KLServer Studio: Penyedia Hosting
Mungkin kebanyakan usahawan internet tidak asing lagi dengan nama-nama penyedia hosting di Malaysia seperti NetKL, DataKL, Exabytes, Sempoihosting, Jomhosting dan banyak lagi.
Tetapi pada kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi penyedia khidmat hosting yang saya kira juga antara yang boleh dicuba, iaitu KL Server Studio.
Secara asasnya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan oleh pihak KL Server Studio sama ada dari segi komunikasi, layanan dan juga server itu sendiri.
Saya tidak wajar berkata puas hati jika saya sendiri tidak menggunakannya bukan? Baik. Untuk pengetahuan semua, laman web jualan ebook Panduan Asas Paypal saya berpangkalan di server mereka. Stabil atau tidak? Jawabnya, AMAT-AMAT STABIL dan setakat ini kadar up-time masih lagi memuaskan, malah sentiasa ‘laju’.
Buktinya, semenjak pelancaran ebook tersebut pada 27 Jun 2010, tiada sebarang masalah yang berlaku. Semuanya lancar sama ada dari segi operasi laman web jualan dan juga sistem affiliate. Kelancaran ini menyebabkan proses penjualan ebook saya tidak ada sebarang masalah. Sambutan juga amat menggalakkan.
Saya masih ingat ketika pelancaran Pakej Kit Blogger pada tahun 2006, hosting yang saya gunakan “down”. Sudahlah pada masa itu saya tiada talian internet di rumah (kerana baru berpindah rumah), terpaksa berulang-alik ke kafe siber. Bayangkan betapa letih dan penatnya, ia lagi penat setelah menghadapi masalah server down itu.
Jadi, memilih penyedia hosting yang stabil servernya ATAU bagus perkhidmatannya (cepat dan peka terhadap masalah pelanggan) adalah satu perkara yang amat penting. Soal harga, jangan letakkan di tempat pertama. Utamakan dahulu server yang stabil dan perkhidmatan yang memuaskan.
Berbalik kepada KL Server Studio, saya sarankan kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah di sebalik KL Server Studio? Pemiliknya adalah seorang usahawan internet dan merupakan ‘sahabat’ dan pelanggan saya juga sejak beberapa tahun yang lepas. Boleh panggil beliau sebagai Encik Aziz.
Setakat ini, beberapa orang Internet Marketer dan juga Blogger telah mencuba dan mengguna-pakai perkhidmatan KL Server. Mereka juga berpuas hati.
Bagi saya, kadang-kadang kita perlu berikan peluang kepada penyedia hosting yang baru atau ‘kurang terkenal’, malah kadang-kadang itulah yang terbaik. Mengapa? Kerana bagi sebuah penyedia hosting yang sedang meningkat maju, ia adalah keadaan getir bagi mereka kerana kadar respon mereka mungkin tidak sebaik dahulu lagi kerana terlalu ramai pelanggan yang perlu dilayan dan diurus.
Malah yang lebih teruk, jika bilangan server tidak ditambah, akibatnya semua pelanggan akan diletak pada sebilangan server sahaja. Inilah salah satu penyebab server mudah ‘down’ kerana apabila ada segelintir pengguna yang “overuse” kapasiti server, akibatnya pelanggan lain juga menerima kesan sampingan.
Jadi dengan menggunakan perkhidmatan pihak lain yang masih kurang ramai pelanggan adalah salah satu strategi alternatif. Bak kata pepatah, jangan letak semua telur dalam satu bakul. Jatuh bakul itu, habis semua telur pecah. Maksudnya, jangan letak semua website jualan kita pada satu syarikat penyedia hosting sahaja. Letakkan juga di tempat lain.
Saya sendiri pada masa ini menggunakan tiga perkhidmatan hosting (termasuk KL Server Studio). Dan mungkin akan menambah satu lagi (jika perlu). Daripada pengalaman saya, menggunakan lebih daripada satu hosting terlalu banyak faedahnya. Mungkin saya boleh ceritakan di lain kali.
Terdapat beberapa pakej atau plan hosting yang ditawarkan oleh KL Server Studio. Secara ringkasnya, banyak pilihan di sana dan harganya pula adalah mampu milik. Dari serendah RM45.00 dengan spesifikasi yang unlimited (seperti add on domain dan database), sehinggalah kepada harga setinggi RM500. Ada juga pakej hosting beserta nama domain percuma.
Tip membeli hosting: Beli mengikut keperluan anda sahaja. Jika tidak dapat membuat keputusan, cuba bertanya mereka yang berpengalaman atau terus berbincang dengan pihak peniaga hosting. Contohnya jika anda mahu buat beberapa buah blog WordPress di akaun hosting itu, sudah pasti perlukan jumlah “add on domain” yang mencukupi. Jadi beli pakej yang sesuai untuk itu.
Sebagai penutup, jika daripada 5 bintang, saya berikan 4.5 bintang kepada pihak KL Server Studio. Namun saya berharap, terus tingkatkan kualiti perkhidmatan agar prestasi sekarang yang sedia baik akan menjadi lebih baik dan terus berkekalan. Jangan sesekali berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Perkhidmatan hosting adalah salah satu cabang bisnes yang banyak cabarannya.
Laman Web KL Server Studio: http://www.KLServer.biz
PS. Ulasan ini adalah ulasan ikhlas saya. Pihak KL Server Studio tidak membayar saya atau meminta saya melakukan ulasan ini. Saya di SmartUsaha.com akan cuba membantu mana-mana perniagaan yang dirasakan berpotensi membangun untuk jangka masa yang panjang.
Incoming search terms:
- klserver biz
- klserver studio
- klserver
- klserver net
- bisnes studio
- perniagaan server
- klserver teruk
- klserver down
- klserver biz ok ke x
- kl server studio















hosting provider yang boleh dicuba untuk projek akan datang setakat ni kebanyakan projek saya guna jomhosting….
setakat ni, netkl memang yang terbaik. Dan aku sekarang dah try hostgator. Pun antara yang terbaik. Yang ni lom try lagi..
NetKL saya dah guna. Tapi sebab spesifikasi dia sikit (add-on domain), sekarang tak guna dah. Just guna domain name saja (berlambak kat sana).
Hostgator saya masih pakai sampai sekarang sejak 2007 lagi. Antara yang terbaik.
Salam sejahtera.
Saya di dalam proses untuk membina blog. Mungkin saudara SmartZul kerana baru2 ini, saya telah membeli pakej kit blogger. he2.
Soalan saya: netkl & klserver, mana satu yang perlu saya pilih? walau pun ada kupon netkl, namun tawaran klserver pun menarik juga. hu2.
Terima kasih banyak2 saya ucapkan.
p/s: ingin sedikit perkongsian daripada sesiapa yang pakar. Sedikit keliru.
Boleh cuba NetKL dahulu. Free domain + RM54 sahaja.
PS. Cuba tuan lihat yang ini dahulu: http://www.jomhosting.net dan buat perbandingan dengan yang lain.
Check emel ya. Saya ada hantar satu maklumat.
KLServer Studio memang menarik pakej-pakejnya terutama spesifikasi unlimited. Jika ada modal lebih, boleh cuba dapatkannya.
Saya dah melayari klserver.biz memang pantas dan paling saya suka pakej free domain hosting sebab free domain for live… Ada projek lain bolehlah saya langgan. Terima kasih kerana sudi kongsi info ini.
Salam sejahtera saudara SZ.
Terima kasih. Perkongsian yang menarik dan berguna.
Semakin banyak penyedia ‘hosting’ yang wujud dan semakin banyak pilihan yang boleh dipilih.
p/s: pening juga untuk memilih yang mana satukah menjadi pilihan kalbu.
Salam sejahtera.
Terima kasih banyak2 saya ucapkan.
Tuan Zul…terima kasih dengan info yang berguna ini.
saya memang suka nak cube benda2 baru ni,..insyaallah,nak jugak try hosting baru,.
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya tunggu artikel’menggunakan lebih daripada satu hosting’. Sejak bina blog guna hosting sendiri ni banyak pengalaman saya dapat. Paling tak dapat lupa bila terlupa renew domain. Ingatkan kena bayar sewa hosting je. InsyaAllah lepas ni akan beringat……
yup. Netkl memang yang bagus. Hostgator pun bagus gak. Datakl pun best. Yang ni, lom try lagi..