Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kes Berat : Salah Guna Nama Irfan Khairi!

Sejak dua menjak ni, banyak pula skim cepat kaya yang baru dan pelbagai bentuk. Saya dah malas sebenarnya nak menulis perkara macam ni sebab saya lihat kebanyakan orang yang sertai adalah orang yang sama sahaja terutama mereka yang susah nak terima nasihat orang.

Yang terkini, ada satu skim atau program yang telah salah gunakan nama Irfan Khairi. Memang tak patut ia dilakukan sebab ia jelas satu perkara yang amat salah dan boleh diklafikasikan sebagai satu jenayah yang berat juga.

Semenjak tahun 2005 lagi, saya sentiasa mengikuti perkembangan Irfan Khairi (IK) dan pada awal kemunculan IK, ada satu kes yang salah gunakan nama beliau. Untuk kes pertama, si pesalah telah dikenakan tindakan undang-undang.

Sekarang, ada lagi orang buat salah yang sama dan mencipta ‘bala’ untuk diri sendiri. Ini kes tak ambil teladan daripada kes dulu-dulu lah ni. Si pesalah itu sekarang sudah berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bacaan selanjutnya anda boleh lawati blog Irfan Khairi di sini:

IK Ambil Tindakan Undang-Undang

Yang pasti apa yang IK beritahu, si pesalah tersebut telah pun dikenalpasti. Oh, mudah rupanya nak cari pesalah siber ya. ;) So, hati-hati kepada mereka yang asyik ganggu orang melalui Internet. Dunia ni bukan besar mana pun. Janganlah cari padah. Banyak lagi benda baik yang boleh dibuat.

Kita perlu ingat satu prinsip sahaja. Sehebat mana teknologi, kita perlu ingat bahawa teknologi itu manusia yang cipta. Jadi jangan ingat kita boleh guna teknologi dengan andaian kita selamat dan orang tak boleh kenalpasti kita. Ia andaian yang silap.

Pelajaran di sini:

1. Kita ada peruntukan undang-undang. Gunakan sahaja kalau orang salah guna atau rampas hak kita. Janganlah terlalu berlembut tak bertempat.

2. Buat baik berpada-pada, buat jahat JANGAN SEKALI-KALI.

3. Orang akan semakin ligat ambil hak kita jika kita tidak bertindak tegas.

4. Jangan suka-suka salah guna nama orang. Gunalah nama sendiri yang ibu bapa kita berikan!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

29 Responses to “Kes Berat : Salah Guna Nama Irfan Khairi!”

  1. abdfatah says:

    saya pun nak guna nama dr irfan khairi jugak laa…

    • zool says:

      Guna nama Johnchow la..
      Tak pun Darren Rowse..
      Mantap gak tu.. He he he..
      Tapi apa2 pun nama abdfatah antara komentar famous kat malaysia ni

      • Raymond Chua says:

        Nama John Chow dan Darren Rowse kurang mendapat pendedahan pihak media kat M’sia ni. Jadi agak susah lah nak tipu newbie dengan nama yang asing bagi mereka. :)

        Pendapat saya aje!

  2. Lee says:

    mm..standardla tuh..
    manusia mmg suka ambil kesempatan..
    x elokla cmtuh..nnti kene tindakan kan susah..

    baik gunakan identiti sendiri, lagi bagus.

    dah masuk tahun hijrah ni, lu pk la sindri..

  3. bantingboy says:

    ehm. diorang saje nak cari pasal la tu..bila kene tangkap, mula la merayu tak nak wat lagi..

  4. ayuAhmad says:

    Semalam saya ada buka email yahoo yg dah lama saya tak tengok isinya,
    tetiba ada nama Irfan Khairi, terkejut jugak.

    Lebih terkejut bila lebih daripada satu email saya dapat menggunakan tajuk yang sama. Yang mencurigakan saya ia mengajak menyertai satu skim …..skim cepat kaya.

    Saya yakin saudara Irfan Khairi tidak akan menghantar email sebegitu.

    Mujurlah saya tahu membezakan ciri2 skim penipu tapi kalau org yg tak tahu apa2 mesti dah kena pastu salahkan IK kononnya IK yg syorkan.

    Bahaya betul, tergamak menipu menggunakan nama orang lain. Ini tidak boleh dibiarkan….

  5. Zairi Zaidi says:

    Aduh..
    Sebab tu masyarakat susah nak percaya dunia jana wang online ni!

  6. Murni says:

    sayapun ada terima post dari “irfan khairi palsu” ni tapi saya sudah alert sebab sebelum ni ada terima message dari “irfan khairi yg sebenar” mengenai hal ini.

    • (salam Smartzul dan komentars)

      Murni, saya pun ada terima jugak email macam tu, dan juga telah terima email peringatan dari pihak Dr. IK sendiri.

      first time terima email spammers mcm tu, nak tergelak pun ade. sebab mustahilla sangat-sangat “Irfan Khairi betol” nak buat mcm tu. siap rayu2 lagi kalo tak nak baca email, tolong tekan unsubscribe (berhenti melanggan) email tu..”murahnya” le “irfan khairi plastik” ni..

      jadi, sesiapa yang terima email yang cenggini, tak usahla layan. kita kena fikir logik dan “common sense” jugak.. Kalo “Irfan Khairi” betol2 buat program mcm ni, dah lama dia inform kepada umumkan?

      kalo tak pasti jugak, kena tanya sendiri pihak Irfan khairi, itu yang terbaik

  7. idea blog says:

    saya pernah terima emel yang guna nama IK , pastu ‘forward’ emel tu pada IK dan tanya betul ke dia yang hantar. Ternyata palsu .

  8. jedi79 says:

    Dengar cite si pesalah tu dapat kaut hampir 20K dengan email scam tu,saya pun dapat gak tapi delete terus.Orang kita ni memang mudah terjebak dengan benda camni.

  9. pakteh says:

    Lepas ni, tentu ramai yg dah tak berani nak gunakan nama IK secara percuma. Mungkin kalu nak juga kena la minta izin dahulu. Mungkin jugak mamat ni memang nama dlm IC adalah irfan khairi… pelanduk dua serupa.

  10. Pandai dia guna taktik tu hehehhe…..
    tak pasal-pasal nama IK buruk…
    Jangan bidang IM pun kena sama sudah lah

  11. olie says:

    Ermm..macam tu lah kalau dah bertaraf jutawan dan glamour plak tu. Memang IK punyai ‘pengaruh’ yang besar. Pada sesiapa yang ‘minat’ sangat pada nama IK tu, nanti blehla letak nama anak atau cucu dengan nama IK. Mudah-mudahan bleh jadi macam IK :)

  12. Rahimah says:

    Ya Zul, skim cepat kaya ni memang tak habis-habis dari dulu.Saya delete je email macam ni.Yang tak seronoknya mereka ni suka guna nama orang lain pulak.Memang patut IK ambil tindakan.

  13. KampungBoy says:

    Biasalah…kalau dah tahap popular cm IK nie….mmg ramai yg akan gunakan nm Ik untulk kaut untung cara mudah…..orang cmni bagi hukuman setimpal aje…supaya beri pengajaran termsuk kepada orang laen.

  14. Irfan Khairi says:

    Thanks zul & saya tahu zul have been a big supporter sejak zaman saya tak “glamer” lagi tahun 2005 :) I appreciate it very much, begitu juga pembaca2 blog zul yang sering menyokong.

    Insyaallah tindakan undang-undang akan diteruskan sehingga selesai kes ini. Kalau saya tak buat, siapa lagi yang akan buat kan?

    Tahun 2005 saya pernah saman orang. Mungkin spammers2 ni lupa kot. So, ni nak peringatkan balik lah ni.

    Wish you all di sini all d best!

    -ik

  15. bukaminda says:

    sapa2 nama irfan boleh la guna hehe

  16. titan says:

    yang aku pasti. dia cari nahas aje. aku dah try reply kat mamat tu. tapi kene tolak plak email aku..lantak dia la. dia yg cari pasal..

  17. Raymond Chua says:

    Kadang-kadang jenayah siber lebih mudah dikesan berbanding dengan jenayah “offline”. :)

  18. usri says:

    Dia org mmg sengaja cari nahas. Biasanya penganjur yg buat skim cepat kaya ni adalah orang yang sama. Lepas satu, satu pula yang muncul. Cuma pendekatan jer yang berbeza.

  19. sham says:

    Polis ada unit forensik IT kat bukit aman.. kalo yang berada di malaysia senang je diorang nak detect..yang jadi masalah bila yang kat luar negara seperti hosting & etc.

    kepada yang nak jadi spammer & scammer tu…pk dulu beb.. Nanti menangis tak berlagu kat dalam penjara..

    2 hari lepas saya pun ada wat laporan polis kes penyamar jadi pakar sakit puan kat isteri saya..

  20. Irfan Khairi says:

    aik… kenapa pulak gambar abg nizal keluar kat posting saya. nanti saya lak kena saman dengan abg nizal sebab “menyamar”. he he

    -ik

    • smartzul says:

      IK, cuba tengok setting di gravatar.com. Cuba tukar gambar avatar.

      Mungkin IK silap setting gambar avatar kot kat situ (terpilih gambar abg nizal). Di satu blog saya satu lagi pun keluar keluar abg nizal jugak pada komen IK. :)

  21. Salam Zul, Saya juga rimas dengan skim bertingkat atau skim cepat kaya ni. Diorang ni masih tak sedar ke? Nak senang dapat duit itu bukan jalannya. Apa yang saya sedih orang melayu lebih ramai terlibat dalam skim ini, diorang tak tahu, untuk hilang duit dengan mudah pun boleh melalui cara ini. Yang paling memenatkan nak nasihat adalah mereka ini terus dapat peluang daripada bisnes yang lain yang lebih patut mereka join!

  22. Salam sejahtera semua, sebagai pendatang baru dalam bidang,saya rasa tidak ber etika jika seseorang itu menciplak atau meniru kerja tangan atau ikon itu orang lain. Jadi di nasihatkan kepada beginer-beginer ini jangan sewenang wenang menumpang dengan senang kepada keringat orang lain. cuba keadah yang lain yang orang lain tidak pernah buat untuk memeriahkan industri ini.
    Pesalah ini kita perang habis-habisan!
    NO SKIM CEPAT KAYA !!
    KATAKAN TIDAK KEPADA SKIM CEPAT LINGKUP !!
    NO SKIM PRAMID!!

    Jadi kan masyarakat malaysia yang berjaya dan cermelang dalam dunia perniagaan internet. Percayalh dan Ingatlh
    “tiada yang datang bergolek,yang pipih datang melayang”,
    selain dari usaha kita sendiri.

    niagawang.. :-)

  23. norzyy says:

    Salam sejahtera… kira-kira setahun lalu masa saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia siber saya memang ada subcribe newsletter dari IK. setiap kali saya dapat email dari IK, memang Ik dengan sopannya tulis nama saya dalam email tu.

    tetiba ada la pulak jembalang mana ntah muncul dalam email saya kata dia ‘IK’. tengok je email tu terus saya perasan saya dah kena SPAM. Bukannya susah nak kenal…. email tu langsung tak sebut nama saya. dia cuma tulis ‘kepada sesiapa yang berkenaan’. kaedah bisnes dia pun pelik.

    so saya rasa kepada yang baru-baru ni kena la buka mata, hati dan jiwa jangan cepat terpengaruh dengan benda2 macam ni.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)