Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Komik Niaga – Percuma

Sebelum ini kita hanya membaca komik-komik digital mengenai perniagaan dari luar negara sahaja bukan? Internet Marketer dari luar banyak melakukannya, tetapi sedikit kurang di Malaysia. Akibatnya kita tidak puas kerana ia bukan di dalam Bahasa Melayu.

Kini kemahuan itu telah terubat kerana ia telah direalisasikan oleh sekumpulan anak muda. Satu e-komik khas mengenai dunia perniagaan internet telah pun dihasilkan, iaitu diberi nama KomikNiaga.

komik-niaga

Saya tidak pasti apakah perancangan jangka panjang mereka, namun yang saya pasti, edisi pertama komik ini telah pun teredar dan mendapat respon yang amat positif. Saya sendiri membaca komik ini dalam masa lebih kurang 15 minit sahaja kerana ia tidak mempunyai sebarang artikel yang panjang lebar, sebaliknya pengisiannya lebih berbentuk santai dan ringkas.

Pihak penerbit komik ini mengatakan mereka akan mengeluarkan komik ini tiga bulan sekali. Bagi saya ia satu tempoh yang ideal kerana untuk menyiapkan sebuah komik, ia bukan semudah menaip artikel seperti mana konsep majalah biasa.

Apa pun, tahniah kepada kumpulan dan sidang redaksi komik ini. Kehadiran komik ini pasti merancakkan lagi bidang perniagaan internet di Malaysia. Sudah pasti, kaedah pendidikan melalui konsep komik ada kelebihannya tersendiri berbanding cara lain yang mungkin tidak diminati oleh sebahagian orang.

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana anda perlu melihatnya sendiri. Anda boleh memuat-turun (download) komik ini secara percuma di laman web mereka iaitu www.komikniaga.com. Kemudian klik pada DOWNLOAD. Ikuti arahan di laman itu untuk proses download.

Semoga bermanfaat.

-

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • forum perniagaan internet malaysia
  • laman web untuk baca komik


2 Responses to “Komik Niaga – Percuma”

  1. hasbulaqill says:

    terima kasih smartzul atas post khas untuk KomikNiaga di blog ini

  2. sufian says:

    menarik juga ni :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)