Lipat Gandakan Keuntungan Ebook : Teknik Ke-2

Semalam, saya telah kongsikan satu teknik yang saya sendiri telah melakukannya. Ebook yang berharga RM30.00, anda boleh menaikkan harganya kepada RM45.00 atau lebih lagi dengan menjadikan Ebook anda kepada versi cetakan yang terhad. Jika kena caranya, anda akan mendapat peningkatan dalam keuntunggan sekitar 5 hingga 10%.

Pada kali ini, saya akan kongsikan satu lagi teknik atau strategi bagaimana anda boleh melipat-gandakan keuntungan Ebook anda sekurang-kurangya dua kali ganda daripada harga biasa! Cakap sahaja berapa peratus keuntungan tambahan yang anda mahukan, anda boleh melakukannya.

Jika Ebook anda berharga RM30.00, maka anda akan menjual dengan harga RM60.00. Jika katakan keuntungan jualan biasa bagi Ebook anda adalah RM25.00 (Ebook tidak ada kos yang besar sangat), maka anda telah untung RM55.00 jika menggandakan harga kepada RM60.00!

Harga itu tidak akan dipersoalkan jika anda tahu cara melakukannya. Tanpa menambah apa-apa produk lain, anda mendapat keuntungan yang berganda dengan menjual produk yang sama sahaja… Pelik? Tak percaya? Bagaimana? Teruskan membaca….

Teknik Terbukti: Tawarkan Resale Rights (RR) atau Master Resale Rights (MRR)

Saya telah melakukan teknik ini kepada Pakej Kit Blogger saya sendiri. Dengan harga RM137.00 untuk lesen Resale Rights dan dibuka kepada hanya 100 orang sahaja, ia telah SOLD OUT dalam masa lebih kurang dua bulan sahaja…

Saya tidak akan memberikan bagaimana cara melakukan RR atau MRR, kerana anda boleh belajar dan mengkajinya sendiri. Cuma secara asas adalah:

Perkara 1: Anda mesti mengawal Reseller yang membeli produk anda. Senaraikan syarat-syarat yang perlu mereka patuhi agar pasaran bagi produk tidak rosak, tepu dan tidak berlakunya persaingan yang tidak sihat di antara Reseller yang lain.

Perkara 2: Tetapkan harga minima yang perlu mereka (reseller) letak. Ini adalah wajib. Jika tidak, lihatlah suatu hari nanti produk anda akan dijual dengan harga 1 sen sahaja. Begitu teruknya produk anda, nilainya hanya 1 sen?? Jika mahu, anda juga boleh meletakkan syarat semua Reseller meletakkan harga yang sama sahaja. Jika anda tetapkan RM45.00, maka semua Reseller WAJIB menjual produk anda dengan harga tersebut, tidak boleh kurang atau lebih.

Bagaimana Meletak Harga Bagi LESEN RR atau MRR?

Saya gunakan cara atau formula yang digunapakai oleh usahawan Internet yang lain di dunia ini. Caranya adalah, harga bagi RR dan MRR adalah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada harga jualan biasa.

Jika harga normal adalah RM30.00, maka harga untuk Resale Rights adalah RM60.00. Itu hanya perkiraan atau panduan sahaja. Tidak semestinya betul-betul darab dengan dua. Tapi mungkin RM45.00 dan sebagainya. Poin-nya adalah, harga untuk versi RR mesti lebih tinggi daripada harga biasa.

Mengapa perlu lebih tinggi?

Anda sebenarnya ‘menjual’ lesen atau hak jualan kepada orang lain. BUKAN menjual produk tersebut dan hak 100% kepada mereka. Mereka hanya ada hak untuk menjual sahaja, TETAPI tidak ada hak untuk buat itu dan ini sesuka hati tanpa pengetahuan anda, lagi-lagi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Harga perlu tinggi daripada biasa kerana anda telah memberikan peluang perniagaan kepada mereka (Reseller). Keuntungan yang akan mereka dapat adalah 100% dengan begitu mudah tanpa perlu mereka membuat produk sendiri. Maka wajarlah anda mendapat bayaran yang lebih di sini kerana anda telah membantu mereka mendapatkan peluang perniagaan tanpa perlu bersusah payah.

Selain itu, grafik, laman web jualan produk dan ‘Sales Letter’ juga diberikan kepada mereka tanpa perlu mereka membuatnya sendiri atau mengeluarkan kos untuk mengupah designer (kosnya mencecah ratusan RM). Malah, anda juga perlu meluangkan masa untuk memberikan ‘support‘ kepada Reseller dan ini perlu dikira sebagai kos untuk anda juga. Lainlah jika anda ada banyak masa free untuk berkhidmat kepada orang lain… Itu lain ceritalah. Tapi kita ni berniaga, kurangkan memberi benda percuma.

Apabila kita bercakap mengenai perniagaan, biasanya segala aspek ada kos yang tersendiri. Kalau semuanya percuma, bagaimana perniagaan mahu berkembang? Kalau asyik membantu orang secara percuma sehingga perniagaan terjejas, bagaimana dengan hidup anda?

Kesimpulan mengenai harga berdasarkan beberapa fakta di atas, gandakan harga Ebook anda kepada dua kali ganda atau lebih. Tidak perlu bersoal banyak dalam hal ini kerana jika bakal Reseller berminat dan serius, mereka akan mendapatkannya. Jika mereka tidak mampu atau tidak mahu, iaitu bukan masalah anda. Mereka perlu berusaha untuk membayar harga tersebut jika mereka serius.

Syarat Untuk Ebook versi RR atau MRR Laku

Ebook yang saya maksudkan di sini adalah Ebook yang anda hasilkan sendiri. Untuk memastikan ramai yang berminat mendapatkan Ebook versi RR atau MRR anda:

Tip 1: Produk anda mesti HOT. Ia dikeluarkan oleh anda sendiri. Tidak ada di mana-mana melainkan daripada anda. Lagi-lagi ia masih baru di pasaran…

Tip 2: Terhadkan pemberian lesen RR atau MRR. Mungkin kepada sekian sekian bilangan sahaja. Contohnya, ia hanya ditawarkan kepada 25 atau 50 atau 100 orang sahaja… Sekali lagi, tenik ‘urgency’ yang saya katakan semalam digunakan.

Tip 3: Senaraikan kelebihan-kelebihan produk anda itu. Contohnya, Ebook anda mempunyai pasaran yang besar dan akan terus ada permintaan dalam beberapa tahun akan datang. Buatkan bakal Reseller yakin dan berminat. Ini kerana, mereka hanya berminat dengan produk yang mempunyai pasaran yang menguntungkan dan jangka panjang sahaja. Mereka pun usahawan seperti anda juga, tahu menilai sesuatu dengan fakta, logik dan perkiraan tertentu.

Adalah lagi bagus jika anda menunjukkan bukti yang produk anda memang laku dan mendapat sambutan. Saya yakin, bakal Reseller akan berebut-rebut untuk mendapatkan hak jualan bagi Ebook anda.

Mengapa Perlu Terhad?

Untuk mengawal Reseller bagi produk anda, ia tidak semudah yang anda fikirkan. Sebagai seorang pemilik produk, anda mesti mengawal pergerakan dan kualiti produk anda agar ia tidak tersebar dengan cara yang salah (haram/illegal). Tidak semua Reseller akan mendengar cakap atau mengikut syarat-syarat yang anda berikan. Maka, sebab itulah anda perlu terhadkan bilangan Reseller agar anda mudah untuk mengawal selia.

Tips Penting:

Orang yang terbaik untuk menjadi Reseller bagi produk (Ebook) anda ialah:

1. Yang anda kenali seperti rakan forum dan sahabat terdekat. Pendek kata, mereka yang anda kenal. Kenapa? Sebab anda kenal hati budi mereka dan mereka tak akan menyusahkan anda kerana anda adalah sahabat mereka.

Berbeza menjual lesen RR atau MRR kepada yang tidak dikenali, anda akan mengambil masa untuk mengenali mereka, malah mungkin tak akan kenal mereka pun sampai bila-bila. Kesannya, anda mungkin tidak tahu apa yang telah mereka lakukan terhadap produk anda.

2. Mereka yang ada asas komputer dan Internet, tahu asas laman web, Hosting dan Domain. Sudah semestinya ada asas Ebiz juga. Jika anda mendapatkan Reseller yang tidak tahu apa-apa, mereka akan bertanya anda itu ini yang mana ia di luar skop tanggungjawab anda. Inilah dilemma kebanyakan usahawan Internet. Pembeli berlebih-lebih bertanya itu dan ini, padahal mereka sepatutnya berusaha sendiri atau mendapatkan produk yang lain.

Ingat, tanggungjawab anda secara asas adalah menyediakan peluang perniagaan sahaja iaitu produk. Bukan membantu Reseller itu dan ini sehingga masa dan perniagaan anda terjejas… Sebagai langkah awal, tetapkanlah polisi untuk Reseller bahawa anda tidak akan membantu dalam soal sekian dan sekian. Mereka perlu berusaha sendiri. Anda hanya akan support untuk beberapa aspek sahaja.

Resale Rights Vs Master Resale Rights

Jika anda belum mencuba cara sebegini, nasihat saya adalah, mulakan dengan Resale Rights dahulu dan terhadkan jumlah Reseller bagi Ebook anda itu. Belajar dan cuba terima pengalaman sendiri di dalam melakukan cara sebegini. Nampak memang mudah dan menguntungkan, tetap kawal selia untuk produk anda tidak semudah disangka apabila ia tersebar melalui tangan orang lain.

Mengapa tidak MRR untuk pertama kali? Satu, MRR lebih ‘advance’ dan lebih cepat tersebar. Kesannya, anda tidak menang tangan untuk mengawal selia produk anda. Ingat, jika produk anda amat berkualiti, maka jagalah dan kawallah pergerakan produk anda.

Mungkin pada pertama kali, terhadkan kepada beberapa orang Reseller sahaja untuk tujuan merasa dan belajar. Mungkin anda boleh menghubungi mereka yang anda kenali dan tawarkan mereka lesen RR atau MRR. Jangan jual lesen RR atau MRR kepada ramai sangat sehingga anda tidak menang tangan. Sekali lagi, utamakan mereka yang mempunyai asas IT dan perniagaan Internet.

Dari awal penulisan ini sehinggalah ke baris ini, segala idea dan teknik di atas, saya telah melakukannya. Sebahagian pengalaman dan apa yang perlu anda hindarkan, saya sudah melaluinya sendiri dan saya kongsikan di sini. Ia cuma perkongsian, tapi mungkin anda lagi berpengalaman.

Tepuk dada, tanya selera. Jika anda berminat untuk melipat-gandakan keuntungan bagi Ebook anda, maka lakukan cara ini yang mana anda mendapat dua kali atau lebih daripada keuntungan biasa.

Akhir kata, tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Belajarlah daripada pengalaman.

Salam bahagia dan jumpa lagi.

Yang ikhlas,

usahawan internet

==================
Catatan Singkat:

Diri saya kini semakin optimis dengan bidang produk digital! Saya teramat yakin bidang ini mempunyai pasaran yang tinggi pada masa kini dan lebih-lebih lagi di masa hadapan walaupun di pasaran Malaysia (apatah lagi di pasaran International).

Orang yang menolak produk digital sebenarnya tidak menyedari bahawa sebahagian hidup manusia kini dan pada masa hadapan bergelumang dengan dunia digital. Kewujudan gadget dan peralatan elektronik seperti mp3/mp4 player, Iphone, PDA, handphone yang semakin canggih dan segalanya, itu semua membuka pasaran yang besar untuk produk digital seperti Ebook, video dan juga audio. Maka, apakah gunanya teknologi itu jika tiada sesuatu untuk pengisiannya?

Manusia di zaman ini dan pada masa hadapan, tidak lagi mahu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat. Lihatlah sahaja sekarang, mereka rela membeli akhbar, majalah, buku, menghadap TV untuk menonton berita, melanggan saluran pendidikan dan ilmiah dan juga membeli CD/VCD/DVD. Ia cepat, mudah dan tersusun.

Manusia semakin bijak di dalam kehidupan seharian dan mereka semakin mampu untuk membeli sesuatu yang berguna untuk mereka! Pengurusan masa, kehidupan, kewangan dan sebagainya, mereka semakin tahu mengurusnya. Mereka mahu kurang menggunakan waktu, dan melebihkan masa bersama keluarga, bersantai dan fokus pada kerja yang utama.

Maka kita sebagai usahawan, penuhilah kehendak dan keperluan mereka itu. Senangkan hidup mereka dengan produk kita. Mereka sedia untuk membayar tanpa banyak persoalan! Janji keinginan mereka terpenuhi, mereka sanggup membayar berapa sahaja jumlahnya.

Manusia juga sedang menuju kepada hidup dan usaha yang kurang menggunakan kertas (paperless), sebaliknya bukan mahu ke belakang atau kekal di tampuk yang lama. Sekurang-kurangnya dengan wujudnya Ebook, ia membantu bumi ini terus subur tanpa banyaknya pokok yang perlu ditebang untuk menghasilkan kertas!

Jika sebelum ini saya banyak mengeluarkan produk digital (terutama Ebook) secara percuma, selepas ini lihatlah satu demi satu Ebook atau produk digital berbayar akan menyusul! Bukan hanya Ebook, tetapi pelbagai variasi produk digital seperti audio, video, sistem online, perisian dan apa sahaja yang berkaitan…

Saya mahu menjadi usahawan produk digital yang berjaya seperti Marlon Sanders, Jim Edwards, Jonathan Leger, Armand Morin, Cody Moya dan juga Mike Filsaime. Mana orang Melayu atau orang Islam atau orang Malaysia? Tak ramai… Maka marilah kita meramaikan.

Anda ingin bersama-sama dengan saya menjadi infopreneur? Mulakan langkah pertama anda dengan positifkan minda anda dahulu mengenai bidang ini!

Terima kasih kepada mentor saya [you’re great!] yang telah banyak memberikan semangat dan panduan. Walaupun ia hanya satu baris ayat, ia amat bermakna bagiku. Tak lupa juga sahabat se-usahawan yang memberikan idea, motivasi dan perkongsian yang begitu bernilai… You’re among the best my friends! Terima kasih sahabatku dunia dan akhirat.

Memang tidak lupa juga kepada sokongan pembaca setia blog ini dan juga para pelanggan yang memahami. I love you all! πŸ˜‰

Semoga Allah merahmati kebaikanmu semua…

Tanggal 1 September 2007 ini, SmartUsaha.com sudah berumur dua tahun!! Yang pasti, saya dan SmartUsaha.com akan terus ke depan, bukan ke belakang! InsyaAllah. KepadaNYA jua tempat kita berharap dan bermohon.

=================

PS. Projek Gelombang Pertama mungkin akan ‘ditutup’. Jadi, rebutlah peluang untuk mendownload ‘fresh items’ di sana selagi pintu terbuka luas…

http://malaysiasoho.com/usahawaninternet

PPS. Panduan Membina Blog Dot Com >> Klik di sini.

Berita: Program Affiliate Kit Blogger akan dibuka kembali dalam masa terdekat. Harap maklum.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Lipat Gandakan Keuntungan Ebook : Teknik Ke-2

  1. Tip yang menarik terima kasih. Pada saya jangan takut untuk bermula kerana takut jatuh…mula kalo terjatuh bangun semula. Jangan lari dari masaalag face it..insyaallah ad jalan untuk berjaya. Selamat Hari Jadi yang e 2

  2. Betul tu Zul,

    Seluruh dunia dah beralih kepada versi digital tetapi masih ramai yang tidak menyedarinya.

    Banyak lagi orang kat Malaysia ini yang tak tahu ape tu ebook. Generasi yang akan datang serta generasi muda akan menjadi medium untuk menggantikan cara pemikiran tradisional dengan pemikiran berasaskan digital.

  3. Alamak Zul curi tarikh saya lah !! hehehe… tarikh lahir saya bulan September.. jadi saya mulakan perniagaan internet secara rasmi bulan September juga. Senang la saya nak kira lepas ni, kalau Zul dah masuk 2 tahun saya dah nak masuk setahun la… hehe…

    Ebook dari luar negara banyak yang MRR, tetapi tidak di Malaysia. Untung kita berada di Malaysia sebab banyak benda yang tidak dimulakan lagi. Jadi, kita akan jadi yang terawal.. Kita kena ingat “yang terawal akan orang ingat”

  4. slmt pg zul,
    hari ni dan kemarin adalah tips yang menarik…
    untuk blog ni, happy birthday utk ke 2….

    rakan2,
    jom kita sama2 berjuang!!! sama2 kita jumpa di puncak kejayaan…
    merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!

    han

  5. Salam zul,

    Saya setuju dengan kenyataan menghadkan jumlah tawaran resell right atau master resell right apatah lagi di malaysia ni masih baru nak membangun industri ini. πŸ˜€

    Tawaran RR ini dapat memberi peluang pada rakan – rakan lain untuk buat bisnes. Dan memang benar, kalau nak beri lesen reseller ni, kena beri kepada mereka yang sudah mempunyai asas serta pemahaman berkaitan ebiz supaya mudah sedikit tugas kita.

    Masalah apabila berikan tawaran resell right kepada orang yang baru nak kenali dunia ebiz ini, kita kena beri tunjuk ajar serta sentiasa memerhatikan mereka sebab mereka tidak faham bagaimana untuk menjual, bagaimana nak setup web, bagaimana nak hantar produk. Agak merugikan kalau mereka tak menjual semula produk resell right tersebut. Harapan kita adalah supaya mereka dapat memulakan perniagaan dengan produk yang kita bekalkan.

    Apa – apa pun zul, selamat maju jaya dan melangkah lebih maju setapak demi setapak… πŸ™‚

    p.s – tahniah dan selamat ulang tahun smartusaha untuk 1 sept ini… Huhu.. tarikh ni plak adalah tarikh kenangan paling hampeh buat diri saya sampai sekarang… dah setahun berlalu.. sampai sekarang terasa lagi… hehe.. life must go on

  6. Tahniah Zul kerana blog ini dah masuk thn yg kedua. Kalau tak silap saya, saya mula mengikuti SmartUsaha ketika blog ini berusia 6 bulan. Tapi skrg dah jauh banyak berubah… Tak dapat dinafikan bahawa blog SmartUsaha inilah yg menjadi sumber inspirasi saya memulakan blog JimieRay.com yg sekarang ni baru berusia 8 bulan… Huuhuuu! mudo lagi… πŸ˜›

    Kalau Zul ada kat Penang bole gak ajak Zul potong kek b’day SmartUsaha kat ‘Line Clear’… ihikksss… πŸ˜†

  7. Ya.. betul tu Zul… saya sokong 120%. Dan TAHNIAH dengan blog yang semakin maju..

    Bro Jimiey…
    Nasi kandar line clear tu boleh potong kek ke? Nanti org beratur panjang plak nak makan kek..hehe..

  8. Banyak tips-tips yang Zul dah bagi nie. Ada antara tips Zul nie yang saya minat nak guna. Tapi nak kena rancang betul-betul. Ok lah ada banyak masa, sebab bulan depan internet market rasanya slow sikit sebab dah mood posa n raya πŸ˜€

    P/S: Jimie pasal potong kek.. boleh postpone ke lain masa tu. Rasanya sikit masa sampai juga kat penang. Betul x Zul?

  9. Thanks jimie. InsyaAllah, kita potong kek atas jambatan Pulau Pinang yer. Hehe.. πŸ˜‰

    Mat, amacam 1 Sept ni? Jadi tak? πŸ™‚

    Jebat, ya, insyaAllah, spt yg dirancangkan tempoh hari… πŸ™‚

    Thanks all!

  10. Zul, rasanya tak dapat ke JB lagi la 1 Sept ni kenduri Liayana. Kena keje..
    Nanti kalau Zul and the gang pegi, kim salam kat die yer..
    Nak share bagi present ape kat die..? πŸ™‚

    ~sorry lari topik.. zul kalau nak reply send ke email je la yer..

  11. Uikkk!…. Apa yang Jebat & bro SmartZul telah rancang ni??? 😯
    Saya tak tahu apa2 lagi nih…. πŸ™„

    Nak sambut merdeka kat Penang kerr…. πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜†
    Betul Mat… Klau ramai lg geng kita turun mau lg panjang beratur. πŸ˜›

  12. blog ini semakin maju…

    kemajuan yang cukup ketara dengan pelbagai info yang berguna kpd ramai orang. takleh dapat yang free kena bayar laa. takleh yang berbayar lagi atau tertangguh… carilah yang free buat sementara waktu dlam blog smartzul ini…

    1. blog zul ni memang semakin maju…
      mungkin tahu depan zul boleh capai matlamatnya…

      abdfatah,
      apa yang free?
      apa yang berbayar abdfatah?

      info ke apa?
      tak faham la pula…hehe…
      jangan marah ye…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *