Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa

Apa khabar semua.. Lebih dari seminggu saya tidak menulis di blog ini kerana berada di kampung. Bukan tidak boleh menulis, tapi jika saya menulis pun, tidak ramai yang akan melawat blog ini kerana masing-masing dalam ‘mood’ raya.

Tapi tidak lagi hari ini. Saya yakin semua orang sudah kembali bekerja atau kembali menjalankan perniagaan masing-masing.

Kembali Dengan Lebih Bersemangat!

Setelah sebulan berpuasa dan kemudian menyambut eidulfitri, sepatutnya kita lebih bersemangat dan menjadi lebih bersemangat. Pada bulan puasa sebulan itulah kita dapat mengukur, tahap tindakan kita di dalam mahu berubah atau mengubah sesuatu agar kita lebih berjaya.

Jika sebelum ini banyak tidur atau malas, sepatutnya sekarang kita lebih ‘banyak’ bekerja (rajin dan tekun).

Jika sebelum ini al-Qur’an pun tidak disentuh, tapi sejak berpuasa itu, sekurang-kurangnya membaca satu ayat sehari pun sudah memadai.

Jika sebelum ini kita hanya tahu dan rajin memikirkan idea sahaja, kini sepatutnya kita lebih bersemangat untuk BERTINDAK (Take Action). Mana-mana idea yang belum anda laksanakan, lakukannya dengan secepat dan sebaik mungkin jika ia boleh dan sesuai dilakukan sekarang.

Jika sebelum ini kita hanya banyak bercakap, mendengar cakap orang atau banyak melakukan sesuatu yang tidak produktif untuk kita, maka kini sepatutnya kita lebih banyak meluangkan masa untuk sesuatu yang lebih berfaedah dan menguntungkan.

Jika sebelum ini kita hanya asyik berangan itu dan ini, maka kini, bertindaklah apa yang perlu untuk mencapai apa yang diangan-angankan tersebut.

Jika sebelum ini kita hanya banyak membaca, tapi tidak mempraktikkan apa yang sepatutnya, maka kini amat wajar kita mula bertindak.

Jika anda perhatikan ayat-ayat di atas, semuanya berkaitan dengan TINDAKAN. Sesuatu yang kita fikir atau yang kita mahu, kita tidak akan dapat memilikinya selagi kita tidak bertindak.

Pelajaran Puasa

Puasa begitu banyak hikmahnya jika kita mahu berfikir. Selain ia adalah tanda cinta dan taatnya kita kepada Allah, puasa juga melatih kita melawan diri dan nafsu kita. Jika mahu pahala lebih di bulan puasa, kita mesti RAJIN beribadat lebih daripada biasa. Rajin ini sudah semestinya memerlukan tindakan.

Jadi, inilah yang saya mahu maksudkan: Kuasa Tindakan. Walaupun anda seorang yang bijak, pandai, banyak membaca, petah berkata-kata, tapi anda tidak akan mencapai sesuatu selagi anda tidak bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang anda mahu.

Sebab itulah jika kita lihat dan perhatikan, ada orang yang tidak banyak membaca, ada orang yang hanya tahu beberapa perkara sahaja, tapi mereka berjaya. Kerana, mereka mempunyai FOKUS dan TINDAKAN dalam ‘area’ yang berkaitan dengan impian dan kehendak mereka. Mereka tekun, fokus, tabah dan kuat berusaha (tindakan).

Maka, orang yang malas atau yang hanya tahu berangan sahaja, memang jauh ketinggalan dengan orang yang tak pandai mana pun, tapi bagus tindakan dan usahanya.

Mungkin ada yang mula bertanya, “Bagaimana untuk bertindak? Saya mahu tahu caranya”. Untuk soalan ini, mungkin anda boleh berikan pendapat di ruangan komen atau tunggu saya menulis artikel yang lain kelak. Di sudut yang lain, ada yang mungkin berkata, “Untuk bertindak, tak semudah berkata-kata atau menulis”. Tak apalah, masing-masing punya pendapat, tapi jika sudah cukup ‘syarat-syarat’ tertentu, anda mesti bertindak jua. Tiada lagi alasan. :)

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • hakikat6 puasa
  • bayaran usman affan
  • bergaul dengan orang cemerlang yang pandai buat wang irfan khairi
  • dr irfan khairi kurus di subang
  • petua kurus
  • usahawan malaysia yang terkenal


27 Responses to “Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa”

  1. abdfatah says:

    kalo dah berfikir dah tentunya kena bertindak. bertindak dan merebut peluang yang ada dengan cepat dan pantas…

  2. zool says:

    Betul tu… Hm. dah agak lama tidak menyinggahi blog Zul ni..
    Amacam sekarang???

  3. abdfatah says:

    “Bagaimana untuk bertindak? Saya mahu tahu caranya”

    soalan yang cukup bagus. tak tahu nak bertindak? idea telah ada dan kita seringkali tidak dapat dan tidak mahu untuk bertindak… jangan terlepas begitu sahaja. rugi woooooooooo….

    kalo dah cukup syaratnya maka hantarlah rombongan untuk meminang.

    kalo dah siap sedia sepenuhnya laksanakanlah usaha untuk menjadikannya sebagai hak milik kita.

    kalo gitu kena sediakan modal yang secukupnya. dah tentu kena ada ilmu untuk bermula. modal dan ilmu semestinya kena seiring untuk merebut peluang yang sudah tersedia itu…

  4. Han says:

    wow…
    zul menulis dengan motivasi…hehe…
    bertambah semangatlah pelawat setia disini…
    minggu ni agak sunyi kerana masih ada yang beraya lagi…

    zul dah balik johor ke?
    atau di kampung lagi?

    han

  5. abdfatah says:

    nampaknya dah tentunya zul akan semakin bersemangat selepas hari ini dengan produk2 killernya yang akan dilancarkan satu persatu kepada costumernya itu… kita tunggu dan lihat perkembangannya dan juga merebur peluang keemasan itu dengan jayanya…

    • Han says:

      tu dah semestinya…
      zul selalu pun bersemangat…
      tambah lagi lepas raya…
      lagi lah bersemangat…
      produk RM20 tu akan keluar tidak lama lagi…

      han

  6. eracyber says:

    ramai diantara orang kita ni yang suka berangan. asyik berangan sampai kerja tak jalan.

  7. abdfatah says:

    demam tak berapa demam sangat laa kalo lepas dua tiga hari asyik makan aje dengan selambanya dari rumah ke rumah untuk hari raya dan kutip duit raya… demam betul2 ada laaa…

  8. Sani Rahman says:

    Askum Zul,

    Apa kabar skang? harap sihat sejahtera…
    Teruskan cita-cita Zul… syabas!

    Sani Rahman
    http://www.smartniaga.com – akan kembali

  9. abdfatah says:

    puasa dah tentunya mempunyai hikmahnya yang tersendiri. banyak pengajaran yang boleh kita hambik dari puasa yang telah kita lalui dan juga puasa2 tambahan hari-hari biasa… kalo terkenyang aje dengan makan-makan maknanya minda kita juga akan turut kenyang…

    • Han says:

      puasa ni boleh menyedarkan kita…
      tapi saya tengok masih ramai yang tidak berpuasa…
      kenapa dengan mereka pun tak tahu…
      puasa bukan saja boleh memberi hikmah tapi juga baik untuk kesihatan..

      han

      • abdfatah says:

        kalo tak puasa mana nak tahu hikmahnya puasa itu. lagi teruk sepanjang hidup tak pernahnya puasa?

        kalo tak pernahnya puasa memang sukar nak kena tegur. asyik melenting aje sebagaimana yang diceriterakan oleh sham rajaadsense ( promote laa pulok?)

  10. Hamid says:

    Sebelum ni ada gak terfikir untuk buat beberapa produk..
    tetapi tindakan belum dilakukan..mungkin banyak halangan :sad:

  11. JimieRay says:

    Thanks Zul. Betul seperti kata… Kalau dah ada idea tapi takut nak bertindak lama kelamaan idea tu akan bertanduk jerr… :lol:

    Insyaallah…Idea saya dah ada, tindakan dah di buat…kalau tiada aral melintang bulan 11 ni akan terlaksana.

    PS – Zul, saya dah email sesuatu dekat Zul tadi, sila chek email. :smile:

  12. zuhairy says:

    saya setuju apa yang diutarakan oleh zul dalam topik kali ni. memang bernas! sepatutnya, selepas puasa kita lebih positif! :grin:

    • abdfatah says:

      lebih positif berfikir untuk memajukan diri dengan lebih ekstrem lagi tatkala semangat puasa yang sentiasa segar dalam kenangan… puasa oh puasa… pelbagai cabaran dan dugaan yang bleh dijadikan pelajaran yang positif…

      • Han says:

        ye…
        balik dengan semangat yang membara….
        jangan sesekali lemah semangat…
        kalau lemah semangat, datang lah blog zul ni cari motivasi…

        han

  13. randavi says:

    fokus.. tu memang prinsip saya.. zul yan ajar..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)