Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Komuniti Usahawan Ebook Malaysia (K.U.E.M)

Mari sertai kami di Facebook: http://bit.ly/usahawanebook

Sebarkan informasi ini di blog, forum dan juga Facebook. Ia adalah untuk semua. Tiada kepentingan individu di K.U.E.M.

Ada beberapa tujuan komuniti tidak rasmi ini ditubuhkan. Cuma yang utamanya adalah:

  • Memayungkan semua pihak yang terlibat di bawah satu bumbung. Mereka seperti pihak hosting, copywriter, penterjemah, penulis, pihak pengiklanan, designer dan banyak lagi mengusulkan idea, pandangan dan saranan mereka.
  • Saling bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman di antara ahli.
  • Dengan adanya komuniti ini, ia dapat menguatkan lagi bidang ini.
  • Memelihara kualiti penerbitan ebook dengan membuat resolusi tersendiri. Hanya ahli yang mematuhi ‘resolusi bersama’ ini sahaja yang wajar dibantu oleh komuniti (para ahli). Kita semua sedia maklum, penerbitan ebook yang tidak berkualiti telah mencalarkan bidang ini. Hal ini tidak boleh dipandang ringan.

Setakat ini kita di dalam proses mengumpulkan ahli dahulu. Sebarang agenda akan dilaksanakan kemudian. Sebarang idea amat dialu-alukan.

Pengasas Komuniti: SMARTZUL

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • usahawan ebook
  • komuniti e-book malaysia
  • usahawanebook


9 Responses to “Komuniti Usahawan Ebook Malaysia (K.U.E.M)”

  1. Abu Jarir says:

    Dah lama dah cadangan untuk mewujudkan komuniti/badan sebegini diusulkan oleh IM-IM tempatan. Alhamdulillah, ini adalah merupakan langkah pertama, dan ia dimulakan oleh seorang yang selayaknya…

  2. Shukor says:

    Tahniah Tuan Zul. Moga ramai yang mendapat banyak manfaat dari komuniti ini…

  3. SueSofieyya says:

    Alhamdulillah dah join..bagus dan tahniah atas usaha yang mulia ini..

  4. foodpicture says:

    emm..mesti ramai yang akan join..

  5. smartzul says:

    Terima kasih semua.

    Kita sama-sama bekerjasama walaupun dalam bisnes kita semua adalah pesaing. Demi menjaga pasaran.

  6. Zaini says:

    Alhamdulillah. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Zul atas usaha yang dijalankan. Sememangnya industri ebook di Malaysia masih belum di tahap yang memberansangkan namun usaha untuk mengembangkannya harus tetap kita perjuangkan. Saya dengan penuh rasa gembira dan bangga ingin menjemput semua usahawan ebook memasarkan produk anda didalam laman web saya di http://www.mybooku.com
    Ini adalah sedikit dari usaha saya, semoga ada manfaatnya buat semua. Terima kasih.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Dedikasi Buatmu, Guruku — Mind Talk – Rumbling all the times!

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)