul bermula dengan RM6, seperti yang disenaraikan di laman web perkhidmatan/kemudahan ini.

poslaju prabayar

poslaju prabayar

Cara Penggunaan (dipetik dari laman web Poslaju)

  1. Beli Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar di mana-mana pusat jualan yang terpilih.
  2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut.
  3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut.
  4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.

Kelebihan: Tidak perlu risaukan lagi mengenai harga bayaran (kos poslaju) kerana harganya telah tetap. Jadi kita sebagai usahawan dan peniaga, akan lebih mudah untuk mengira kos penghantaran dan mengurus perbelanjaan / kewangan perniagaan.

Perkara Penting: Guna sampul/kotak yang sesuai dengan berat barang yang ingin dihantar. Jadi perlu tahu beratnya terlebih dahulu sama ada anggaran ataupun timbang sendiri.

Berita: Pos Malaysia Lancar Pos Laju Prabayar, Manfaatkan Urus Niaga Dalam Talian

SHAH ALAM: Pos Malaysia Bhd pada Sabtu melancarkan sampul surat dan kotak prabayar bagi perkhidmatan penghantaran Pos Laju, untuk memanfaatkan urus niaga dalam talian yang semakin berkembang di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Khalid Abdol Rahmad, berkata kotak dan sampul surat prabayar itu akan memenuhi permintaan daripada perniagaan dalam talian dari sudut penyediaan penyelesaian penghantaran yang mudah dan menjimatkan.

“Poslaju Prabayar akan membantu usahawan perniagaan dalam talian memastikan kos penghantaran mereka tidak dikenakan terlalu rendah atau terlalu tinggi kepada pelanggan mereka.

“Perniagaan dalam talian berkembang pesat di seluruh dunia dan bagi pasaran Malaysia, ia dijangka berkembang dalam tiga tahun akan datang,” katanya pada satu taklimat media di sini Sabtu.

Khalid berkata sampul surat dan kotak prabayar itu boleh dibeli di lebih 300 titik jualan di Semenanjung Malaysia termasuk 156 cawangan Pos Malaysia yang terpilih dan 48 pusat Pos Laju di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata Pos Malaysia bercadang untuk memperluas perkhidmatan Pos Laju prabayar ini ke Sabah dan Sarawak menjelang suku ketiga tahun ini.

Pada masa ini, katanya, Pos Laju menguasai 29 peratus agihan pasaran penghantaran domestik.

Kami nampak populariti perniagaan pembungkusan kecil yang semakin meningkat dan Pos Laju ingin merebut agihan pasaran berpotensi yang semakin meningkat ini dengan mengadakan perkhidmatan bungkusan kecil ini bagi peniaga dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Kesimpulan

Sudah banyak kemudahan yang ada di Malaysia. Dari kemudahan rangkaian Internet yang pelbagai pilihan, perkhidmatan pembayaran online, Paypal membuka pejabat urusan di Malaysia, pelbagai pilihan kad debit, pemantauan SSM terhadap usahawan Internet, perbankan Internet, pelbagai pembekal produk, rujukan-rujukan seperti buku, seminar dan kursus perniagaan Internet, dan sehinggalah kepada kemudahan penghantaran untuk produk fizikal.

Jika dahulu banyak pihak berpengaruh (syarikat-syarikat besar) tidak begitu tahu dan tiada fokus terhadap bidang perniagaan Internet ini, sekarang tidak lagi. Sekurang-kurangnya mereka akan sediakan satu pakej ataupun kemudahan yang khas untuk perniagaan online.

Tiada lagi alasan untuk melakukan perniagaan melalui Internet.

Sumber rujukan:

  1. Pos Malaysia: PRABAYAR POSLAJU
  2. mStar Online: Pos Malaysia Lancar Pos Laju Prabayar

.

(c) Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

27 thoughts on “Penghantaran Lebih Mudah: PosLaju Prabayar

  1. Satu perkmbangan menarik dari Pos Malaysia. Walaupun kini urusan surat menyurat semakin berkurangan dengan adanya kemudahan email, Facebook dan sebagainya, namun Pos Malaysia tetap berusaha untuk tidak ditinggalkan. Syabas!

  2. Kebetulan saya memang tengah cari perkhidmatan pos yang berkesan untuk perniagaan-jimat wang, jimat tenaga.

    Semua penulisan encik yang saya baca, banyak memberi input yang berguna untuk saya.

    Terima kasih!

  3. hello Encik Smartzul,
    Terima kasih kerana kongsi bersama pengalam encik. Saya nak tanya, Jika saya mahu hantar barang yang beratnya hanya 25g and bungkusan dalam blister pack yang kecil. Ada cara lain yang lebih murah?

    terima kasih!

  4. Saya dah guna Poslaju sejak 2008 lagi. Dua penghantaran/penerimaan sebulan. Perkhidmatan memang laju walaupun di pejabat pos. Purata ambik masa hanya 1 hari bekerja untuk sampai dari utara ke selatan (semenanjung Msia). Janji hantar bungkusan waktu pagi. Kalau dihantar melalui pejabat Poslaju lagilah laju.

    Cadangan sy agar dibuat lagi category kotak “Micro”. Untuk barangan kecik yg tak sesuai utk sampul. Kalau saiz “S” masih tak sesuai lagi kerana masih besar. Detail mcm kat bawah. Terima kasih.

    Jenis: Kotak Prabayar Micro
    Saiz: 240mm x 170mm x 50mm
    Berat Maks: 800g
    Harga: RM9.00

  5. Setakat ini PosLaju memang terbaik. Dengan ada kotak prabayar ini, lagi la senang. Beli isi dan pos. Harga pun dah tetap. Bijak PosLaju ambil peluang kepesatan bisnes sekarang terutamanya online.

  6. Hye askum..nk tanye,perlu bli dllu xkotak,n bwa blk umh utk isi brang..or trus bli kotak n isi brang dkt pjabat pos trus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *