Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Koleksi Video Percuma SmartUsaha.com

Buat masa sekarang, jika dikira secara spesifik, saya telah upload empat buah video di YouTube.com yang berkisar mengenai blog dan juga Hosting. InsyaAllah, saya akan hasilkan video demi video untuk tatapan anda semua.

Silalah menonton video di bawah (tekan button Play). Anda boleh ‘beralih’ ke video saya yang lain dengan hanya meletakkan atau menggerak-gerakkan kursor tetikus anda pada video di bawah dan kemudian akan terpapar video-video yang lain. Klik mana-mana video yang anda mahukan.

Atau, gunakan Arrow kiri atau kanan (berwarna putih) untuk beralih dari satu video ke video yang lain.



Praktik: Cuba anda klik pada bahagian yang bernama Menu.

Anda juga boleh pergi ke laman web berikut untuk ‘screen’ playlist video yang lebih ‘besar’:

http://smartusaha.com/koleksi-video-percuma.html

Atau, terus sahaja ke page akaun YouTube saya untuk melihat senarai video yang ada dan menonton di sana:

http://www.youtube.com/smartusaha

Saranan:

Jika anda mahu mendapat pemberitahuan melalui emel yang saya telah upload video yang baru, anda boleh subscribe ke dalam list akaun YouTube saya. Caranya, anda perlu mendaftar di YouTube dahulu sebelum boleh subscribe ke akaun saya, memberikan komen kepada video dan sebagainya.

1. Daftar akaun YouTube secara percuma di http://www.youtube.com/signup

*Jika anda telah ada akaun YouTube, hanya perlu Login sahaja dan teruskan langkah berikut.

2. Pergi ke page User SmartUsaha: http://www.youtube.com/smartusaha

3. Kemudian, tekan button Subscribe yang berada di bahagian atas sebelah kiri:

youtube
Nota:

Sebenarnya, anda boleh juga mengaplikasikan apa yang saya terangkan di atas untuk diri anda sendiri. Jadikan video dan platform YouTube untuk tujuan promosi dan pemasaran anda.

Jumpa lagi.

Facebook comments:

44 Responses to “Koleksi Video Percuma SmartUsaha.com”

  1. abdfatah says:

    wohohoo… ada youtube video koleksi daa… bleh laa donload buat rujukan tambahan atau sebagai bukti perniagaan internet . contoh usahawan internet yang makin meningkat maju dalam ebiz…

    meh sini nak donlod sekeping…

  2. pyan says:

    :neutral: Kat monitor saya ni tak keluar pun skrin video tu, blank je kat tengah. Tulisan semua bleh baca. Pasal ape ye :evil:

  3. PakarHowTo says:

    saya dah tengok video ni.
    ianya memang memberikan ‘input’ yang baik kepada saya.

    cuma satu saya nak tanya Smartzul.
    bagaimanakah caranya saya dapat merakam suara saya dan jadikan audio file (MP3).
    apakah software yang digunakan?
    boleh tolong beritahu mana2 laman web untuk saya buat rujukan tentang perkara ini?

    terima kasih. jasamu dikenang.

    • abdfatah says:

      soalan yang menarik… lepas nih boleh laa buat tutorial berkenaan cara-cara buat video percuma pulak dan masukkan dalam video percuma smartusaha… hihiii… boleh ke…?

    • Dik Mal says:

      kalau nak rakam suara as mp3, boleh juga gunakan sound recorder yang sedia ada dalam windows.

      pergi ke start>allprograms>accesories>entertainment>sound recorder.

      tapi formatnya .wav kalo tak silap. boleh convert guna free converter mamca switch.

      kalau nak lebih mudah dan boleh ubah-ubah, download audacity pun ok juge :D

      *just my seposen.
      **insyaALLAH kalau saya ada kesempatan, saya share kat blog personal saya :)

      • Han says:

        soundrecoder window kena klik banyak kali sebab, tak salah saya ia akan habis record dalam masa 1 minit. kena klik lagi…
        jadi tak berapa sesuai…
        kalau window movie maker ok lah…

        han

  4. PakarHowTo says:

    dulu saya rasa macam ada pernah terbaca cara nak rakam audio dan buat video seperti ini.
    tapi dah tak ingat apa laman web tu.
    puas dah saya geledah PC saya ni tapi tak jumpa.
    harap2lah SmartZul dapat beri advice sewajarnya.

    terima kasih.

    • Han says:

      pakarhowto boleh download software sreen recorder di http://zdsoft.com/screen-recorder/ percuma saja..
      tapi kalau tak salah saya hanya boleh 5 minit je utk yang free ni…
      kalau nak record panjang2 kena beli la rasanya…

      han

      • PakarHowTo says:

        Han, terima kasih atas info yang diberikan.
        Tapi saya nak buat record audio saja.
        Dan tempoh record kalau boleh dalam 1 jam.

        Saya dalam perancangan nak buat ‘audio book’ saya sendiri.
        Ada sesiapa yang boleh bagi maklumat?

        p/s- SmartZul, minta maaf kerana menggunakan ruang komen ni untuk bertanya. Saya sedar, di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membuat pertanyaan. For this time only, please forgive me ok.

  5. Saya memang ada niat nak buat video nie Zul.. Dah banyak buat pun.. tapi macam ada tak kena je.. bunyi motor bising la.. angin la.. terbatuk la.. tersangkut-sangkut la.. ada sekali tu baca guna text, Dengar balik betul-betul macam robot cop berlakon :mrgreen:

    Mungkin yang tak kena tu perasaan saya je kot. Kerana semua orang akan ada kali pertama heh!! :lol: . Nantilah sikit masa lagi. Blog pun guna version lama lagi. Tak upgrade lagi, tak boleh nak letak video he..he..

    • Han says:

      blog tak boleh letak video?
      blog apa tu jebat?
      WP ke?

      han

    • abdfatah says:

      haaa… dah makin meningkat maju nampaknya saudara jebat.

      biasalah kalo nak buat video nih. macam2 bunyi ada laa. kalo nak buat rekod yang terbaik nampaknya kena sediakan ruang kedap bunyi nampaknya untuk kemudahan masa depan.

      ada bahan2 material ke nak buat bilik kedap bunyi haaa? nanti saya google camana nak buat studio audio mini.. hihiii

    • Dik Mal says:

      Jebat, biasalah tu.. :D kita je rasa pelik kot.. saya pertama kali rakam untuk orang pun rasa kalut.. haha.. :D

      *boleh juge gune khidmat voice over

      • Han says:

        mahal juga tu nak upah voice over…
        kena cari modal la…
        tapi kalau buat sendiri lebih baik saya rasa…
        sebab orang boleh dengar suara kita dan mereka akan lebih percaya kat kita…

        han

  6. Hamid says:

    cuba jer dulu

    lama² biasa la :mrgreen:

  7. NayanMohd says:

    semua video ini amat berguna untuk saya. Jadikan video ini juga bermakna untuk anda..

    TQ Zul…

  8. Hamid says:

    Ye,
    boleh meningkatkan motivasi diri untuk terus berusaha :wink:

  9. PakarHowTo says:

    saudara SmartZul

    terima kasih kerana memberikan laman web rujukan tentang cara buat nak buat audio record tu.

  10. Hamid says:

    Sama jugak :wink:

    sebelum ni pakai yang trial jer, 60 saat jer boleh rekod :mrgreen:

  11. abdfatah says:

    video nih boleh digunakan sebagai alat pemasaran yang berkesan sebagaimana tutorial mengikut kemahiran yang kita miliki.

    boleh menarik minat orang ramai di samping cara2 mengikut ebook atau buku2 fizikal, sebagaimana yang kita ketahui dari gabungan vcd, ebook dan jugak vblog. memang menarik dan tertarik…

  12. Han says:

    video memang boleh tarik traffic yang banyak…
    sebab kebanyakkan orang kurang suka untuk membaca…
    tambah pula, video lebih menarik dan menghiburkan…hehe..(tengok cartoon)

    han

  13. Hamid says:

    Ya,
    kalau video tu menarik ok la :wink:
    tapi kalau kureng sana kureng sini boleh membosankan. :mrgreen:

  14. Hamid says:

    Ada tak sapa² apa kelebihan Movie Maker?
    leh buat apa? sebab ana tak pernah guna :mrgreen:

    • Han says:

      cuba tanya pyan…
      pyan baru siapkan satu video utk pelajar dia…

      han

      • abdfatah says:

        lepas nih boleh buat rujukan melalui video….

        selalunya kalo ada yang tanya nak cari kat mana?

        jawabnya carilah diblog saya. lain hari pulak ada rujukan di vblog pulok… sila jenguk ke vblog saya untuk pemahaman yang lebih lanjut…

        hahaaa… dah tentu ia menguntungkan semua orang…

  15. Hamid says:

    Ok Han,
    InsyaAllah nanti cuba tanya pyan.

  16. abdfatah says:

    yang itu kena gunalah kreativiti yang mantap untuk menghasilkan video yang boleh menarik perhatian ramai dan bermaklumat…

  17. Hamid says:

    Yup,
    tapi kena la blajar cara² untuk menghasilkan video yang mantap.

    ada sapa² tahu zul rekod video diatas guna sofware apa ye?

  18. Han says:

    hamid boleh guna http://audacity.sourceforge.net/ utk buat audio…

    utk video guna ni http://zdsoft.com/screen-recorder/ tapi 5 minit saja lah…

    ada sapa2 tahu kenapa saya punya window maker tak dapat import?

    han

  19. Hamid says:

    Time kasih Han,
    nanti saya cuba :wink:

    • Han says:

      mcm mana hamid?
      dah cuba?
      bila siap tu, boleh letak di blog…
      nak tengok juga hasil hamid tu…

      han

      • abdfatah says:

        yeaa… kita tunggu hasilnya nanti dengan penuh kesabarannya. tentunya hamid mahu menggunakan sepenuhnya kelebihan video marketing tersebut untuk menarik lebih ramai costumernya lebih ramai costumer lebih ramai laa keuntungannya dengan vieo marketing yang tersendiri…

  20. abdfatah says:

    nak tanya sini laa pasal freeIQ yang memuatkan video percuma. otai2 malaysia takder buat dan joint kat sana ke?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)