Usahawan Internet: Bekerja Keras?

Untuk berjaya, usahawan internet perlu bekerja keras. Saya bahagikan kerja keras ini kepada dua jenis:

1. Terancang, Terurus dan Bijak

2. Tidak Terancang, Simpang-Siur

Bagi anda yang baru ingin memulakan perniagaan internet atau sekadar melakukan program buat duit di internet, merancang adalah wajib iaitu perancangan masa dan juga kerja.

Tanpa perancangan sudah pasti segala kerja akan dilakukan secara bersimpang-siur, tak terurus, kelam-kabut dan akhirnya diri akan menjadi letih dan berputus-asa. Walaupun diri ada kepakaran, kebolehan, berupaya dan ada modal, tapi ia hanya sia-sia.

Bagaimana Bekerja Keras Secara Bijak?

Jawapannya mudah iaitu rancanglah kerja, masa dan fokus pada perancangan tersebut. Kedua, lakukan kerja yang anda mampu lakukan dan upah orang lain melakukan kerja yang:

1. Anda tak mampu lakukan

2. Anda boleh buat, tapi perlu banyak masa atau

3. Anda boleh buat, tapi anda perlu bahagi kerja agar projek lebih cepat siap.

Jadi di sini, walaupun sesuatu ‘task’ / kerja itu anda boleh lakukannya sendiri, ia tidak bermakna anda tak perlu mengupah (outsource) kepada orang lain.

Maka apa yang dapat dikatakan bekerja secara bijak dan terurus ialah:

1. Rancang kerja dan masa sebaik mungkin

2. Fokus pada satu-satu kerja / projek pada satu masa

3. Mengupah orang untuk melakukan sesuatu kerja

4. Mempunyai sistem dokumentasi bagi satu-satu tugas harian, mingguan dan bulanan

Kebebasan Hidup Melalui Perniagaan

Di dalam perniagaan, anda tidak akan sama-sekali mencapai kebebasan (freedom) selagi anda tidak mempunyai sistem leverage iaitu bisnes anda tetap berjalan walaupun anda tiada bersama (seperti sedang bercuti).

Sistem Leverage ini bermaksud, anda sediakan sistem dan orang lain yang lakukan untuk anda sama ada staf atau pun pihak tertentu yang diupah.

Cuba anda lihat restoran makanan segera seperti KFC dan McD, boleh dikatakan gerak kerja kebanyakan cawangan di serata dunia adalah sama. Ini kerana mereka ada sistem yang disediakan yang mana mereka perlu ikut sahaja.

Jadi, jika anda inginkan sedikit kebebasan, sediakan sistem dan tentukan orang yang akan lakukannya untuk anda..

Letih Bukan Sebab Guna Banyak Tenaga

Usahawan internet lebih banyak masa di depan komputer. Tapi kenapa mereka boleh mudah letih? Jawapannya mudah iaitu minda atau fikiran yang berserabutlah yang menyebabkan mereka letih. Maka sebab itu hidup dan juga bisnes perlulah terurus sebaik mungkin.

Jadi punca keletihan itu bukan disebabkan tak cukup tenaga semata-mata, tetapi sebaliknya adalah keadaan emosi dan pemikiran individu tersebut. Faktor ketenangan fikiran adalah aspek utama yang akan menentukan seseorang itu letih atau tidak (selain faktor tubuh badan).

Tak salah kalau saya katakan, salah satu pengacau emosi dan psikologi seorang usahawan internet adalah kehendak untuk mendapatkan wang yang banyak atau secara mudahnya, TAMAK.

Mereka ini jenis tidak fokus dan pantang melihat peluang-peluang yang lain atau yang baru. Mereka terasa amat rugi kalau tidak menceburkan diri ke dalam peluang hebat itu. Lantas usaha semasa diabaikan dan mereka terus melompat-lompat dari satu usaha ke usaha yang lain. Akhirnya, mereka kecewa dan ‘letih’ dek kerana minda dan emosi yang kecewa dan berserabut.

Bagi saya, menceburi satu dua ‘bidang’ atau model di dalam perniagaan internet ini sudah memadai. Malah lebih daripada cukup. Hanya perancangan, strategi, usaha dan kehendak kita sahaja yang menentukan hala tuju usaha tersebut.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, amat sukar untuk kita berjaya jika kita tidak bekerja keras secara bijak. Tenaga, masa, wang dan ruang yang digunakan melebihi pendapatan yang diperolehi. Tidak berbaloi bukan?

Kerjalah secara bijak, tapi hasilnya berkali-kali ganda walaupun hanya satu kerja, produk, projek atau model. Sebaliknya, bukan bekerja keras yang hasilnya kais hari makan hari. Elakkannya, kerana ia amat meletihkan. Sepatutnya dengan kehebatan internet ini, sebahagian kerja anda boleh diautomasikan.

Jadilah tuan kepada bisnes, bukan menjadi hamba kepada bisnes.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Usahawan Internet: Bekerja Keras?

  1. Pendapat yang bernas smartzul..
    Bekerja keras tanpa tujuan atau perancangan bukanlah satu tindakan yang baik namun..
    Bekerja secara bijak ialah langkah yang terbaik..
    Contohnya kita jual air soya tepi pasar malam…di samping itu,boleh juga kita jual manual buat soya tapi resepinya tentulah tidak 100%…Bukankah itu sudah keuntungan dua kali ganda??

    Nak lagi back end sale??
    Buat course buat air soya..
    Tapi itu sebagai contoh aje la..

    πŸ™‚

    Salam ukhuwah salam rezeki πŸ™‚
    dauz

  2. Setiap usahawan perlu ingat: masa itu hanya 24 jam dan jika dia membazirkan masanya itu, dia akan kehilangannya selama-lamanya.

    “Once lost, you’ll never get it back”

    Ingat tu.

    Fokuskan masa anda untuk buat apa yang anda paling hebat. (Do what you do best).

    Dan kemudiannya, kalau mampu, outsource the rest. Jadilah bos kepada bisnes anda πŸ™‚

    (Ceh, ciplak ayat zul pulak… :p )

  3. Rasanya untuk lebih efektif adalah lebih baik kita jadualkan perancangan kita dan tulis ditempat boleh lihat….insyallah bila kita ada reminder ni at least ada juga yang membuatkan kita ingat tujuan asal kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *