Kisah Usahawan dan Peniaga Jalanan

Pertama sekali, saya tabik ‘spring’ kepada mereka ini.

Sebab? Mereka berani, tidak malu dan melakukan sesuatu yang bagi orang lain ia sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Namun bagi mereka, segala-galanya adalah peluang. Mereka rebut dan guna peluang itu sebaik-baiknya. Walaupun ada risiko, namun mereka melakukan dengan penuh keberanian. Tiada istilah takut bagi mereka.

Mereka ini dipanggil usahawan atau peniaga jalanan kerana mereka tiada premis perniagaan yang tetap. Mereka biasanya berniaga di kaki-kali lima atau beralih-alih tempatnya.

Salah seorang usahawan yang sudah lama saya perhatikan ialah seorang pengusaha apam balik. Di pekan tempat saya tinggal ini, dia beralih-alih tempat berniaganya. Sekejap di depan pejabat pos dan sekejap di depan Bank.

Seorang lagi ialah pengusaha cendol. Sudah lama tak beli cendol dia sebab jarang ke tempat dia berniaga. Cuma, dia sudah lama berniaga dan setiap kali berniaga, mesti habis jualannya. Ya, dia hanya berniaga di tepi jalan.

Kita lupakan dulu kisah dua orang usahawan ‘jalanan’ ini, mungkin saya akan kongsi cerita mereka di lain kali.

Peniaga Limau Madu

Pada satu malam, semasa saya pergi ke Maybank untuk mengeluarkan wang, ada seorang peniaga cina sedang berniaga di hadapan bank itu. Dua buah bakul besar limau madu habis dijual dengan begitu mudah sekali. Peniaga itu masih muda.

Mata saya sempat menjeling ke dalam ‘bekas’ duit peniaga itu. Terlihat berkeping-keping duit RM50.00. Berpinau-pinau mata saya dibuatnya di samping memikirkan, “hebat betul dia ni berniaga”.

Bagaimana peniaga cina itu berjaya menjual habis kesemua limaunya?

1. Beliau mulakan dengan senyuman dan jika orang tidak mahu membeli, dia juga memberikan senyuman manis.

2. Memberikan peluang untuk merasa dahulu limau itu secara percuma.

3. Harganya berbaloi dan limaunya memang manis. Harga dah tak jadi masalah kalau rasa limau itu sedap.

4. Strategi harga: “RM10.00 sahaja untuk 3 kilo bang”. Cuba lihat, mengapa dia tidak mengatakan RM5 sahaja untuk 1 kilo? Tujuannya agar jualan limau itu cepat habis dengan harga dan jumlah timbangan yang besar.

5. Dan yang hebatnya, dia menjual di depan bank. Kebanyakan yang membeli adalah mereka yang baru mengeluarkan duit dari mesin ATM. Termasuk saya!

Tamat cerita.

ps. Jika mereka ini mampu membuat duit dengan banyak secara berhadapan dengan manusia, apakah alasan anda untuk tidak memulakan perniagaan internet yang langsung tidak perlu ‘face to face’ dengan pembeli? Perniagaan internet amat sesuai untuk si pemalu. Tapi si pemalu itu perlulah berani! 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Betul Zul.. kt tempat saya pun ada gak cina yang jual buah2an depan Maybank. Tu ari jual limau pastu maggis. Dia mmg x malu tegur orang yang lalu2 depan dia.

    Bila tgk tmpt simpan duit dia mmg banyak.. hu2. Bagus idea dia.. biar rugi ‘sikit’ tapi untung ‘banyak’. Kita leh applykan kat perniagaan internet ni. Pentingnya ‘preview’ :).

  2. Mesti ada di kalangan diorang yg bergelar ‘Jutawan Senyap’. Cara perniagaan diorang pun dengan berani dan penuh kesungguhan…

  3. saya kenal seorang pak cik yang hanya jual keropok dan air tepi jalan kat sek saya dulu. dah lama dia berniaga kat situ, kalau tak silap 30 tahun lebih…apa yg membaggakan saya, pakcik tu dah 3-4 kali pergi haji dengan hasil pernigaan dia tu. Hus..lumayan tu pak!! sejak muda lagi dia dah dapat pergi haji dengan bini dia. 😯

    • Kat depan sekolah saya dulu pun masih ada seorang pakcik yg jual satay ikan. Di sebelahnya seorang brother jual air batu. Sampai skrg masih ada. 🙂

      *Pelajaran: Kesabaran dan kecekalan pasti memberikan hasil yg terbaik untuk kehidupan ini.

  4. Ketika sahabat2 saya sibuk bekerja sebagai Designer, saya sibuk pula angkat kerusi meja sorang2 ke hulu ke hilir untuk menjual lukisan saya..bekerja sebagai pelukis jalanan…

    Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tebalnya muka saya dan betapa malunya saya untuk berhadapan dengan org ramai, apatah lagi kalu jmp dengan pensyarah2 dan sahabat2 saya… 😳 hohoho…

    Mentor saya pernah berkata..”selagi kita cari duit dengan jalan yang betul, tak perlulah kita nak takut apa yg org kata, mereka bukan bayar gaji kita pun…”. satu lagi dia kata “Cara nak mengubati perasaan takut dan malu hanyalah satu,iaitu…Buat Saja! Jangan Fikir Banyak!” 💡 sory panjang la pulak!

    • Perkongsian yg bagus wanwma!

      Mentor saya juga ada berpesan, “satu cara nak hadapi ketakutan ialah hanya satu: hadapi ketakutan itu!”.

      Tapi dlm masa yg sama, ramai orang yg fikir mcm2 (negatif), padahal orang lain ok jer. Inilah alkisah takut dgn bayang2 sendiri.

  5. Betul kata wanwma tu, ubat untuk sipemalu ialah buat sahaja. Tetapi bagi saya internet bukan sahaja untuk sipemalu tetapi untuk sipemalas keluar rumah. 🙂

  6. SiPemalu – menjalankan perniagaan internet atas sebab2 malu untuk jual produk secara “faco-to-face”. Tapi tak semuanya MALU… 😀

    SiPemalas – ??? ❓

    Kisah Di Maybank = Sewaktu pulang dari kerja saya ke maybank untuk keluarkan duit. Belum pun samapai di mesin ATM…tiba-tiba ada seorang budak perempuan tegur saya..”assalamualaikum..saya dari xxxx ( tak boleh sebut dari mana mereka datang). Kami ada buat jualan amal dengan menjual minyak ni. ….. TAMAT..(adakah saya menderma atau pergi begitu saja…Biarlah Rahsia)… 🙂

    Satu masa dulu aktiviti macam ni dah tak dibenarkan….tapi masih ada lagi…( betulkan saya kalau saya silap)

    • Betul tu cikgu, terkadang saya serba salah. Nak bagi ke tak nak. Tapi bagi saya, ia kurang enaklah. Sebab mengambil kesempatan atas kesenangan org lain dan tidak kena pada tempatnya. Bagi saya, setiap benda tu ada tempat dan caranya sendiri. 🙂

  7. saya pernah buat bisnes macamni , jual cenderamata kat tepi pantai, seketul batu saya jumpa kat tepi jalan, bila dispray dan cat, ditulis “memory in pangkor” boleh saya jual dengan harga RM30. mat salleh tu puji, macam cantik bebenor. ‘the art of selling and selling the art” material.

  8. Salam sejahtera semua…

    Tersenyum saya baca tulisan Zul pada pagi ini.Terasa terkena pada batang hidung sendiri.Bukanlah saya perasan yang kehebatan usahawan jalanan tu ada pada saya.Jangan salah faham yek…

    Saya juga peniaga jalanan iaitu berniaga nasi lemak berlauk di seksyen 7 Shah Alam.Hah..bocor gak rahsia saya tapi takpe nak kongsi cerita…Setiap pagi kena bangun pukul 3 pagi nak siapkan keperluan perniagaan.Jangan ikut macam saya susah he..he…

    Tapi apa yang paling best pukul 10 pagi dah balik ke rumah bawa hasil.Adala sikit2 utk sara anak isteri…

    Ingin berkongsi tips niaga jalanan ni salah satunya memang tak dinafikan kena berani dari segala aspek bukan sahaja dengan pelanggan malah penguatkuasa.Pandai2lah nak hidupkan.

    Strategi berniaga saya mudah je.Hasilkan sambal yg berkualiti dan sedap lepas tu jangan kedekut nak beri lebih sedikit sekiranya pelanggan meminta.

    Bersembang sedikit dengan pelanggan sementara mereka menunggu kita membungkus pesanan mereka.Senang cerita kena ramah.

    Setiap kali akhir jualan sedekah satu atau dua nasi lemak yg terakhir kepada pelanggan terakhir.

    Emm…teknik inilah yg saya gunakan sepanjang perniagaan saya.Alahamdulillah syukur rezeki ada di mana2 asalkan ada kemahuan.

    Samalah macam perniagaan di internet.Malu dah tak perlu difikirkan lagi tiada siapa yang nak kacau cuma penghalangnya adalah diri kita sendiri.

  9. Mesra dengan pelanggan, selalu memberikan yang terbaik kepada pelanggan memang memberikan kesan dan hubungan yang erat dan berpanjangan..

    Hasilnya pelanggan lebih mudah berurusan dengan kita berbanding berurusan dengan peniaga lain.. kan meningkatkan jualan produk kita tu..

  10. Ada yg menggangap pelik tapi tak kisah, ada yg menggangap biasa sebab tak pernah buat sedangkan itulah yg dicari kalau malas masak bila bangun pagi…

    Ada yang pernah menjual juada pagi atau sarapan pagi seperti nasi lemak, goreng pisang atau apa apa sahaja makanan rutin harian. Kita tahu sarapan pagi menjadi satu keperluan pada semua orang setiap pagi tidak kira yang berkerja, duduk rumah, kanak-kanak, pelajar atau sesiapa sahaja. Ada suatu ketika perniagaan akan terumbang ambing dan kita perlu mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan harian.

    Dalam perniagaan pasti ada turun naiknya cuma kita kena pandai bermain dengan minda sendiri untuk mencari kelainan dan berusaha melawan kegagalan yang sedang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian.

    Sedang duduk-duduk di meja sambil melihat isteri menyediakan makanan pagi sebab ianya satu keperluan untuk kita serta semua orang untuk bersarapan sebelum pergi berkerja dan yang pasti ada orang di luar sana sedang mencari juadah pagi atau sedang makan di warung-warung kecil sebagai pengikat perut untuk mencari nafkah seisi keluarga.

    Saya bertanya pada diri, kalau saya jual juadah pagi..bagaimana? boleh ke dapat menampung perbelanjaan harian keluarga? hummm… disebabkan pendapatan semakin merosot saya kena cari sesuatu sebagai ketua keluarga untuk mencari perbelanjaan harian untuk anak-anak dan isteri. Saya terfikir jika emak saya dahulu dengan hanya menjual mee goreng dan nasi lemak boleh membesarkan kami 8 beradik dan sayalah tukang jual dan tukang promote, mengapa saya tidak mencubanya..mungkin segala teknik dan cara menjual serta promosi 20 tahun lepas saya boleh dikemaskini dan mencari perubahan mengikut peredaran masa dan zaman, siapa tahu jika kena pada caranya tidak mustahil boleh hasilkan pendapatan ratusan ringgit dalam sehari.

    Apa tindakan susulan saya dari pengamatan tadi? Saya pun mengorak langkah, buat analisis, kajian demi kajian, survey setiap pelanggan, kaji cara menjual dan promosi akhirnya…jika saya boleh hasilkan dalam lingkungan RM500 – RM1000 tidak sampai jam 12 tengahari dan jika tidak mengenal penat dan letih ia boleh dihasilkan lebih dari itu. Jika ada sesiapa yang ingin mencuba boleh bertindak sekarang!!. TAPI…

    Beberapa kriteria seperti sudah tentu yang pertama tahu memasak pelbagai juadah pagi tidak kiralah nasi lemak, mee goreng, rebus, telur dadar, mata kerbau, kuih muih atau apa sahaja yang difikirkan boleh dijadikan sarapan pagi kepada sesiapa sahaja dan rasanya untuk melakukan semua ini tidak memerlukan modal yang tinggi dan jika tidak ada kemahiran memasak pun boleh meminta bantuan dari mak atau kakak dimalam hari untuk persediaan anda menjual esok pagi. Beberapa kriteria lain yang perlu ada ialah:

    1. Tak kenal tapi mesra
    2. Sabar
    3. Malu biarlah bertempat
    4. Khidmat Pelanggan
    5. Komunikasi dua hala
    6. Jaringan talian hayat – Telefon bimbit
    7. Rangkaian internet – ofsyen
    8. Komputer peribadi – ofsyen dan kalau mesti ada kenderaan.

    Ini adalah 11 strategi unik yang saya lakukan dan memang agak pelik sedikit tetapi jika sesiapa yang telah mencubanya, diaorg boleh menilai sendiri sejauh mana keberkesanannya, TAPI jika belum pernah! jom ikut saya…

    1. Bongkar Minda Jutawan-No 2 tidak akan wujud jika minda bawa tempurung tidak dibongkar!
    2. Delivery Order
    3. Juadah pagi tumpang sekaki
    4. Warung Kopi Kedai Mamak
    5. Siang Malam Jaga Pintu
    6. Sekolah Bergerak
    7. SMS Order
    8. Online Order
    9. Resipi Order
    10. Pasar Tani
    11. Nasi Lemak Lesen Bergerak
    (teknik update dari 20th lepas ke 2010)

    Terimakasih….