Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?

Sebabnya amat mudah: Masih mempertikai dan berdebat persoalan yang remeh temeh.

Antara contoh terbaik ialah:

“Betul ke buat bisnes melalui internet boleh kaya raya?”

“Perlu ke aku jadi kaya?”

“Kaya ni, boleh ke dalam Islam?”

“Nanti kaya kan, terseksa pula kat akhirat sana

“Buat apa lah pergi ke angkasa, membazir duit jer”

Akibat daripada pemikiran dan perdebatan perkara ranting ini, maka sebab itulah bangsa kita amat sukar untuk pergi jauh dan maju. Boleh dikatakan, orang-orang kita masih ramai yang begitu asyik dan leka memperdebatkan sesuatu yang sudah ada jawapannya.

Bangsa lain sudah jauh ke depan dalam soal tindakan, orang kita masih lagi di peringkat mempersoalkan sesuatu yang sudah ada jawapannya. Lainlah jika sesuatu perkara itu belum ada jawapannya, maka tidak salah untuk memperbincangkannya. Tapi apa yang mahu saya perkatakan ini ialah, perdebatan mengenai perkara yang sudah ada jawapannya.

Kita perlu ke angkasa (walaupun menumpang – salah ke?) untuk memulakan misi pertama pendidikan minda orang-orang kita agar suka memikirkan kejadian dan kehebatan alam ini dan mendidik anak-anak muda agar cintakan ilmu berbanding hanya tahu berhibur semata-mata.

Orang kita perlu kaya agar yang miskin tidak lagi tertindas dan dapat membawa mereka ke zon yang sedikit selesa. Bagi saya, perlu kaya atau tidak, itu bukan persoalannya di sini. Kekayaan yang terbaik ialah kekayaan yang bukan menjadikan kekayaan itu sebagai matlamat utama. Jika kita berusaha kuat, ikhlas, gigih, maka sudah pasti kita akan kaya tanpa perlu memikir-mikirkannya.

Pernahkah anda membaca kisah para sahabat Rasulullah atau mereka yang kaya-raya ada menyatakan “impian aku ialah mahu jadi kaya”? Setahu saya, tidak ada. Cuma yang pasti, mereka ini kuat berusaha, ikhlas, jujur dan gigih dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Itulah penyebab kekayaan mereka.

Kaya itu tidak haram, maka mengapa perlu dipersoalkan? Kekayaan adalah kurniaan Ilahi. Ia halal jika sumbernya adalah halal. Kita atau bangsa kita tidak akan dapat apa-apa jika kita asyik memperdebatkan persoalan ranting ini. Jika mahu miskin, silakan. Jika mahu kumpul banyak harta, silakan. Kedua-duanya tidak salah, tapi yang salah ialah sikap suka menyalahkan orang lain.

Tidak ada di dalam Al-Qur’an ataupun sunnah yang mengatakan kekayaan itu adalah haram dan akan membuatkan si pemilik harta itu memasuki neraka di akhirat nanti. Bagi mereka yang mempercayai prinsip ini, ketahuilah, anda melebihi Allah dalam soal hukum. Yang dicerca ialah mereka yang ego dan angkuh dengan kekayaan mereka. Yang dipesanNya ialah jangan terleka dengan harta. Itu sahaja. Bukannya tidak boleh kaya.

Berhentilah daripada mempertikaikan itu dan ini yang boleh melemahkan bangsa dan Agama sendiri. Berusahalah sekuat yang termampu. Sebanyak mana harta yang anda dapat, itulah rezeki namanya. Semiskin mana sekali pun anda, mungkin ada hikmahnya dengan syarat anda sudah berusaha dengan kuat dan betul.

Tiada siapa yang bersalah di sini melainkan mereka yang hanya tahu bercakap itu dan ini, tapi cakap kosong mereka itu sedikit pun tidak menyumbang kepada kebaikan Agama, bangsa dan negara. Jangan cakap tak serupa bikin dan jangan cakap sesuatu yang boleh merosakkan orang lain.

Bagaimana Anda Boleh Berjaya?

1. Jangan melibatkan diri dengan perdebatan yang ranting. Fokus pada usaha anda. Fokus pada mereka yang positif dengan apa yang anda mahu dan lakukan. Jangan sesekali memberikan pendapat anda kepada perkara remeh-temeh yang sudah ada jawapannya.

2. Lakukan usaha anda dengan cara yang tepat, betul dan konsisten.

3. Banyakkan bertindak daripada cakap kosong. Lebihkan bertindak daripada hanya membaca banyak buku semata-mata. Utamakan tindakan daripada hanya tahu berfikir dan berangan-angan sahaja. Anda tidak akan mendapat hasil selagi tiada tindakan.

Perhatikan orang yang berjaya. Ada tak mereka cakap banyak? Tak ada. Mereka hanya buat kerja mereka sahaja dengan begitu fokus dan bersemangat sekali. Soalnya, adakah kita juga begitu?

Wassalam.

ps. Mohd Amirol sudah pun melancarkan Pakej Web Jualan Evolusi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Kenapa Orang Kita Susah Nak Maju?

  1. Salam Zul,

    Teori tanpa tindakan memang tak guna langsung.Banyak orang kita pandai cakap saja dari buat.Kita buat apa yang dirasakan betul mengikut agama dan tatasusila hidup kita,kena ikhlas dan sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.

  2. itulah perlunya memulakan langkah yang pertama.. kerana dengan langkah yang pertama itulah membawa kita kepada langkah yang seterusnya..jika hanya berkata-kata tanpa memulakan langkah sudah pastinya ia adalah ‘omongon’ kosong yang belum tahu bila akan ada hasilnya.. 🙂

  3. betul zul…orang kita banyak bercakap dari berkerja…saya suka dengan satu pepatah orang yang berjaya “kurang menyalak tapi kuat berkerja”

  4. menurut pendapatku,
    ada 3 sebab utama mengape orang kita susah nak maju dan tidak berjaya…

    1-FIKIR NEGATIF
    2-SUKA BAGI MACAM2 ALASAN
    3-MIM ALIF LAM SIN => MALAS

    dahla pikir negatif….
    bagi pulak macam2 alasan….
    pastu MALAS….habis cerita laaa….camne nak maju???!!!

    dak gitu?

  5. Banyak bercakap seolah2 macam lebih tahu dari mereka yang benar2 berpengalaman dan dah buat tindakan.. patutnya buat dulu baru cakap.. ini cakap dulu tapi buatnya tak..

    1. itu lah orang kita terutamanya Melayu.. Memperlekehkan tindakan orang yang mahu membangunkan diri dan bangsa tanpa berfikir penyebab dan jawapan kenapa dia berbuat begitu..

  6. ya ya fokus pada usaha kita. bantu orang lain juga. jangan kedekut ilmu dan jangan berfikiran sempit. aku tak berfikiran sempit dengan menafikan ke”best”an menghantar angkasawan pertama kita walaupun menumpang. bagi aku duit tersebut boleh digunakan untuk memakmurkan dunia orang2 miskin tegar di bumi malaysia ni. hehe.

  7. emm.. kadangkala apa yang kita buat tidak sama dengan apa yang orang lain pernah buat. jadi dia tak paham apa yg kita buat dan suka menempelak kita. macam saya, setiap apa yang saya buat ada tujuan tersendiri bukannya nak menunujuk-nunjuk, buat apa nak menunjuk kat orang. macam saya buat web info- tujuannya untuk membuktikan kewujudan di Alexa Time Machine, bukannya nak suruh orang tahu atau tengok,kalau boleh tak nak bagi pun orang tahu, tapi org tahu melalaui orang lain. hanya yg pertama wujud online atau wujud dlm mana-mana artikel sahaja boleh file Prototype(patern and trade mark), nak luluskan prototype juga memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun.

    renungan!
    dan.. kalau kita nak buka bisnes ternak ayam..tiba-tiba virus SARS menyerang, takkan kita nak teruskan juga bisnes ternak ayam itu,teruskan jugak rugi besar(cool smile)..diorang bisnes ikan,mana tau pasal bisnes ayam.. biarlah menteri kesihatan mengisytiharkan dahulu ditempat kita bebas virus SARS.. barulah boleh kita nak ternak ayam semula. adakah ini satu alasan atau berfikiran negatif?

  8. tumpang..

    Kini telah ada image hosting malaysia, berbahasa Melayu, StorGambar.com

    StorGambar.com adalah hosting gambar berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh anak tempatan yang berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri hebat berbanding hosting gambar orang putih sekalipun! Host gambar anda secara online untuk kegunaan forum, blog, laman web, dan lain-lain.

    Apa yang hebat di StorGambar.com?

    1.Anda boleh mengupload banyak fail sekaligus. Lebih mudah

    2.Anda juga boleh masukkan banyak gambar dalam bentuk fail ZIP lalu upload. Kami menyediakan fungsi Extract fail ZIP jika terlalu banyak gambar yang hendak diupload.

    3.Anda juga boleh hostkan apa sahaja fail selain gambar, termasuklah video, audio, dan banyak lagi jenis fail.

    4.Antaramuka berbahasa Melayu. Mana ada hosting gambar lain dalam bahasa Melayu, tapi di sini ada. Sangat mudah.

    5.Ada fungsi untuk terus hasilkan kod untuk forum (Kod BB @ BB code) dan kod lain. Seperti dalam gambar di bawah, anda hanya perlu klik pilihan format kod untuk mendapatkan kodnya.

    6.Daripada gambar yang anda upload, galeri boleh dibina untuk dilihat oleh orang lain. Anda juga boleh setkannya sebagai persendirian agar tidak boleh dilihat oleh orang lain.

    7.Server terletak di Netmyne Data Centre, Kuala Lumpur, lebih pantas untuk rakyat Malaysia. Tiada lagi keluar gambar katak kuning (kecuali anda yang menguploadkan gambar katak kuning tersebut).

    Anda boleh resize gambar, fail yang telah dilihat akan ditandakan, boleh buat folder, dan banyak lagi..

    MASUK KE SINI:
    http://storgambar.com/

    😀

  9. Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum dan wangi melainkan penuh dengan duri yang menyakitkan. Begitu juga kejayaan dan kekayaan, mengapainya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

  10. Dah lama saya tak komen kat blog Zul ni. Tahniah Zul atas beberapa perkembangan bisnes serta peningkatan diri anda dalam setahun yang lalu.

    Saya setuju dengan tulisan Zul tu. “Orang kita” memang suka memandang rendah terhadap keupayaan bangsa sendiri. Saya bertugas dalam sektor korporat swasta dibidang pengurusan selama hampir 20 tahun dah. Kalau saya beri pandangan serta arahan walaupun dalam keadaan yang amat sopan, dia orang buat tak faham aje tapi kalau bangsa lain beri arahan, bukan main cepat diuruskan. Mungkin susah nak ubah mind set dia orang ni. Bayangkan le saya sambung belajar pun dia orang kata dah tua buat apa belajar lagi…begitu juga bila saya cakap saya nak belajar bisnes internet, macam2 feedback negatif diberikan.

    Anyway, we are responsible for our life. So take charge…jangan biarkan pendapat negatif membantutkan usaha kita : )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *