Kisah 4 Orang Usahawan Internet Yang GAGAL

*Artikel ini panjang. Baca sampai habis dan bacalah sikit demi sikit. Ia amat penting untuk anda mengelakkan KEGAGALAN yang tidak diingini. Catat jika anda rasa ia PENTING untuk diri anda..

Saya telah banyak menulis mengenai apa yang perlu bagi bakal atau mereka yang ingin menjadi usahawan Internet. Jika anda serius dan mengambil berat semua tulisan saya, tahniah, tetapi bagi anda yang mengambil remeh, AWAS.

Di tulisan ini, saya akan menceritakan kisah benar yang mungkin akan menakutkan anda, terutama newbie. Namun, tujuan saya bukanlah untuk melemahkan semangat anda, sebaliknya saya mahu anda semua SERIUS dalam melakukan perniagaan Internet.

Di dalam pengalaman saya hampir bertahun dalam bidang ebiz ni (berapa tahun dah yer), saya telah melihat 101 karenah usahawan Internet sedia ada dan juga usahawan Internet baru termasuklah karenah saya sendiri (belajar daripada kesilapan). Apa yang saya ingin cerita di sini adalah mengenai usahawan Internet yang menceburi bidang ini tanpa kelengkapan yang mencukupi iaitu KEKUATAN MENTAL, SEMANGAT, EMOSI dan MOTIVASI serta KEMAHIRAN TEKNIKAL.

Saya akan kongsikan 4 orang yang telah GAGAL dalam ebiz, tapi ada di antara mereka yang telah bangkit kembali dan yang lain saya tidak tahu apa nasib mereka sekarang.

Usahawan 1: Kesilapan beliau adalah, semua perkara teknikal 100% berharap kepada orang lain sama ada pihak provider atau rakannya (bukan rakan kongsi). Akhirnya, laman web entah ke mana, hosting expired dan yang paling sedih, teknik promosi pun tidak tahu sangat kerana tidak ada usaha pembelajaran. Saya tak tahu apa nasib beliau sekarang dan saya berharap, jika dia masih berminat dan mahu, bangkitlah kembali dan perbaiki apa yang patut. Jika dia tidak mahu lagi, lupakan terus dunia eBiz.

Usahawan 2: Beliau ada kemahiran teknikal komputer & Internet (asas sahaja), tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Sepertimana usahawan 1 tadi, si dia ini juga masih berharap 100% kepada orang lain. Namun, beliau adalah usahawan offline dan mencuba perniagaan secara online juga. Maka, saya tak pasti, adakah beliau masih melakukan ebiz? Ini kerana, beliau keseorangan dalam hal-hal teknikal. Beliau boleh pergi jauh, andaikata dia ada kemampuan teknikal sama ada sendiri atau rakan kongsi.

Usahawan 3: Dia pernah menghasilkan 2 buah ebook. Ebook pertama membuatkan beliau dicaci, dimaki hamun dan dikata bukan-bukan. Bukan salahnya, tapi salah pengkritik negatif terhadap ebook beliau. Akhirnya, kerana tidak tahan dengan kata-kata negatif, beliau ‘menghapuskan’ (delete) ebook tersebut dari muka bumi ini, tiada satu pun yang disimpan. Ebook keduanya, berjaya di saat awal, tapi kemudian produknya ber-alih tangan. Juga bukan salahnya, tetapi salah orang lain yang menyebabkan dia jadi begitu.

Namun, daripada kegagalan itu, beliau bangkit kembali dan kini sudah mula bermotivasi tinggi dan menjadikan pengalaman lepas sebagai kayu ukur untuk masa kini dan masa depan. Tahniah kepada beliau kerana daripada gagal, beliau bangkit kembali. Dahulu, beliau tidak nampak potensi dirinya dalam dunia ebiz, tapi kini nampaknya sudah mula ada rentak. Apa yang dapat saya katakan, beliau adalah jenis cepat putus-asa, tapi cepat pula bangkit dan perbaiki apa yang patut, malah kuat belajar orangnya. Tahniah! πŸ™‚

Usahawan 4: Beliau juga usahawan offline dan kemudian mencuba secara online sebagai side income untuk melebarkan produk yang dijualnya. Tak silap saya sudah hampir 6 bulan dia menceburkan diri di dalam ebiz dan saya ada lah juga membantunya dan memberikan nasihat tertentu.

Produk pertamanya ok, namun pada produk keduanya, beliau sudah mula patah semangat. Fitnah orang, kata-kata buruk orang dan ketidak-keyakinan beliau terhadap konsep ebiz, menyebabkan beliau seolah-olah orang yang baru kenal ebiz.

Di saat awal saya mengenali beliau, dia seorang yang bermotivasi, tahu menerima tentangan orang lain. Namun kini, dia sudah berputus-asa kerana katanya, beliau TIDAK TAHAN dengan taburan fitnah orang kepada beliau dan produknya.

“Dunia online ni lain ZuL. Kita tak nampak orang dan orang tak nampak kita. Orang pun banyak buat fitnah kat saya ni. Malah, rasa tak sedap pula tak berhadapan dengan pembeli”. Lebih kurang begitulah katanya kepada saya di saat dia meluahkan perasaannya ingin berhenti daripada ebiz.

Katanya juga, jiwanya tidak sesuai dengan ebiz kerana beliau lebih suka berhadapan dengan pelanggan iaitu face to face. Saya boleh menasihatinya dengan kenyataan yang sebenar, tapi saya rasa, biarlah dia berehat seketika daripada persada ebiz atau melupakannya terus.

Saya faham akan situasi dia, maka saya menyuruhnya berehat dan melupakan ebiz buat seketika. Prinsip saya, saya tak suka memaksa orang jika mereka tidak suka atau tidak minat. Biarlah mereka membuat keputusan sendiri kerana itu lebih baik dan membuatkan mereka gembira.

Pengajaran & Pelajaran

Anda ingin membina perniagaan Internet sendiri? Masih newbie? Jika anda mendengar orang lain mengatakan mereka dengan mudah menjana RM10,000 seperti memetik jari, memang benar katanya. TAPI, itu adalah mereka, bukan anda! Adakah anda membaca bahagian Penafian Pendapatan di bawah website jualan (biasanya)?

Kata mereka, segala pendapatan adalah bergantung kepada hasil usaha anda sendiri dan cara teknik dilakukan. Malah ada yang menulis ayat penafian itu dalam warna yang nampak tak nampak dan bersaiz kecil, mungkin mereka tidak mahu anda membacanya! Maka terbukti, tajuk headline yang bombastik itu hanya ingin menarik anda membeli produk mereka sahaja.

Begitu seronok jika kita membaca kisah-kisah kejayaan, kehebatan ebiz, mudahnya perniagaan Internet, relaksnya menjadi usahawan Internet kan? Di saat awal dahulu, saya pun begitu juga, anggap bukan-bukan pada eBiz. Boleh goyang kaki lah, auto-pilot lah..

Tapi hakikatnya, ia sama seperti perniagaan biasa. Tak percaya?? Anda akan faham setelah anda melakukan eBiz. Kata-kata saya ini mungkin tidak membuatkan anda rasa, maka saya yakin apabila anda melakukan ebiz, anda akan faham maksud yang saya ingin sampaikan ini.

Bagaimana dengan kisah 4 orang usahawan Internet tadi?

Ia adalah kisah benar. Mereka ada kaitan dengan saya kerana saya ada bersama mereka dari awal pembabitan mereka dalam dunia ebiz. Nak kata sebagai mentor, tak juga, tapi sekadar memberi nasihat dan sedikit bantuan teknikal. Banyak yang saya belajar untuk diri saya dan daripada keadaan yang menimpa mereka. Pengalaman begitu bermakna sekali. Sebab itu saya kongsikan dengan ada di blog ini…

Kesimpulan yang saya dapat buat (hanya sebahagian) daripada kegagalan mereka itu:

1. Tiada asas komputer dan Internet. Hal ini saya sudah banyak kali ulang. Jika anda tanya saya soalan yang asas tanpa berusaha mencari dan mempelajarinya sama ada di Internet, buku atau eBook, saya mungkin tidak membantu anda. Anda perlu berusaha belajar, masuklah bengkel atau kelas IT jika ada.

Saya tak akan ajar perkara yang simple dan asas kerana saya banyak kerja lain yang perlu dilakukan. Lagipun, anda mesti melalui proses mencari ilmu dan pembelajaran. Ia bukan seperti memetik jari, semuanya dapat. Sekali lagi, BELAJARLAH ASAS KOMPUTER DAN INTERNET! Di sebabkan kekurangan asas teknikal yang diperlukan, 4 usahawan tadi terkandas atau habis begitu sahaja…

2. Tiada mentor. Jika anda serius, dapatkanlah mentor. NAMUN, konsep mentor yang saya ingin maksudkan di sini adalah PERSONAL COACH. Daripada pemerhatian saya, pembelajaran secara ‘pukal’ tidak mendatangkan hasil maksimum jika pelajar tadi zero IT dan asas perniagaan Internet. Paling teruk, asas keusahawanan pun tak ada.

Bukan saya kata seminar dan bengkel yang biasa tak bagus, tidak sama-sekali sebab ia pun ada kelebihan dan pro tersendiri. Namun bagi saya ia hanyalah ‘kick-start’ atau ‘add-on’, tapi tidak sepenuhnya membantu. Maka, menjadi tanggungjawab mentor memberikan inspirasi, motivasi, didikan, semangat dan segalanya kepada anak didik mereka.

Saya tergelak seketika apabila membaca satu ebook temuramah yang mana salah seorang yang ditemuramah mengatakan, “anda tak perlukan mentor sebab begitu banyak bahan di Internet. Saya berjaya atas usaha saya sendiri…”. Hahaha… Saya ketawa. 😈 Dia tidak fikir yang tahap pemikiran dia atau pengetahuan dia adalah berbeza dengan orang lain. Dia silap sebab dia menyuruh orang lain melakukan langkah ‘menyeksakan’ dengan mencari sendiri di Internet (ilmu ebiz dan keusahawanan).

Saya mengaku, saya sendiri pun bermula dengan mencari sendiri di Internet, TAPI 4 tahun pencarian saya sebelum bertemu the real guides. Adakah anda ingin melalui tempoh yang begitu menyeksakan itu? Jadi, jika ada orang kata mentor itu tak perlu, anda ketawalah depan dia. πŸ˜‰ Mentor amat diperlukan ok!

3. Tak faham konsep eBiz. Ada yang anggap, ebiz ni mudah. Ya, memang mudah. Tapi, sebagai usahawan Internet, ia adalah lebih daripada sekadar jual dan beli. Jika anda berpegang kepada konsep auto-pilot seperti produk digital, anda perlu tahu bahawa, jika anda tiada pengawalan terhadap diri sendiri, ia boleh membuatkan anda malas.

Auto-pilot adalah satu alat atau kelebihan semata-mata, bukan bermakna kita boleh bersantai di tepi pantai (maksudnya bermalas-malasan). Sebaliknya, dengan adanya auto-pilot, kita boleh menumpu lagi kepada perkara yang penting seperti R&D, peningkatan jati-diri, perancangan ebiz dan sebagainya. Maka, jangan terpengaruh dengan gaya hidup mereka yang hanya buat duit semata-mata, sebaliknya bukan buat bisnes. Ia berbeza.

Tak faham ebiz juga bermaksud, ramai mereka yang tak faham konsep asasnya seperti “halalkah jual beli melalui Internet”? Ada yang ragu akan hal ini padahal sudah ada fatwa akan bolehnya berjual-beli melalui Internet. Terkini, Ustaz Zaharuddin pun mengatakan, Internet itu neutral, maka boleh berjual-beli melaluinya, tak ada apa-apa masalah. Lainlah pelaburan yang jelas haram atau transaksi jual-beli yang terlarang.

Juga ada yang menganggap, menerima bayaran melalui Internet seolah-olah menipu pembeli kerana kita tidak berhadapan dengan mereka. Ia membuatkan badan tidak selesa. Betul kah? Kalau mereka faham, online payment itu adalah satu alat semata-mata, ia tak bersalah. Yang salah adalah, JIKA usahawan Internet tadi TIDAK berinteraksi dengan para pelanggannya, tak memperkenalkan siapa dirinya, tak mengenali pembeli-pembelinya dan yang lebih bahaya adalah, TIADA SUPPORT (lepas tangan!).

Support? Saya yakin, ramai usahawan Internet pening dan malas memberi support bukan? Ya lah, 1001 jenis perangai pembeli yang ada. Tapi nak buat macam mana, mereka adalah pembeli kita, maka WAJIB kita membantu mereka. Jangan dah dapat duit, terus lesap dan tak nak melayan persoalan mereka.

Tak baik tu sebab mereka bayar kita. Berilah support tak kira lambat atau cepat. Pembeli pun manusia, mereka faham situasi kita. Jadi, perasaan bersalah menerima bayaran melalui Internet itu akan tiada jika anda (usahawan Internet) berinteraksi dengan pelanggan. Jadikan mereka seperti kawan-kawan anda ok. Jangan anggap mereka orang asing.

4. Motivasi Tak Kuat. Motivasi lagi. Kenapa? Bosannya yer dengan motivasi? Jangan bosan, anda perlu memperkuatkan motivasi diri anda. Tingkatkan jati-diri anda sebagai seorang Usahawan. Saya dulu di saat awal menceburkan diri dalam ebiz, saya mudah sensitif. Kalau ada orang ‘cuit’ sikit jer, saya dah putus-asa.

Jika di bisnes offline pun ada ‘sepak terajang’, di bisnes online pun ada sepak-menyepaknya juga. Fitnah, dengki, tak puas hati, dan banyak lagi. Dah nama dunia maya, hmm, maka sebab tak nampak itulah maka mudahnya fitnah ditaburkan sepertimana pengalaman usahawan ke-4 tadi iaitu beliau menerima fitnah yang tak benar. Jika anda tiada kekuatan jiwa, kuatkanlah agar jika anda menerima komen negatif yang membunuh, cacian dan fitnah, anda tetap dalam kesabaran dan dapat mengawal diri.

Saranan saya untuk kekal dan tingkatkan motivasi adalah seperti berkomuniti di forum, join perjumpaan, sertai mana-mana persatuan, bersosial (jangan bersendiri), wujudkan kumpulan mastermind sendiri, baca buku motivasi, sertai seminar-seminar motivasi atau perniagaan dan banyak lagi cara.

5. Buat sendiri-sendiri. Saya pernah menulis akan hal ini. Jika anda ingin berjaya dan mudah kekal dalam perniagaan Internet, buatlah dengan ‘partner’ sama ada secara jangka pendek atau jangka panjang. Buat sorang-sorang ni bahaya (macam saya). πŸ™‚ Tatkala semangat lemah, perniagaan akan terbiar dan tak ada yang memahami untuk membangkitkan kembali semangat kita. Tiada kumpulan perbincangan seperti mastermind group dan tak aktif berkomuniti menyebabkan kita keharuan seorang diri dan perniagaan Internet boleh hancur begitu saja…

Saya rasa, cukuplah perkongsian panjang saya pada kali ini. Kisah yang saya ceritakan di atas adalah KISAH BENAR. Saya tak mahu anda hanya membaca sahaja tanpa mengambil iktibar terutama anda yang masih baru dan baru hendak mula. Ia adalah kenyataan kerana sesiapapun akan mengalami hal ini. Saya bukan nak menakutkan tetapi saya mahu anda bersiap-sedia sahaja. Sebab itu saya mahu anda SERIUS. Kita bercakap mengenai perniagaan, keusahawanan dan bisnes. Bukan cakap-cakap kosong.

Jika anda serius, tahniah. Bagi yang tak serius dan ego dengan diri sendiri, saya tak tahu nak kata apa.

Jika anda rasa andalah seorang daripada 4 orang yang saya ceritakan itu, maafkan saya kerana berkongsi kisah anda di sini. Semoga kisah anda itu memberikan manfaat kepada orang ramai. Empat usahawan yang gagal kekal dalam ebiz, gagal menerima tentangan, gagal meneruskan perniagaan Internet dan gagal berusaha kerana tidak cukup ilmu atau aspek tertentu. Namun, gagal itu ada yang sementara kerana yang gagal itu ada yang bangkit kembali dan berjaya.

Persoalannya di sini: Adakah anda serius dalam perniagaan Internet? Suka-suka? Cuba-cuba? Sekadar isi masa lapang? Mencuba nasib? Berharap 100% kepada orang lain? Ada duit tapi kedekut untuk membeli buku/ebook? Ada tak usaha untuk belajar ebiz dan asas IT? Anda faham konsep asas ebiz sebenar? Ada asas bisnes? Rela menerima komen negatif atau anda seorang yang manja (mudah merajuk, sedih..)? Dan yang paling penting, UNTUK apa anda lakukan perniagaan Internet? Apa matlamat anda? Ada perancangan atau tidak? Atau, hanya $$$$$ yang ada di dalam kepala?

Cukuplah dahulu dengan persoalan-persoalan tersebut. Anda jawablah untuk diri sendiri…

Wassalam.

Nota Kaki: Sudahkah anda membaca panduan yang saya bertungkus-lumus menyiapkannya? Atau hanya membaca sambil lewa? Seriuslah dalam melakukan sesuatu untuk kejayaan anda. ‘I’m not the best’, tapi saya mahu membantu anda semampu yang ada:

1. Panduan 4 Langkah 3 Hari. Klik di sini.

2. 14 Hakikat Perniagaan Internet yang WAJIB Anda Tahu

Yang Ikhlas,

usahawan internet

PS. Saya betul-betul mahu melihat anda berjaya…

PPS. Artikel ini untuk usahawan Internet yang ada produk/servis sendiri (ada proses jual beli dan interaksi pelanggan) dan bukan untuk mereka yang buat program affiliate, Adsense atau program-program buat duit seperti reviewMe, Chitika, TextLinkAds dan lain-lain yang tak perlu berhadapan dengan pelanggan dan karenah manusia.

Terkini: Lesen Reseller masih tinggal 14 kekosongan lagi. Siapa cepat dia dapat. Layari http://bloggingsteps.com/kit untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

59 thoughts on “Kisah 4 Orang Usahawan Internet Yang GAGAL

  1. Baik post ni. Banyak pengajarannya. Ingatkan perniagaan sebenar je ada orang dengki-dengki nie.. Perniagaan internet pun ada juga yer.. Kena persiapkan diri ni πŸ™‚ . Ntah la saya masuk kat kategori mana nanti.. Harap-harap yang ok la πŸ™‚ .

    1. rasa dengki biasalah tu dalam apa-apa perniagaan. bersaing dengan cara yang tak berapa sihat. kalo dengki sambil memajukan antara satu sama lain okeh jugak… sama-sama beruntung…

  2. kisah yg baik utuk dijadikan pengajaran. semoga Allah terus redhai saya dan semangat saya terus kekal. tak dinafikan memang susah nak kekalkan semangat tapi, hendak seribu daya tak nak seribu dalih kan…

  3. Encik zul, bila saya boleh call encik zul? dah lama saya cuba call, dah lama saya hantar sms tapi tak balas , kenapa? marah kat saya ker?

    Saya nak tahu sapa orang nya kat atas tu (saya ker?)

  4. adesh… terkena tempias jugak nampaknya…

    satu pengajaran yang cukup baik, terkadang kita terlupa dan dah tentu kena diperingatkan kembali akan tujuan sebenar nak berniaga melalui internet. segala cabara pun bukan kepalang yang mendatang…

    memang tidak semudah yang disangkakan…

    jika setakat nak kejar duit beribu dengan hanya mendengar khabar saje… alamatnya lingkup tengah jalan. kalu bengkit kembali tak mengapa… kalu berundur tak kembali? pilu rasa hati… wuhuuuuuuuuuuuuuuu sedihnya.

    banyak menda yang nak kena belajar lagi… kalu setakat ambik maklumat dalam internet semata-mata memang tak berbaloi… betul ker apa yang kita buat. kena ke tidak dengan cara yang sebenarnya…

    hehe… macam biasa ler… tak semua orang boleh tahan dengan segala ujian yang melanda samada ebiz atau bisness biasa. macam-macam citer yang kita boleh dengar. jatuh bangun mereka yang bergiat dalam bisness…

    cabarannya cukup mencabar minda kepala batas … hehhe

  5. Cerita yang zul tulis nie memang memberikan kesan yang amat dalam.

    Saya sendiri pun pada satu2 masa akan rasa macam patah semangat.

  6. Saya hanya berkongsi cerita agar kita serius buat bisnes. Bukan sekadar ala kadar dan gitu2. Then, bila cubaan melanda, mulalah fade up dan putus asa.

    Sufian, lemah semangat tu perkara biasa, cuma kita kena control baik2 lah. Kalau tak, susah.

    En Abdullah, marah? Takder lah. Call, SMS? Hmm, maybe time tu saya sibuk atau terlepas pandang. Atau…. Salah number? πŸ˜‰ Satu lagi, 4 orang usahawan tu bukan encik. πŸ™‚

    Apapun, ambil mana yg baik. Nak mula ebiz tu mudah jer, tapi nak maintain dan menguruskannya, tak selalu senang.

  7. zul – asal kwsn mana? (regard : lihin8@yahoo.com), bukan apa, sekadar nak tau, entoh2 org seblah kg…hari tu time balik kg, ada org sebut nama zul kat kedai kopi, mungkin zul org kwsn ni kot ,atau zul dah mula` start gear`nak glamour…(smile)

    1. sapa tu yang sebut pasal zul ni…
      orang kelantan ke?
      wah zul dah glamour ooo…
      sampai kat luar pun ada orang sebut2 kan…hehe

      han

  8. Huhu, siapa la saya ni nak disebut2. Malah, kat atas dunia ni, bukan sy jer bernama ZuL. πŸ˜› Orang lain kott..

    Saya asal Kelantan, orang Machang. Alamat rumah rahsia. πŸ˜€

    Kalau yer saya pun, mungkin sebab kuasa Internet yg global ni.

    Apapun, saya tak hebat dan x suka sangat disebut-sebut. πŸ˜€

  9. kegagalan bukanlah satu benda yang tak elok, ada pepatah menyebut beri saya 10 orang yang sukakan kegagalan dan saya akan berikan 10 orang pemenang yang baik’ yang penting kita mampu bangkit dari kegagalan serta muhasabah diri untuk memeperbaiki diri sehingga mencapai kejayaan.

    anyway satu lagi hasil nukilan yang baik dari zul. πŸ˜€

  10. Thanx brader Zul atas ilmu yg dikongsi…bagus untuk newbies berfikir2 dan muhasabah tentang tujuan asal diorg masuk ebiz..termasuklah sy x smpai setahun buat ebiz…ingatkan mudah, semudah ABC…rupa2nya jerihnya sama payah mcm buat konvensional bisnes…

    1. takde beda yang mudah kotaro…
      macam masked rinder nama tu…hehe…
      nak senang kena tahu semua benda lah…baru boleh senang…

      han

  11. Zul, ramai yg aku lihat mencuba perniagaan internet ni secara terburu2 dan mereka fikir duit boleh dibuat sekelip mata. Masalahnya site sudah up tapi basic internet transaction pun tak tahu.

    Aku setuju 100% dlm no. 5 tu, bekerja dlm pasukan. Pasukan penting utk mengimbangi kekurangan yg ada pada kita. Walau bagaimanapun spt dlm bisness, modal kena keluar sama2 in terms of RM. Kalau tak akan jadi rakan kongsi yg tidur dan akhirnya projek tak berjaya. Ahli2 pasukan tu mesti faham visi and misi projek tu, kalau tak lebih baik buat sorang2 kan πŸ˜›

    Pasal mentor tu betul, tapi ia hanya penting jika kita betul2 baru, tak tau apa2, zero.

    Tapi yg penting, buat. Kan?

    1. nampak senang nak buat website. dah siap website itu ini begitu begini takkan nak biarkan website begitu sahaja. banyak lagi menda yang perlu diuruskan dari awal hingga akhir perniagaan yang dijalankan…

      kerenah pelanggan satu hal. kita nak uruskan itu ini satu hal dan pelbagai macam hal yang bersimpang siur laaa…

      1. buat website senang je…
        nak urus tu yang susah sikit tu…
        nak kena update la…
        letak apa yang patut…
        buang apa yang tak patut…

        han

  12. Itulah yg dikatakan harga yg perlu dibayar jika kita ingin menceburkan diri dalam dunia usahawan internet..walau apa pun itu adalah perkara2 kes yg perlu diambil iktibar dan walaupun ada sesetengah yg agak remeh2 tp kita perlu igt bahawa perkara2 yg sekecil itu lah yg biasa kita abaikan dan yg penting segala dugaan itu adalh perlu kita hadapi dimana diluar jangkaan kita…tiada masalh yg tidak dpt diselesaikan cuma antar kita punyai semangat yg tinggi atau mudah putus asa shj yg menentukan sejauh mana kita berada sehingga ke tahap ini.

  13. Hi Zul..

    Berinformasi apa yang awak tulis ni ,seakan surat cinta pun ada..mencari keikhlasan hati yang hilang.

    Berikut my pendapat..je.
    “Apa yang laling dapat belajar disini ialah kita tak boleh bullduzz untuk archive dalam masa singkat,kena ada ilmu dan usaha berterusan..Dimalaysia ni usahawan internet belum BOOM lagi..kena ambil peluang sebagai pioneer business camni,”
    2.Downloading items senang sikit nak jual kat internet ni rather than ada product bagus send melalui Post..maybe TV3 dan RTM kena activatekan masyarakat kebolehpercaya membeli barang diinternet.
    3.Malaysian usahawan jugak kena setup e-gold dan online bank payment as processor pembayaran utama selain dari paypal for oversea customer.kat diorangnya website.Wujudkan keseragaman.

    Terima kasih kongsi pengalaman anda disini zul..Have a nice day !!

  14. O….i pun ngaji dok Hamzah
    lps ngaji lepok kat cafe bas stesen :mrgreen:
    xjumpe contact form……….. πŸ™„
    u contact aku lah

    dah letak email pada “Leave a comment”

  15. en zul terima kasih atas panduan en zul telah banyak saya baca newsletter dan ezine en zul..saya mempunyai masalah iaitu tiada rakan yang sudi ingin jadi rakan kongsi saya malah saya pernah diperli…

    1. kena perli tu biasalah suhaimi…
      memang tak boleh lari dari dunia ni…
      kalau nak cari rakan kongsi pun, kena cari yang serius dan jujur…
      tu penting…!!
      kalau tak sampai sekerap jalan dia lari…
      tu kan jadi satu masalah…

      han

  16. Kerap juga saya membaca internet marketer mmg tidak perlukan mentor. Mmg betul tahap pemahaman adalah lain2. Jika sudah jumpa, BAGAIMANA bukan masalah besar. Tetapi ilmu tentang APA yang perlu dicari adalah yang paling penting. Jika mentor tidak memberitahu tentang text-link-ads (contoh), newbies hanya akan ‘terserempak’ sooner or later dan tiada guidance untuk join atau tidak. Jadi, mentor amat perlu untuk newbies. Saya sendiri menghabiskan masa setahun, huhu..

    p/s: Tidak hairan kursus internet mmg mahal sikit dari kursus lainnya, tetapi percayalah ia mmg berbaloi. πŸ™‚

    1. mana ada mahal affuan…
      bukan mahal tapi banyak duit kena keluarkan sebab nilai nya tinggi…
      kalau pergi bengkel memang sangat berbaloi walaupun harga nya tinggi sebab nilai nya pun tinggi…
      so tak rugi kalau kita pergi untuk dapat hasil yang lebih baik…

      han

      1. kursus yang bernilai tinggi dan berkualiti memanglah berbaloi jika nak dibandingkan dengan susah payah yang telah dilalui oleh mereka sebelum ini… dan kita semestinya dah ada shortcute yang boleh kita contohi… mudah dan senang… ikut jejak langkah mereka yang telah berjaya…

  17. Salam

    Sana nak tuju pada Jebat …. Saya harap si jebat bukan Jebat69 kad on line Radio KL FM dan era sebba kad situ dia memang terror pasal perisisan PC dan suka kutuk org Msiaaa …

    Minata maaf yeee Jebat hope jangan org yg serupa .

  18. Nano, tu Jebat lain. hehe.. Bab kutuk mengutuk orang lain ni mmg tak patutlah. Kalau tak setuju dgn orang lain, saya rasa baik diam dari mengutuk. Lastly kita juga yg akan dikutuk selain dapat DOSA. πŸ˜‰

  19. Pingback: Money Talks - it’s not everything, but everything is money » Apa yang kita boleh belajar dari kisah 4 orang usahawan Internet Malaysia yang gagal
  20. assalamualaikum,
    nampaknya bagus apa yang En Zul tulis tu, kak badar baru nak belajar.
    so…, banyak lah yang belum difahami…

    terima kasih kerana beri peringatan….

  21. Selamat datang kak badar ke blog ini.

    Jangan jadikan kegagalan sebagai suatu yang negatif. Di sebalik kegagalan itu, begitu banyak yg boleh kita pelajari! Apabila jatuh, bangkitlah kembali! πŸ™‚

    – zul

  22. salam, saya org baru dlm dunia ebiz ni…artikel yg bro tulis ni cam kena seketul-seketul kat kepala saya, memberi inspirasi kpda saya supaya x putus asa. tq bro. saya add link bro kat saya nyer blog.@smartzul –

    Selamat datang kak badar ke blog ini.

    Jangan jadikan kegagalan sebagai suatu yang negatif. Di sebalik kegagalan itu, begitu banyak yg boleh kita pelajari! Apabila jatuh, bangkitlah kembali! πŸ™‚

    – zul

  23. belajar dari pengalaman dan bangkit kembali dengan jayanya. sekiranya berputus asa dah tentu kita takkan dapat apa yang kita inginkan terutama yang berkaitan dengan internet… kita nampak peluang namun orang lain tak nampak potensinya maka akan berlakulah konflik antara satu sama lain… fikiran kita akan berkecamuk menerima hentaman demi hentaman…

    takkan nak tunggu merce mata belalng baru nak sokong. berjaya atau tidak sama je… kena kutuk jugak. berjayapun orang susah hati , tak berjaya lagi susah hati dibuatnya…

    1. tak sama abdfatah…
      berjaya dengan tidak berjaya memang tidak sama sama sekali…
      sangat berbeza tu…
      walau kita nampak ia sama tapi kenyataan nya ia tidak sama…

      kalau berjaya susah hati dengan orang mengutuk…(tak payah layan tak sakit lah hati tu)
      kalau tak berjaya, susah hati sebab kita takde apa2…

      jadi mana lebih baik?
      berjaya ke tak berjaya?
      mestilah berjaya bukan?

      han

      1. Betul kata abdfatah tu han,
        mana nak sama berjaya dengan tidak berjaya tu..awak kena lah pandai bezakan apa makna berjaya dengan tak berjaya ye han..apa pun kita janganlah ambil hati sangat dengan kata orang bila kita berjaya ye han..semoga tabah ye!

  24. Salam Hormat Semua,
    Kejayaan dan kegagalan kadang2 datang bersama….
    kekadang kegagalan datang dulu… JANGAN PUTUS ASA cuba lagi..
    Kekadang kejayaan sampai dulu … JANGAN RIAK & BANGGA DIRI ,Allah nak menduga “siapa kamu”

    Tapi bagi saya biar kegagalan datang dulu ,senang kita merancang dan merasai kemanisan kejayaan…

    YA TAK ?

    1. biasanya kegagalan datang dulu isman…
      memang baik kalau kegagalan datang dulu…
      tapi lagi baik rancang semua dengan betul dan jangan biar kegagalan tu datang mencari kita…
      biar kita mencara kerjayaa…

      han

      1. Betul kata isman tu han,
        Memang baik kalau kegagalan datang dulu dalam usaha kita menjadi usahawan yang berjaya. Yang penting kita jangan mudah patah semangat dan terus berusaha sehingga berjaya. Saya doakan semoga awak berjaya ye han!

  25. kita boleh belajar dari kesilapan orang lain dan juga kesilapan kita sendiri dalam usaha berdepan dengan apa jua cabaran dunia perniagaan. begitulah kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada dogaan di dunia ini…

    cabaran itu adalah pengalaman yang sungguh bermakna…

    1. dugaan pun banyak dalam usaha kita tu…
      kadang2 menyeksakan…
      nak belajar dari kesipan orang tu kena tengok juga kesilapan yang mcm mana…

      han

      1. Iyelah han, awak kenalah tengok kesipan diri sendiri juga. Bak kata orang jaga tepi kain sendiri dulu la ye han..hehehe..
        apa pun saya doakan awak berjaya ye han!

  26. Salam abang zul, saya amat tertarik sekali bila membaca kisah kegagalan 4 usahawan ebiz ini. Terima kasih kerana usaha abang zul ini dapat memberi manfaat yang berguna buat mereka yang baru ingin menceburi ebiz seperti saya ini. Soalan saya adalah, bila agaknya abang zul dapat mengebookkan kisah kisah kejayaan dan kegagalan usahawan ebiz kerana yang ada dipasaran sekarang hanyalah dalam bahasa inggeris. Saya amat menanti kemunculan ebook tersebut dari abang zul. Terima kasih abang zul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *