Keuntungan Vs Kredibiliti : Teori Kredibiliti SmartZul
Untung dulu atau kredibiliti dulu?
Masing-masing usahawan ada prinsip tersendiri mengenai persoalan ini. Tapi pada kali ini, saya mahu buktikan bahawa kredibiliti adalah lebih utama daripada keuntungan melalui “Teori Graf SmartZul” ini:

*Nilai yang mendatar adalah kredibiliti dan nilai menegak ialah keuntungan.
Cuba anda perhatikan garisan (1). Ia bermaksud, semakin hari, minggu, bulan dan tahun, kredibiliti semakin meningkat. Tetapi keuntungan tidak besar. Usaha utama yang dilakukan dalam tempoh ini ialah pembinaan jenama dan kredibiliti.
Sebaik sahaja usahawan tersebut mempunyai kredibiliti (dikenali dan dipercayai), maka dengan mudah graf keuntungan dapat ditingkatkan dengan begitu mudah. Perhatikan garisan (2), (3) dan (4), iaitu keuntungan semakin meningkat.
Maksudnya di sini, akibat daripada kredibiliti usahawan tersebut, maka tidak menjadi masalah untuk beliau mendapat keuntungan tinggi bagi sesuatu jualan produk.
Kes Studi
Untuk membuktikan teori ini betul, maka saya jadikan diri saya sendiri sebagai contoh.
Sejak tahun 2005 (pertengahan), saya mula berblog dan mengaktifkan diri di dalam membantu orang lain membina dan melakukan Ebiz. Saya banyak memberikan material percuma terutamanya Ebook.
Perniagaan Internet utama saya pada tahun 2005 dan 2006 ialah web design dan beberapa servis yang lain seperti pemasangan sistem Affiliate. Saya juga ada menjual CD perisian (Linux).
Saya meneruskan ‘amalan’ memberikan ebook percuma terutama pada tahun 2006 sehinggakan ada orang yang ‘mengeluh’, “Bila la Zul nak keluarkan Ebook berbayar? Kami ada duit nak bayar Zul”.
Malah sahabat saya di Penang ‘kagum’ apabila kawan dia memuji-muji saya sebab saya banyak berkongsikan ilmu. Dia kagum sebab dia adalah sahabat serumah dan sekuliah dengan saya.
Selain saya menulis di blog dan aktif di forum, saya juga membina LIST saya sendiri. Dengan list itu, saya tidak promosikan produk sangat, tapi saya banyak berkongsi berita dan khabar terutama mengenai perniagaan Internet.
Jadi, dengan memberikan ebook percuma, aktif di forum, menulis di blog dan menghubungi subscribers, maka sedikit demi sedikit ‘graf’ kredibiliti saya bertambah.
Saya lakukan perkara ini sehinggalah saya mengeluarkan produk saya yang pertama iaitu Pakej Kit Blogger (November 2006). Dan hasil dalam minggu pertama adalah dalam 4 angka tanpa menggunakan rakan JV atau program affiliate. Promosi produk ini lebih bergantung harap kepada kredibiliti yang saya ada. Teknik promosi produk ini yang saya gunakan ialah blog, List dan forum.
Pengorbanan Tenaga, Masa dan Kos..
Untuk membina kredibiliti, ia bukan satu proses sehari dua. Ramai yang mahu dikenali dan dipercayai, tapi mereka mahu memilikinya dalam tempoh yang singkat. Jika inilah mentalitinya, ketahuilah impian tersebut tak akan tercapai dalam masa yang cepat dan sekelip mata.
Anda memerlukan pengorbanan tenaga, kos dan juga ruang masa untuk membina kredibiliti. Kaedah Show Up yang Irfan Khairi nyatakan di blognya, ia adalah juga satu teknik membina kredibiliti.
Saya masih ingat seminar Ebiz pertama yang saya sertai iaitu Seminar SaifulSham.com. Kemudian saya pergi pula ke seminar Osman Affan. Kemudian pada tahun lepas, saya pergi pula ke WIS Singapore. Selagi diri kita begitu “happening”, selagi itu nama kita akan semakin dikenali orang.
Jadi, kalau ada seminar, bengkel, program atau sebagainya, sertailah. Jangan kedekut untuk keluarkan duit. Penyertaan anda itu adalah satu Marketing juga sebenarnya selain berpeluang menuntut ilmu.
Anda perlu tahu, pemasaran perniagaan bukan hanya dalam bentuk iklan semata-mata. Salah satu komponen lain dalam pemasaran ialah publisiti dan jenama.
Bina jenama atau keunikan anda sendiri dan dapatkan publisiti secara meluas. Jika ada peluang ditemu-ramah oleh media, rebut peluang itu. Jika diberi peluang menjadi penulis jemputan di majalah, ambil peluang itu. Ia adalah publisiti percuma untuk anda yang bernilai beribu-ribu ringgit.
Ada Susah, Ada Senang…
Nak mencapai sesuatu perkara, kena tengok apa jenis perkara tersebut. Kalau ia mudah, maka mudahlah nak capai. Tapi kalau perlukan masa dan usaha, maka kenalah bersusah-payah sikit.
Jadi, ada perkara yang mudah nak dapat dan ada yang susah. Dan yang susah itulah ramai yang malas berusaha. Nak cepat dan nak sekelip mata. Akhirnya, tak dapat apa-apa.
Sebab tu orang berjaya asyik cakap benda yang sama. Bersabar, jangan putus-asa, berfikiran positif, kena ada matlamat, berperancangan, yakin, berani dan sebagainya. Boleh dikatakan semua buku motivasi cakap benda yang sama. Agaknya kenapa?
Sebab hanya itulah punca utama untuk manusia berjaya. Biarlah secanggih mana komputer, selaju mana Internet, sehebat mana perisian, tapi kalau malas berusaha, tak guna semua tu. Jadi sebab itu kita memerlukan sifat dan sikap yang baik-baik.
Jadi jangan anggap remeh dengan pesanan orang-orang berjaya. Jangan mencemuh mereka yang bercakap benda yang sama. Yang dicemuh itu adalah ilmu. Sebab tu ramai yang susah nak berjaya sebab mereka mencemuh ilmu. Mereka tak sedar kesilapan mereka tersebut..
Kononnya mereka nak tahu benda yang lain dari yang lain. Ilmu yang sama dipinggir-pinggirkan. Inilah manusia yang ego di dalam berilmu. Orang seperti ini tak akan sampai ke mana-mana melainkan tetap berpusing di bulatan yang sama. Disangkakan telah berjalan jauh, tapi tetap melalui titik yang sama.
Kesimpulan Teori
Secara mudah, misi membina kredibiliti untuk diri saya telah berjaya walau belum sepenuhnya. Salah satu buktinya, ramai yang menaip perkataan smartusaha dan smartzul di enjin carian untuk mendapatkan URL blog saya. Bagi saya, trafik unik yang berulang adalah lebih baik dan berguna walaupun sedikit daripada trafik datang dan pergi.
Sebab dengan trafik tetap dan berulang itulah yang akan menyebar-luaskan mengenai diri kita. Ini dipanggil sebagai Viral atau promosi mulut ke mulut. Seorang beritahu kepada 3 orang dan setiap 3 orang itu khabarkan kepada 2 orang. Akhirnya merebak dan merebak kepada jumlah yang lebih banyak.
Boleh dikatakan blog ini mempunyai pembaca yang tetap dan pada setiap masa, bilangannya terus bertambah. Salah satu punca ialah saya mendapat promosi percuma. Cuba baca potongan-potongan ayat berikut:

Sumber: http://ligakampung.com/blog/

Sumber: PortalJutawan.com


Sumber: http://www.mohdjohari.com

Sumber: http://adi.carameltoffee.net
Semuanya ditulis terus dari hati dan keikhlasan mereka tanpa diminta-minta oleh saya.
Banyak lagi kata-kata berbentuk pujian yang boleh saya letakkan di sini. Saya bukan berniat nak riak. Tapi saya mahu tunjukkan, dengan memberi sesuatu yang bernilai, orang akan sukakan kita dan seterusnya kredibiliti kita akan meningkat.
Selain memberi sesuatu dalam bentuk material, kejujuran kita juga menjadi salah satu faktor turun dan naik kredibiliti. Jadi pastikan anda jujur di dalam berniaga. Sekali orang tahu anda menipu, ‘habislah runtuh bangunan yang dibina’.
Satu lagi pesan saya, letakkan keikhlasan di nombor satu. Lain-lain perkara seperti populariti, terkenal, untung dan sebagainya akan menyusul dengan sendirinya. Semua perkara ini tidak perlu difikirkan sangat. Utamakan keikhlasan.
Akhir sekali, kalau saya buat duit banyak, maka ‘jangan salahkan’ saya. Saya telah berusaha siang dan malam untuk membina kredibiliti bagi diri saya dan untuk mencapai tahap yang saya kecapi sekarang. Jadi saya berhak mencapai kejayaan sebab saya berusaha apa yang patut.
Anda pula bagaimana? Rela berusaha dan berkorban tanpa rasa bosan?
Ada lagi beberapa teknik rahsia untuk membina kredibiliti. Tapi saya simpan dulu. Saya kongsi sikit-sikit. Ilmu ni, lebih bagus kita ajar sikit-sikit. Bahkan itu adalah amalan Rasulullah (baginda tak mengajar Agama pada setiap hari). Sebab? Tak guna banyak ilmu tapi tak diamalkan. Kualiti lebih utama dari kuantiti…
Wassalam.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







Pergh ingat backlink tentang apa tadi….
Menakutkan plak sebab ada tulis sumber : http://www.ligakampung.com/blog
tips yang baik….hmmm….sememangnya kredibiliti adalah perkara terpenting dalam perniagaan baik dari segi offline ataupun online. Ia nya kriteria yang amat berat terutamanya dalam mempromosikan jenama anda.
Kita boleh lihat contoh Donald Trump di mana beliau mempromosikan jenama atas nama beliau sendiri. Ramai yang menjadi pelanggan setia beliau walaupun harga berjuta juta sebab kredibiliti dipercayai.
P/S : Newbie boleh juga menjual produk MRR yang dipercayai dan mempunyai kredibilit yang bagus serta berkualiti
Memang tak boleh disangkal krebiliti adalah faktor terpenting untuk berjaya sebab perniagaan internet orang tak kenal kita. Mereka hanya mengetahui nickname kita sahaja. Jika jual barang secara direct selling kita boleh jumpa orang tersebut. Lihat atas ke bawah, boleh percaya ke…Internet memang perlu masa sebab orang tak berjumpa dan kenal kita. Terima kasih Smartzul berkongsi ilmu dari pengalamannya sendiri. Yang penting kita jadikan ia sebagai satu motivasi diri untuk maju kehdapan lagi.
krebiliti zul dah semakin tinggi sekarang ni…
nak jual pa pun mudah…kacang je…semua orang dah percaya kat zul dah…
memang tak boleh lari lagi…
krebiliti memang sgt penting dlm perniagaan…
biasanya keuntungan akan menyusul bila krebiliti dah ada…
han
Wah…dah ada teori graf Smartzul plak..hehe. Bijak2..Ummm, mmg kredebiliti itu suatu yg bagus dalam membentuk trademark.
Lagi satu, kredibiliti yg ada haruslah di jaga. Jangan biarkan ianya jatuh disebabkan sedikit kesilapan..mmg byk berlaku kes di mana, bertahun-tahun membina kredibiliti, tapi musnah dalam masa sehari. Mungkin tiba2 produk baru tidak bagus, mungkin sikap tiba2 jadi emo. Kita sebagai manusia mmg xleh lari drpd perkara ni. Sebab tu lah selalu kena beringat dan berjaga-jaga.
Salam..
Saya rasa, inilah artikel zul yang paling menarik saya baca. Zul sudah buktikan!! Tahniah bro…Saya mmg follow blog zul dari dulu lg..memang saya nampak zul bermula dari tak dikenali sehingga sekarang sudah pun dikenali..
Dan satu lagi, zul saya tengok matang dalam penulisan dan tindakan..zul nampak tegas..tapi tegas yang membina..zul takkan cakap kalau zul tak buat lagi kan?
Saya yakin zul boleh pergi jauh..zul sudah ada kredebiliti…saya tengah tunggu satu projek zul yang meletup nanti..hehehehe…contoh..bengkel ebiz..
Betul kata orang..ilmu kalau kita kongsi, kita akan dapat manfaatnya…inilah yang zul dapat hasil sikap sudi berkongsi ilmu2 yang berguna..
wassalam
Mazlie Nadzri
salam zul..
terkejut jugak td dpt trackback drp zul. igtkan psl apa
sy sokong dgn zul tentang bina kredibiliti dulu sblm keuntungan.
lg2 dlm blogging..bkn semata2 nak cari keuntungan. tp nak cari kepuasan berkomunikasi dgn org lain, juga nak kongsi ilmu dgn ikhlas. keuntungan akan dtg kemudian.
Assalamualaikum Zul dan semua pembaca blog Zul…
Blog zul merupakan antara blog pertama yang saya jumpa dan baca waktu saya mula berjinak-jinak dgn dunia perniagaan online. yang saya ingat dulu Zul guna blog percuma. Kalau tak silap saya blogspot. ( Maaf Zul..kalau saya silap)
Jadi tak hairanlah Zul merupakan antara perintis kepada blog ebiz. Zul memberi banyak info kepada usahawan internet terutamanya newbie.
Terujanya saya pada Zul sehingga saya berhasrat untuk berjumpa dgn Zul. Nak ke bengkel Zul, tak dapat pergi sbb kesuntukan masa. Tapi dapatla jugak jumpa Zul di Komtar JB. TQ Zul sbb buat mini gathering.
Apa-apa pun..goodluck.. Semoga Zul terus maju..
P/S : Doakan kami yang newbie ni berjaya.
Ni URL blog saya dulu. Masih ada lagi:
http://smartbiz.tblog.com/
Boleh baca pengalaman saya start ebiz. Masa tu, masih biasa-biasa lagi dan mencari tapak.
Post pertama bertarikh 25/07/2005.
Daripada kejayaan Zul setakat ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa Zul telah banyak melaburkan wang, usaha, tenaga, masa dan komitmen dalam kerjaya Zul.
Kalau Zul beritahu saya bahawa semua ini berlaku dalam sehari dua, saya mesti katakan bahawa Zul berbohong.
Yup, bukan sehari dua Raymond. Dari berjalan kaki, naik basikal, berkejar sana sini, trial & error, fuhh, banyak jugak kenangan tu.
Saya masih ingat satu ketika, saya berkejar dengan basikal untuk pergi berikan satu ceramah. Masa tu kat kampus lagi. Benda ni saya tak kongsi dengan saper2, hanya saya yang tahu.
Salah satu usaha saya ialah menulis blog tanpa henti dan hasilnya dah dapat sekarang. Raymond pasti tahu sebab Raymond pun ada blog yang berjaya kan? Kejayaan sebuah blog bergantung kepada kesungguhan blogger tersebut.
Baguslah kalau ada banyak kenangan.
Bila berjaya nanti, bolehlah terbitkan buku biografi Zul.
Saya agak lambat masuk dalam bidang ini berbanding dengan Zul.
Saya mulakan perniagaan internet saya pada akhir tahun 2006 (boleh kira 2007 lah). Itulah masa saya kenal Stephen Pierce dan join coaching programnya.
Masa tu belum tahu ape tu HTML, domain dan hosting.
Tapi tak lah sampai berbasikal dan kejar sana sini.
Saya setuju 200% kata-kata Zul terutama “…letakkan keikhlasan di nombor satu. Lain-lain perkara seperti populariti, terkenal, untung dan sebagainya akan menyusul dengan sendirinya. Semua perkara ini tidak perlu difikirkan sangat. Utamakan keikhlasan…”
Sekarang orang buat sesuatu sbb utamanya duit atau populariti. Nak jadi jutawan muda tapi xmau berusaha (kebanyakan orang)
…Tanpa pengorbanan xkan ada kejayaan. Tanpa kredibiliti xkan ada keuntungan.
Jd mai sama2 set minda kita buat sesuatu kerana keikhlasan bukannya kerana tamak haloba dan populariti…orang yang iklas biasanya akan sentiasa disebut-sebut kerana keikhlasannya. Contoh terbaik kisah Rasulullah SWT berniaga time kecik-kecik dlu. Sehingga dipanggil Al-Amiin (jujur)… Jdkan kisah Nabi kita sebagai panduan dalam berniaga dan insya Allah anda akan mendapat sesuatu yg bermanafaat.
Kelebihan ikhlas ni, kalau kita gagal, kita tak kecewa. Dan kalau kita berjaya, kita gembira. Dan masa buat kerja, kita tak rasa kita terpaksa. Ketenangan..
(salam) buat smartzul dan komentars
satu graf yang bagus. perkaitan x dan y yang boleh dipercayai dan tepat. maka tak hairanlah selepas ini, smartzul dapat melihat trend graf ini dari different perspective. mungkin anda boleh merujuk kepada pakar statistik.
Jika anda rajinkan diri, ada satu teori yang dipanggil Tobin’s Q, anda dapat melihat sejauhmana “value anda” pada customer…Insya’ Allah, saya yakin saudara dapat achieve segala yang anda mahukan sekarang.
memang macam itulah. untuk membina kredibiliti, ia tak dapat dicapai dengan cara mudah, perlu usaha, motivasi tinggi, sanggup berkorban (belajar) dan ikhlas.
salam kejayaan dari saya
Err, statistik? Boleh je kalau nak buktikan dari segi pengiraan matematik.
Cuma pada graf tu saya hanya nak tunjuk macam mana dengan adanya kredibiliti, kita buat jana keuntungan.
Ye lah. Membina kredibiliti amat penting….
Kalau orang tak kenal siapa nak lawat blog kita kan..
Tengok cam blog ahli politik.. Keluar suratkhabar dapat komen beratus2… Sedangkan baru je 2-3 hari berblog, sedangkan kita yang kecil ni dah dekat setahun berblog nak dapat 20 komen sehari kat blog pun susah… Tapi semua tu dugaan.. He he he… Ingat dulu masa mula2 berblog Zul antara pengkomen awal…. Walau apa pun masing2 punya rezeki… Insyaallah walaupun si Zool ni masih kecil ( perut je besar) namun keyakinan untuk mendapat pendapatan di internet masih terbuka..