Kisah Usahawan dan Bakal Isterinya

Kali ini, saya ingin berkongsi sebuah kisah benar. Mungkin kisah ini intipatinya sama sahaja dengan tulisan-tulisan saya yang lepas mengenai kerjaya sebagai usahawan.

Kisahnya begini…

Ali adalah seorang usahawan sepenuh masa. Dan ehem, macam orang lain, dia juga mempunyai seorang buah hati yang kiranya memang sudah merancang untuk sehidup semati. Wanita itu dicintainya sepenuh hati dan begitu juga gadis itu mencintai Ali sepenuhnya.

Pada satu hari di kala mereka bertemu di satu tempat, Ali ingin mengeluarkan duit dari mesin ATM kerana poketnya mula kehabisan wang tunai. Dan di sebelahnya semasa di mesin ATM adalah buah hatinya. Untuk pengetahuan anda, mereka berdua ni jarang berjumpa dan pada kali tersebut, baru kali ke-4 mereka bertemu dalam masa dua tahun. Saya tak tipu, ini cerita benar. πŸ™‚ Biarlah saya menamakan buah hati Ali itu sebagai Suria.

Di saat Ali sudah memilih menu di mesin ATM itu untuk melihat baki simpanan di akaun banknya, Suria terkejut… Katanya, “Banyaknya duit abang…”. Itulah pertama kali dia melihat wang sebanyak itu. Selama ini dia hanya mendengar dari jauh sahaja mengenai kerja Ali sebagai usahawan yang mana kata Ali, usahawan ni, kalau nak buat duit RM10,000 sebulan, ia satu perkara yang bukan mustahil.

Berlainan jika makan gaji, gaji tetap sama sahaja setiap bulan, kalau naik pun, tak lah banyak dan kalau dapat bonus pun, cukup-cukup sahaja. Tu pun dapat bonus semasa barang-barang keperluan tengah naik. πŸ˜‰

Sebelum ini, Suria tidak begitu yakin dengan kerjaya Ali sebagai usahawan. Kadang-kadang dirinya risau keluarganya akan mempersoalkan apa kerja Ali… Walaupun Ali banyak menceritakan mengenai kelebihan bisnes dan kerjaya usahawan, namun kadang-kadang, Suria tetap mempersoalkan…

Namun tidak pada masa Ali mengeluarkan wang di mesin ATM itu. Suria seolah-olah terkaku seketika apabila melihat baki simpanan yang teramat banyak itu. Wajahnya ceria, gembira dan mula yakin dengan kerjaya Ali sebagai usahawan. “Tak sangka, maju juga bisnes abang yer”, kata Suria.

Tetapi, dua bulan kemudian semasa berbual di telefon, Suria bertanya kepada Ali, “Macam mana dengan bisnes abang sekarang?”. Jawab Ali dengan nada sederhana, “Ok jer…”. Ali menjawab dalam nada biasa sahaja kerana jualan produknya pada masa itu sedikit perlahan (market tengah slow). Dan tibalah kembali soalan ‘lapuk’ dari mulut Suria, “Hmm, kerjaya abang tu ada jaminan ke?”.

Cerita ni saya stop kat situ sahaja. Mungkin anda ada pendapat, mengapa Suria asyik mempersoalkan mengenai kerjaya usahawan tu ada masa depan atau tak. Adakah sebab Ali yang tak berjaya meyakinkan Suria? Adakah salah Suria yang tidak cuba untuk memahami? Siapakah yang salah dalam hal ini dan apakah penyebabnya?

Mungkin cerita yang saya kongsikan pada hari ini membosankan sebab jawapannya adalah sama sahaja seperti tulisan saya yang lepas. Tetapi, kes ini ada beza sedikit iaitu melibatkan orang yang paling rapat dengan kita (bakal isteri) dan keyakinan di sebelah pihak lain (mertua). πŸ™‚

Saya ada jawapan sendiri, tetapi mungkin anda ada pandangan juga yang ingin dikongsi.

Jika anda sudah berkahwin dan anda adalah seorang usahawan (sepenuh masa terutamanya), kongsilah pengalaman dan tip anda, bagaimana kita boleh memahamkan pasangan kita mengenai kerjaya seorang usahawan. Tidak kisahlah anda usahawan atau usahawanita, pasangan hidup kita adalah orang yang paling rapat di dunia ini. Kalau bukan mereka yang patut lebih menyokong kita, siapa lagi? Maka amat penting mereka faham akan kerjaya kita sebagai usahawan.

Jika anda bertanya apakah salah satu jawapan saya, saya akan menjawab dengan satu soalan kepada mereka yang mempersoalkan kerjaya usahawan, “Kerja makan gaji, ada jaminan masa depan tak?”. Saya tutup dahulu tulisan ini walaupun jari-jemari saya masih mahu terus menulis. Saya akan sambung tulisan saya ini di ruangan komen jika perlu.

Terima kasih kepada yang memberikan pendapat dan pandangan termasuk yang membaca artikel ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Kisah Usahawan dan Bakal Isterinya

  1. Cerita ni buat saya teringat pulak rancangan Melodi semalam. Kisah seorang artis yang sekarang ni sakit, tak boleh berlakon lagi, dan kesannya susahlah.. Bagi saya, sama aja.. Berlakon, makan gaji atau menjadi usahawan.. Jaminan? Dari segi apa yang nak dijamin?

    Bagi kebanyakan orang yang memilih untuk makan gaji, terutamanya bekerja dengan sektor awam, mereka meletakkan tanggungjawab menjamin itu kepada majikan.. Konon-konon terjamin – tak sangka ramai lagi yang masih berfikiran macam ni.. Bagi orang yang menjadi usahawan, jaminan itu terletak pada diri sendiri.. Masa tengah senang, duit banyak, jangan lupa berjimat, buat simpanan, ambil insuran jika perlu, dan laburkan duit/ kumpul harta. Itulah jaminannya..

    So far, saya tak ada masalah dengan suami saya. Beliau menyokong penuh plihan saya.. Kalau dengan family, memang ada sedikit pertikaian – baik family sendiri, mahupun family suami. Tapi suami saya kata – pedulikan mereka, yang penting suami saya kata OK..

  2. Melalui pengalaman hidup saya sendiri, seorang usahawan seHARUSnya mencari pasangan yang memahami liku hidup seorang usahawan. Amat penting bagi isteri atau suami kita itu memahami bahawa dalam kehidupan seorang usahawan, langit tidak selalu cerah.

    Ada ketikanya bisnes amat baik tetapi hakikatnya LEBIH BANYAK ketikanya bisnes merosot sedikit disebabkan pelbagai faktor: musim cuti, musim perayaan, bencana alam, persaingan, kemelesetan ekonomi dsbgnya.

    Namun begitu, usahawan juga mesti tahu cara meyakinkan pasangan tentang jaminan hidup sebagai usahawan sepenuh masa. Sebenarnya, ia bergantung juga kepada diri usahawan itu sendiri utk menunjukkan kewibawaan dirinya sebagai usahawan iaitu pandai mengurus kewangan dan kestabilan perniagaannya, selain bijak menguruskan keharmonian rumahtangga.

    Bagi diri saya, usahawan yg berhemah ialah usahawan yg sentiasa BERINGAT & sentiasa menyediakan PAYUNG ketika mewah untuk menghadapi saat-saat sukar. Ini kerana kehidupan seorang usahawan tidak akan lepas dari menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran.

    Hanya dgn sikap beringat inilah, insyaallah rumahtangga kita akan aman dan harmoni tak kira apa keadaaan perniagaan kita itu.

    Jangan lupa, adalah fitrah manusia ingin mendapatkan pasangan hidup dan hidup aman bahagia. Antara faktor kebahagiaan ialah kestabilan kewangan. Jadi, jangan salahkan pasangan atau keluarga jika meragui kerjaya kita sebagai usahawan. Kita sendiri yang mesti tunjukkan kepada mereka kebolehan kita.

    Adakah mereka akan bising jika melihat kita ‘steady’ sahaja sepanjang masa? Jika tidak lebihpun, hidup kita setanding dgn orang lain yg makan gaji. Namun jika sebaliknya, siapa akan pandang tinggi kepada kita jika bisnes tunggang langgang, kewangan tenat dan diri sendiripun sudah tidak keruan?

    Apapun, dalam hidup ini, kita mestilah berilmu!

    p/s: Ilmu perniagaan, ilmu berkeluarga, ilmu bermasyarakat, ilmu dunia & ilmu akhirat!

  3. Terkena batang idung lagi…hehe… Memang susah nak cerita tentang jaminan ni. Kalau nak ikutkan, memang takde jaminan dalam apa pun.. jaminan sampai bila kita boleh hidup? jaminan barang takkan rosak? jaminan tiada risiko? Dalam bidang apapun takde jaminan hakiki. Kecuali dari Pencipta kita.

    Bekerja dengan kerajaan pun bukan satu jaminan. Bayangkan kalau kita kerja dengan kerajaan lepas tu sesuatu terjadi kepada kita menyebabkan kita hilang upaya dan tak mampu bekerja. Adakah kita masih bekerja dengan kerajaan ketika itu? Kalau nak menolak kerusi roda pun dah tak mampu, jaminan ke tu?
    Pada saya, jaminan bekerja dengan kerajaan adalah bersifat sementara. Cuma mungkin atas beberapa sebab, bolehlah dikatakan ‘agak’ stabil jika dibandingkan dengan bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri.

    Kalau kita yakin apa yang kita buat, usaha, doa & tawakkal insyaAllah kita akan berjaya. Tambahan pula apa yang kita buat tu adalah minat kita sendiri.
    Kalau nak cakap soal berniaga ni biasalah, memang ada untung dan rugi. Ada masa untung banyak, ada masa untung sikit. Itulah cabaran yang sebenarnya…

    Masa mula-mula saya berniaga internet ni, isteri saya sendiri pun takde confident sangat. Tapi bila saya dah dapat customer agak konsisten baru dia percaya. Pada saya selagi diorang tak nampak apa hasilnya selagi itulah tak yakin.Tak cuba mana nak tau kan?

    p/s: Ramai yang masuk skim cepat kaya sebab nak jaminan kan?hehe

  4. Sebenarnya sangat susah untuk meyakinkan orang disekeliling kita , terutama jika perniagaan kita tak seberapa menjadi. Kalau kita dah berjaya baru laa ramai orang akan mengeliling kita . Itu lah cabaran paling besar, jadi kalau sapa masih bujang tuu , mulakan lah perniagaan anda jangan tunggu lagi . Sekurang kurangnya tak banyak orang yang anda perlu yakini lagi. Just do it.

  5. He! he!.. saya rasa saya tahu siapakah gerangan si Ali itu.

    Zul senang je nak bagi seseorang itu yakin pada apa yang kita lakukan.. tips ini saya dapat sewaktu mengikuti kelas perniagaan beberapa tahun lepas.. caranya ialah..

    “Show me the money!”

    Perkara ini adalah normal, memang selalu terjadi di dalam kehidupan rumahtangga. COntohnya.. apabila si suami hendak membuat kerja part time/MLM/Berkebun/Berniaga dan sebagainya.. biasanya.. si isteri akan cakap.. “Boleh berjaya ke? Boleh buat duit ke? Berhasil ke?”… ini perkara noramal.. lebih-lebih lagi jika si siteri/bakal isteri itu dibesarkan oleh keluarga yang ibu-bapa dan ahli keluarganya yang bekerja makan gaji.

    Jadi, adalah menjadi tanggungjawap/cabaran untuk kita/zul membuktikannya bahawa kerja-kerja itu memang berhasil. Caranya?.. bukanlah hanya dengan “berkata-kata” atau “cakap” sahaja. .. tetapi tunjukkan mereka hasilnya.

    jika si isteri/bakal isteri bolehlah kita tunjukkan wang simpanan di dalam bank. Tetapi untuk bakal mertua/mertua.. takkanlah kita nak tunjuk buku simpanan, yer tak?.. So.. untuk memberikan kepercayaan kepada mereka, kita kena tunjukkan mereka dalam bentuk “benda”.. contoh mudah.. kereta mahal skit & rumah besar skit. :mrgreen:

    Mungkin zul @ anda yang lain tidak bersetuju.. tapi seriously.. itulah mereka nak nak lihat untuk membuktikan bahawa anda boleh menjamin masa depan anak mereka.

    Tak percaya?, pernah tak anda dengar ayat sebegini?..

    “Eh! Menantu awak tu kerja apa?.. Bukan main besar kereta dia bawak!”

    “Ala… kerja yang internet-internet tu!”..

    “Ooo…” balas si penanya buat-buat faham..

    Hakikatnya, mereka memang tidak akan faham pun.. apa yang mereka tahu, as long as kerja yang dilakukan itu membuahkan hasil yang baik.. tidak kisahlah apa pun nama pekerjaan tersebut.

    Kunci disini.. “Tunjuk”… dan bukannya “Cakap”…. kalau cakap sahaja… memang jenuh lah jawapnya.

    Tapi saya faham… untuk “tunjuk” bukanlah semudah “cakap”. Takperla.. slow-slow…

    Anyway… bila kad jemputan zul tu nak sampai? πŸ˜†

  6. slmt pg zul,,

    cerita ni menarikkan saya…
    biar saya jawap apa yang ditanya…

    kebanyakkan bakal mertua kita risau anak mereka hidup susah. kalau anak kita pun kita taknak mereka susah. betul? sebab tu mertua tanya “boleh berjaya ke? boleh buat ke benda ni?….

    suria bertanya tak salah sebab dia nak tahu…
    ali patut fahamkan suria supaya yakinkan dia…
    suria sebagai bakal isteri juga patut tahu apa yang ali buat…
    dua-dua tak salah…

    apa mcm zul?

  7. Sememangnya agak sukar juga untuk memberikankan pendapat yang tepat mengenai isu ini, tetapi inilah yang dihadapi oleh ramai usahawan yang menjalankan perniagaan internet ini. Ibaratkan “Hidup segan, mati tak mau”, inilah istilah yang sering dikatakan oleh mereka yang suka menilai orang yang bergelar usahawan, akan tetapi apa yang ingin saya jelaskan sebenarnya ialah, ” Susah senang seorang usahawan adalah terletak pada Usaha Dan Kerajinan mereka”, jika mereka malas maka jatuhlah mereka, sedangkan jika mereka rajin berusaha walau beberapa kali mereka jatuh pasti akan bangun kembali, ini disebabkan usahawan memegang prinsip iaitu berusaha, rajin, tekun, berani mencuba dan tidak mudah berputusasa, jika hanya bergantung kepada pekerjaan yang kononnya terjamin (harap maaf jika ada yang terasa), sampai bilakah anda rasa anda akan terjamin? sedangkan selama ini anda membuat benda yang sama setiap hari dan terlalu bergantung kepada keputusan orang lain?.

    P.s: Ini bukanlah pendapat pakar, jadi harap maaf jika pendapat ini agak keterlaluan . :mrgreen:

  8. Assalamualaikum Ali.. Eh, Zul πŸ™‚ πŸ™‚
    Betul cakap Shuth. Untuk ‘tunjuk’ taklah semudah ‘cakap’.
    Saya sekarang mampu ‘cakap’ jer la..

  9. Pingback: NafieCarL | Panduan Perniagaan Internet » Blog Archive » Usahawan Internet - Pekerjaan Terjamin Atau Tidak?
  10. Hohoho… Ish, Ali tu Ali laa, kenapa Zul lak. 😎

    CikguAzleen, kata suami lebih utama daripada orang lain. πŸ™‚ Selagi benda tu bukan suatu dosa, just do it.

    Tazilan, terima kasih di atas pandangan yg bernas. Saya yakin, Tazilan banyak pengalaman sebagai seorang usahawan. Must learn more from you. πŸ™‚ Bagi kami yg belum kawin ni, banyak lagi yg perlu dilalui.

    Azahari, apa sahaja tiada jaminan pun. Kalau tanya Azizi Ali, dia akan senaraikan beberapa ‘kekurangan’ kalau jadi usahawan. πŸ™‚ Pokok pangkal, do the best.

    Saharman, saya setuju! Time bujang2 ni lah kena keje kuat sampai berjaya. Bila dah nak sunting bunga di taman tu, tak lah susah nak yakinkan mertua.

    Shuth! Hehe, siapalah Ali tu yer? Sian dia. Kad saya? 1 tahun lagi kot. πŸ˜‰ Yup, kadang2 kita ‘terpaksa’ ikut standard masyarakat dalam sesuatu penilaian. So ‘nak tak nak’, kita kena lah ada sesuatu yg boleh mereka melihatnya (hasil). Tapi harapnya mertua tu tak lah gilakan harta, sebab kalau harta je lebih, tapi bakal suami anaknya itu tak baik orangnya, rosak jugakk. Thanks Shuth.

    hanrz, ya, dua-dua tak salah. Dua2 perlu saling faham-memahami.

    NafieCarl, itulah syarat untuk berjaya bagi seorang usahawan. Kalau ada usaha kuat, insyaAllah hasilnya banyak. Kalau malasss, hasilnya sikitlah.

    Wa’alaikumussalam Ambsmart. Daripada tak cakap, baik cakap sesuatu. Kalau tak buah hati tu dikebas orang. πŸ˜‰

    Thanks All.

    Terima kasih semua.

  11. mmm, saya pun sokong 100% dengan shuth tu…ko guano en ali? πŸ˜€
    wanita perlukan sesuatu yang menjamin…sesuatu yang menjanjikan sesuatu untuk dia dan masa depannya…wanita perlukan janji dan bukti…barulah kepercayaan dan keyakinan tu tak luntur…

    sudah semestinya bakal wife ali tu turut tertekan dengan family dia yang asyik dok tanya apa kerja sebenar si ali nih!!!! tekanan ini menyebabkan sedikit sebanyak keyakinan yang mula tumbuh mekar dalam hatinya (setelah tengok baki akaun tu la…) beransur pudar…

    Senang je ali…macam shuth kata…ali beli jer kereta yang besar2, buat rumh ngalahkan Yusuf Haslam…sudah pasti tiada yang bersungut tentang kerja ali nih…tapi mesti ada yang syak ali ni ngedar dadah pulak kan??? hahaha
    ye la, kerja tak nampak tapi mewah nyer ngalahkan jutawan…

    sahabatku ali, sebenarnya amat payah dan teramatla susah nak nyenangkan hati semua orang…nak puaskan hati semua orang…nak buktikan pada semua orang….

  12. He! he!.. orang kata.. hidup ini tidak adil..
    Jadi.. nak tak nak.. kita perlu terima ketidakadilan tersebut.. in the end of the day.. ia akan menjadi adil.

    Contohnya.. seringkali dipersoalkan..

    Kenapa usahawan dipandang rendah berbanding orang makan gaji? INI TIDAK ADIL..

    Kenapa perlu letak hantaran kahwin mahal2, itu bukan perkara wajib pun.. INI TIDAK ADIL..

    Kenapa orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin? INI TIDAK ADIL..

    Semuanya adalah tidak adil.. jadi apa yang perlu kita buat?
    Stop Complaining and start to fullfill the “ketidakadilan”..
    Buktikan usahawan juga boleh berjaya..
    Buktikan diri kita mampu kahwin anak mereka walaupun hantaran mahal..
    Buktikan si miskin juga boleh menjadi kaya…

    In the end of the day… ia akan menjadi adil…

    Itu yang saya cakap kat atas tu.. berhenti “bercakap” dan “tunjuk/buktikan”…
    Kalau terus cakap.. dan cakap.. dan cakap…. memang jenuh..

    πŸ˜†

  13. πŸ˜› πŸ˜† Thanks Shuth.

    Saya setuju!

    Adila, tu dia, saya nak dengar juga pendapat kaum hawa. πŸ™‚

    Nanti saya bagitahu Ali yer, mesti dia gembira membaca pendapat2 anda semua. πŸ˜€

  14. Bagi saya, tiada jaminan di dunia ini. Tapi hidup kena teruskan juga.

    Kalau semua benda ada jaminan, tak best lah hidup kita. Ketiadaan jaminan dalam hidup ni yang menghasilkan “surprise” yang menyerikan lagi kehidupan kita.

    Jika semua perkara ada jaminan dan dapat diramal, boring jugak hidup ni.

  15. Citer kat atas ni sebijik macam kisah saya tapi saya ni pompuan… :mrgreen:
    Betullah kata org…orang yg berniaga je yg paham org berniaga….
    Saya masa mula² buat perniagaan online ni pun ditentang abis-abisan jgk…
    Tapi saya degil….siap bagi mak ayah baca buku chef li….
    Selepas baca buku tu barulah parents saya kagum dgn kerja sebagai peniaga/usahawan ni….
    Kawan-kawan pulak…
    Bila tanya saya kerja apa??? Saya jawab saya berniaga online…
    Diaorang kata “Ohhh…awk tak keje lagi rupanya”… πŸ˜•
    Buah hati pun sama…dia siap offer diri nak carikan saya kerja sebab pelajaran saya pun bagus…belajar sampai degree…
    Sekarang saya dah tak kisah apa org kata….
    Tapi berniaga ni telah mendewasakan saya…
    Mungkin pelbagai dugaan masa berniaga ni saya dah rasa….
    Dan itu buatkan saya sentiasa teringatkan Tuhan….ingatkan diri sentiasa bersyukur….
    Sampai kawan saya pun dah cakap saya dah berubah…semakin berfikiran positif….
    InsyaAllah saya nak cuba jual di Ebay pulak….. :mrgreen:

  16. Hmm… mari saya tambah dari segi ekonomi…

    Zaman 1970an-1980an dulu time bapak-bapak kita bekerja dulu, gaji RM2000 tu dah kira besar betul lah dan makan gaji tu kira paling dihormatilah. Kerja di pejabat dianggap paling stabil, selamat dan menjadi idaman para graduan di negara kita.

    Dulu dengan gaji RM1700, Ayah saya dapat menampung anak2, isteri, mak sendiri, mak mertua, adik-adiknya dan ipar biras sekali dan bayar kereta, rumah dan makan-minum kami semua.

    Semenjak ekonomi meleset pada pertengahan dan hujung 1990an pula, sudah tidak ada jaminan dalam pekerjaan, baik yang gomen atau swasta. Dengan mudah pekerja kena retrench, VSS dan ada juga kena fired.

    Gaji graduan pun tetap juga dalam lingkingan RM1700 (plus-minus RM500) tapi inflasi menyebabkab RM1700 tu hampir tak cukup nak menampung hidup satu orang, apatah bagi orang yang sudah berkeluarga dan beranak.

    Masuk tahun 2000 ke atas ni, saya sendiri nampak kawan-kawan suami saya yang dulu senior tehnician di kompeni Jepun, dan bertahun-tahun berkhidmat, last-last menjual rojak di pasar malam.

    Malah ada yang senior engineer pula terpaksa menjual produk MLM selama setahun sementara mencari kerja baru.

    Bagi rakan-rakan saya pula, ada yang bekerja di bank telah ‘dilepaskan’ kerana merger bank tersebut dengan bank lain. Bagi yang kekal di bank tersebut, benefit dipotong dan di-anaktirikan.

    Tahun 2010 nanti? Wallahualam.
    Tiada yang pasti pada ekonomi yang sungguh volatile macam sekarang.

    So, sungguhpun seseorang itu menjawat posisi senior manager pun di sesebuah syarikat, orang tu tetap akan berada di zone bahaya kerana pada zaman sekarang ni, bila-bila saja VSS, retrenchment, merger, takeover, globalisation dan buy-out boleh berlaku.

    For me, personally, baik kerja makan gaji atau bisnes sendiri, semua ada risikonya.

    Yes, sebagai seorang isteri, memanglah saya pentingkan jaminan masa depan, tetapi bila tengok keadaan ekonomi sekarang, sebenarnya tiada pekerjaan yang secured dan stabil anymore…
    😯

  17. yang pasti ali dlm kisah ni bukan alicyber πŸ˜†
    tapi macam tau je sapa ali tu, kawin la cepat ali oii, pastu buktikan kat bakal mertua anak diorang terjamin masa depan…duit banyakpun tak semestinya menjamin kebahagiaan…

  18. Di dunia ini tiada satu pun yang akan kekal dan terjamin. Selagi hayat masih ada kita perlu usaha dan baiki status kita. Jangan berputus asa. Merujuk kepada cerita Ali/Suria yang penting disini ialah atas kerasian mereka berdua. Mereka lah yang patut membuat keputusan demi masa depan mereka. Orang tua kita hanya memberi pandangan demi kebahagian anak mereka. Ambil dan analisis pandangan mereka itu. Kita yang akan membuat keputusan. Setelah mendirikan rumah tangga nanti sama sama berusaha untuk mencari kemewahan hidup. Bukan mudah terus dapat kesenangan jika tidak sama sama mengurus dan menyokong. Elok bermula dari susah susah dulu jika mendapat kemewahan dari awal mungkin kita tidak sedar diri nanti. Kita akan merasa nikmat nya bila sama sama melalui liku liku hidup ini terutama setelah kita usaha kita mencapai kejayaan nanti. Bagi Ali teruskan usaha murni anda itu dan Suria pula beri sokongan dan keyakinan kepada bakal suami. Insyallah anda berdua akan berjaya dan bahagia.

  19. sokongan isteri kpd usahawan tersebut memang perlu ada. eh.. bakal isterinya kena ada. jika tidak isteri yang mmberikan sokongan kpd suaminya, siapa lagi yang nak sokong… eh bakal siterinya itu…

    kalo dah berumahtangga pulok sokongan sepenuhnya amat perlu di mana suami memerlukan bantuan dan motivasi dari isteri sebagai pendorong yang utama untuk terus berjaya…

    dan yang penting beliau perlu faham apa itu karier sebagai usahawan internet yang sebenar… contohnya dr irfan khairi.

    kalo boleh ajak sekali bakal isterinya pergi kursus perniagaan agar lebih nampak dan jelas potensi perniagaannya…

    nak lebih lagi? jenguklah selamatkan cinta dot com ( promote laa pulok?)

    1. sokongan dari isteri adalah amat diperlukan abdfatah…
      kalau ada sokongan dari isteri sudah pasti kita akan lebih bersemangat…
      tapi apa yang kita nampak sekarang ni, ramai isteri yang tak menyokong suaminya dari menyokong suaminya…
      jadi untuk wanita2 yang membaca blog ni, berilah sokongan sepenuh pada suami…tapi jangan beri sokongan yang tak berfaedah pula…

      han

  20. sekiranya isteri yang membina ebiz dah tentunya bakal suami perlu menyokong perniagaan online isteri tersebut…

    apa yang penting bakal isteri usahawan tersebut perlu faham dengan kerjaya ebiz yang begitu mencabar itu namun menguntungkan…..

    1. kalau saya adalah suami,
      saya takkan membantah isteri untuk usahakan apa yang di impi kan…
      beri dia semangat…
      bertambah lagi sayang…hehe..

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *