Konvensyen Perniagaan Internet SaifulSham : Penat, tapi berbaloi!

Memang letih, penat! Baru balik jer 2 hari dari KL, saya pergi ke KL semula untuk mengikuti konvensyen alumni saifulsham. Sedikit info perjalanan, saya berhenti di Pudu untuk berjumpa dengan Sham RajaAdsense dan kemudian bersama-sama ke tempat program tersebut yang pertama kali saya menjejak kaki di situ. πŸ˜‰

Sampai di sana, saya terus bertentang mata dengan dua orang para peserta yang selama ini kami SELALU berkomunikasi dan telah lama kenal, iaitu En. Tazilan dan juga Kak Galadriel. Kami sempat berborak sementara menunggu kehadiran para peserta lain kerana kami sampai lebih awal di sana.

Dalam pukul 9 pagi, program dimulakan oleh Sabri SaifulSham yang terus masuk kepada topik yang berkaitan dengan pembinaan komuniti perniagaan internet. Sabri menyatakan bahawa, pentingnya satu komuniti dibentuk dan dilakukan satu perjumpaan berkala dalam tempoh tertentu. Atau, para peserta boleh membentuk kumpulan sendiri untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Dalam program ini juga, sesi perkenalan di antara satu sama lain juga dilakukan dan masing-masing cuba untuk mendapatkan rakan JV dan sebagainya.

Kemudian, sesi Syazwan pula dan beliau menyampaikan mengenai tips-tips hebat bagaimana sebuah laman web jualan boleh memiliki ‘conversion rate’ yang tinggi. Dan ya, ilmu saya mengenai hal ini bertambah dan hal yang saya pandang sebelah mata selama ini rupanya juga memberikan kesan terhadap aspek conversion rate ini. Kira-kira 15 point atau tips yang telah Syazwan berikan dan ia begitu bermanfaat untuk meningkatkan hasil jualan melalui laman web.

Selepas sarapan pagi, En Irwan Dahnil dari SMSWang.Com telah menceritakan mengenai projek beliau iaitu ebook buat duit dengan SMS. Memang hebat! Pengalamannya selama 7 tahun lebih terbukti daripada gaya penyampaian beliau yang begitu berkesan. En Irwan berkongsikan bagaimana beliau bermula, apa yang dilakukan, proses yang dilalui dan juga strategi yang digunakan untuk meraih hasil jualan lebih kurang RM8K dalam masa 3 bulan sahaja untuk projek ebook ini. πŸ™‚ Dan yang pasti, beliau menjelaskan mengapa ebook dan bukan terus menjual teknologi? Beliau juga banyak mendedahkan akan peluang menjana pendapatan dengan SMS dan boleh dikatakan semua peserta mula menaruh minat yang mendalam untuk mencuba SMS sebagai medium pemasaran untuk perniagaan internet. Dan… En Irwan telah membocorkan beberapa rahsia projek beliau dan hanya peserta sahaja yang tahu. Apapun, SMS boleh boleh buat duit! Jika berminat untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dengan SMS, sila klik di sini untuk ke laman web ebook tersebut. Pendek kata, saya banyak belajar daripada pembentangannya terutama strategi yang beliau gunakan untuk projek tersebut!

Dah habis en Irwan berkongsi pengalamannya, kami semua berehat untuk makan tengahari di tingkat 16 hotel tersebut. Semasa makan, macam-macam topik perbualan yang dibincangkan di antara satu sama lain. Ya la, bukan mudah nak jumpa kawan-kawan seangkatan ni. Contohnya saya, En Tazilan dan kak Galadriel, kami selalu berhubungan melalui emel contohnya dan dah kenal lama, tapi itu la kali pertama kami bertemu. Satu perkara yang dipersoalkan oleh Shuth (datang juga tau!), “mengapa rakyat Malaysia lebih peka kepada pelaburan mengarut? Dan mengapa mereka tidak mengenali sangat perniagaan internet yang sebenar? Apa yang patut kita lakukan?”. Inilah persoalan terbesar yang akan menentukan perkembangan bidang ebiz ini di Malaysia.. Shuth tidak dapat lama di program ini, kerana beliau ada urusan keluarga di sebelah petang. Apapun, shuth bukan calang-calang orang tau! πŸ˜‰

Tak cukup dengan badan yang letih, mata mula mengantuk, tetapi saya tahan agar ilmu yang disampaikan dapat difahami. Selepas lunch dan solat zuhur, Sabri sekali lagi menyampaikan sesuatu yang amat amat berharga seperti bagaimana menjadi seorang usahawan internet yang dapat mengatasi masalah tertentu dan apakah yang patut dilakukan oleh seorang newbie. Ya, just a simple tips, kalau newbie melakukan apa yang sabri sarankan, mereka tak lagi pening-pening. Sabri juga berkongsikan, apakah topik-topik yang hot untuk tahun 2007 ini yang boleh dicuba oleh para peserta dan daripada hot trends tersebut, pelbagai jenis cabang bisnes (produk) boleh dihasilkan.

Habis sahaja sabri bercakap, JUTAWAN dropshipper mara ke hadapan untuk berkongsi pengalaman beliau dalam menjadi dropshipper iaitu pihak yang menawarkan harga borong untuk produk yang tertentu dan melakukan urusan drop ship. Banyak yang beliau kongsikan dan di antaranya, beliau mengatakan salah satu produk yang hot adalah kamera digital dan ada individu tertentu membuat income bersih dalam 12K sebulan. πŸ˜‰ Beliau berpesan, elakkan menjual produk handphone sebab margin untungnya rendah dan ada masalah **** sedikit (saya tak dapat nyatakan sebab ia sensitif). Kehadiran beliau memudahkan para peserta yang ingin melakukan model drop ship dan boleh menjadi reseller beliau. Ini kerana, company beliau memang sudah berpengalaman dan mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong..

Selepas jutawan bercakap, ehem, ‘bakal’ jutawan pula bercakap di hadapan peserta. Nama dia, SmartZul (saya la, saper lagii..). πŸ˜† Hehe.. Saya menyampaikan perkara sepertimana yang saya nyatakan di post sebelum ini iaitu mengenai projek ebook kit blogger terutama strategi yang saya gunakan untuk meraih pendapatan RM1000 dalam masa seminggu dengan HANYA SATU CARA. πŸ™‚ Kepada yang dah tahu teknik ni, jangan tak buat ok.. πŸ˜‰

Selepas habis saya bercakap tung tang ting tang, tiba masa untuk jamuan petang pula. Selepas menjamu hidangan terakhir itu, Kak Galadriel atau nama sebenarnya Marlina dari internetmelayu.com, membentangkan kajian beliau mengenai model membership site. Rumusan beliau begitu mudah, “apa yang penting untuk model ini adalah NICHE, sistem membership yang baik, serta ia tidak semudah yang disangka..”. Just that.. πŸ˜‰ Dan beliau juga mendedahkan salah satu projek beliau yang menggunakan model membership site ini. Daripada penjelasan beliau tersebut, saya semakin faham apakah yang perlu diambil kira untuk mewujudkan sebuah membership site sendiri kelak..

Dengan pembentangan beliau itu, maka program ini secara asasnya telah selesai. Sabri kemudian memberikan sepatah dua ucapan dan meminta para peserta memberikan komen, pandangan dan idea untuk menambah-baikkan program sebegini.. Selepas program tamat, kami para peserta sekali lagi berborak panjang lebar sebelum menjejak kaki keluar dari tempat program dan menuju ke destinasi (rumah) masing-masing dan yang paling jauh adalah Sham (tganu..). πŸ˜‰ Saya, galadriel dan beberapa orang lagi bersama-sama menaiki monorel dan akhirnya masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing.

Sesungguhnya, perjumpaan ini amat-amat memberikan kesan yang mendalam kepada saya bukan sahaja dari segi ilmu (teknik dan strategi) yang dikongsi oleh peserta dan team saifulsham, malah, hubungan secara online selama ini didekat-dekatkan lagi dengan perjumpaan sebegini. Ia merupakan satu ‘kenangan’ yang sukar dilupakan sampai bila-bila.. Bayangkan, sekumpulan usahawan yang memiliki kepakaran masing-masing bergabung dan berkongsi idea = apakah hasilnya?? Ya, anda tahu betapa mendalam dan hebat hasilnya bukan? Inilah komuniti, inilah satu pasukan dan inilah namanya kumpulan.. Ia lebih baik daripada berseorangan dalam usaha perniagaan sebegini…

Susah untuk diucapkan dengan kata-kata, satu hari suntuk pada hari program ini penuh dengan input yang amat ampuh untuk diguna-pakai dalam perniagaan internet dan dalam usaha menjadi seorang usahawan internet yang sejati! Jumpa lagi kawan-kawan seperjuangan. Semoga bidang ebiz ini akan dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia pada suatu masa nanti.. πŸ™‚

Wassalam.

Nota perjalanan balik ke JB:

Bertolak dari KL jam 9.00 malam, dan sampai pukul 1 pagi di Skudai, Johor. Sampai je di rumah, saya berehat sekejap dan kemudian terus masuk ke blog untuk menulis komentari ini. Selagi apa yang nak ditulis masih lagi segar dalam ingatan, saya akan terus menulisnya.. πŸ™‚

Saya pakar blog?

Ehem, ye ker saya ni pakar blog seperti yang Sabri katakan? Dan anda nak tahu, setelah mengikuti program ini, saya telah dapat senaraikan beberapa tajuk artikel yang akan saya tulis nanti di blog ini (sebenarnya ada lebih 20 tajuk lain siap-sedia untuk ditulis dan telah di-simpan dalam blog ini sebelum ini).. Sabri, saya memang tidak akan kehabisan idea.. InsyaAllah. hehe.. (erkk, riak nampak!).

Travel (perjalanan)

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Saya suka travel, maka letih atau penat, ia bukan masalah bagi saya. Travel yang saya suka adalah perjalanan mendapatkan ilmu.. Kebanyakan tempat yang saya pergi, adalah pertama kali saya jejakkan kaki dan ia satu pengalaman yang amat berharga! Sebenarnya, pada hari program konvensyen ini saya sakit perut + kurang sihat, sebab itu kurang ‘aktif’ sedikit terutama semasa membuat presentation (sorry kalau kualiti tak bagus ekk). Mungkin salah makan sebelum travel.. Jadi, jagalah pemakanan anda dalam perjalanan terutama jika anda menjadi speaker atau tetamu khas kerana ia menentukan kualiti penampilan anda.. πŸ˜‰ Sabri, Syazwan dan Bitol juga demam dan tidak sihat.. Jaga kesihatan anda semua ok!

Rasanya tu jer kot dulu apa yang saya nak kongsi. Apa yang saya nak buat lepas ni? Apa lagi kalau tidak zzZZzZZZ.. πŸ˜‰

Sekian satu catatan yang panjang. Jumpa lagi semua.

Wassalam.

PS. Ramai juga peserta konvensyen ini ingin mendapatkan pakej ebook kit blogger saya yang terkini. Begitu juga orang lain. Pastikan datang ke blog saya ini setiap masa dan hari untuk mendapatkan info terkini ok. Proses kemaskini sedang dilakukan dan ‘kelewatan’ amat dikesali atas sebab tidak dapat dielakkan.

PPS. Saya tanya Shuth, “bila nak buat gathering wangcyber.com?”. Haa, insyaAllah kita semua boleh bertemu nanti jika projek gathering wangcyber.com (WC) berlangsung kelak. Pastikan anda daftar dan jadi ahli WC ok. InsyaAllah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Konvensyen Perniagaan Internet SaifulSham : Penat, tapi berbaloi!

  1. Excellent article, Zul!

    Akak baru nak tulis tentang konvensyen SaifulSham but Zul dan sum up semua benda dengan baik dan jelas.

    huhu… Zul kena makan lebih sikit, makan vitamin, takdelah kurus sangat…
    Bila jumpa Zul secara ‘live’, Akak tengok kurusnya Zul …
    heheh, nanti orang ingat buat full-time internet biz ni tak cukup makan lak… πŸ˜‰

    Dah lama kenal Zul tapi tak pernah jumpa … cuma email, PM kat forum, komen kat blog je … tapi bila dah jumpa, rasa macam kenal lama lak … tapi memang dah kenal lama pun … bila dapat jumpa kawan-kawan yang satu vision, memang BEST.

    Sebab tak perlu nak explain our work, kita dapat terus berbincang pasal bisnes kita dan future plans. Dan yang paling penting, ada TRUST dan TOLONG-MENOLONG sesama kita.

    InsyaAllah, kalau rezeki lebih dan umur panjang, kita semua boleh bertemu lagi!

    Kak Galadriel.

  2. Wah,letih betul..saya sampai rumah pukul 6.30 pagi tadi..Dengan kepala pening²…Masa konvensyen Saifulsham pun dah pening²..Ni pun tak ilang lagi pening..Rehat tak cukup kot..

    Lepas solat subuh,makan penadol terus tdo sampai kul 12.Bangun terus buka pc..reply email,reply kat blog saya dan kat sini…

  3. menarik sangat bunyik konvensyen ni.. tapi sayangnye saya tahu psl konvensyen ni cume ari jumaat malam.. klu dok KL mungkin redah jugak.. tapi psl dok jauh.. sabar jer lah.. nak sangat rasanya pegi seminar saifulsham tuh.. dah daftar dah tapi tak tahulah bile dapat pegi..

  4. hi semua, shueqry here..kak Galadriel, saya pun kurus jugak, lebih kurang mcm Zul dan rupa saya lebih kurang mcm Irfan Khairi, babyface skit cuma kening saya ngan die tak same.. saya kuat makan sebenarnya, tapi sebab saya aktif berenang, mcm ‘bocor’ pulak, semua isi tak tau le ke mana..thanks for the advice!…semoga usahawan internet di malaysia terus maju ( dan makin make profit)..bagi saya yg masih baru, makin bersemangat rasanya bila baca post zul dan kak Galadriel, memang saya kagum dengan korang! thanks for the info today, Zul.

  5. Terima kasih semua… πŸ™‚

    Lain kali ada peluang sebegini, jangan lepaskan.. Tapi kalau tak boleh nak datang, nak buat macam mana.. πŸ™‚

    InsyaAllah, apa yg dipelajari akan dikongsikan di sini.

    Good luck semua!

  6. kata zul;
    InsyaAllah, apa yg dipelajari akan dikongsikan di sini

    zul, saya akan tunggu/menjadi pembaca setia di blog zul.
    ops, kena banyak rehat kot? ataupun banyakkan makan vitamin/tongkat ali/madu asli utk teruskan perkongsian ilmu ebiz dgn kami di sini/geng forum ebook zul, ok?

  7. Menarik, memang menarik. πŸ˜€

    Saya tau, memang Zul tak akan kekeringan idea.

    Teruskan usaha anda Zul dengan berkongsi ilmu dengan rakan2 kita. πŸ˜€

  8. Menarik zul punya artikel… Zul memang rajin… balik terus tulis blog…

    p.s: jangan lupa permintaan saya hari tue….

  9. ibnu hashim, ya, saya takkan lupa.. πŸ™‚

    irwan, yup, lepas ni boleh buat apa2 bentuk JV dengan para peserta yg datang. Memang banyak peluang yg terbentang..

  10. kata syazwan;
    Thanks Zul for giving excellent rating. Panjang nak baca nihÒ€¦;)

    bila seseorang itu rajin membaca/banyak ilmu,
    maka tak putus2 idea yg ada difikirannya.
    yg bestnya, beliau tak segan silu utk berkongsi dgn org lain.
    nak tahu siapa? jeng..jeng..(zul la tu)

  11. Satu post yang saya tunggu2 dari otai2 IM Malaysia πŸ™‚

    Sebenarnya, saya pun hairan kerana setiap kali saya membuka emel, paling kurang pun saya dapat 20 emel dan kekadang tu sampai 100 emel.

    Semuanya tentang teknik IM terkini la, macam mana nak dapat duit cepat la, itu ini..ish naik pening saya membaca nya..( selalunya saya delete jer terus..hanya baca yang saya rasakan benar2 sahih dan betul je..hehe ).

    Saya terpikir juga, kalau dah setiap hari kita ubah teknik IM padahal teknik asas pun belum mahir mcm mana nak berjaya.

    1. kalo nak cuba semua teknik takpe. namun kalo sentiasa berubah teknik IM memang takkan ke mana sebab satu2 cara yang digunakan tidak begitu stabil. maka tidak ada hasil yang maksima yang boleh diperolehi…

  12. Pingback: penggila.com » Archive » Konvensyen saifulsham.
  13. Johari, banyak sangat hype skang.. Yg expert2 dan berjaya banyak simpan secret sebenar dan secret yg didedahkan hanya terus mengayakan mereka sahaja. πŸ™‚ Sorry to say, but its true.. hehe..

    Maksud saya, mereka jarang explain perkara sebenar yg patut newbie tahu..

    Wallahu ‘alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *