Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)

Satu persoalan yang sentiasa berlegar-legar dan berpusing-pusing di kotak fikiran orang Malaysia terutama yang baru ingin memulakan perniagaan internet adalah, nak masuk market mana? Malaysia (tempatan) atau antarabangsa?

Nak kata ini satu isu, tak juga, nak kata ia satu benda remeh, tak leh jugak, nak kata ia benda mudah, ermm, tak mudah jugak. Tak per tak per, kita bincang sama-sama.

IMHO (in my humble opinion), kita wajar merebut kedua-dua pasaran ini. Itu sahaja jawapan mudah saya. Nanti saya tulis jawapan panjangnya yer.

Berbalik kepada topik, mengapa SAYA tumpu setumpu-tumpunya kepada pasaran Malaysia? Untung banyak sangat ke Zul?

Ok, bab untung banyak ke tak, kita bincang di lain kali, cuma saya ingin nyatakan pasal SAYA atau SMARTUSAHA. Wujudnya blog smartusaha.com ini bukanlah untuk menjana pendapatan, sebaliknya ada matlamat dan harapan yang BESAR.

“SAYA NAK BANGUNKAN INDUSTRI INI”

Hampir setahun saya ber-blog, memberikan informasi, sedikit teknik, dan banyak motivasi, saya tak ada lah buat income dengan smartusaha.com ini. Kalau ada pun, just dari program affiliate yang dapat saya guna untuk re-invest atau guna semula untuk support blog ini agar terus hidup dan bernafas.

Matlamat saya besar, saya nak orang-orang Malaysia sedar akan industri ini, bukan hanya dari sudut menjadi usahawan internet itu MALAH dari aspek pengguna itu sendiri. Kita perlu memberikan banyak lagi info kepada rakyat Malaysia mengenai pembelian melalui internet dan kita tidak hanya boleh menumpu kepada keusahawanan internet sahaja. Itu yang saya perhatikan bahwa selama ini kita banyak bercakap dan menulis mengenai buat duit di internet TAPI sikit sekali menulis untuk pengguna. :)

Jadi, saya di smartusaha bukan hanya ingin mewujudkan barisan usahawan internet yang berjaya, malah saya juga ingin pastikan orang Malaysia sedar akan cara mudah membeli barang hanya melalui internet. Jadi, saya seru juga kepada anda yang mempunyai blog, tulislah sesuatu yang dapat menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang secara online. Kesannya, industri perniagaan internet termasuk kuasa beli rakyat Malaysia di internet akan meningkat, insyaAllah.

Anda perlu tahu, masih ramai rakyat kita takut untuk membeli di internet walhal beribu-ribu bahkan berjuta pengguna online setiap hari. Tetapi kenapa mereka tidak mahu membeli secara online? Alasannya keselamatan (security) dan takut ditipu. Maka, kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedar dan meyakinkan mereka.

Kembali kepada tajuk, saya di smartusaha ingin sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada industri ini di Malaysia dan sebab itulah kenapa saya menumpu 80% pasaran Malaysia. Saya nak push the market.. Saya tak mahu program scam, skim piramid dan seumpamanya melebihi atau lebih maju daripada perniagaan internet yang sebenar.

Hanya masa yang akan menentukan bila kuasa beli pengguna internet di Malaysia akan meningkat dan tinggi. Kita yang sudah ada pengetahuan dan kesedaranlah yang perlu memberikan ‘suntikan’ kepada mereka, dan yang mendapat manfaatnya adalah kita juga sebagai usahawan internet.

Pendek ceritanya, jangan hanya tahu menjual, tapi kita juga perlu mendidik rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak membeli di internet. :)

PS. Kenapa saya? Kenapa bukan anda? Maksudnya, terserah kepada anda nak masuk mana-mana market pun. Setiap orang ada citarasa dan kehendak sendiri. ;) hehe.. Saya, ada plan sendiri, anda pula? Tanya diri-sendiri…

Wassalam.

Facebook comments:

8 Responses to “Kenapa SAYA Tumpu Pasaran Malaysia.. SAYA, bukan ANDA :)”

  1. mohdismail says:

    mungkin..mungkin satu hari nanti kita boleh buat sesuatu untuk bangunkan industri ini bersama..mungkin..tunggu saja

  2. linn_comel says:

    Alhamdulillah, teruskan niat murni anda. Semoga berjaya.

  3. aku says:

    secara peribadi, aku menghargai jasa baik zul.

    keep up your good work!

    Semoga Allah bersama-sama kita mewarnai industri ini.

  4. ako98 says:

    Tahniah!! Teruskan semangat tu. Sama-sama kita usaha.. kengkawan lain, jangan la tompang2 je..jom la sekali bangunkan industri ini.

  5. BAGAK says:

    Walaupun penulisan di blog saya tidak sehebat zul, tapi matlamat kita tetap sama. Memberi kesedaran kepada pembaca Bahasa Melayu yang berada di sekitar Nusantara.
    Blog saya juga tidak menghasikan pendapatan(macam NGO), tetapi cukup bermakna bagi saya sendiri bila sehari saya boleh hasilkan satu post dan di baca oleh kawan2 semua.
    Kita teruskan usaha ini bersama.

  6. Azahari says:

    Syukur ada anak bangsa kita fikir camtu.Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan blog.Tapi setakat ni belum aktif lagi.Baru mencuba-cuba je.Tak rugi kita berkongsi ilmu dengan orang.Terukan usaha begini. :)

    Salam Usahawan!

  7. hasrul says:

    tahniah zul…. sama-sama kita bangunkannya.

  8. abdfatah says:

    dua-dua pasaran mempunyai potensinya yang tersendiri jika anda mahu kaut keuntungan yang berlipat-kali ganda di samping kepentingan ilmu yang berguna kepada ramai orang…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)