Jangan Lakukan KESILAPAN Ini…

Sebagai seorang usahawan Internet, teknik JV atau bekerjasama dengan usahawan lain merupakan satu cara untuk mempromosi dan memasarkan produk. Namun…

Namun tidak ramai usahawan Internet tahu bagaimana untuk melakukan teknik yang ‘superb’ ini. Saya sendiri pun masih terus menerus belajar bagaimana untuk melakukan teknik ini terutama ‘skill’ mem-approach usahawan lain untuk menerima jemputan JV.

Salah satu kesilapan besar yang jika pada mata hanya nampak kecil dalam melakukan teknik ini tetapi besar kesannya ialah:

“Tidak menyatakan mengenai produk dan menerangkan mengenai rancangan JV dengan jelas”.

Mungkin anda pernah menerima Emel sebegini (termasuk saya) :

“Zul, nak buat JV dengan saya tak?”.

“Saya ada satu produk ni, kalau saudara setuju nak bekerjasama, balaslah Emel ni”.

Bentuk Emel yang lain pula ialah dua tiga kali menyatakan lebih kurang begini, “Saya ada produk nanti ni nak keluarkan. Harap Zul sudi nak bekerjasama”.

Saya, jika menerima Emel sebegini, saya tidak akan bertindak apa-apa, atau paling baik pun, saya akan lambat membalasnya. Paling teruk, saya akan delete.

Cara approach seperti yang saya contohkan di atas adalah silap. Ini kerana, jika anda menggunakan ayat sebegitu untuk menjemput mana-mana usahawan Internet bekerjasama dengan anda, biasanya jemputan anda tidak berjaya. Ia akan ditolak mentah-mentah oleh mereka. Lagi-lagi usahawan Internet yang sibuk.

Untuk bentuk Emel yang ketiga itu, anda tidak perlulah menghantar berkali-kali emel untuk menyatakan yang anda AKAN keluarkan produk. Ia tidak perlu. Siapkan produk anda dan juga lengkapkan rancangan Joint Venture anda. Kemudian, barulah hubungi mereka yang mahu anda jemput untuk bekerjasama dengan anda.

Kalau anda menghantar Emel berkali-kali kepada mereka sebelum produk siap, mereka akan berasa sedikit tidak selesa dengan anda, lagi-lagi baru kenal. Dan dari situ, mereka merasakan anda menghubungi mereka semata-mata mahu mendapatkan mereka sebagai rakan JV, bukan sebab mahu ‘berkenalan’.

Anda perlulah menyatakan dahulu siapa anda, apa produk anda dan jika boleh sertakan sekali produk anda untuk mereka melihatnya dahulu (tetapi Optional). Jangan sesekali merasakan rugi jika anda sertakan terus produk anda. Malah sebaliknya ia boleh meyakinkan mereka yang anda jemput tadi.

Dan lebih elok jika anda menyediakan satu proposal lengkap untuk rancanganJV anda. Apa, bagaimana, berapa dan sebagainya. Mesti ‘lengkap’. Berikan kepada mereka. Ingat, prinsip asas di dalam JV ialah jangan menyusahkan mereka (rakan JV).

Namun, aspek yang paling utama di sini yang mahu saya tekankan ialah anda mesti terangkan apakah produk anda di Emel yang awal. Ini adalah langkah pertama yang wajib. Silap praktiknya, habis. Jangan buat mereka (bakal rakan JV) tertanya-tanya, “apa produk dia ni?”. Saya banyak sangat menerima Emel yang ‘blank’ sebegini. Mereka hanya menyatakan “saya ada produk, kalau berminat balas Emel ini”.

Saya dan usahawan Internet lain TIADA MASA untuk membalas balik Emel sebegini kerana ia seolah-olah menyatakan anda tidak yakin dengan diri sendiri dan dengan produk anda. Inilah yang dikatakan oleh Cody Moya, “ayat anda dalam proses menjemput rakan JV mestilah ayat yang yakin dan direct to the point. Anda mesti konfiden!”.

Pastikan, jangan menghantar Emel yang mana ia akan ditolak mentah-mentah oleh bakal JV partner anda. Jadilah seorang usahawan Internet yang berilmu dan insyaAllah anda akan berjaya dalam usaha perniagaan.

Di lain masa nanti, saya akan kongsikan lagi tip-tip yang berkaitan dengan JV termasuk kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan.

ps. Jika anda mendapat jemputan JV yang baik, terimalah, jangan ego. Ramai yang menganggap teknik JV ini merugikan dan membazir masa. Tapi hakikatnya mereka tidak faham hakikat JV.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Jangan Lakukan KESILAPAN Ini…

  1. Assalamualaikum.. Zul..

    saya pun ade juga terima email kata nak JV, tapi tak sebut detailnya.. cuma cakap “bagus kalau buat JV dengan saudara”. Bila saya reply email bertanya tentang plan dsb, senyap pulak tak bersuara.. saya pun tak faham agaknya diorang ni main ‘tikam’ je kot istilah ni.

    Ada juga yang email saya kata ‘saya dah add link awak, harap boleh JV’. Eh! ini JV ke tukar link ni?

    Zul, nanti boleh tak beri satu contoh JV yang berjaya? Saya pun tengah cari idea lagi macam mana nak bagi Win Win situation… mungkin dengan contoh JV berjaya tu boleh memberi idea baru untuk saya & rakan-rakan lain…

  2. Contoh di atas memang melucukan. πŸ˜›

    Berikut adalah teknik yang saya melajar caripada Coaching Jo Han Mok. Beliau menyarankan supaya kita sediakan proposal yang baik dahulu. Kemudian, FedEx kan kepada bakal JV partner tersebut. ➑

    Konsepnya begini. Ramai orang yang sibuk dengan kehidupan harian dan menerima 200-500 emel setiap hari. Emel yang anda hantarkan mungkin akan dipadamkan sebelum penerima berpeluang membacanya. Lebih-lebih lagi, alamat emel anda kurang familiar bagi mereka dan biasanya diaorang ingat kita spam. 😯

    Tapi, berapakah kemungkinan seseorang itu akan membuangkan surat daripada FedEx tanpa baca? Menghantar proposal melalui FedEx dapat menonjolkan diri kita sebagai seorang yang profesional dan ikhlas dalam tujuan kita. Ia juga menunjukkan komitment. 😎

    Satu tip cukuplah.

    Disclaimer: Tip di atas amat berkesan dalam joint venture untuk negara orang putih. Saya tak pasti tentang keberkesanan teknik ini di Malaysia. Jadi, Gunakan atas risiko sendiri. πŸ˜€

  3. Rasa-rasanya masih belum ada lagi ebook yang ditulis mengenai JV ini di dalam Bahasa Malaysia. Apa kata Zul atau Raymond usahakannya ? Ini akan dapat membantu dan memberi panduan kepada usahawan internet Malaysia terutamanya para newbie untuk berurusniaga secara lebih profesional.

  4. uiks raymond..cantek care tu. tapi kalu dalam malaysia jer, boleh gak gunakan pos ekpress kan. dlm bungkusan tu, sertakan produk ( kalu ebook, burn dalam cd ), pastu ‘ kertas kerja’ lengkap dengan bagaimana, mengapa. sertakan skali contact phone, e-mail dan sebagainye. ni kes serius gile nak jv nih. mesti susah nak tolak nyer..

    camaner ? any comment 😯

  5. slmt mlm,
    raymond, power idea tu… mesti berjaya kalau guna cara raymond tu…
    hah… lain kali kalau nak buat JV, kenalah guna cara raymond ni…mesti berjaya punya…

    han

  6. JV dalam biz memang bagus sangat la. tp dalam online biz sy tatau lg mcmane. saya sekarang pun dalam perancangan nak JV dalam online biz sy kerana saya terlalu sibuk dengan biz offline. dan untuk permulaan mungkin saya akan JV dengan abg saya sendiri.

  7. JV? tak reti laa nak JV nih. buat masa nih tak ada produk atau perkhidmatan yang hendak di-JV-kan lagi. sekadar jenguk dan tengok aje laa apa kebenda yang dikatakan JV tersebut…

    kena buat kajian berkenaan JV nih. untung sakan kalo kena caranya… berbaloi.

    sekian terima kasih… πŸ™‚

  8. Hemm.. dari apa yang disampaikan, JV ini macam nak cari rakan perniagaan seperti business konvensional. Kena buat cara yang betul, ada proposal, plan tertentu dan sebagainya. Cubalah kita bagi email kat Pertronas nak buat JV dengan hantar email macam tu sahaja. Confirm terus masuk Deleted Items πŸ˜› Hehehehe..

  9. JV ni bermaksud rakan kongsi lah…
    tapi nak ber JV dengan orang, kita kena lah pandai dan bijak…
    jangan sampai orang benci bila JV dgn kita…
    nak JV pun ada caranya…
    yang penting beradat dan rancangan yang btl dan serius…

    han

  10. Ok..kalau mcm tu kena la bodek² IM kita
    bukan senang nak ajak orang bekerjasama ni.

    Kalau produk power ok la πŸ˜‰

    1. bodek2 πŸ˜† cuba lah bodek kalau dapat…hehe..
      bukan senang nak bodek IM kita ni…
      tapi kalau kita serius, saya rasa tak susah kot…
      tapi yang penting beradat kalau nak JV tu…
      jangan IM menyampah bila lihat kita…

      han

    1. JV perlukan komitmen yang kukuh. kalo takder kesepakatan akan jadilah perkara yang tak diingini… banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seblum buat JV agar tidak timbul masalah di kemudian hari…

      1. betul tu abdfatah,
        nak JV kena timbangkan banyak benda…
        terutamanya serius dan kepercayaan…
        utk mengelak dari berlaku pertingkahan…

        han

  11. saya nak JV jualan prepaid seluruh negara laa. agak2nya boleh tak buat JV jualan prepaid dan menggunakan medium internet selain dari menggunakan syarikat2 telco masa kini…?

  12. Untuk JV, mestilah mempunyai win-win situation antara kedua-dua belah pihak dan tidak berat sebelah. Kegagalan di dalam ber JV ni biasanya kesilapan semasa “deal” dengan bakal rakan kongsi..

    Keuntungan di dalam ber JV bukan perkara utama kerana apa yang dimahukan oleh bakal JV kita ialah apa faedah yang dia bakal dapat selain dari keuntungan.

    So, kena banyak belajar dari mereka yang pernah ber JV. Contoh paling ideal ialah SaifulSham.com πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *