Konvensyen Internet Marketing

Seminar sudah ada. Bengkel sudah ada. Konferens besar-besaran sahaja yang belum. Saya yakin, dengan kekuatan PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia), senior-senior IM yang hebat, penggiat-penggiat IM yang aktif dan komited, forum WangCyber dan Group-Group IM yang lain, kita boleh anjurkan sebuah konferens sekurang-kurangnya dua hari satu malam.

Sebelum ini (dalam tahun 2009 rasanya), ada usaha untuk mengadakan konvensyen IM, tapi ia gagal dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Mereka yang terlibat (termasuk saya), ada belajar sesuatu dalam melaksanakan program yang besar sebegini.

Di antara pelajarannya adalah:

  1. Semua yang terlibat dan bakal terlibat perlu duduk semeja terlebih dahulu untuk merumuskan idea dan gerak kerja.
  2. Kita perlu ‘survey’ kehendak-kehendak bakal peserta agar mereka tertarik untuk menyertai.
  3. Promosi perlu dilakukan dari awal gerak kerja. Sekurang-kurangnya sebuah video viral yang menarik minat bakal peserta.
  4. Dicadangkan, kita wujudkan sebuah FB Page rasmi dahulu untuk mengumpulkan bakal peserta walaupun belum pasti konferens besar-besaran ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekurang-kurangnya, kita sudah ada bakal peserta.
  5. Semua yang terlibat, perlu mempromosikan bersungguh-sungguh kerana ia adalah acara sekali setahun ataupun mungkin sekali dalam beberapa tahun.
  6. Tarikh perlu tetap dan tidak boleh dipinda tanpa sebab yang kukuh.
  7. Perlu ada AJK pelaksana yang mempunyai tugas masing-masing agar perlaksanaan lebih lancar.

Bidang IM di Malaysia semakin maju. Syarikat-syarikat besar di Malaysia juga sudah nampak perkembangan ini. Malah, bidang IM sebenarnya bukan hanya terdiri daripada penggiatnya, malah mereka yang memerlukan ilmu pemasaran seperti usahawan-usahawan dan perniagaan. Market tempatan untuk bidang IM masih terbuka luas….

Dan, dahulunya kita kekurangan sumber promosi seperti LIST dan Facebook. Sekarang, boleh dikatakan sebahagian besar IM sudah ada LIST dan ini adalah salah satu medium promosi untuk program ini.

Berbalik kepada idea konferens ini, ia boleh dilakukan secara umum dengan pelbagai topik, ataupun setiap siri diadakan, ia dikhaskan dengan topik tertentu seperti Affiliate, Information Marketing, Social Media Marketing dan lain-lain lagi.

konvensyen internet marketingJika mahu melaksanakannya, tempoh 6 bulan adalah masa yang ideal, tetapi ia adalah tempoh yang kritikal. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan setiap gerak kerja perlu dirancang sebaiknya.

Target peserta adalah pelbagai termasuk perniagaan-perniagaan ‘offline’, penulis-penulis buku, para trainer, syarikat penerbitan buku, freelancer, usahawan-usahawan takaful, WAHM dan banyak lagi. Acara ini kiranya bukan tertumpu kepada penggiat IM semata-mata.

InsyaAllah, saya boleh menjadi salah seorang AJK penggerak tanpa gaji. 😉 Saya teruja menulis hal ini kerana bagi saya, acara sebegini adalah satu ‘kenangan’ yang pasti tidak akan dilupai oleh IM-IM dan usahawan internet kerana ia adalah kemuncak bagi segala bentuk program.

Hanya sekilas pandangan.

ps. Tulisan di atas adalah ‘post’ yang saya tulis di Group FB Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Konvensyen Internet Marketing

  1. Memang betul. Bila konferens ini berjaya, ia akan menjadi kenangan manis yang selalu diingati. Seperti cadangan konferens dahulu yang tidak menjadi, ia menjadi kenangan tidak manis yang sukar dilupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *