Kesilapan-kesilapan awal saya dalam perniagaan

Tidak semuanya indah. Saya begitu banyak belajar daripada kesilapan. Walaupun kesilapan itu adalah satu kerugian, namun ia satu pelajaran yang penting dan di sini saya kongsikan kepada anda agar anda tidak melakukannya juga.

1. Tidak mementingkan jualan. Saya ‘terpengaruh’ dengan prinsip beri dulu terima kemudian. Prinsip itu betul, tetapi dalam perniagaan, jualan yang cepat dan besar adalah amat penting. Masa adalah satu aset yang tiada gantinya. Ia adalah jantung untuk sesebuah perniagaan. Tanpa mendapat jualan yang besar, anda sukar untuk mengembangkan perniagaan.

Hakikatnya, melakukan perniagaan itu sendiri adalah satu kebaikan kerana produk yang kita jual membantu para pelanggan memudahkan kehidupan mereka. Jadi tidak semestinya kita perlu memberi dahulu sebelum menerima, ataupun beri sesuatu secara percuma tetapi diri kita sendiri yang terseksa. Jual terus dan orang akan beli.

2. Terlalu berbuat baik. Kesilapan ini lebih kurang sama dengan perkara pertama di atas. Saya terlalu ingin melakukan kebaikan dan membantu orang lain dahulu mencapai kesenangan. Ia sudah pasti satu perkara yang murni, tapi tidak termaktub dalam Al-Quran pun yang mengatakan jika kita kaya dulu adalah salah. Kayakan diri anda dahulu dan kemudian baru kayakan orang lain. Hakikatnya dalam hidup di dunia sekarang, setelah orang lain senang, tidak semestinya mereka juga mahu membantu kita kembali. Itulah maksud pepatah Melayu, buat baik berpada-pada.

3. Tidak melakukan pemasaran dan penjenamaan yang agresif. Dunia perniagaan sekarang semakin berkembang pada tahap yang amat cepat. Usahawan-usahawan yang perlahan, malas, banyak mengeluh dan bertangguh, sudah pasti akan jauh ketinggalan. Nadi utama perniagaan adalah pemasaran. Daripada pemasaran itulah akan terhasilnya jualan.

4. Buat apa yang diminati sahaja. Prinsip ini tersebar luas. Walaupun ia betul, namun jika anda mahu menikmati kekayaan daripada perniagaan, prinsip yang terbaik adalah memenuhi apa yang orang mahu dan perlukan. Anda hanya perlu supply sahaja.

5. Tidak memaksimakan kepakaran dan bakat diri. Disebabkan saya terlalu baik, maka saya hanya banyak membantu orang lain sehingga tidak begitu agresif membangunkan diri sendiri dan mencapai satu tahap kejayaan yang besar.

Kesimpulannya, fokuslah pada perniagaan anda sepenuhnya. Jual produk / servis dan buat duit sebanyak mungkin. Lakukan pemasaran tanpa henti dan sepenuh hati (all out). Anda tidak perlu rasa bersalah buat duit sebanyak-banyaknya kerana:

  • Lagi ramai orang beli produk/servis anda, lagi senang hidup mereka. Bukankah itu satu kebaikan?
  • Lagi banyak anda dapat duit, lagi banyak zakat yang boleh anda keluarkan. Lagi banyak sedekah yang boleh anda sumbangkan. Ibu dan ayah anda, isteri, anak-anak, keluarga dan saudara-mara darah daging anda, anda dapat bantu mereka. Mereka hidup senang. Sekali lagi, bukankah itu satu kebaikan yang jelas dituntut dalam Al-Quran?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk berjuang. Cukup bermula dengan memajukan diri sendiri, bantu ibu & bapa, isteri dan anak-anak. Senangkan diri kita sendiri dan mereka terlebih dahulu, kemudian barulah bersibuk-sibuk membantu orang lain, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Bermulalah dengan diri sendiri dahulu. Majukan diri, kayakan diri. Betulkan mindset dan letakkan matlamat yang jelas untuk menjadi KAYA & BERJAYA dengan buat duit sebanyak-banyaknya melalui perniagaan.

Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat kepada anda, terutama yang baru ingin menceburi bidang perniagaan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Kesilapan-kesilapan awal saya dalam perniagaan

  1. Alhamdulillah… usahawan sejati adalah orang yang ‘bingkas bangun’ setiap kali
    dia jatuh tersungkur.
    ‘Kesakitan’ itu adalah ilmu dan pedoman untuk mengatur langkah seterusnya.
    S

  2. Assalamualaikum cikgu..perkongsian yang menarik.Saya lebih suka pada pepatah ‘buat baik berpada-pada’. Apapun setiap perbuatan akan dibalas oleh yang maha esa. sama-sama kita menuju kejayaan insyallah… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *