Kenapa Wujudnya Folder Spam?

Dua tiga hari yang lepas, talian Streamyx sedikit bermasalah di kawasan saya ini. Tidak pastilah sama ada sebab masalah modem yang saya gunakan atau sebab dari TMNet Streamyx sendiri. Memang seksa sedikitlah untuk akses ke Internet sampai terganggu sedikit kerja-kerja yang perlu disiapkan.

Pada kali ini saya mahu mempersoalkan, kenapa wujudnya folder Spam (bagi emel Gmail) atau folder Bulk (bagi emel yahoo) atau apa-apa nama yang lain bagi aplikasi emel yang lain? Folder-folder ini pada asalnya khas untuk emel-emel spam tapi emel yang bukan spam pun turut menjadi mangsa.

Kenapa ya? Disebabkan wujudnya folder-folder ini, saya dan lain-lain usahawan produk digital mahupun usahawan internet amnya mengalami masalah yang ‘kritikal’ di dalam proses perhubungan dengan para pelanggan. Emel kita yang baik-baik pun boleh masuk ke dalam folder spam tersebut.

Kita tidak boleh persalahkan aplikasi emel tersebut yang mempunyai ‘filter’ untuk menapis emel-emel yang dianggap sebagai emel spam. Tapi yang perlu ditanggungjawabkan ialah para spammer yang tidak beretika dan tidak takut dosa. Sorry to say, mungkin kata-kata saya ini agak berat. Tapi apa lagi yang mahu dikatakan selain itu? Emel spam terbukti dan jelas menyusahkan hidup orang ramai.

Disebabkan para spammer lah wujudnya teknologi filter untuk menapis emel-emel spam ini. Wujudnya filter, maka wujudlah juga folder Spam..

Disebabkan emel-emel spam lah ribuan bahkan jutaan ringgit wang dilaburkan untuk menangani emel-emel sampah sebegini. Kadar produktiviti staf-staf syarikat dan organisasi juga terganggu akibat emel-emel yang tidak diundang ini. Oh, apa lagilah kesalahan-kesalahan yang ditanggung oleh si spammer ini. Maka tak salah kalau saya katakan mereka tidak takut pada dosa.

Mungkin ada yang mengatakan, “mereka mungkin tak tahu Zul”. Persoalannya, bukankah dalam Agama kita ini mengajar kita bertindak dan beramal berdasarkan ilmu (yang betul)? Dari kecil kita diajar belajar sesuatu untuk melakukan sesuatu. Ini bukti pentingnya ilmu atau kesedaran. Bukan main buat sahaja.

Emel spam ini umpama kita masuk ke rumah orang tanpa izin. Apa reaksi tuan rumah itu? Kalau tidak dikejar dengan parang, paling baik pun report pada polis suruh datang tangkap. Pelik tapi benar, salah satu sikap spammer ialah “kalau tak suka emel saya, delete. Kalau suka, tak payah delete”.

Sama sahaja seperti analogi ini: “saya masuk rumah kamu ni. Kalau kamu suka, jangan halau saya. Kalau tak suka, halau je”. Hmm, dah tahu masuk rumah tanpa izin itu adalah salah, kenapa pergi masuk juga? Inilah analogi yang sesuai untuk para spammer. Mereka hantar emel kepada mangsa-mangsa mereka dengan berkata begitu.

Padahal dari awal lagi mereka sudah pun bersalah iaitu menghantar emel tanpa izin pemilik emel tersebut. Kenapa bersalah? Sebab emel setiap individu ialah hak milik privasi individu tersebut dan tidak boleh diperguna atau diperjualbeli tanpa keizinan mereka dahulu. Kalau kita hantar emel atau guna emel mereka tanpa izin, bermaksud kita menggangu hak dan privasi mereka. Besar sebenarnya kesalahan ini. Hanya yang mahu guna akal sahaja nampak beratnya kesalahan ini.

Berbeza dengan email marketing di mana:

1. Kita meminta izin mereka dahulu. Jika mereka mahu dan setuju, maka mereka akan berikan nama dan emel kepada kita. Dan kita pula, perlu berjanji tidak menjual-belikan emel atau maklumat mereka.

2. Mereka boleh unsubscribe bila-bila masa sahaja. Tak perlu cakap tak nak emel lagi, tapi hanya perlu klik sekali pada link di bawah emel yang mereka terima. Tidak seperti emel spam, sama sekali spammer tidak akan lepaskan anda! ‘Kejam’ bukan?

Email marketing yang sah dan jujur sebegitulah yang patut semua orang lakukan. Tapi, seperti yang kita sedia maklum, tak semua manusia baik-baik belaka. Maka tak perlulah dihairankan kenapa wujudnya spammer-spammer yang tegar ini.

Disebabkan mahu cepat kaya, maka di”bom”lah beribu-ribu emel yang “disedut” secara haram di Internet melalui apa-apa perisian yang boleh dibeli secara mudah sekarang. Bahkan, ada pihak yang menghalalkan teknik spam dengan cara-cara tertentu.

Manusia sebegini, apabila kerakusan sudah menguasai diri, semua benda akan mahu dihalalkan mengikut akal dan fikiran mereka sendiri. Akhirnya, habis rosak dan terganggu hidup orang lain. Inilah yang saya katakan dosa tadi, sebab menyusahkan hidup orang lain.

Kesan Akibat Wujudnya Folder Spam

Salah contoh terbaik ialah, ramai juga para pelanggan saya yang mengadu tidak mendapat link download Ebook daripada saya walaupun sudah melebihi tempoh yang dijanjikan iaitu 48 jam. Padahal, saya telah pun menghantar emel kepada mereka pada hari yang sama mereka membuat bayaran. Bahkan beberapa minit selepas mereka membuat bayaran.

Emel yang dihantar itu sepatutnya masuk ke dalam folder Inbox, tapi termasuk ke dalam folder Spam. Kesian.. Emel yang tak bersalah dihukum sebegitu. 🙂

Kadang-kadang, saya amat kecewa dengan manusia-manusia yang melakukan spam sebab kerana merekalah wujudnya masalah-masalah sebegini.

Langkah Penyelesaian

Tak guna hanya mengharapkan para spammer insaf daripada kejahatan mereka. Kadang-kadang, mereka ini memang sudah berhati batu dan amat sukar untuk menerima nasihat kita. Kita bagi satu nasihat, 10 alasan dan bangkangan mereka berikan. Tak apalah, sebab hidayah tu Allah yang berikan. Kita tak boleh nak paksa mereka.

Jadi, kita perlu ada strategi dan pelan tindakan tersendiri untuk mengelakkan kerugian dan kesusahan di dalam perniagaan Internet ini. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Semua orang perlulah pandai menggunakan Emel (terutamanya pembeli). Janganlah hanya dijenguk folder Inbox sahaja. Lihat juga di dalam folder Spam/Bulk akaun emel. Emel hanyalah aplikasi dan tiada akal untuk memilih secara tepat emel mana yang Spam dan emel mana yang tidak. Kekadang, emel spam masuk ke dalam Inbox dan emel bukan spam pula termasuk ke dalam folder Spam. Inilah teknologi, bukan bijak seperti manusia.

Jadi, pandai-pandailah sikit dalam menggunakan emel. Jangan sebab kita tak mahu ambil tahu atau belajar cara guna emel yang sepatutnya, kemudian kita persalahkan orang lain sebab kita tidak mendapat apa yang patut kita dapat. Dalam kes ini sebagai contoh emel link download Ebook.

Lepas bayar, punyalah tunggu sebulan lamanya tak dapat-dapat link download. Bila contact penjual ebook tu, maka barulah kita tahu, rupa-rupanya emel sudah pun dihantar sebulan yang lepas dan mungkin ia masuk ke dalam folder Spam.

Perkara ini jangan salahkan penjual ebook tersebut, tapi kita yang sepatutnya peka akan perkara ini. Lagi-lagilah kalau penjual ebook itu sudah berpesan di awal-awal lagi mengenai ‘masalah’ folder Spam ini.

2. Kepada usahawan internet, tetapkan polisi berikut kepada pelanggan anda dalam urusniaga jual dan beli:

“Kami tidak bertanggungjawab jikalau anda tidak mendapat Emel daripada kami akibat daripada kesalahan atau ketidaktepatan anda memberi maklumat yang kami perlukan atau ketidaktahuan anda di dalam menggunakan Emel”.

Ayat polisi tu hanya contoh sahaja, anda buatlah lebih sedap sikit. Polisi ini amat penting agar kalau pelanggan anda mengungkit, anda hanya perlu ‘forwardkan’ mereka kepada polisi tersebut sahaja. Selain itu, anda juga akan terlepas daripada tuduhan menipu atau kemungkinan mendapat wang secara ‘tidak bagus’.

Tidak bagus ni maksudnya orang bayar, tapi mereka tak dapat produk yang mereka beli itu. Tidak bagus bukan bermaksud haram sebab anda sudah awal-awal tetapkan polisi seperti yang saya katakan di atas, tapi tak sedaplah kan ada pelanggan yang tak dapat produk kita. Jadi, anda mesti beritahu awal-awal agar tidak menanggung sesuatu yang membebankan minda, fikiran dan hidup anda.

Contoh lain yang saya mahu berikan ialah, ada pembeli-pembeli produk saya memberikan maklumat yang salah seperti emel yang silap sama ada salah taip atau tidak tahu apa emel mereka yang sebenar. Contoh: yahoo.com dan yahoo.com.my. Sepatutnya emel mereka ada yahoo.com.my, tetapi mereka memberikan emel yang berakhir dengan yahoo.com. Akhirnya? Penjual/usahawan tidak dapat menghubungi mereka. Atau, mereka salah eja emel mereka.

3. Usahawan internet amat wajar menggunakan telefon. Ini adalah jalan alternatif untuk support kepada para pembeli/pelanggan. Sebab pengalaman saya sendiri, pelanggan yang tidak mendapat emel daripada kita walaupun kita sudah menghantarnya, mereka akan menghubungi kita melalui telefon. Saya sudah banyak kali menghadapi kes sebegini.

Apa yang saya lakukan ialah, sebaik sahaja mereka membeli Ebook yang saya jual, saya akan berikan No. Telefon kepada mereka. Saya berpesan kepada mereka, “andaikata tidak mendapat apa-apa respon saya melalui emel, sila hubungi saya melalui telefon”. Dan cara ini terbukti membantu. Ramai jugalah yang menghubungi saya dan mengadu tidak mendapat emel, walaupun saya pun sudah menghantarnya.

Jadi para usahawan, sediakanlah No. telefon khas untuk bisnes anda. Tak perlulah takut-takut nak dedahkan No. telefon tu. Tak ada orang pun nak usik anda. Kalau saya, saya hanya buka talian telefon pada waktu kerja sahaja (siang) dan pada waktu sekarang, saya hanya terhadkan kepada SMS sahaja (panggilan tidak digalakkan sebab masa saya amat terhad).

Di waktu lain seperti waktu malam, kalau mahu hubungi saya, hanya melalui emel sahaja. Chatting? Saya tidak ‘menyukai’ support melalui chatting. Saya amat jarang Online mana-mana aplikasi Instant Messenger melainkan perlu dan bila ada appointment sahaja. Kalau anda tegur saya di YM dan saya tidak balas, faham-fahamlah ya. 🙂

Satu perkara lagi, saya hanya melayan SMS yang tertentu sahaja. Kalau ada yang SMS yang tidak berkaitan dengan urusniaga, biasanya saya tidak berapa layan sangat. Contohnya, SMS yang entah daripada siapa yang tanya pasal perniagaan internet. Ermm, kalau kredit SMS free tak apa juga, bolehlah saya balas. Usahawan kena kedekut dan memilih sikit. 😉 Dunia sekarang ni tak semua benda percuma dah. Kalau mahu free jer, susahlah hidup orang lain.

Oklah, sebelum saya melalut jauh daripada topik asal, maka terjawablah sudah bahawa mereka yang wajar dipersalahkan akibat wujudnya folder Spam adalah para spammer!

Apakah hukuman yang wajar untuk mereka ini? Penjara 100 tahun cukup tak? 😀 Harap-harap pihak kerajaan lebih bertegas dalam perkara ini sebab hanya melalui undang-undang yang tegas sahaja dapat ‘menjerut’ kedegilan para spammer ini.

Dan setahu saya undang-undang siber sudah ada, cuma mungkin tidak berapa spesifik dan mungkin kebanyakan rakyat di negara ini tidak begitu peka dengan isu Spam ini. Yang mereka tahu hanya spam emel sahaja. Pelik, spam tahu, tapi apa itu spam mereka tidak tahu. Amat kritikal keadaan ini. Kalau di luar negara, keluar masuk mahkamah untuk kes Spam ni (saman menyaman) sudah biasa, cuma tidak di negara ini.

Kepada yang melakukan Spam, hentikanlah perbuatan anda yang menyusahkan hidup orang ya. Jangan menyesal di hari kemudian sudahlah.

Lain-lain artikel mengenai Spam:

1. Kenapa ada orang jual dadah?

2. Teknik Pemasaran Affiliate Paling Terkenal Di Malaysia

3. Hikayat Karut Bermula

Apa pula pendapatan anda untuk perkara ini? Nyatakan di ruang komen.

Jumpa lagi.

ps. Jangan lupa download Ebook percuma di sini:

http://banner.malaysiasoho.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Kenapa Wujudnya Folder Spam?

  1. Saya setuju dengan semua pendapat dan cadangan Zul, semuanya telah saya alami dan implement dan ternyata cadangan2 tersebut memang berjaya mengurangkan masalah komunikasi dan meningkatkan kepuasa pelanggan.

    Masalah yang kerap saya alami (sama seperti Zul)

    1) Pelanggan salah emel.

    Contoh mereka tidak tahu emel mereka .com.my bukan .com sahaja. Lagi mereka emel kepada saudagar@saudagar.com bukan emel kepada saudagar@saudagar.com.my (lain owner tu) :p Ada juga yang salah register alamat emel, xyxy@yahooc.om (memang confirm email password tak sampai)

    Antara implementation yang berjaya mengurangkan masalah comm breakdown ni dengan jayanya.

    1) Guna telefon.

    Memang sure berkesan.

    Kemudian lagi, saya tak tak berapa bimbang sangat emel kami masuk SPAM folder sebab tak apa, boleh di explain pada pelanggan dia menyedari kami tak salah. Tetapi saya takut maklumat bayaran pelanggan masuk folder “Spam” saya.

    Itu yang saya paling bimbang. Sebab sehari 100 lebih jugalah spam dan saya memang guna “Delete Forever” sekaligus. Kadang2 ada emel yang sah beritahu dah bayar terselit dalam SPAM folder dan kalau tak sedar, delete.

    Bila kita tak sedar diorang dah bayar, diorang tuduh kita tipu. Ini yang saya paling takut. 🙂

    Sabri

    1. Salam Zul dan Sabri,

      Apa kata Sabri upah seorang setiausaha yang akan menguruskan kerja yang ‘leceh’ ni?

      Jadi, dia akan ‘menapis’ mana yang penting dan mana yang tidak. Tapi, biarlah setiausaha yang boleh buat kerja. Jangan tengok ‘jelita’nya sahaja. Takut nanti ‘seksa’ kita dibuatnya.

      Pada abang, Sabri dan Zul dah tahap ‘stabil’. Mungkin sudah sampai masanya ada ‘pejabat sendiri’ tahun ni 🙂

  2. Setuju dengan pendapat zul tu..

    Saya agak risau apabila email yang di hantar kepada subcriber saya
    masuk ke dalam SPAM atau BULK Folder. Rata-rata apa yang saya perhatikan, jika penerima email tidak memadam email SPAM tersebut, mereka akan biarkan sahaja walaupun dah beratus2 email tanpa membacanya..

    Seperti yang zul katakan, penerima email juga perlu menjenguk email yang terdapat dalam SPAM atau BULK Folder. Bagi saya untuk mengenalpasti email yang diterima oleh saya tersebut SPAM atau tidak ialah pastikan tajuk email tersebut di mulakan dengan nama kita. Jika tidak ada, saya akan delete terus. Itu merupakan cara yang saya amalkan.

    Saya hanya akan membaca email jika terdapat nama saya di awal tajuk. Saya rasa, para pembaca dan penerima email juga bersetuju.. 😉

  3. Kalau sehari dah lebih 100 spam mail masuk. kalau dah 30 hari? uih..tak larat dah nak kira dan jumlahnya akan meningkat..

    So, bagi aku. aku terpakse check satu demi satu. Kalau tak, ada yg termiss..

    So, rajin-rajinla jengok2 kat spam dan bulk mail tu. Naye je klu terlepas customer. Duit tu..

  4. slmt ptg zul,
    spam ni memang tak boleh lari dah…
    setiap hari email saya penuh dgn spam…
    jawapnya delete je lah…
    tapi yang nak delete tu buang masa tu…
    kadang2 geram juga…
    susah2 buat email baru… 😉

    han

  5. Yang paling membimbangkan saya ialah bila makluman pembayaran customer masuk ke spam..
    perkara ni dah terjadi 2 kali..
    Macam kata saifulsham, nasib baik ada letak no tel..takdala customer “resah” sangat..
    🙂

  6. bab-bab spam nih memang meruncingkan. Biasanya klu pasal spam nih blogger baru ada yang tak tahu apa tu spam. so seharusnya ada pihak yang menulis ebook tentang keburukan spam sebagai panduan dan rujukan.

    1. Saya setuju dengan pendapat kamu randavi, mcm saya yang baru berjinak2 ni dulu byk tak tau ape yang baik, dan yang buruk main hentam kromo je… Maybe smartzul ble create 1 free ebook untuk mengajar etika menggunakan emel dan sebagainya… Kebanyakan orang biasa tak tau benda2 ni…

  7. saya pula ada komen lain tentang spam.

    kalau takda yang spam pasal isu2 terbaru macam gambar nabi mohammad dijadikan imej logo,tentang demo ‘bersih’ yang bakal diadakan di kl etc kita takkan tahu banyak benda. Saya percaya setiap benda didunia ni wujud berpasangan. cthnya pergi kuliah-baiknya dapat ilmu,buruknya tahan lapar kalau time lunch boleh sebabkan gastrik(pendapat prof saya nie).

    spam juga ada baiknya,banyak email2 forward yang ntah sape2 kadang2 bagi info. saya byk kali mengalami nie-macam spam pasal jual tudung online(saya x tau pon wujud),spam pasal demonstrasi kat kl yg suruh pakai baju kuning(boleh bagi tahu pihak berkuasa),spam pasal kereta 2nd hand etc…dan yg paling penting yg spam ni slalunyer newbie coz itu jer cara prmosi yg diketahui pd peringkat awal.
    memang menyusahkan tapi kata pakar internet-mesti tahu email bayaran yg mana satu,email spam yg mana satu. saya pon wat biz online gak,xde problem pon so far. kalau tak suka delete saja.

    saya x setuju dgn pendapat zul yg ibaratkan spam ke inbox org macam masuk rumah org. pernah dapat kad ah long/surat jualan berantai etc kat peti surat rumah? itulah spam dalam dunia offline nyer. inbox email kita macam peti surat rumah….

    bayangkan kalau biz x laku,at least email spam tu yg memenuhkan inbox-tak boring atau hampa sgt lar…

    sekadar pendapat coz pendapat yg pakar x semestinya betul. setiap org ada hak sendiri(dlm post mention psl hak dan privasi kan?)

  8. Fiza. Memang perkara yang buruk ada kebaikannya dan setiap yg satu pasti ada yg berpasangan. Dosa, pahala. Neraka, syurga. Spam dan tak spam.

    Jawapan saya amat mudah:

    Spam bergantung kepada persepsi individu masing-masing. Bagi saya ialah salah dan menyusahkan ramai pihak terutama pihak korporat yang telah mengeluarkan ribuan ringgit untuk menghalang spam. Adakah ini baik?

    Jika anda rasa spam baik, terserah. Sebab istilah spam itu secara asasnya bergantung kepada penerimaan peribadi masing-masing.

    Menerima emel spam ok lagi. Tapi kalau kita sendiri melakukan spam, maka ketahuilah, kita tidak pasti semua orang redha dengan perbuatan kita itu.

    Namun bagi saya, jalan yang baik terlalu banyak. Mengapa mahu mengutamakan jalan yang jelas memberikan banyak keburukan?

    ——————-

    Saya dari dahulu lagi sering menegaskan, apa yang saya tulis adalah pendapat saya, tidak untuk ditelan bulat-bulat atau diikut tanpa analisis. Anda baca, anda fikir dan buat keputusan sendiri.

    Menyatakan “saya tidak bersetuju” dalam menafikan pendapat orang lain bukanlah satu cara yang bagus dalam komunikasi. Sebaliknya, nyatakan terus pendapat anda itu tanpa ada apa-apa perkataan yang menyanggah pendapat orang lain. Seolah-olah, orang lain salah, dan hanya kita yang betul. Padahal, dalam keadaan tertentu, mana2 pendapat pun tetap betul. Hormati sebaik mungkin..

    Pendapat peribadi dalam keadaan tertentu bukan lagi hak privasi jika ia menyusahkan orang lain. Saya tidak katakan pada Fiza, tapi ketahuilah, hidup kita ini adalah bersama-sama. Bayangkan disebabkan pendapat kita yang jelas salah tapi kita masih berdegil, ia berikan kesan yang mudarat pada orang lain.

    Sebab itulah wujudnya undang-undang dan peraturan (negara dan Agama) sebab perbuatan individu dalam keadaan tertentu bukan lagi satu hak, sebaliknya ia sudah menjadi batil yg wajar ‘diperangi’.

    Apa pun, saya hormati pendapat Fiza. Spam: Adalah bergantung kepada persepsi individu. Tapi jika mengikut undang-undang, ia adalah SALAH.

    Saya sentiasa menerima apa sahaja pendapat, kritikan dan sebagainya dengan hati yang lapang selagi yang memberi pendapat beradab di dalam memberi kritikan.

    Wassalam.

  9. Salam. Bro. Macam mane pulak kalo macam ni?
    Kite ade ribuan email list. Kemudian kite hantar email macam ni:

    Hello. Saya Yusuf.
    Saya ada tawaran hebat bagaimana anda dapat menjana pendapatan lumayan melalui internet.
    Ini telah terbukti dan bukan scam.
    Jika anda berminat anda boleh subscribe melalui link di bawah:
    http://www.sayaberminat.com

    Jika anda tidak berminat dengan tawaran ini. Sila klik link unsubscribe di bawah.

    http://www.sayatakberminat.com

    Sekian terima kasih.

    Adakah ini dianggap sebagai spam. Kita meminta izin sebelum proceed kepada offer yang sebenar.

    ps: Belum pernah buat lagi pun tapi tiba-tiba terfikir lak idea camni.

    1. Ia tidak digalakkan, kerana kita telah sesuka hati mengambil emel mereka secara tanpa kebenaran. Mengenai minta izin, sebenarnya kita boleh tahu seseorang itu sudah mengizinkan atau tidak. Emel yang tidak didedahkan bagi tujuan tertentu, maka kita tidak berhak mengambil dan menggunanya sesuka hati. Jadi di situ pun mereka sudah tidak membuka sebarang kemahuan untuk apa-apa tawaran daripada kita. Berbeza dengan emel terbuka yang mereka letak di laman web mereka dan menyatakan hubungi saya bila-bila masa. Itu lain pula.

      SPAM akan terjadi apabila kita menghantar emel kepada individu yang tidak kita kenali, atau mereka tidak mengenali kita. Lagi teruk jika hantar satu emel kepada ramai orang sekaligus (secara pukal sekali hantar).

      Sebaiknya jika mahu buat begitu, lakukan kepada mereka yang telah menjadi pembeli kita sebelum ini atau mereka yang telah mengenali kita. Atau dalam kata mudahnya, emel-emel yang berada di dalam senarai contact kita sahaja. Bukan emel yang diambil secara tidak sah dan digunakan secara membuta tuli.

      Namun, boleh sahaja ambil emel di mana-mana laman web untuk tujuan menjadikan mereka pelanggan atau rakan niaga atau rakan kerjasama, tetapi lakukan dengan beretika dan ada gaya bisnes. Contohnya, hubungi setiap orang dengan satu emel sahaja, bukan secara pukal. Kedua, kenalkan diri terlebih dahulu dan bukan terus promosi. Dan yang penting, beritahu di mana emel mereka itu diambil? Seseorang layak digelar sebagai spammer jika dirinya tidak dikenali (identiti dirahsiakan). Sebab itulah usahawan perlu lakukan social marketing seperti Facebook dan forum agar kita boleh hubungi mereka bila-bila masa dengan mudah (sebab sudah kenal).

      Sebaik-baiknya, emel itu diambil di laman web mereka sendiri (termasuk ruangan profile di web tertentu) di mana mereka sentiasa membuka peluang untuk mereka dihubungi. Maka ini bukan SPAM tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti yang saya contohkan di atas.

      Boleh baca penerangan detail di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/E-mail_spam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *